PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Dengan wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran.
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
1
•
keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap individu untuk membolehkannya:
KEPENTINGAN DAN FAEDAH KEMAHIRAN BELAJAR
PENGURUSAN DAN SUMBER MAKLUMAT Terbahagi kepada: ➢ ➢ ➢ ➢ ➢
SUMBER MANUSIA MEDIA CETAK MEDIA TIGA DIMENSI MEDIA ELEKTRONIK SUMBER PERSEKITARAN
2
KRITERIA SUMBER YANG BAIK
Kriteria sumber yang baik:
KEMAHIRAN MAKLUMAT Definisi maklumat
Definisi kemahiran maklumat
Sumber maklumat
Mengenal pasti masalah dan maklumat yang diperlukan
3
KEMAHIRAN MENEMURAMAH
Persediaan menemuramah sebelum menemuramah ♠ tentukan maklumat yang diperlukan ♠ kenalpasti tokoh/ orang yang ditemuramah ♠ selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki(latar belakang tokoh, bidang perkerjaan dan sebagainya) ♠ buat janji temu dengan tokoh(tarikh, masa dan tempat) ♠ sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki) ♠ sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan
semasa menemuramah ♠ tepati janji ♠ beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan dan ucap terima kasih) ♠ bersikap ramah dan tunjuk minat ketika tokoh bercerita/ sampai maklumat ♠ adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti ♠ kemukan soalan yang disediakan KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN 4
♥ dalam era ledakan maklumat, mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingati semuanya.
Kaedah mengesan maklumat dan merujuk kepada bahan di PSS
Kemahiran merujuk kepada kamus
♥ 2 jenis kamus:
5
SENARAI EJEN PENCARIAN
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT Menganalisis Mentafsir
i. mendapatkan penjelasan, maksud dan ulasan ii. mengenal pasti latar belakang isu iii. mengenal pasti bahan rujukan sesuai iv. memberi makna baru Mensintesis
i. membina semula bahan yang dipilih 6
ii. menggabung data iii. menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu iv. kemahiran mengolah v. mencadangkan / pembaharuan / kefahaman baru contoh-contoh persoalan sintesis •
apakah yang anda ramalkan selepas melihat pada bukti-bukti
•
apakah idea yang boleh ditambah untuk melengkapkan
•
Bagaimanakah anda mencipta sesuatu dari idea
Menilai
i. meneliti bahan yang dikumpul dan ditafsirkan ii. mempertimbangkan kesesuaian dari segi nilai dan idea iii. menggunakan piawaian tertentu iv. menimbangkan alternatif bahan yang sedia ada v. menentukan ketetapan dan keperluan
KEMAHIRAN PELAPORAN •
Membuat pelaporan
kaedah popular
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
7
CONTOH PETA KONSEP
TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN (MEMORY AIDS)
ISU PENDIDIKAN: GANGSTERISME DI SEKOLAH MALAYSIA
DEFINISI GANGSTERISME
8
PENGENALAN Fenomena gangsterisme yang kini hangat diperkatakan sebenarnya sudah lama membarah di kalangan remaja Malaysia. Ia hanyalah merupakan rentetan daripada isuisu moral remaja yang lain seperti gejala lari dari rumah, buang bayi, penagihan dadah, lepak dan pelbagai lagi gejala yang telah sekian lama menghantui remaja negara kita. Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) bersetuju bahawa gejala ini perlu dipandang serius dan ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berwajib, terutama Kementerian Pendidikan. Namun,apa yang penting ialah kita mencari faktor, ciri-ciri, aktiviti, langkah-langkah mengatasi, kesan dan kesimpulan sebenar timbulnya fenomen gangsterisme seumpama ini. Kita tidak mahu hanya sekadar mencantas pucuk-pucuk yang nampak tumbuh sedangkan akarnya kita biarkan tumbuh subur. Sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini iaitu:
9
♠ Utusan Malaysia,1998 Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah. ♠ Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian
Pendidikan,1999 menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruh negara sekarang. ♠ Berita harian,1997 Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai kongsi gelap. Pelajar yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin dikategorikan sebagai: 1) Devian(mereka yang melanggar norma masyarakat setempat) 2) Delinkuen(mereka yang masih bersekolah atau remaja)
Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label Bagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Walaupun kadar jenayah yang melibatkan murid sekolah adalah kecil iaitu hanya 0.03 peratus dan 2.03 peratus untuk salah laku disiplin dari tahun 2004 hingga 2008 namun kita tidak boleh pandang ringan kerana semua pelajar perlu datang ke sekolah mengikut jadual dan ibu bapa perlu mengetahui apa yang dilakukan anak mereka semasa berada di dalam atau luar sekolah. Sebanyak 6,477 buah Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) telah ditubuhkan iaitu 2,052 di sekolah menengah dan 4,395 di sekolah rendah.Seramai 207,700 murid sekolah menengah dan 172,669 murid sekolah rendah telah terlibat dalam KPJ. Kementerian Pelajaran memperluaskan Kor Kadet Polis melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia. Tahun lalu, sejumlah 2,534 platun Kor Kadet Polis diwujudkan dengan keanggotaan seramai 88,690 orang.
