Tafsir Fatihah

  • Uploaded by: jalal yasin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tafsir Fatihah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,284
  • Pages: 6
Asalnya kami siapkan tafsir ringkas ini untuk panduan para mentor dalam mengendalikan 'smart circle' Persatuan Perubatan, namun apa salahnya ianya dikongsi bersama dengan para pembaca semua. Kupasan ringkas ini hasil sedutan daripada 3 kitab tafsir, untuk pendetailan boleh dirujuk kitabkitab tafsir muktabar. Nama-nama lain bagi surah ini : 12 nama bagi surah al-fatihah : as-solat, alhamdu, fatihatul kitab, Ummul kitab, Ummul Quran, sabue’ mathani ( tujuh ayat yang diulang-ulang), alquranul ‘azim, as-syifa’, ar-ruqyah, al-asas, al-wafiah dan al-kafiah Kandungan surah al fatihah •

Uluhiyyah (Ketuhanan)

‫ح َمنِ الرّحِيم‬ ْ ّ‫سمِ الِّ الر‬ ْ ِ‫ب‬ •

Aqidah – rububiyyah dan asmaul husna

ِ‫ح َمنِ الرّحِيم‬ ْ ّ‫حمْدُ لِّ َربّ ا ْلعَا َلمِينَ الر‬ َ ْ‫ال‬ •

Keimanan terhadap hari akhirat

ِ‫مَا ِلكِ يَوْمِ الدّين‬ •

Ibadah dan kepatuhan terhadap hukum-hakam, perintah dan larangan serta pegangan aqidah.

ُ‫س َتعِين‬ ْ َ‫ِإيّاكَ نَ ْعبُدُ َوِإيّاكَ ن‬ •

Syariat

‫ستَقِيم‬ ْ ُ‫اهْ ِدنَا الصّرَاطَ ا ْلم‬ َ‫غيْرِ ا ْل َمغْضُوبِ عَ َليْ ِهمْ وَلَ الضّالّين‬ َ ْ‫ع َليْهِم‬ َ َ‫ن َأنْ َعمْت‬ َ ‫ط الّذِي‬ َ ‫صِرَا‬ •

Akhlak dan adab berdoa – Memuji Allah terlebih dahulu sebelum meminta

‫آمين‬ Hukum – Di sisi Imam Malik dan Syafie, wajib membaca surah al fatihah dengan sempurna dalam solat. Istia'azah

‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬ Aku berlindung kepada Tuhan daripada syaitan yang direjam 1. Disunatkan berta’awuz sebelum membaca al-Quran samada bacaan tersebut dimulakan pada awal surah atau pertengahan. 2. Disunatkan juga berta’awuz setiap awal rakaat mengikut pendapat Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah. 3. Syaitan adalah musuh dan sangat perlu bagi setiap muslim sentiasa memohon perlindungan daripada Allah Ta’ala. Allah mengingatkan kita agar tidak terjatuh kepada tipu dayanya. Syaitan berlari dalam anak adam mengikut aliran darah. Mereka meyeru kepada kekufuran dan meragukan keimanan hamba Allah, sekiranya tidak mampu mereka akan meyeru agar berbuat maksiat. Sekiranya masih gagal menipu daya hamba yang taat, syaitan akan merosakan amal seseorang dengan riya’ dan ujub. Ayat pertama – Basmallah.

ِ‫ح َمنِ الرّحِيم‬ ْ ّ‫سمِ الِّ الر‬ ْ ِ‫ب‬

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. 1. Di sisi Imam Syafie basmalah adalah salah satu daripada ayat surah alFatihah, namun bagi Imam Malik basmallah bukan daripada ayat al-

Fatihah dan surah-surah yang lain kecuali surah an-Naml sahaja. Manakala bagi Ibnu Abbas basmallah merupakan ayat bagi awal semua surah. 2. Bacaan basmallah tidak dibacakan pada awal Surah Baraah (at-Taubah) 3. Basmallah dalam mazhab Syafie dibaca secara jahar (jelas) dalam solat jahar (maghrib, isya’, subuh dan solat-solat sunat tertentu) dan dibaca secara perlahan dalam solat bukan jahar (zohor, asar dan solat sunat tertentu). 4. Tuntutan memulakan setiap sesuatu dengan "nama Allah" yang merupakan adab yang terpuji. Ayat kedua

َ‫حمْدُ لِّ رَبّ ا ْلعَا َلمِين‬ َ ‫ا ْل‬

Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta 'alam.

