Kb

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kb as PDF for free.

More details

  • Words: 4,206
  • Pages: 18
Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Dengan ujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran. Secara umumnya topik-topik yang akan disentuh adalah: •

Pengoptimuman Sumber Pembelajaran



Pemerolehan Maklumat

i. Mengumpul Maklumat ii. Kemahiran membaca •

Memproses Maklumat



Membuat Laporan

Rujukan: http://www.ucc.vt.edu/stdysk/stdyhlp.html http://www.uni.edu/walsh/linda7.html http://www.sdc.uwo.ca/learning http://www.coun.univac.ca/learn http://www.isd77.k12.mn.us/resources

Pengenalan Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah bestari. Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui

pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan opembelajaran ialah; i

Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari

ii

Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

Jenis Sumber Pembelajaran A. Sumber berasaskan manusia

B. Bahan bercetak

C. Bahan pandang dengar

D. Sumber berasaskan komputer

1. rakan sebaya 2. guru 3. pakar bidang 4. pegawai sumber. 1. buku 2. majalah 3. jurnal 4. ensiklopedia 5. surat khabar 6. kad katalog 7. kamus 8. buku teks 1. mikrofic 2. radio 3. televisyen 4. video 1. disket 2. cakra padat 3. cakra laser 4. disket video 5. internet

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat SUMBER A. Sumber berasaskan manusia B. Sumber bercetak

C. Sumber pandang dengar (audiovisual)

KELEBIHAN - fleksibel - interaktif - secara lansung - mudah akses - murah - kekal - senang dirujuk - mudah alih - mudah akses - murah - menarik - pelbagai pancaindera - mudah akses - boleh berulang tayangan/siaran

KELEMAHAN - tidak terjamin kualiti - sukar mendapatkan pakar yang berkewibawaan. - tebal - berat - tidak boleh disunting - tidak terkini - tidak tahan lasak - susah menyunting - tidak terkini

D. Sumber berkomputer

- boleh digunakan di manamana dan pada bila-bila masa - amat fleksibel - mudah dimaskinikan - multi-media - jaringan tidak terhad - canggih - user friendly

- mahal - menimbulkan tekanan - perisian terhad, - bergantung kepada bekalan eletrik - perlu mahir mengoperasikan komputer

Kriteria memilih bahan atau sumber - selaras dengan falsafah pendidikan negara - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat - releven dengan kurikulum - selaras dengan prinsip pedagogi - memberi maklumat terkini - cost effective - mudah diperolehi - mudah digunakan - mudah alih - mudah senggara - pelbagai rangsangan - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan - fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran 1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan komputer. 2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahanbahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru. 3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan hard

disk, cakra padat, disket atau diserang virus. Strategi Mengoptimumkan Sumber Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya. Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik. Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah bestari. Strategi Pengoptimuman sumber 1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber Guru boleh menggunakan ‘authorware’ untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam ‘word prosessor’ atau ‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat menarik dan berkesan. 2 Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti ‘hand on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses pembelajarannya. Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui ‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah bestari itu. 3. Perkongsian melalui internet

Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran melalui ‘edunet’. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. 4 Penyelidikan dan Pembangunan Guru digalak menjalankan kajian tindakan – mengumpul maklumat tentang pengajaran pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Antara lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru lain. •

Mengumpul Maklumat ✔ Mendengar secara aktif ✔ Mencatat nota ✔ Membuat rujukan ✔ Menemuramah (menyoal untuk mendapat maklumat )

• Kemahiran Mendengar Untuk Belajar

Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut: a) b) c) d) e) f)

Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru; Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat; Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat

Mendengar Secara Aktif Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar. Tujuan Mendengar • • • • • • • •

mendapatkan maklumat mencatat nota menjalankan atau menunaikan arahan mengecam bunyi mengenal pasti sesuatu perkara menjawab soalan mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar

Panduan Mendengar Pembelajaran

Secara

Berkesan

Dalam

Pengajaran

dan

Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah: • • • • • • • • • •

Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa Berikan tumpuan kepada guru Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya Bersifat positif dan terbuka Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.

Mencatat Nota Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa “cara mencatat nota” merupakan suatu perkara peribadi, seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut: • ringkas, menggunakan kata kunci dan bukan ayat-ayat yang lengkap; • disusun dalam bentuk lakaran idea (outline) yang jelas dan boleh difahami; • mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan subidea pertama kedua, dan seterusnya; dan • menggunakan tatatanda yang memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat sokongan. Lazimnya, membuat catatan atau mencatat nota dikaitkan dengan pemerolehan maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah/ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan.