10
CIRI-CIRI AHLI GANGSTERISME
AKTIVITI-AKTIVITI GANGSTERISME 11
LIMA SALAH LAKU LUCAH DI SEKOLAH
Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster dan Membakar Premis Sekolah
Jenis Kes Kes Samseng Membakar Premis Sekolah Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000) 12
1997
1998
1999
107
77
85
6
19
10
FAKTOR-FAKTOR GANGSTERISME
FAKTOR – FAKTOR GANGSTERISME PENGARUH RAKAN SEBAYA Artwater (1998), rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan, sebantal atau rakan seperjuangan. Menurut Erikscon (1993), rakan sebaya bermaksud suatu kelompok kanak -kanak atau pun remaja yang sama umur atau peringkat perkembangan. Mengikut kamus ensiklopedia (1997), mendefinisikan individu sebagai seseorang remaja bermula akil baligh, cukup umur, orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21 tahun. Jangka masa di antara zaman kanak ke zaman dewasa. Hal ini menyebabkan mereka mudah tertarik untuk melakukan sesuatu apabila diajak oleh rakan-rakannya walhal mereka tahu perbuatan tersebut menyalahi undang-undang. 13
PENGARUH KELUARGA Keluarga menurut takrif antrapologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula merujuk keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak.Pelajar-pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan jiran yang telah sedia menjadi ahli kumpulan gengster dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan-kawasan kediaman di mana terdapat kumpulan gengster dan samseng bergerak aktif. PENGARUH MEDIA MASSA Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatu r persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa. Pembinaan Koridor Raya MultiMedia (MSC), beberapa buah stesen televisyen memperlihatkan pentingnya media kepada masyarakat (Haslina Hassan,(2000). Pengaruh media massa dan arus perdana globalisasi serta tamadun materialistik masa kini amat banyak mencetus kritis nilai. Majalah – majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika berleluasa di pasaran. Filem – filem ganas dan unsur seks yang ditayang di televisyen secara bebas memberi kesan ke atas pembentukan pelajar. Pelajarpelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina kehidupan mereka. Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya spiritual. Menurut Prof. Dr Yusof al – Qardhawi(1999) mengatakan bahawa kesan yang paling menonjol akibat dari tamadun dewasa ini ialah terungkainya ikatan akhlak. Dengan ini lahirlah masyarakat yang tidak ada kepimpinan diri dan akhlak. Keadaan ini akhirnya akan mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala yang antaranya berlaku dan mempengaruhi remaja – remaja kita yang cenderung untuk melakukan pelbagai kegiatan jenayah di sekolah yang akhirnya 14
kewujudan kumpulan – kumpulan gangster dalam pelbagai salah laku jenayah di sekolah pada hari ini. INDIVIDU Pelajar – pelajar berkemungkinan mempunyai sifat semula jadi yang suka memberontak dan melanggar peraturan – peraturan sekolah dan lain – lain peraturan termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya di kalangan rakan sebaya. Selain itu, pelajar – pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik dam gagal menjadikan diri mereka sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masing-masing berkemungkinan cenderung untuk melakukan jenayah.
