Tugasan 2- An Kognitif Remaja

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2- An Kognitif Remaja as PDF for free.

More details

  • Words: 701
  • Pages: 4
Tahap perkembangan kognitif remaja dan perkara yang boleh dilakukan bagi merangsang perkembangan kognitif remaja ini terutamanya dalam menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif merujuk kepada perkembangan untuk berfikir dan mencari punca. Remaja menunjukkan permulaan perkembangan yang lebih kompleks dalam proses pemikiran. Ini juga dikenali sebagai operasi pemikiran logik formal yang melibatkan pemikiran abstrak, pemikiran untuk mencari punca kepada sesuatu perkara, kebolehan untuk mempertimbangkan pandangan daripada pelbagai sudut dan kebolehan untuk berfikir tentang proses pemikiran. Kajian terhadap pelbagai golongan remaja menunjukkan tahap kematangan seseorang boleh dikaitkan dengan perkembangan kognitif. Kaitan ini dapat dilihat pda setiap subjek kajian tanpa mengira umur remaja samada awal remaja mahupun lewat remaja. Analisis menunjukkan bahawa perkembangan kognitif banyak mempengaruhi pembentukan diri remaja pada tahap umur remaja dan perbezaan jantina hanya akan memberi kesan apabila usia mereka lebih tua. Semasa usia antara 12 hingga 18 tahun, remaja yang sedang berkembang perlu mempunyai kebolehan untuk berfikir secara sistematik mengenai semua yang berkaitan dengan hubungan dan masalah. Perubahan untuk berfikir ke arah ini akan wujud daripada masa ke semasa. Tahap perkembangan setiap remaja untuk berfikir perkara yang kompleks adalah berbeza-beza. Setiap remaja mempunyai pandangan yang tersendiri. Mempelajari sesuatu operasi logik dan mengamalkannya dalam dilema kehidupan seharian adalah berbeza. Tahap perkembangan kognitif seseorang remaja itu boleh diukur melalui cara remaja itu menyelesaikan masalah emosinya. Kebolehan untuk berfikir ini akan mempengaruhi keputusan yang diambil tidak kira samada keputusan tersebut adalah baik atau buruk. Perkembangan remaja adalah berbeza-beza mengikut tahap usia. Pada awal usia remaja, kebolehan berfikir ditumpukan hanya dalam membuat keputusan peribadi yang meibatkan sekolah dan rumah. Contohnya, menggunakan kebolehan berfikirnya dalam menyiapkan kerja sekolah. Pada usia ini juga mereka akan mula berminat terhadap perkara berkaitan pihak berkuasa dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka juga akan lebih bijak memilih apa yang dirasakan lebih sesuai untuk mereka. Contohnya, mereka memilih sendiri sukan apa yang patut diceburi, kumpulan mana yang patut mereka sertai, penampilan bagaimana yang lebih menarik serta undang-undang ibu bapa yang mana yang patut diubah.

Semasa di usia pertengahan remaja, pemikiran remaja akan mula memfokus kepada perkara yang lebih besar termasuk hal berkaitan falsafah dan masa depan. Mereka akan mempunyai perasaan ingin tahu yang lebih kuat dan mampu membentuk personaliti tersendiri. Mereka juga sudah boleh mempunyai matlamat tertentu dan berpandangan jauh. Gaya pemikiran mereka ini akan mempengaruhi hubungan mereka dengan orang lain. Pada usia lewat remaja, proses pemikiran yang kompleks digunakan untuk konsep yang kurang berkaitan dengan diri sendiri ataupun keputusan peribadi. Pada usia ini mereka akan mula mengambil tahu dan berfikir mengenai perkara global seperti keadilan, sejarah, politik dan semangat patriotism. Mereka juga sudah boleh berdebat dalam mempertahankan pandangan mereka. Pada usia ini juga, remaja sudah mula menetapkan karier pilihan mereka dan mula bersosial dengan orang dewasa di sekeliling mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan kognitif remaja yang positif. Antaranya adalah dengan melibatkan anak remaja dalam sebarang perbincangan berkaitan pelbagai topik dan isu semasa. Orang dewasa terutamanya ibu bapa perlu menggalakkan remaja untuk berkongsi idea dan pendapatnya serta biarkan mereka berfikir sendiri dan menyuarakan idea mereka yang tersendiri. Selain itu, remaja juga perlu dibantu menetapkan matlamat mereka dan merangsang mereka untuk merancang masa depan mereka. Ini akan membantu perkembangan kognitif yang lebih positif. Ibu bapa juga perlu mengelakkan memarahi remaja apabila mereka membuat keputusan yang salah. Biarkan setiap keputusan yang salah itu menjadi pengajaran kepada mereka. Walaupun kajian menunjukkan remaja merupakan golongan yang sering membuat keputusan yang salah namun ini akan membantu mereka berfikir dan membuat keputusan yang lebih tepat pada masa akan datang. Proses pembelajaran membuat keputusan ini akan membantu remaja menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dengan sendiri. Kesimpulannya, perkembangan kognitif remaja bukan sahaja berlegar mengenai kebolehan remaja untuk mempelajari ilmu yang baru, tetapi ia juga merangkumi kebolehan pelajar untuk menyelesaikan masalah berdasarkan tahap pemikiran mereka sendiri. Bagi merangsang kebolehan menyelesaikan masalah ini, ibu bapa serta orang dewasa lain berperanan membimbing dan memberi peluang remaja merasai sendiri pengalaman membuat keputusan

tidak kira sama ada keputusan tersebut betul atau tidak. Impak daripada setiap keputusan itulah yang akan menjadikan perkembangan kognitif yang positif kepada remaja.

Rujukan http://www.musckids.com/health_library/adolescent/cogdev.htm Cognitive, metacognitive, and motivational aspects of problem Solving by RICHARD E.MAYER University of California, Santa Barbara, U.S.A. http://www.colorado.edu/physics/phys4810/phys4810_fa06/4810_readings/mayer.pdf Cognitive and affective development in adolescence, Laurence Steinberg Department of Psychology, Temple University, Philadelphia, PA 19122, USA http://www.temple.edu/psychology/lds/documents/CognitiveandAffectiveDevelopmentTI CS.pdf

Related Documents