Mencatat Nota

Pendengaran

Bacaan

Catatan Lapangan

seminar; kuliah ucapan; ceramah forum

bahan cetak bahan elektronik

pemerhatian temu bual

Proses Membuat Rujukan

Sumber maklumat yang dimaksudkan dalam kategori ini terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media cetak lain. Ada beberapa peraturan yang dijadikan kebiasaan mencatat maklumat daripada sumber jenis ini. Apabila mencatat maklumat daripada sumber seperti yang disebutkan, pencatat hendaklah mencatatkan maklumat tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat bahan diterbitkan. Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara mencatat maklumat yang berbeza-beza mengikut sumber yang digunakan.. Membuat Catatan (a) Memahami Organisasi Kandungan Bahan Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu pembaca memahami isi dengan lebih jelas lagi. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-komponen ini. (b) Menyusun dan Merekod Maklumat Setelah memahami bahan bacaan pelajar hendaklah menyusun dan merekod isiisi supaya mudah dirujuk semula. Cara merekod maklumat hendaklah sistematis dan boleh membantu pelajar. Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan ringkas yang difahaminya seperti; -

mencatat maklumat dalam buku catatan (buku skrap);

-

menulis maklumat pada kad kecil

-

menulis maklumat dalam buku khas mengikut subjek

-

memasukkan maklumat ke dalam komputer

Menemuramah Satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemu ramah seseorang. Lazimnya temuramah dibuat untuk mendapatkan maklumatmaklumat tertentu daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan atau orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa. Kadang kala, temuramah dilakukan semasa seseorang membuat pemerhatian di lapangan. Tahap-Tahap Temu Ramah

(1) Peringkat Sebelum Temuramah Sebelum temuramah kita perlu membuat persediaan seperti yang berikut: a. b. c.

Tentukan maklumat yang diperlukan Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemuramah Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah

d.

Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang tempat, masa dan tarikh untuk dibuat temuramah Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki

e. f.

Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera dan sebagainya mengikut keperluan (2) Peringkat Semasa Temuramah

Apabila sampai pada masa untuk membuat temuramah kita hendaklah menjalanknan perkara-perkara di bawah. a)

Tiba ke tempat yang dikenal pasti lebih awal daripada masa yang dijanjikan. b) Gunakan/pengucapan bertatasusila yang sesuai. c) Nyatakan tujuan temuramah itu dengan jelas kepada tokoh berkenaan. d) Bersikap ramah mesra dengan tokoh berkenaan. e) Tunjukkan minat anda untuk mendengar perkara yang hendak diceritakan oleh tokoh berkenaan. f) Adakan hubungan mata dan interaksi yang selesa. g) Wujudkan suasana yang tenang dan ceria h) Jadikan pendengar yang patuh i) Kemukakan soalan-soalan yang telah disediakan j) Gunakan alat perakam suara, kamera dan sebagainya jika difikirkan perlu k) Catatkan butir-butir penting pada buku catatan l) Nyatakan penghargaan anda kepada tokoh berkenaan sebaik sahaja selesainya temuramah tersebut (3) Peringkat Selepas Temuramah Selepas temuramah tentukan perkara-perkara yang berikut dilakukan a. b. c. d. a) b) c)

Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah tadi Rancangkan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan kronologi, keutamaan, kata tanya, atau ketegori tertentu. Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti Teliti draf pertama dan tentukan maklumat sama ada perlu ditambah atau tidak. Masukkan gambar, gambar rajah, atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca Senaraikan bahan bacaan yang menjadi sumber rujukan Dapatkan bimbingan guru atau rakan

d)

Sebarkan maklumat atau penulisan anda kepada kelas atau media cetak tempatan

b) Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. c) Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan d) Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu; membaca pantas membaca kritis e) Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R. f) Teknik Membaca KWLH g) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) h) Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) i) Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan j) Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH. Know (K) Want (W) Learned (L) How (H) Apa yang sudah Apa yang hendak Apa yang telah Apa lagi maklumat diketahui? diketahui? dipelajari/diperoleh? tambahan diperlukan?

k)

l) Ke Atas

m) Teknik Membaca SQ3R n) SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. o) SQ3R adalah singkatan bagi; p) S (survey) tinjau q) Q (question) soal/tanya r) R (read) baca s) R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan t) R (review) baca semula u) Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. v) Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. w) Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. x) Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. y) Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. z) Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagianbahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. aa)Ke Atas bb)Skimming dan Scanning cc) Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. dd)Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini

boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. ee)Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari. Maklumat yang dikumpul daripada berbagai-bagai sumber dan dengan berbagai-bagai cara perlu diproses supaya mudah dianalisis, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan maklumat yang ringkas, tepat dan menarik.