PENGARUH PERSEKITARAN Pengaruh persekitaran seperti pusat – pusat hiburan, kafe siber, kedai – kedai video game dan berbagai- bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang – undang telah menambahkan lagi kemelut dan keruntuhan akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan aktiviti jenayah dan kumpulan samseng. PENDIDIKAN DI RUMAH Pendidikan di rumah oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi pelajar dan tingkah laku mereka sama ada di sekolah atau di mana sahaja. Pendidikan agama dan akhlak perlu diberi oleh ibu bapa kepada anak – anak terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk membina keperibadian dan sahsiah individu berkenaan ke arah akhlak yang mulia. KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM 15
Ramai pada hari ini tidak lagi mementingkan pelajaran tulisan jawi, samada di peringkat rendah atau menengah. Bukan sahaja kerana tulisan Jawi inilah satu-satunya warisan tulisan Melayu yang agung dan ulung, malah yang lebih penting adalah kerana ianya merupakan elemen terpenting di dalam mempelajari dan mendalami ajaran Islam. Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, namun oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith. Kita tidak mahu kebutaan jawi generasi kini dan yang akan datang menyebabkan al-Quran dan hadith dibaca di dalam tulisan rumi yang boleh memesongkan sebutan dan maknanya. Kesannya kini, majoriti pelajar Muslim tidak tahu membaca dan menulis Jawi, dan kejahilan inilah yang membawa mereka kepada gejala keruntuhan akhlak disebabkan kegagalan menguasai dan menghayati al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri.
KURANG DIDIKAN AGAMA Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak dapat meluangkan masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing anak – anak dengan didikan agama yang sewajarnya menyebabkan anak – anak kurang mendapat kasih sayang dan belaian mesra daripada ibu bapa. Tanggungjawab tersebut diserahkan sepenuhnya kepada guru – guru di sekolah. Dalam konteks ini, bukan sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar muslim sahaja bahkan juga pelajar-pelajar bukan muslim. Disebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan dari rumah maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, materialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjuruskan kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah wujudnya kumpulan-kumpulan samseng atau gangster yang sering melakukan jenayah dan mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Analisis Faktor-faktor Yang Paling Mempengaruhi Gejala gengsterisme Di Sekolah Dari Aspek Rakan Sebaya, Keluarga, Pengaruh Media Dan Individu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
16
Nilai faktor – faktor paling domain 1.00 – 2.33
Rendah
2.34 – 3.67
Sederhana
3.68 – 5.00
Tinggi
a. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala Gangsterisme di sekolah dari aspek rakan sebaya Jadual 1 : Taburan responden mengikut tahap gangsterisme dari aspek Pengaruh rakan sebaya. Tahap Gangsterisme dari aspek rakan
Bilangan peratus (%)
sebaya Rendah(147)
36.8
Sederhana(225)
56.2
Tinggi(28)
7.0
JUMLAH(400)
100.0
Jadual 1 menunjukkan tahap faktor -faktor dari aspek pengaruh rakan sebaya yang diperoleh oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden mempunyai tahap faktor gengsterisme dari aspek pengaruh rakan sebaya berada pada tahap yang sederhana iaitu seramai 225 orang (56.2 peratus). Manakala 147 orang (36.8 peratus) faktor -faktor dari aspek pengaruh rakan sebaya pada tahap yang rendah. Selebihnya responden mempunyai tahap pengaruh rakan sebaya pada tahap yang tinggi iaitu seramai 28 orang (7.0 peratus).
b. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala Gangsterisme di sekolah dari
aspek pengaruh keluarga.
