Uchee Pny Ctu Pat 1

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Uchee Pny Ctu Pat 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 728
  • Pages: 3
Pendahuluan Manusia adalah makhluk paling unik yang diberikan tugas berat oleh Allah swt iaitu sebagai Khalifah Nya di muka bumi . Sebagai hamba kepada Allah dan tuan kepada benda, manusia memerlukan panduan hidup yang lengkap dan menyeluruh serta mempunyai pelbagai keistimewaan .Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya telah mengutuskan Nabi Muhammad saw dengan membawa ajaran Islam untuk manusia akhir zaman ini . Pengertian Islam Dari segi bahasa, perkataan Islam mempunyai tiga makna iaitu, (1) tulin dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin . (2) damai , aman atau sejahtera dan (3) taat dan menyerah. Dari segi istialah pula, Islam bermaksud mentauhidkan Allah , patuh , tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad saw (Manusia & Islam : 1985) As Syikh Mahmud Syaltut mentakrifkan Islam , "Agama Allah yang diwasiatkan pengajarannya sama ada mengenai pokok dan syariatnya kepada Nabi Muhammad saw dan perintah supaya menyampaikannya kepada seluruh manusia menyeru mereka itu kepadanya ." Al Quran memberikan beberapa pengiktirafan terhadap Islam termasuklah Islam ialah lawan bagi syirik , Islam ialah ikhlas dan lain-lain .Namun makna yang paling banyak dipakai dalam Al Quran ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah . Firman Allah Bermaksud ; "Balik kembalilah kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat kepadaNya sebelum kamu didatangi azab , keran sesudah itu kamu tidak akan diberikan perlindungan ." ( Az Zumar : 54 ) Penyerah diri kepada Allah bukan sahaja dilakukan oleh manusia , malah telah dilakukan oleh seluruh makhluk Allah . Firman Allah bermaksud ; "Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu mereka mencari lain daripada agama Allah padahal kepadaNyalah tunduk taat sekelian makhluk yang

ada di laingit dan bumi sama ada dengan sukarela atau pun dengan terpaksa dan kepadaNyalah merek dikembalikan ." ( Ali Imran : 83 ) Islam Sebagai Ad Din Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diakui Allah .Firman Allah bermaksud ; "Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai Allah ialah agama Islam ." ( Ali Imran : 19 ) Islam adalah saru cara hidup yang sempurna , yang dicipta sendiri oleh Allah dan juga merupakan nikmat Allah kepada kita . Firman Allah bermaksud ; "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepadamu juga aku redha Islam menjadi agama untuk kamu ." ( Al Maidah : 03 ) Oleh kerana hanya Islam sahaja satu - satunya agama ( cara hidup ) yang benar dan sempurna , maka Allah memerintahkan kita menerima Islam seluruhnya . Firman Allah bermaksud ; "Wahai orang - orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum - hukum dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan . Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang nyata ." ( Al Baqarah : 208 ) Oleh kerana hanya Islam sahaja satu - satunya agama ( cara hidup ) yang diisi Allah , maka Allah melarang kita mencari cara hidup selain daripada Islam . Firman Allah bermaksud ; "Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam , maka tidak akan diterima daripadanya dan pada hari akhirat kelak ia termasuk ke dalam golongan orang orang yang rugi ." ( Ali Imran : 85 ) Keunikan Islam Sebagai Ad Din Islam adalah cara hidup ciptaan Allah yang mempunyai berbagai - bagai keistimewaan . Antaranya ialah : (1) Islam adalah cara hidup manusia yang didatangkan daripada Allah , (2) Islam ialah cara hidup yang menyulurh mengatur semua bahagian daripada kehidupan manusia , (3) Nilai - nilai hidup Islam adalah tetap dan tidak dapat dipermain - mainkan ,

(4) Islam ialah sistem hidup untuk semua manusia , bukan untuk golongan atau bangsa tertentu , (5) Islam ialah cara hidup yang mempunyai keserasian dan persefahaman antara cita - cita dan kenyataan , (6) Islam menekankan hubungan dengan Allah ( hablum minanallah ) dan hubungan sesama manusia ( hablum minan nas ) Kesimpulan Manusia adalah makhluk paling unik yang diberikan tugas amat berat oleh Allah , iaitu sebagai khalifahnya di muka bumi . Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tidak membiarkan manusia meraba - raba mencari panduan hidup untuk menjamin tercapainya matlamat kehidupan manusia .Sebagai hamba yang diberikan pelbagai keistimewaan oleh Allah swt , manusia sewajarnya menyedari hakikat dirinya dan mengakui keagongan Allah pencipta segala - galanya serta patuh tunduk terhadap segala ketentuanNya tanpa sebaran keraguan . Mudah mudahan kita sentiasa mendapat bimbingan , petunjuk dan keampunan Allah swt .

Related Documents

Uchee Pny Ctu Pat 1
November 2019 7
Mirul Pny
May 2020 24
Ctu Qehah
October 2019 12
Ctu 101
May 2020 9
Ctu 101
April 2020 6
Assignment Ctu
December 2019 8