RA SION AL PENU BU HA N
Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan KEM MODAL INSAN KEWAJA di tubuhkan atas dasar Tanggungjawab Kemanusiaan dan Ihsan terhadap perlunya sebuah institusi atau perkhidmatan sukarela sepenuh masa yang memberikan perkhidmatan berbentuk; Menyelamat, Melindungi, Membimbing & Merawat kepada wanita dan remaja yang telah menjadi Perlarian Sosial setelah mengalami masalah akibat bencana sosial atau aktiviti tidak bermoral yang sedang melanda masyarakat dan Negara kita sekarang. Sebagai Perlarian Sosial yang berpunca daripada aktiviti MAKSIAT YANG TERLAMPAU sehingga terjadinya hamil luar nikah dan jalan mudah yang diambil mereka telah menggugurkan kandungan (janin) atau membuang bayi itu dimana-mana. Akhirnya kejadian yang menyayat hati semua pihak berlaku dengan penemuan bayi atau mayat bayi di tandas, sungai, masjid, tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Hanya segelintir daripada mangsa yang terlibat dengan jenayah seksual atau pergaulan tidak bermoral mencari maklumat serta bersedia merujukkan masalah mereka kepada pihak-pihak yang berkenaan sedangkan ramai diantara mereka masih keliru dan mengambil jalan penyelesaian yang berisiko kerana takut untuk berurusan dengan badan-badan yang boleh membantu mereka sama ada JKM, Jabatan Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Pihak Polis, Jabatan Agama mahupun Hospital Kerajaan atau NGO yang bertanggungjawab dengan isu seperti ini.
1
Maka, dengan keadaan BENCANA MAKSIAT seperti ini, KEM MODAL INSAN KEWAJA ditubuh dan digerakkan secara aktif demi untuk menyelamatkan Perlarian Sosial tersebut disamping memantau serta memberikan khidmat sokongan terhadap masyarakat atau badan-badan kerajaan yang berkaitan dalam usaha menyelamat, melindungi, membimbing dan merawat mana-mana wanita dan gadis remaja yang difikirkan perlu diberikan perhatian dan bantuan.
PENGENALAN KEM MODAL INSAN KEWAJA di perkenalkan sejak Tahun 1988 dan beroperasi sepenuh masa sejak Tahun 1996 sebagai salah satu agensi persendirian sukarela yang dibangunkan oleh Sdr.Yahya bin Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum. KEWAJA pada mulanya hanya bertindak sebagai juru-runding atau penasihat terhadap wanita dan remaja yang bermasalah, namun permasalahan wanita dan gadis yang hamil luar nikah tidak cukup dengan hanya nasihat sahaja kerana mereka adalah Perlarian Sosial yang tidak tahu hala-tuju walaupun KEWAJA telah mencadangkan agar mereka pergi kemana-mana rumah perlindungan yang sedia ada ada, malangnya atas berbagai sebab dan alasan mangsa tidak berminat dengan cadangan kami malahan pusat-pusat perlindungan atau jagaan yang sedia ada mempunyai syarat-syarat tersendiri yang mana sukar diterima oleh mangsa yang terlibat. Maka sebagai Masyarakat Penyayang, berperi kemanusiaan dan ihsan, KEWAJA telah mengambil peranan ini dengan menerima mangsa sebagai anak angkat atau pelatih dibawah pengurusan KEWAJA. Tanggungjawab dan peranan kami, mempastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak yang bakal lahir sempurna atau mendapat pengurusan, perhatian dan penjagaan yang sewajarnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan. OBJEKTIF 1. Perkhidmatan pengurusan, juru runding disamping menyediakan Kursus, Latihan Dan Pemulihan Akhlak untuk wanita atau remaja yang menjadi Perlarian Sosial ATAU mengalami masalah moral.dan mangsa aktiviti maksiat terlampau.
2. Terlibat sepenuh masa secara sukarela dan aktif demi menunaikan tanggungjawab sosial-kebajikan terhadap masyarakat, khususnya dalam membantu wanita dan remaja yang mengalami masalah diri yang mengaibkan.
2
3. Melibatkan diri secara aktif sebagai salah satu Agensi atau Badan Sukarelawan yang memberikan khidmat sokongan pelbagai, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan , wanita, dan masyarakat (seperti yang disebutkan sebelum ini) kepada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
4. Menyumbang, mendukung dan bergerak seiring dengan Majlis Sosial Negara kearah menjayakan program Dasar Sosial Negara (DSN) di samping membantu merealisasikan Pelan Integriti Nasional (PIN) serta membantu melahirkan dan membangunkan MODAL INSAN Kelas Pertama.
