Tadbir Urus Koperasi

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tadbir Urus Koperasi as PDF for free.

More details

  • Words: 513
  • Pages: 2
Tadbir Urus Koperasi : Keutuhan Gerakan Koperasi ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan tokoh-tokoh koperasi sentiasa membayangkan gerakan koperasi di Malaysia dapat melahirkan dan membina warga koperasi yang mapan, berdikari, berkualiti dan berwawasan. Bayangan ini diikuti dengan pelbagai program pendidikan koperasi seperti seminar, kursus, bengkel dan majlis perbincangan dari tahun 2000 hingga sekarang. Dalam usaha membina keutuhan gerakan koperasi, pendekatan tadbir urus koperasi telah diperkenalkan untuk mengurangkan kepincangan dan kekurangan yang terdapat di dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi. Boleh dikatakan tadbir urus koperasi adalah penentu masa depan anggotanya dari segi perubahan dan perkembangan sosioekonomi mereka. Sebelum tadbir urus koperasi dibincangkan dalam membina keutuhan gerakan koperasi, adalah wajar warga koperasi membuat penilaian terhadap pendekatan yang digunakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Antaranya ialah kandungan Pelan Integriti Nasional (PIN) untuk agensi kerajaan dan Kod Urus Tadbir Malaysia yang digunakan oleh pihak swasta. Jika perlu pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi menjalin hubungan dengan badan kerajaan iaitu Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam usaha memantapkan langkah-langkah yang akan digunakan dalam mengamalkan tadbir urus koperasi. Matlamat, visi dan hala tuju tadbir urus koperasi boleh dikatakan begitu kompleks kerana ianya memerlukan integriti daripada semua komponen iaitu anggota, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan kakitangan pengurusan koperasi. Semua pihak harus sedar tentang perkara ini sama ada ianya disukai atau tidak kerana ianya telah digariskan oleh Akta Koperasi 1993. Integriti ini bukannya untuk mencari kesilapan atau kelemahan tetapi lebih kepada meningkatkan kerjasama dan pemuafakatan secara menyeluruh. Justeru, warga koperasi yang terdiri daripada 5.2 juta orang perlu mengkaji, menilai dan merumuskan sendiri tentang ‘keistimewaan’ dan ‘kepuasan’ yang telah dinikmati bagi melihat sejauhmanakah koperasi mereka memartabatkan perkhidmatan dan aktiviti sosioekonomi dalam pelan pem-bangunan koperasi. Langkah ini dapat meningkatkan keinginan dan motivasi di kalangan mereka untuk mengorak langkah dalam sama-sama memajukan koperasi. Selain daripada itu, fahaman yang ditekankan di dalam tadbir urus koperasi dapat diterapkan secara berperingkat-peringkat tanpa disedari oleh mereka. Misalnya, pemuafakatan di dalam membuat keputusan atau tindakan dalam menjalankan sesuatu aktiviti dan perkhidmatan koperasi. Melalui revolusi minda yang berterusan dan konsisten, warga koperasi dapat membezakan baik dan buruk budaya koperasi yang berlaku di dalam koperasi serta merumuskan mekanisma yang sesuai diterapkan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi di dalam membina keutuhan koperasi. Adalah diharapkan pendekatan dan pengamalan tadbir urus koperasi dapat mengubah situasi masa kini yang bergantung kepada satu pihak sahaja di dalam membuat keputusan kepada situasi ‘Bekerja Bersamasama Demi Manfaat Bersama’ yang telah diiktiraf dalam konsep dan falsafah koperasi. Ini semua untuk memastikan tidak ada pihak yang lepas tanggungjawab apabila koperasi mereka menghadapi kesusahan, permasalahan dan cabaran dalam menyaingi pihak luar. Justeru, dicadangkan kepada pemimpin gerakan koperasi untuk mengedarkan maklumat dari semasa ke semasa tentang permasalahan, cabaran dan kejayaan koperasi berdaftar di dalam dan di luar negeri kepada anggotanya untuk dibuat penilaian dalam usaha meningkatkan keberkesanan pendekatan tadbir urus koperasi. Dengan harapan sejarah hitam gerakan koperasi tidak akan berulang kembali dan meningkatkan keyakinan anggota koperasi bahawa pendekatan tadbir urus koperasi bukannya satu program ‘hangathangat tahi ayam’ atau ‘melepaskan batuk di tangga’.

Oleh: Haji Noorzain Haji Tawi Pengerusi JPN Sabah

Related Documents

Tadbir Urus Koperasi
November 2019 25
Urus Tadbir Terbaik
May 2020 9
Koperasi
November 2019 63
Koperasi
April 2020 45
Koperasi
November 2019 55

More Documents from ""

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38