1. Allah Taala adalah zat yang berhak dipuji oleh sekalian alam yang terdiri dari manusia, jin, malaikat, haiwan yang melata dan selainnya. 2. Memuji-muji Allah Taala sebagai tanda syukur kepada Nya yang telah melimpahkan segala ni'mat dan rahmat-Nya. 3. Perbezaan ‫ الحمد‬dengan syukur. ‫( الحمد‬puji-pujian) bersifat lebih umum daripada syukur. Syukur adalah amalan yang dilakukan sebagai tanda berterima kasih kepada Allah setelah mendapat nikmatNya. Ia dilakukan dengan lidah, hati dan anggota badan yang lain. Manakala ‫( الحمد‬puji-pujian) adalah amalan sebagai tanda syukur. Ia hanya dilakukan dengan lidah sahaja. 4. Wajib bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terhitung. Syukur dengan lidah seperti memuji Allah, syukur dengan hati seperti mengetahui kadar nikmat Allah dan cara bersyukur dengan anggota badan ialah dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan laranganNya. 5. Tiga jenis nikmat Allah. Nikmat dunia seperti sihat tubuh badan dan mendapat rezeki. Kedua, nikmat agama seperti mendapat ilmu dan ketaqwaan. Ketiga ialah nikmat akhirat seperti balasan pahala yang tidak terhingga terhadap amalan yang sedikit dalam tempoh umur yang singkat. 6. Lafaz َ‫ربّ ا ْلعَاَلمِين‬ َ ِّ‫ح ْمدُ ل‬ َ ْ‫ ال‬lebih afdal daripada kalimah tauhid ‫ل إله إل ال‬ kerana pengakuan ‫ ل إله إل ال‬adalah punca daripada lafaz ‫ربّ ا ْلعَاَلمِين‬ َ ِّ‫ح ْمدُ ل‬ َ ْ‫ال‬. Makna "Rabb" merangkumi empat makna iaitu ilah (tuhan yang disembah), sayyid (tuan segala makhluk), Malik (raja yang menguasai) Muslih (memelihara dan mentadbir). Ayat ini memberi pengertian betapa besarnya kedudukan Allah Taala, mengatasi segala benda yang wujud. Ayat ketiga

ِ‫ح َمنِ الرّحِيم‬ ْ ّ‫الر‬

Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. 1. Kedua-dua sifat meliputi segala pengertian kasihan belas dan kasih sayang Allah dalam segala keadaan 2. Makna ‫ الرحمن‬ialah mengurniakan rahmat yang meliputi segala ni’mat, manakala ‫ الرحيم‬sentiasa memberi rahmat. 3. ‫الرحمن‬di dunia ‫ الرحيم‬di akhirat. Dikatakan juga ‫ الرحمن‬adalah sifat penyayang Allah kepada semua hambanya tidak kira Islam atau kafir, manakala ‫الرحيم‬ sifat pengasih Allah khas hanya untuk orang Islam. Ayat keempat

ِ‫مَا ِلكِ يَوْمِ الدّين‬

Tuhan yang menguasai hari pembalasan. 1. Menerapkan dasar aqidah umat Islam iaitu tuntutan beriman dengan hari qiamat yang merupakan rukun Iman yang kelima. 2. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah Allah dan percaya bahawa Allahlah yang menciptakan 'alam buana namun demikian mereka tidak percaya kepada "Hari Pembalasan" iaitu hari penentuan balasan di Akhirat. 3. Lambang kekuatan iman orang Islam, percaya kepada perkara-perkara ghaib, mereka membenarkan berita yang disampaikan oleh pesuruh Allah walaupun tidak pernah dilihat dengan mata pancaindera. Ayat Kelima