Menyusun Maklumat Maklumat yang terkumpul boleh diproses berdasarkan: • • • •

· · · ·

kronologi (masa dan peristiwa) Keutamaan Kata tanya Kategori

Menyusun Maklumat Mengikut Urutan Kronologi.

Maklumat berkaitan dengan sesuatu peristiwa boleh disusun mengikut urutan masa, contohnya maklumat tentang “perarakan kemenangan pasukan bolasepak negara” boleh disusun seperti berikut :

Peristiwa 1 Jam 7.30 pagi Berkumpul di Stadium Merdeka

Peristiwa 3 Jam 9.30 pagi

Pemeriksaan barisan oleh



Peristiwa 2 Jam 8.00 pagi

Mula berbaris mengikut pertubuhan

Peristiwa 4

Presiden FAM

Jam 10.00 pagi Mengalungkan bunga

Peristiwa 5

kepada pemain kebangsaan

Jam 10.15 pagi Peristiwa 6 Mendengar ucapan presiden FAM

Jam 10.30 pagi

Peristiwa 7

Perarakan bendera pasukan bola sepak negara dan bendera

Jam 11.00 pagi

Malaysia

Nyanyian lagu Malaysia Berjaya dan bersurai

Menyusun Maklumat Mengikut Keutamaan Maklumat yang telah dikumpulkan harus disusun mengikut keutamaan atau kepentingannya. Katakanlah pelajar ingin menulis sebuah karangan bertajuk “Faktor yang menyebabkan kejayaan pelajar dalam pelajaran”. Guru dan pelajar seharusnya berbincang atau melakukan sumbangsaran, mencari faktor yang sesuai untuk disenaraikan. Faktor-faktor itu kemudiannya disusun mengikut keutamaan.

Menyusun Maklumat Mengikut Kata Tanya Isi sesuatu penulisan boleh juga disusun berdasarkan kata tanya yang berikut; siapa, apa, dimana, bagaimana dan mengapa. Misalnya tajuk “Seorang ahli sukan yang berjaya di Malaysia” boleh ditulis seperti berikut:

Menyusun Maklumat Mengikut Kategori

Maklumat yang terkumpul anda boleh juga disusun mengikut ciri yang sesuai. Misalnya, dalam tajuk “Makanan kita “ pelajar mungkin telah mengumpul maklumat seperti berikut : beras

sawi

kangkung

bayam

jagung

kacang panjang

gandum

petola

barli

durian

daging ayam

manggis

mangga

langsat

daging lembu

kelapa

rambutan

kacang tanah

kubis Butiran di atas boleh disusun dalam bentuk rajah seperti berikut:

Membuat Lakaran Grafik

Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakaran grafik adalah maklumat yang ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama dengan sedikit maklumat bertulis.

Jadual Cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat yang mengandungi nombor atau sesuatu yang boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan yang sama, ialah dengan menggunakan jadual. Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris. Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu kategori maklumat dengan kategori yang lain, seperti kewangan dengan bilangan atau kuantiti barangan, atau antara kekuatan dengan kelemahan sesuatu.

Graf Graf digunakan untuk menunjukkan perubahan pembolehubah. membolehkan kita melihat trenda atau gaya perubahan tersebut.

Graf

Graf Garis Graf garis menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagai paksi untuk kita plot data bagi dua variabel. Kedua-dua paksi x dan y biasanya mempunyai skala yang sekata. Graf Bar Bagi variabel yang diskrit seperti bilangan syarikat atau bulan Januari, Febuari dan lain-lain, lebih sesuai maklumat itu dinyatakan dalam graf bar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Graf Pai Graf pai digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. Graf pie adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Piktograf Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka. oleh itu angka diwakili dengan simbol seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Bentuk grafik tersebut di kenali sebagai piktograf. Carta Pokok/Organisasi Carta menggunakan grafik dan perkataan untuk mempersembahkan ringkasan (overview) sesuatu maklumat. Carta digunakan untuk menunjukkan hubungan dan turutan dengan cara yang tersusun, Contoh; carta struktur sebuah organisasi.

Carta Alir

Maklumat tentang suatu proses sebaiknya ditunjukkan menggunakan carta alir. Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran. Carta Stream Jika sesuatu maklumat itu boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai hubungan antara satu sama lain, maklumat itu sesuai disusun dalam bentuk carta stream.