17
Jadual 2 : taburan responden mengikut tahap Gangsterisme dari aspek Pengaruh Keluarga. Tahap gangsterisme dari aspek pengaruh
Bilangan peratus (%)
keluarga
Rendah(43)
10.8
Sederhana(332)
83.0
Tinggi(25)
6.2
JUMLAH(400)
100.0
Jadual 2 menunjukkan tahap faktor -faktor dari aspek pengaruh keluarga yang diperoleh oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden mempunyai tahap faktor gengsterisme dari aspek pengaruh kel uarga berada pada tahap yang sederhana iaitu seramai 332 orang (83.0 peratus). Manakala 43 orang (10.8 peratus) faktor -faktor dari aspek pengaruh rakan sebaya pada tahap yang rendah. Selebihnya responden mempunyai tahap pengaruh keluarga pada tahap yang ti nggi iaitu seramai 25 orang (6.2 peratus).
C. analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala di sekolah tahap taburan gangsterisme dari aspek media massa Jadual 3 : Taburan responden mengikut tahap gangsterlisme dari aspek media massa Tahap Gangsterlisme dari aspek pengaruh
Bilangan peratus (%)
media massa
Rendah(59)
14.8
Sederhana(299)
74.8
Tinggi(42)
10.4
JUMLAH(400)
100.0 18
Jadual 3 menunjukkan tahap gengsterisme dari aspek pengaruh media yang diperoleh oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden mempunyai tahap faktor gengsterisme dari aspek pengaruh media berada pada tahap yang sederhana iaitu seramai 299 orang (74.8 peratus). Manakala 59 orang (14.8 peratus) faktor-faktor dari aspek pengaruh media pada tahap yang rendah. Selebihnya responden mempunyai tahap pengaruh keluarga pada tahap yang tinggi iaitu seramai 42 orang (10.4 peratus).
d. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi gejala di sekolah tahap taburan gangsterisme dari aspek individu Jadual 4: Taburan responden mengikut tahap Gangsterisme dari aspek pengaruh individu Tahap gangsterisme dari aspek individu
Bilangan peratus (%)
Rendah (31)
7.8
Sederhana(261)
65.2
Tinggi (108)
27.0
JUMLAH(400)
100.0
Jadual 4 menunjukkan tahap faktor -faktor dari aspek pengaruh individu yang diperoleh oleh setiap responden. Hasil daripada kajian didapati majoriti responden mempunyai tahap faktor gangsterisme dari aspek individu berada pada tahap yang sederhana iaitu seramai 261 orang (65.2 peratus). Manakala 108 orang (27.0 peratus) faktor -faktor dari aspek pengaruh rakan sebaya pada tahap yang tinggi. Selebihnya responden mempunyai tahap pengaruh keluarga pada tahap yang tinggi iaitu seramai 31 orang (7.8 peratus).
19
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI GANGSTERISME
LANGKAH – LANGKAH MENGATASI GANGSTERISME 1) Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memperluaskan penggunaan tulisan jawi Kementerian Pendidikan Malaysia sewajarnya melebarluaskan penggunaan tulisan jawi di sekolah-sekolah menengah dan rendah serta institusi pengajian tinggi dan maktabmaktab dan berusaha mencelikkan masyarakat tentang tulisan Jawi. Tulisan jawi tidak sewajarnya hanya dipelajari oleh pelajar-pelajar pengajian Islam sahaja, malahan, semua masyarakat Melayu sewajarnya mempelajarinya. Kita tidak mahu tulisan Jawi hanya dimonopoli oleh golongan tua dan akhirnya pupus ditenggelami arus
20
kemodenan. Hakikat yang sedang berlaku di IPTA pengajian Islam sendiri menunjukkan tulisan jawi tidak dipentingkan lagi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tulisan jawi merupakan citra peradaban bangsa melayu, sebagaimana yang diungkapkan oleh Wan Hamid Wan Teh "sewaktu zaman kegemilangan Melayu dahulu, pihak berkuasa Inggeris sama ada wakil kerajaan Inggeris atau pedagang, berutus surat dengan menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Melayu, iaitu tulisan jawi. Hakikat di sebalik tindakan pihak berkuasa Inggeris ini merupakan suatu pengiktirafan terhadap tamadun sesuatu bangsa beserta dengan wibawa citra budayanya. Namun pengiktirafan ini kian luntur apabila bangsa ini sendiri tidak lagi mengiktiraf citra diri, ciri dan citra tamadun sendiri." (Dewan Budaya, Julai 1998) 2) Ibu bapa perlu memastikan anak – anak mendapat bimbingan, agama dan moral yang secukupnya. Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka pewaris kepada bangsa adan negara. Oleh yang demikian ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Keimanan yang mantap akan mencegah diri seseorang dari perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana sahaja. Firman Allah swt yang bermaksud bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut : 45) adalah merupakan menifestasi didikan dan bimbingan yang mantap dari rumah. 