ُ‫ستَعِين‬ ْ َ‫ِإيّاكَ َن ْعبُدُ وَِإيّاكَ ن‬ Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu sahaja kami pohon pertolongan 1. Mendekatkan diri kepada Allah Taala melalui ibadat. Lafaz Allah digantikan dengan kata ganti nama yang kedua (khitab) seolah-olah Allah Taala dekat dan berada di hadapan hambanya. 2. Setelah melaksanakan perintah mengabdikan diri kepada Allah, segala pertolongan diminta hanya daripadaNya Tuhan yang Maha Berkuasa, bukan meminta pertolongan dengan makhluk atau kuasa lain. 3. Pengakuan diri sebagai insan yang lemah dan kerdil. Sehebat mana manusia sekalipun tetapi segala pertolongan meminta dengan Allah Taala.

4. Sombongnya seorang hamba yang malas beribadat tetapi apabila menghendaki sesuatu tergopoh-gapah minta diperkenankan. Ayat Keenam

‫ستَقِيم‬ ْ ُ‫اهْ ِدنَا الصّرَاطَ ا ْلم‬ Tunjukkan kami jalan yang lurus

.

1. Berdoa memohon hidayah dan petunjuk Allah. 2. Hanya Islam jalan yang lurus yang membawa kepada kebenaran dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 3. Ada pendapat memberi makna kedua sirat selain Islam ialah al-Quran. AlQuran juga terkandung segala syariat Islam. Yang pentingnya menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam merealisasikan syariat Islam. 4. Minta jalan lurus, apabila ditunjuki jalan malas dan engkar pula nak ikut. 5. Adab berdoa dengan Allah SWT. Sebelum memohon sesuatu hajat perlulah memuji-muji Allah dan mengabdikan diri kepada Nya dengan amal ibadah. Demikian doa lebih mustajab. Ayat ketujuh

َ‫غيْرِ ا ْل َمغْضُوبِ عَ َليْ ِهمْ وَلَ الضّالّين‬ َ ْ‫ع َليْهِم‬ َ َ‫صِرَاطَ الّذِينَ َأنْ َعمْت‬ Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

1. Penjelasan tentang jalan yang terbaik untuk diikuti. Sudah tentu Islamlah jalan yang memberi ni’mat, seperti mana orang-orang terdahulu pernah mendapat ni’mat iaitu mereka di kalangan para nabi, siddiqiin (benar dalam beragama) syuhada’ dan orang-orang soleh. 2. Ni’mat yang kekal abadi hanyalah di akhirat. 3. Berlindung daripada jalan orang-orang yang Allah murkai iaitu yahudi dan jalan orang-orang yang sesat iaitu nasrani (kristian). Marah itu adalah sifat yahudi, sesat pula adalah sifat nasrani kerana menyeleweng daripada ajaran nabi Allah Isa a.s 4. Petunjuk dalam mencari hidayah ke arah jalan yang benar dan menjauhkan diri daripada golongan yang menyeleweng daripada kebenaran. 5. Tauladan daripada syariat Islam orang-orang yang terdahulu iaitu mereka yang taat kepada Allah diselamatkan manakala mereka yang engkar dibinasakan. Ta’min

‫آمين‬

Perkenankanlah doa kami 1. ‫ آمين‬bukanlah ayat al-Quran, ia adalah doa. 2. Sunat menyebut amin di akhir surah fatihah kerana doa. Rujukan: 1. Kitab at-Tsahil li Ulumi at-Tanzil, Syeikh Imam Muhammad Ahmad Jizyyi alKalbi. 2. Tafsir Munir , al-Ustaz Dr. Wahbah Zuhaili 3. Tafsir Fi Zilali Quran, Said Qutub. Tafsir Surah Al-Fatihah tamat.

Related Documents

Tafsir Fatihah
November 2019 26
Tafsir Fatihah
October 2019 22
Tafsir Surah Al-fatihah
April 2020 20
Tafsir Al Fatihah
November 2019 22
Tafsir
October 2019 35
Tafsir
April 2020 27

More Documents from "DIABAGATE A"

Tafsir Fatihah
November 2019 26
Shama Shabistan Raza .pdf
November 2019 21
Hamshahri Javan
November 2019 16
Renpra.docx
December 2019 17