Syarat-syarat

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syarat-syarat as PDF for free.

More details

  • Words: 565
  • Pages: 2
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN 1.Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pelajar Universiti Malaya yang bukan warganegara dibenarkan menyertai pertandingan ini. 2.Semua perlawanan akan diadakan di GELANGGANG FUTSAL KOLEJ KEDIAMAN RAJA DR NAZRIN SHAH(KK12) (tertakluk kepada perubahan) pada 21 dan 22 Februari 2009 iaitu pada hari sabtu dan ahad bermula 8 pagi hingga tamat. 3.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Februari 2009. 4.Sesi pengundian dan taklimat kejohanan akan diadakan pada 20 Februari 2009 di KK12 pada pukul 8 malam.(tertakluk pada perubahan,sebarang pindaan akan dimaklumkan kepada setiap pengurus pasukan) 5.Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan yuran pendaftaran.Berikut adalah yuran dan hadiah bagi kategori yang dipertandingkan:

-Pertama -Kedua -Ketiga

Kategori Terbuka Lelaki RM 100 RM 1000+pingat+sijil RM 700 +pingat+sijil RM 400 +pingat+sijil

Kategori Terbuka Wanita RM 60 RM 500+pingat+sijil RM 300+pingat+sijil RM 200+pingat+sijil

-Keempat

RM 300 +pingat+sijil

RM 100+pingat+sijil

Kategori Yuran

Hadiah

6.Hanya pasukan yang mendaftar dan membayar yuran penyertaan sebelum atau pada tarikh tutup penyertan sahaja akan diterima dan layak bertanding. 7.Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga 8 orang pemain sahaja; 5pemain dan 3 simpanan. Seorang pemain hanya dibenarkan mendaftar dalam satu pasukan sahaja 8.Sebarang perubahan pada borang penyertaan tidak dibenarkan apabila tarikh tutup penyertaan berakhir.

SISTEM/PERATURAN PERTANDINGAN 1.Undang-undang Permainan Futsal FAM akan digunakan melainkan ada peraturan khas yang menguasai Kejohanan Futsal King 2009. 2. Corak pertandingan: Pusingan awal berbentuk liga kumpulan. Hanya johan dan naib johan kumpulan (tertakluk kepada perubahan)yang layak masuk ke pusingan kedua yang dijalankan secara kalah mati. Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yangsama,maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: a) Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang. b) Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol dikira menang.

c) Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya dalam perlawanan awal dikira menang. d) Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang. Tendangan penalti ini dijalankan mengikut Undangundang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 3. Bagi peringkat kalah mati, jika keputusan seri pada sepenuh masa, sepakan penalti (3 sepakan) akan dijalankan untuk menentukan pemenang. Jika masih seri, sepakan penalty sudden death akan diadakan. 4. Setiap permainan dijalankan 5 minit separuh masa pertama 1 minit rehat dan 5 minit separuh masa kedua. 5. Pertandingan akan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan(tertakuk kepada perubahan). Pasukan perlu melaporkan diri kepada pegawai padang bertugas 10 minit sebelum setiap perlawanan dijadualkan. 6.Jika pasukan tidak hadir di gelanggang dalam masa 3 minit, pasukan lawan akan diberikan kemenangan percuma 2-0. Sekiranya kedua-dua pasukan tidak hadir, tiada sebarang mata dan jaringan diberikan. 7. Penggantian: pemain yang digantikan boleh kembali ke gelanggang. 8. Kod pakaian: Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan memakai jersi yang sama (kecuali penjaga gol), stokin dan shinpad. Kasut bola yang berstud adalah tidak dibenarkan. Pemain digalakkan memakai alat-alat keselamatan sukan semasa bermain. 9.Pengurus pasukan diminta menjaga tingkahlaku para pemain mereka. Penggunaan dadah adalah dilarang. Sebarang tingkahlaku kasar dan perbuatan tidak bermoral pemain ketika permainan dan kejohanan berlangsung akan mengakibatkan pasukan terbabit disingkir dari kejohanan. 10. Semua keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan perlu melalui Borang Bantahan yang disediakan dan mengikut prosedur. Keputusan akhir dari Jawantankuasa Teknikal adalah muktamad. BANTAHAN / RAYUAN PEMAIN. 1. Setiap bantahan / rayuan oleh mana-mana pasukan / pemain, hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Penganjur dalam masa 30 minit selepas perlawanan tamat. 2. Bantahan hanya boleh dikemukakan berhubung perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturanperaturan penganjur sahaja. 3. Setiap bantahan hendaklah disertakan wang tunai RM100.00.