3) Faktor agama dan moral dalam membentuk keperibadian,akhlak dan moral yang tinggi terhadap pelajar dan remaja Faktor agama dan moral berkait rapat antara satu sama lain dalam membentuk kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi di kalangan remaja. Kewujudan suatu kod moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia. Dalam agama-agama seperti Islam, Kristian, Hindu, nilai-nilai agama adalah terjalin begitu kuat sehingga perbezaan di antara mereka menjadi tidak ketara dan tidak penting. Pendek kata 21
agama dapat memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan akhlak seseorang individu. (W.P.Yong, 1989) Oleh yang demikian penekanan kepada pendidikan agama amat penting untuk membentuk individu yang seimbang sekali gus menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti gangsterisme. 4) Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dan pelajar Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme. 5) Penguatkuasaan disiplin yang tegas dan berterusan Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk
mengukuh, memperjelas dan menentukan
kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. 6) Menghapuskan konsep ‘senior – junior’ Konsep 'senior-junior' di asrama perlu dihapuskan kerana ia menjadi antara penyumbang kepada masalah gangsterisme di sekolah. Konsep berkenaan turut menyumbang kepada gejala sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke kawasan sekolah, khususnya asrama. Penghapusan konsep ini sebagai langkah bagi membanteras gangsterisme di sekolah yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga membabitkan kematian dan menimbulkan kegelisahan ibu bapa. 22
Walaupun Kementerian Pelajaran memandang serius gejala berkenaan dan pernah dilapor mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang terbabit, hukuman seperti dibuang sekolah dan tindakan disiplin tidak memberi kesan dan pengajaran kepada mereka.Terbaru di Kuantan, Pahang, seorang pelajar Tingkatan Tiga ditendang empat pelajar senior akibat enggan mengambil air minuman manakala di Kuching, Sarawak, seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat, Sarawak disepak dan dipukul sekumpulan pelajar lain. Konsep 'senior-junior' itu akan memburukkan lagi keadaan apabila seseorang pelajar itu sudah berada lama di sesebuah sekolah atau asrama berasa bahawa dia lebih berkuasa dan berhak membuat sesuka hatinya. Seterusnya, selain konsep itu harus dihapuskan, warden di sekolah berasrama juga perlu meningkatkan lagi rondaan di blok asrama tanpa mengira waktu. Warden termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan PIBG memainkan peranan. Semua pihak perlu peka mengenai sebarang perubahan tingkah laku pelajar manakala rondaan di blok asrama juga perlu dilakukan tanpa mengira waktu. Kerjasama polis membuat rondaan secara kerap di persekitaran kawasan sekolah juga dilihat mampu membendung gangsterisme. Selain itu, menjatuhkan hukuman rotan secara tertutup diaktifkan bagi menghukum pelajar yang terbabit dalam masalah gangsterisme. Dengan cara ini, pelajar itu akan sedar dan tidak akan mengulanginya kerana dia tahu ibu bapanya juga tidak berkompromi dengan kesalahan dilakukan. Kementerian Pelajaran juga harus mengadakan pemantauan yang lebih kepada sekolah yang mempunyai kadar jenayah tinggi. 7) Pengawalan kumpulan gangster/ samseng perlu dilakukan Pengawalan kumpulan gengster dan samseng perlu dilakukan secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatu kegiatan gengster dan samseng yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di 23
kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti gangster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin. 8) Melemahkan dan menghapuskan faktor – faktor penarik dan penolak gejala
gangsterlisme Melemahkan
dan
menghapuskan
faktor-faktor
penarik
dan
penolak
yang
mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan gengster dengan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yang kondusif dan seronok untuk belajar. 9) Mengawal jaringan aktiviti gangsterlisme mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus mentukan bahawa pelajar-pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.
