Kb

  • Uploaded by: lau ung hee
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kb as PDF for free.

More details

  • Words: 877
  • Pages: 4
Tiga Skop Khusus dalam Lingkaran Soalan iaitu Perkara, Individu, dan Luar Individu

Soalan (a) Apakah yang sedang dilakukan oleh pekerjapekerja itu? (b) Namakan alat-alat yang digunakan untuk

Perkara ✔

Individu

Luar Individu



menggali jalan raya? (c) Pada pertimbangan anda adakah kerja menggali lubang di jalan raya suatu kerja yang



rumit? (d) Adakah anda bersetuju dengan pendapat orang ramai yang mengatakan perbuatan





menggali lubang di jalan raya menyusahkan orang awam? Mengapakah anda berpendapat demikian? (e) Cadangkan satu cara penyelesaian terhadap masalah yang timbul akibat daripada menggali jalan raya? (f) Pada pendapat anda apakah mesej yang

✔ ✔







hendak disampaikan oleh kartunis. (g) Sejauhmanakah pembelajaran yang anda peroleh melalui aktiviti ini akan membantu



perancangan dan penilaian tugas-tugas pada masa hadapan yang melibatkan orang ramai?

Soalan (a) dan (b) merujuk kepada perkara. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, perkara merujuk kepada tema, tajuk, subjek, idea, isu, peristiwa, atau teks bacaan yang sedang dibincangkan. Misalnya dalam hubungan ini perkara

yang akan dibincangkan ialah menggali jalan raya. Oleh itu soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah ditumpukan kepada skop perkara sahaja, iaitu berdasarkan kartunis menggali jalan raya seperti yang disediakan. Semasa menyediakan soalan ini guru bolehlah menggunakan apa sahaja aras soalan asalkan soalan-soalan ini itu berkisar pada pasal menggali jalan raya berkenaan. Tujuannya ialah supaya kita dapat meninjau pengetahuan pelajar tentang perkara yang dibincangkan. Contohnya dalam soalan (a) yang bertanya apakah yang sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja itu? Soalan (b) pula ialah namakan alat-alat yang digunakan untuk menggali jalan raya. Soalan ini yang merujuk kepada perkara tidak memerlukan pelajar berfikir. Pelajar boleh t mendapat jawapan terus selepas melihat kartunis ini. Oleh itu, soalan yang merujuk kepada skop perkara tidak memerlukan pelajar untuk berfikir.

Soalan (c) adalah merujuk kepada skop individu. Individu merujuk kepada orang yang terlibat sebagai ahli dalam perbincangan, pembaca teks, atau orang yang dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar yang menerima soalan adalah dianggap sebagai individu. Oleh itu, soalan yang hendak dikemukakan

dikaitkan

dengan

pengalaman,

pengetahuan,

dan

pandangan

murid.

Umpamanya, soalan (c) “Pada pertimbangan anda adakah kerja menggali lubang di jalan raya suatu kerja yang rumit? Jelaskan.”. Dengan cara ini guru dapat mengetahui sejauh manakah perkara yang sedang dibincangkan itu (menggali lubang di jalan raya) dapat dikaitkan oleh individu dengan pengalaman atau pandangannya. Dalam soalan yang merujuk kepada skop individu, pelajar perlu berfikir sedikit untuk mendapatkan jawapan. Mereka tidak boleh mendapat jawapan terus daripada kartunis. Dengan itu, soalan yang berskop individu adalah mencapai tahap pemikiran yang rendah sahaja.