5. Menjadikan KEM MODAL INSAN KEWAJA sebagai salah satu Pusat Integriti Dan dan produk utama kami membangunkan MODAL INSAN.
6. Bergerak bersepadu dengan setiap lapisan masyarakat dan NGO khususnya GERAKAN EHSAN SELANGOR ( GES ) untuk membenteras gejala sosial serta bersama menyelesaikan permasalahan sosial yang melibatkan remaja, gadis dan wanita.
PERANAN KEWAJA DAN GES (NGO) 1. Menyediakan kediaman atau pusat jagaan sementara untuk wanita dan gadis yang mengalami masalah pribadi yang mengaibkan diri sendiri dan keluarga.
2. Menguruskan hal ehwal perubatan, rawatan dan pemulihan untuk wanita yang hamil, bermula daripada mereka masih hamil sehingga bersalin dan disepanjang tempoh berpantang (40 hari berdasarkan amalan tradisional); Ini termasuklah rawatan perubatan moden dan tradisional (mengurut dan bertungku) disamping mempastikan konsep berpantang diamalkan dengan sempurna.
3. Menguruskan dan menghantar wanita yang hamil untuk mendapatkan rawatan berkala atau rawatan mingguan sama ada di klinik kerajaan atau swasta.
4. Mengesan dan menghubungi keluarga atau waris mereka yang terlibat; Sekiranya mereka datang sendiri (tidak bersama waris atau keluarga), untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan JKM, Jabatan Kerja Sosial Hospital atau pihak perundangan, terutama kumpulan gadis bawah umur.
5. Memberikan garis panduan serta khidmat nasihat kepada wanita yang bermasalah serta waris atau ahli keluarga yang terlibat agar permasalahan mereka dirujuk kepada pihak Polis, JKM atau mana-mana jabatan berkaitan jika perlu untuk tujuan mendapatkan keadilan undang-undang terutama keskes rogol, sumbang mahram terutama membabitkan gadis bawah umur (Rujuk kepada Akta Perlindungan Wanita & Gadis 1973)
6. Menyediakan perkhidmatan kaunseling-motivasi, kelas agama/fardu ain, ceramah agama dan kesihatan daripada tenaga pengajar atau penceramah yang terlatih dan bertauliah.
3
7. Mendaftarkan setiap bayi yang lahir di Jabatan Pendaftaran Negara.
8. Membantu mendapatkan keluarga angkat bagi bayi yang lahir (Rujuk kepada akta pengangkatan 1952), sekiranya ibu atau waris mereka yang terlibat bermasalah untuk menjaga bayi tersebut atau dirujuk kepada JKM.
9. Menguruskan hal ehwal persekolahan terutama sekiranya mereka sedang menghadapai peperiksaan sedangkan dalam masa yang sama mereka telah dibuang sekolah tetapi Lembaga Peperiksaan masih boleh membenarkan mereka mengambil peperiksaan. 10. Menghantar pulang gadis atau wanita yang telah tamat tempoh berpantang atau telah diyakini pulih dari segi mental dan fizikal kepangkuan keluarga sekiranya pihak keluarga tidak datang mengambil mereka.
11. Membantu memulihkan hubungan kekeluargaan; Ada pihak keluarga meminggirkan anak-anak mereka setelah mendapat tahu anak gadis mereka hamil serta berada dibawah jagaan kami (Ini salah satu pendekatan yang kami lakukan demi mengembalikan hubungan baik-mesra mereka sekeluarga). 12. Membantu mengesan atau mencari lelaki yang menyebabkan wanita itu hamil untuk sebarang tindakan undang-undang atau mempertanggungjawabkan atas apa yang terjadi kepada wanita atau gadis tersebut.
13. Membantu merancang majlis perkahwinan atau pernikahan dengan lelaki yang yang menyebabkan wanita itu hamil jika lelaki berkenaan ingin bertanggungjawab atau ada lelaki lain yang sanggup berkorban demi masa depan wanita tersebut. 14. Menguruskan jenazah dan pengkebumian bayi, jika bayi itu meninggal dunia.
15. Mencarikan pekerjaan buat mereka setelah tamat tempoh berpantang disamping mencarikan jodoh yang sesuai jika ada diantara mereka bersedia untuk berumahtangga.
16. Mengadakan hari keluarga atau rumah terbuka untuk pertemuan bekas-bekas pelatih KEWAJA disamping dapat berjumpa dengan anak mereka dan pasangan suami isteri yang mengambil anak mereka,bagi wanita yang telah menyerahkan anak kepada keluarga angkat.