24
PERBINCANGAN Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin dan gejala salah laku di kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin diperingkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah dianggap sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi dan yang penig kepala ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini antaranya pengaruh media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan luar bandar, pengaruh meterialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam
25
diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah dan lain-lain lagi.
Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan
felda, felcra serta
kawasan-kawasan perkampungan. Ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin di kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah.
Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya.Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus -kursus berhubung dengan masalah gengsterisme yang perlu dihadapi oleh guru. Dari aspek kekerapan perlakuan gengsterisme juga menunjukkan di tahap sederhana dan memandangkan perlakuan gengterisme tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar seperti komuniti, pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah. Ini mendorong kegiatan perlakuan gengsterisme di sekolah berada di tahap sederhana sama ada di dalam sekolah, di luar sekolah dan semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. Selain itu, tahap sikap responden untuk mengelakkan sifat keganasan ketika berada di bangku persekolahan.ciri –ciri utama ahli kumpulan gengterisme dikalangan pelajar sekolah dari aspek simbol, pakaian dan gaya adalah berada pada tahap rendah kerana ciri -ciri gengsterisme sukar dilakukan kerana mudah dikesan oleh pihak berwajib. aktiviti-aktiviti utama gangsterisme yang terdapat 26
disekolah dari aspek peras ugut, menconteng dinding, melawan guru, mencemuh dan mencaci, ponteng sekolah di empat buah negeri adalah di tahap rendah.
KESAN – KESAN GANGSTERISME Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : 1) Negara 2) Masyarakat 3) Individu
27
KESIMPULAN Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbnagkan semua pihak. Ia merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya ia dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat falsafah Pendidikan Negara kita.
28
REFLEKSI Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan kerja kursus mata pelajaran kemahiran belajar dengan jayanya.Daripada hasil kerja kursus ini banyak perkara telah saya belajar dan dapat saya simpulkan bahawa segala kepentingan,kebaikan,kelebihan serta pengalaman yang saya peroleh daripada tugasan ini akan saya praktikkan dan akan membantu dalam kerjaya saya nanti.Manakala perkara yang negatif juga saya ambil untuk dijadikan pedoman Dalam menghasilkan tugasan ini saya menghadapi beberapa kesukaran antaranya ialah dalam proses mendapatkan maklumat.Sumber rujukan di pusat sumber sangat terhad dan mengambil masa untuk mendapatkan maklumat.Selain itu,saya juga sukar mendapatkan maklumat melalui internet kerana masalah wireless sehingga saya terpaksa meminta bantuan rakan-rakan lain.Tetapi pekara ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan pengorbanan dalam menghasilkan tugasan berkualiti.Segala permasalahan yang timbul dapat saya atasi dengan baik. Isu gangsterime semakin menjadi-jadi dan ianya memberi kesan kepada guru-guru. Ianya mengeruhkan keadaan di sekolah, ianya menjadi cabaran kepada guru. Setelah selesai menyempurnakan tugasan ini,saya sedar bahawa banyak kekurangan dalam diri saya yang perlu dibaiki dan diatasi dengan segera.Tugasan ini juga secara tidak langsung dapat mematangkan lagi diri saya dalam menghadapi tugasan sebegini.Selain itu, tunjuk ajar yang berguna daripada pensyarah matapelajaran Kemahiran Belajar, En. Abdul Hadi Bin Mohamad amat saya hargai begitu juga kawan-kawan yang banyak memberi sokongan moral dan idea-idea.
29
Tuntasnya,saya amat berpuas hati dengan hasil kerja ini kerana dapat memberi saya banyak pengalaman dan kebaikan untuk meningkatkan usaha serta mutu kerja saya. Sekian,terima kasih.
