SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KEWAJA 1. Wanita atau gadis remaja yang menghadapi masalah pribadi yang serius dan mengaibkan diri sendiri serta keluarga malah mereka benar-benar memerlukan perlindungan, bimbingan, dan pemulihan setelah tiada ruang atau peluang untuk menetap dimana-mana rumah perlindungan yang sedia ada sama ada milik kerajaan atau NGO. 2. Gadis remaja bawah umur (Rujuk kepada Akta Perlindungan Wanita & Gadis) hendaklah diiringi oleh keluarga atau waris ATAU pihak kami akan memaklumkan kepada keluarga mereka setelah keadaan perlu dan mengizinkan.
3. Wanita atau gadis yang terlibat dengan jenayah akan dirujuk kepada keluarga dan seterusnya KEWAJA menasihatkan mereka merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan, sama ada JKM atau pihak Polis. 4. Wanita atau gadis yang datang dengan masalah yang sama untuk kali kedua terutama hamil luar nikah, akan dikenakan syarat yang lebih ketat atau berkemungkinan tidak akan diterima.
5. Pihak KEWAJA berhak menolak mana-mana wanita atau gadis bermasalah yang ditafsirkan tidak sesuai berada bersama KEWAJA, antaranya; 5.1. Terlibat dalam aktiviti jenayah berat seperti pelacuran, penyalahgunaan dadah atau aktivi sosial yang terlampau. 5.2. Gadis remaja bawah umur yang tidak mendapat jaminan atau sokongan daripada keluarga mereka. 5.3. Kemasukan yang dipaksa atau tanpa kerelaan wanita atau gadis terlibat.
5.4. Tidak memberikan kerja sama atau menimbulkan masalah kepada KEWAJA. 5.5. Mengidap atau mengalami penyakit berjangkit dan merbahaya atau berisiko.
SYARAT-SYARAT SEMASA TINGGAL SEMENTARA DI KEWAJA 1. Tidak dibenarkan keluar tanpa izin melainkan untuk tujuan rasmi.
2. Hanya waris dan keluarga terdekat (jika perlu) yang boleh berurusan atau datang melawat dan ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan berada atau masuk kedalam rumah perlindungan KEWAJA. 3. Pihak kami berhak mengambil tahu atau mendengar perbualan, perbincangan antara pelatih kami dengan individu yang berurusan dengan mereka walaupun ahli keluarga atau waris terdekat.
4. Pelatih-pelatih KEWAJA tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit/tangan atau sebarang alat komunikasi.
5. Surat menyurat, e-mail, telefon da apa uga jenis perhubungan dengan pihak luar walau ahli keluarga akan ditapis atau berada dibawah pengawasan KEWAJA 6. Penjagaan sementara hanya dibenarkan hingga tempoh habis berpantang sahaja, selepas 40 hari, pelatih yang berkenaan dinasihatkan kembali kepangkuan keluarga atau pihak keluarga akan datang mengambil mereka. 7. Sekiranya pelatih tidak mampu atau bermasalah untuk menjaga anak mereka setelah bayi lahir disamping tidak mendapat sokongan, keizinan atau bantuan daripada keluarga, bayi tersebut dinasihatkan diserahkan kepada keluarga angkat atau pihak JKM jika tiada sesiapa yang mahu mengambil bayi tersebut. 8. Urusan penyerahan kepada keluarga angkat akan diadakan dalam suasana penuh kekeluargaan dengan dihadiri oleh keluarga yang mengambil dan keluarga yang menyerahkan bayi tersebut (Urusan ini tertakluk kepada Akti Pengambilan Anak Angkat, Akta Pengangkatan dan Akta Pendaftaran Anak Angkat).
9. Wanita atau gadis yang berazam untuk memelihara sendiri anak mereka malah mendapat sokongan dan keizinan semua ahli keluarga terutama ibu bapa, mereka memang digalakkan memelihara sendiri bayi mereka malah adalah dinasihatkan tidak perlu berada di KEWAJA. 10. Wanita atau gadis atau bayi mereka yang mengalami masalah kesihatan atau penyakit merbahaya terutama H.I.V atau AIDS, dinasihatkan merujuk kepada rumah atau pusat perlindungai yag sesuai dengan mereka.
PE RINGA TAN UNTU K AH LI KE LU ARGA ATAU WARIS YANG ME NGHANT AR PEL ATIH KE ASRAMA KEW AJ A 1. Tuan puan tidak digalakkan menghubungi dan melawat ahli keluarga yang berada di Kewaja kecuali atas sebab-sebab kecemasan atau sebarang perkara penting. 2. Pihak pengurusan Kewaja akan menghubungi pihak keluarga atau waris pelatih jika berlaku sebarang masalah dan sekiranya perlu dimaklumkan. 3. Pihak pengurusan bersedia mempertimbangkan untuk lawatan atau hubungan telefon daripada pihak keluarga atau waris pelatih jika perlu. Tuan puan hanya dibenarkan melawat ATAU menghubungi setelah pelatih berada dengan kami lebih dari sebulan (30 Hari). 4. Urusan melalui telefon hanya pada waktu pejabat sahaja; Bermula dari Jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Jika dibenarkan melawat hanya sekali dalam sebulan pada Hari Sabtu atau Ahad, antara Jam 10.00 pagi hingga Jam 4.00 petang. 5. Pihak kami hanya membenarkan ibu bapa kandung ATAU keluarga kandung sahaja menemui pelatih. Wakil atau mereka yang tiada apa-apa pertalian keluarga tidak dibenarkan walaupun lelaki ATAU keluarga lelaki yang menjadi penyebab ahlli keluarga tuan puan masuk ke Kewaja.
6. Pelatih tidak dibenarkan balik sekiranya tidak mencukupi tempoh 3 Bulan berada di Kewaja ATAU masih belum habis berpantang ( Walaupun sedah lebih 3 Bulan di Kewaja) ATAU sekiranya belum lulus ujian SOLAT dan pembacaan AL_QURAN. 7. Sekiranya pelatih dan pihak keluarga yang terlibat berkemampuan serta bersedia mengambil dan menjaga bayi yang dilahirkan nanti, anda tidak perlu berada di Kewaja kerana pihak kami hanya menerima pelatih yang bermasalah untuk memelihara anak sahaja. 8. Setelah didaftarkan dan masuk asrama Kewaja, pelatih tidak dibenarkan balik atau keluar daripada Kewaja kecuali atas sebab urusan mahkamah atau berkaitan dengan undang-undang dan Polis. 9. Ibubapa tidak dibenarkan membawa keluar pelatih kecuali atas urusan rasmi yang ada kaitan dengan Polis atau mahkamah. KEWAJA 2009