Rajah Rajah adalah sejenis grafik yang menggunakan garisan, tanda dan simbol untuk menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem. Contoh, ialah rajah litar elektrik. Peta Maklumat tentang keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya lebih jelas ditunjukkan dengan menggunakan peta. Lakaran Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran. Misalnya bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk lakaran. Gambar Gambar adalah bentuk grafik yang dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan menarik bagi sesuatu objek maujud. Gambar mewakili seribu perkataan.

Mengganalisis Data Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu di analisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat. Ada beberapa langkah menganalisis data: • • • • •

Menghubungkaitkan Fakta Mengsintesis Data Membandingkan Fakta Membaca Yang Tersirat Membuat kesimpulan

Kemahiran Membuat Laporan Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah dibuat. Kesimpulan atau rumusan ini adalah untuk memberi penekanan kepada dapatan penting, isu utama, atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan. Tujuan Laporan Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk. Sebabsebab laporan ditulis;

• • • • • • • • • •

Mengenalpasti masalah Memberikan maklumat dan fakta Mencadangkan penyelesaian Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan Membuat kesimpulan Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti Membuat rekod sesuatu peristiwa Menganalisi aktiviti perniagaan Mensintesis sesuatu pelan tindakan Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll.

Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang dalam format informal atau formal Persembahan Persembahan atau penyampaian ialah pemindahan mesej daripada penyampai kepada penerima dalam dialog dua hala. Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya tumpuan serta daya ingatan. Panduan Cara Persembahan Di bawah ini dicadangkan beberapa panduan bagaimana sesuatu penulisan laporan itu dapat dipersembahkan dengan lebih menarik. Panduan ini adalah berdasarkan singkatan daripada TOPIK DEWASA. Singkatan ini akan memberikan kpanduan seperti yang berikut semasa menyediakan dan menulis laporan : T

O

P

I

K

D

Topik

Nyatakan topik laporan atau penulisan jelas kepada pembaca

dengan

Objektif

Apakah objektif penulisan anda? Ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut

Paparan

Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak diadakan. Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan difahami.

Isi

Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat

Kesimpulan

Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir penulisan. Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan.

Definisi

Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang hendak dibincangkan dalam penulisan anda. Elok juga jika anda memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan perkataan berkenaan.

E

Elakkan

Cuba elakkan : - perkataan ayat, konsep dan perenggan yang mengelirukan - isi yang bertindih-tindih - membuat andaian-andaian tertentu - kesimpulan yang bercanggah

W

Wacana

Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang tepat, koherens atau kejelekitan, dan kesinambungan idea.

A

Analitis

Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis. ini bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta.

Saranan

Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya.

Apendiks

Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan. Apendiks berfungsi sebagai: - maklumat atau data tambahan - glosari atau senarai istilah yang berkaitan dengan bidang penulisan anda. - lampiran yang tidak dimasukkan dalam bahagian penulisan, tetapi perlu dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan kepada pembaca.

S

A

Demikan beberapa panduan tentang cara persembahan laporan. Ianya dapat diringkaskan kepada singkatan TOPIK DEWASA. Jadikanlah singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang berkesan. Penulisan Bibliografi Bibliogragi diletak di akhir sesuatu laporan dan merupakan sumber-sumber rujukan yang digunakan untuk menyediakan laporan.Ianya ditulis mengikut sistem APA iaitu American Psychological Association. Contoh Bibliografi:

Torrance, E.P.(1962) Guiding Creative Talent. New York : Prentice - Hall Cara penulisan bibliografi yang betul. 1. Chid. D. (1973) Psychology and the Teacher. London : Holt, Rinehart & Winston. 2. Getzels, J.W, & Jakson, P.W. (1992). Creativity and Intelligence: New York: Wiley. 3. Hudson, L. (1966). Frames of Mind. London : Methuen 4. Kaltsounis, B (1992). Additional Instruments Useful in Studying Creative Behaviour and Creative Talent. Journal of Creative Behaviour, 6(4), 268-

274. 5. Kerlinger, F.N.(1973). Foundations of Behavioural Research (2nd ed.) New York: Holt, Rinehart & Winston. 6. Ogilvie, E. (1974). Creativity and Curriculum Structure. Educational Research, 16 (2), 126-132. 7. Torrance, E.P. (1962). Guiding Creative Talent. New York : Prentice-Hall. 8. Owen, J.M, Cox, P.L, Watkins, J.M (1994) Genuine Rewards : Inguiry Into Connecting Learning, Teaching And Assessing. Massachusetts : The Regional Labs for Education Improvement.

Related Documents

Kb
June 2020 36
Kb
April 2020 19
Kb Inplant.docx
November 2019 12
Recomendation Kb
October 2019 9
Kb Suntik.docx
April 2020 9
Teoria Kb
May 2020 17