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA
:MUHAMMAD SUYUTHI BIN ABDUL SAMAD
NO.KAD PENGENALAN
: 910505-07-5327
UNIT
: PPISMP PENGAJIAN ISLAM & AL-QURAN (SEMESTER 1)
KERJA KURSUS
: KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA PENSYARAH
: EN. ABDUL HADI BIN MOHAMAD
30
TARIKH
PERKARA YANG
CATATAN
DIBINCANGKAN
TANDATANGAN PENSYARAH/PELAJAR
BIBLIOGRAFI Dr.Yusof al-Qurdhawi, 1999, Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, Bangi : Maktabah al-Qardhawi. Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7 November 1979), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohd Sulaiman Haji Yassin, 1992, Akhlak dan Tasauf, Bangi : Yayasan Salman.
31
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral, Bangi: UKM. Iheoma, E.O, “The Role of Religion in Moral Education”, Journal of Moral Education, Vol 15, no 2, May 1986. Majalah Massa, 5-11 Ogos 2000 Berita Harian, 13 Julai 2000 1) Berita harian, 14 Ogos 2009 2) Berita harian, jumaat 6 mac 2009 3) Berita Harian, Sabtu 28 Feb 2009 4) Harian Metro, 11 Julai 2009 5) http//:Utusan.com.my 6) http// :eprints.utm.my/1483/1/faktor jurnal.pdf 7) www. Geocities. Com/pendislam/gangster.html
LAMPIRAN
32
LAMPIRAN
33
LAMPIRAN
34
LAMPIRAN 35
LAMPIRAN 36
8 September 2009 Oleh HAFIZ ABBAS
[email protected]
TIGA pelajar memanjat pagar SMK Bukit Rangin, Kuantan untuk keluar merempit semalam.
KUANTAN - Ketika pelajar lain meraikan sambutan Hari Guru, sekumpulan kira-kira 30 pelajar lelaki ponteng sekolah dan berkeliaran bagaikan pelesit dengan menunggang 37
motosikal ala mat rempit di sekitar kawasan perumahan di Permatang Badak dan Bukit Rangin di sini semalam. Mereka lengkap beruniform sekolah menengah dengan rambut serta wajah masingmasing dicalit pelbagai warna. Dengan selamba mereka mempamerkan aksi-aksi bahaya menunggang motosikal tanpa mempedulikan penduduk di situ. Tinjauan wartawan Kosmo! pada pukul 9.30 pagi mendapati beberapa pelajar tersebut memanjat pagar belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin untuk menyusup keluar sebelum membonceng motosikal rakan yang menunggu di luar. Ketika diekori, mereka didapati berkumpul di sebuah rumah penduduk di Rumah Murah Permatang Badak di sini berdekatan SMK Sungai Isap sebelum keluar beramai-ramai secara konvoi di jalan raya. Beberapa penduduk memberitahu, pelajar terbabit dipercayai datang ke sekolah pada awal pagi sebelum menyusup keluar pada waktu rehat melalui pintu pagar belakang sekolah ketika sambutan Hari Guru diadakan.
SEBAHAGIAN daripada pelajar SMK Bukit Rangin, Kuantan yang ponteng berjalan bagaikan samseng ketika ponteng sekolah semalam. 38
Menurut mereka, kumpulan pelajar terbabit dikatakan sering merempit pada waktu sekolah di jalan-jalan di sekitar kawasan perumahan antara SMK Bukit Rangin dengan SMK Sungai Isap. "Pelajar ponteng dan menunggang ala mat rempit selalu ada di sini sejak dulu lagi, sama ada di sebelah pagi pada waktu sekolah mahupun sebelah petang. Bilangan mereka bukan seorang dua. "Ada ketikanya keadaan macam pesta kerana di kiri kanan jalan ramai penonton yang melihat aksi mereka seperti lumba haram di Kuala Lumpur," kata seorang penduduk yang enggan dikenali. KOSMO! Online.
39