17. Memantau secara berkala pelatih-pelatih yang telah keluar dari KEWAJA, demi mempastikan mereka tidak terjerumus semula kepada kehidupan yang bermasalah atau tidak bermaruah.
SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KEWAJA 1. Wanita atau gadis remaja yang benar-benar menghadapi masalah pribadi yang serius dan mengaibkan diri sendiri serta keluarga malah mereka benarbenar memerlukan perlindungan, bimbingan, dan pemulihan setelah tiada ruang atau peluang untuk menetap dimana-mana rumah perlindungan yang sedia ada sama ada milik kerajaan atau NGO. 2. Gadis remaja bawah umur (Rujuk kepada Akta Perlindungan Wanita & Gadis) hendaklah diiringi oleh keluarga atau waris ATAU pihak kami akan
4
memaklumkan mengizinkan.
kepada
keluarga
mereka
setelah
keadaan
perlu
dan
3. Wanita atau gadis yang terlibat dengan jenayah akan dirujuk kepada keluarga dan seterusnya KEWAJA menasihatkan mereka merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan, sama ada JKM atau pihak Polis.
4. Wanita atau gadis yang datang dengan masalah yang sama untuk kali kedua terutama hamil luar nikah, akan dikenakan syarat yang lebih ketat atau berkemungkinan tidak akan diterima.
5. Pihak KEWAJA berhak menolak mana-mana wanita atau gadis bermasalah yang ditafsirkan tidak sesuai berada bersama KEWAJA, antaranya; 5.1. Terlibat dalam aktiviti jenayah berat seperti pelacuran, penyalahgunaan dadah atau aktivi sosial yang terlampau. 5.2. Gadis remaja bawah umur yang tidak mendapat jaminan atau sokongan daripada keluarga mereka. 5.3. Kemasukan yang dipaksa atau tanpa kerelaan wanita atau gadis terlibat.
5.4. Tidak memberikan kerja sama atau menimbulkan masalah kepada KEWAJA. 5.5. Mengidap atau mengalami penyakit berjangkit dan merbahaya atau berisiko.
SYARAT-SYARAT SEMASA TINGGAL SEMENTARA DI KEWAJA 1. Tidak dibenarkan keluar tanpa izin melainkan untuk tujuan keklinik atau hospital.
2. Hanya waris dan keluarga terdekat (jika perlu) yang boleh berurusan atau datang melawat dan ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan berada atau masuk kedalam rumah perlindungan KEWAJA. 3. Pihak kami berhak mengambil tahu atau mendengar perbualan, perbincangan antara pelatih kami dengan individu yang berurusan dengan mereka walaupun ahli keluarga atau waris terdekat.
4. Pelatih-pelatih KEWAJA tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit/tangan atau sebarang alat komunikasi.
5. Surat menyurat, e-mail, telefon da apa uga jenis perhubungan dengan pihak luar walau ahli keluarga akan ditapis atau berada dibawah pengawasan KEWAJA
6. Penjagaan sementara hanya dibenarkan hingga tempoh habis berpantang sahaja, selepas 40 hari, pelatih yang berkenaan dinasihatkan kembali kepangkuan keluarga atau pihak keluarga akan datang mengambil mereka.
7. Sekiranya pelatih tidak mampu atau bermasalah untuk menjaga anak mereka setelah bayi lahir disamping tidak mendapat sokongan, keizinan atau bantuan
5
daripada keluarga, bayi tersebut dinasihatkan diserahkan kepada keluarga angkat atau pihak JKM jika tiada sesiapa yang mahu mengambil bayi tersebut. 8. Urusan penyerahan kepada keluarga angkat akan diadakan dalam suasana penuh kekeluargaan dengan dihadiri oleh keluarga yang mengambil dan keluarga yang menyerahkan bayi tersebut (Urusan ini tertakluk kepada Akti Pengambilan Anak Angkat, Akta Pengangkatan dan Akta Pendaftaran Anak Angkat).
9. Wanita atau gadis yang berazam untuk memelihara sendiri anak mereka malah mendapat sokongan dan keizinan semua ahli keluarga, da tidak mengahdapi masalah tempat tinggal, adalah dinasihatkan tidak merujuk atau berada di KEWAJA. 10. Wanita atau gadis atau bayi mereka yang mengalami masalah kesihatan atau penyakit merbahaya terutama H.I.V atau AIDS, dinasihatkan merujuk kepada rumah atau pusat perlindungai yag sesuai dengan mereka.