Soalan (e) adalah merujuk kepada skop di luar individu (pelajar). Misalnya, soalan (e) “Cadangkan satu cara penyelesaian terhadap masalah yang timbul akibat daripada menggali jalan raya?”. Dalam hubungan ini luar individu bermaksud luar daripada individu berkenaan, iaitu masyarakat, tempat dan masa. Contoh masyarakat adalah seperti rakan-rakan, penduduk tempat, penduduk negeri, negara, dan luar negara. Bagi tempat pula adalah seperti kampung, bandar, negeri, dan luar negara. Manakala masa adalah seperti masa lalu dan masa akan datang. Dengan itu, guru hendaklah mengemukakan soalan yang terdapat di luar daripada skop individu pelajar yang sedang dibincangkan, tetapi masih dalam tema yang sama, iaitu menggali lubang di jalan raya. Dalam soalan yang merujuk kepada skop luar individu, pelajar perlu berfikir pada tahap sederhana untuk mendapatkan jawapan jika berbanding dengan skop individu.

Soalan (f) yang berdasarkan gabungan perkara dan individu adalah seperti “Pada pendapat anda apakah mesej yang hendak disampaikan oleh kartunis.”.Soalansoalan yang dibina sendiri itu adalah merangkumi skop perkara dan individu. Dalam soalan yang berdasarkan gabungan perkara dan individu, pelajar kena berfikir secara mendalam dan teliti. Dengan ini, mereka mencapai tahap pemikiran yang tinggi.

Soalan (d) adalah berdasarkan gabungan skop individu dan luar individu. Misalnya, soalan (d) “Adakah anda bersetuju dengan pendapat orang ramai yang mengatakan perbuatan menggali lubang di jalan raya menyusahkan orang awam? Mengapakah anda berpendapat demikian?”. Soalan ini telah merangkumi lingkaran skop individu dan luar individu. Dalam soalan yang berdasarkan gabungan skop individu dan luar individu, pelajar juga perlu berfikir secara mendalam dan teliti. Pemikirannya adalah lebih kurang sama dengan soalan yang berdasarkan gabungan perkara dan individu. Oleh itu, pemikiran mereka adalah mencapai tahap yang tinggi.

Soalan (g) adalah berdasarkan gabungan antara skop perkara, individu, dan luar individu. Umpamanya, soalan (g) iaitu “Sejauhmanakah pembelajaran yang anda peroleh melalui aktiviti ini akan membantu perancangan, pelaksanaan dan penilaian tugas-tugas pada masa hadapan yang melibatkan orang ramai?”. Berdasarkan soalan yang dibina ini adalah merangkumi ketiga-tiga skop tadi, iaitu perkara, individu, dan luar individu. Dalam soalan ini, pelajar perlu berfikir secara lebih mendalam kerana soalan ini sekaligus merangkumi tiga skop iaitu perkara, individu, dan luar individu. Mereka juga kena berfikir berpanjangan untuk mendapat jawapan yang logik dan baik. Dengan ini, pemikiran mereka boleh mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, soalan yang berdasarkan gabungan skop perkara dan luar individu tidak terdapat dalam tugasan ini. Soalannya adalah seperti “Pada pendapat anda apakah tindakan wanita itu selepas dia mendapati keretanya terperangkap dalam lubang jalan raya yang digali oleh pekerja-pekerja?”.Maka soalan ini dibina dengan merangkumi skop perkara dan luar individu. Dalam soalan yang berdasarkan gabungan skop perkara dan luar individu, pelajar juga perlu berfikir secara mendalam dan teliti. Pemikirannya adalah lebih kurang sama dengan soalan yang berdasarkan gabungan perkara dan individu serta soalan yang berdasarkan skop individu dan luar individu. Oleh itu, pemikiran mereka juaga adalah mencapai tahap yang tinggi.

Related Documents

Kb
June 2020 36
Kb
April 2020 19
Kb Inplant.docx
November 2019 12
Recomendation Kb
October 2019 9
Kb Suntik.docx
April 2020 9
Teoria Kb
May 2020 17

More Documents from "Melissa"

Kb
April 2020 19
Pembuatan Teh Matcha.docx
November 2019 37
C3ud2
June 2020 14
Simul.docx
April 2020 11
Simulacion.docx
April 2020 11
Agama Dan Budaya.docx
October 2019 32