MASALAH, CABARAN DAN KESULITAN 1. Tidak mempunyai sumber kewangan yang benar-benar kukuh (stabil) atau mencukupi, kerana KEWAJA tidak menetapkan yuran atau bayaran yang tetap terhadap pelatih-pelatih yang ingin mendapatkan perkhidmatan KEWAJA. (Bayaran terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan keluarga yang terlibat).
2. Tidak mendapat bantuan, sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat, badan kerajan, NGO atau setiap keluarga yang terlibat. 3. Tidak mampu mengadakan tempat yang lebih sesuai dan sempurna, bagi membolehkan aktiviti riadah serta vokasional dijalankan dengan lancar.
4. Masih ramai masyarakat yang menganggap usaha KEWAJA sebagai penggalak maksiat atau bersubahat terhadap bayi-bayi yang lahir tak sah taraf itu, malah ada juga yang memberikan tafsiran negatif terhadap aktiviti dan perkhidmatan ini. 5. Pihak keluarga pelatih tidak memberikan bantuan, kerjasama atau sokongan yang sewajarnya terhadap pusat ini serta pelatih itu sendiri.
SUMBER KEEWANGAN 1. Sumbangan ikhlas daripada keluarga pelatih-pelatih yang terlibat. 2. Sumbangan ikhlas daripada orang ramai yang prihatin. 3. Pendapatan sampingan sebagai penulis sambilan – En.Yahya
4. Pendapatan sampingan sebagai motivator dan fasilitator bebas – En.Yahya 5. Pendapatan sampingan sebagai Perunding Tradisional – Pn Ruzitah 6. Pendapatan sampingan sebagai pengasuh – Pn Ruzitah. 7. Sumbangan daripada berbagai pertubuhan sukarela.
PERANCANGAN JANGKA PANJANG
6
1. Memajukan KEM MODAL INSAN KEWAJA supaya menjadi lebih lengkap dan sempurna, bukan sahaja boleh menempatkan wanita dan gadis yang bermasalah yang mengaibkan tetapi termasuk juga penjagaan untuk ibu tunggal bermasalah, anakanak yatim, orang-orang tua/kurang upaya (OKU) dan sebagainya. 2. Menjadikan salah satu Pusat Integriti Dan Pembangunan Insan Hadhari atau Pengeluar MODAL INSAN yang mampu berdikari tanpa bantuan kerajaan, malah mampu memberikan khidmat sokongan yang padu terhadap jabatan-jabatan yang terlibat dengan program dan aktiviti KEWAJA.
PENUTUP Kami mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada badan-badan berkanun, NGO khususnya GERAKAN EHSAN SELANGOR dan orang ramai yang setiasa memberikan sokongan dan sumbangan sama ada dalam bentuk material mahupun tenaga dan idea untuk sama-sama merealisasikan sebuah Pusat Integriti seperti KEM MODAL INSAN KEWAJA serta pihak kerajaan khususnya dalam usaha mencapai matlamat untuk keselesaan masyarakat dlam menangani isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial dan kebajikan, khususnya dalam peranan menjayakan Dasar Sosial Negara (DSN) dan bersama merealisasikan Pelan Integriti Nasional (PIN) disamping melahirkan Modal Insan.
7
KEM MODAL INSAN KEWAJA No.Pendaftaran 001688694-H
Keb n
ajika Wanita Tanggungjawab Kami
MAKLUMAT PENGASAS KEWAJA
1. YAHYA BIN MOHAMED YUSOF Naib Yang Dipertua Gerakan Ehsan Selangor o AJK Persatuan Pusat Jagaan WPKL o Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia [SALAM] o NYDP SMK Hillcrest Taman Seri Gombak Selangor o NYDP SK. Tmn. Seri Gombak, Selangor o Pengerusi Tetap UMNO Tmn Seri Gombak Utama,Selangor o Panel TV & Radio untuk RTM, TV3, TV9, Astro, Bernama TV & Radio 24 o Penerima Anugerah Famili Berjasa, Anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan ASTRO 2005. o
2. RUZITAH BINTI BAHRUM o o o o o
Ahli Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia – SALAM AJK Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Taman Seri Gombak. AJK Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Tmn Sri Gombak Ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Perunding Tradisional & Pakar Motivasi
ASRAMA PUTERI KEWAJA No.19, Jalan SG 5/4, Taman Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan Tel: 013-3384868 03-61857736 Emel:
[email protected] 8
http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA http://www.kewaja.enetmyne.com/ © 2009 KEWAJA Hakcipta Terpelihara
9