Mirul Pny

  • Uploaded by: Aref Safruddin
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mirul Pny as PDF for free.

More details

  • Words: 1,976
  • Pages: 18
FOLIO SEJARAH PMR 2009 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT BANGUNAN BERSEJARAH BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama : Mohammad Amirul bin Mohamad Kelas : 3 Gigih Tajuk : Bangunan Bersejarah Bangunan Sultan Abdul Samad Nama Guru : Pn. Rohana Bt. Megat

SENARAI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

1 2 3 4 5 6

TAJUK KAJIAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN

HALAMAN

HASIL KAJIAN 1. Nama bangunan 2. Latar belakang 3. Keistimewaan bangunan

7 8 9

4. Kejayaan bangunan RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

PENGHARGAAN

Pertama sekali,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan kajian ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya,Mohamad bin Hanafi dan Hasanah binti Mohd Ahyani kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi menyiapkan folio ini. Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pengetua sekolah saya, SMK Taman Keramat, Pn. Hajah Normah bt Omar. Tidak dilupakan juga kepada guru Sejarah saya, Puan Rohana bt. Megat kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung,Muhamad Arif bin Safruddin,Syakir Aizat bin Ghazali dan Muhammad Hamizan bin Jamaluddin kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:-

Dapat mengetahui lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah yang dipilih.Mengambil iktibar dan memupuk semangat patriotisme daripada catatan sejarah bangunan yang dipilih.Melahirkan rasa sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang mempunyai pelbagai sejarah disebalik sesebuah bangunan yang dipilih. Mengkaji keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:-

1. Kaedah analisis dokumen Saya telah merujuk dan menganalisi maklumat dari buku-buku ilmiah, jurnal, akhbar, majalah, dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih seperti A History of Malaysian Architecture,Album 100 tahun Kuala Lumpur menjadi Penguasa Tempatan, Journey Through Kuala Lumpur, dan The Encyclopedia of Malaysia

2. Kaedah melayari internet Saya telah menganalisi dan melayari internet dirumah saya sendiri untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad seperti :-

3.

malaysiana.pnm.my

Kaedah melawat tempat kajian Saya telah melawat Bangunan Sultan Abdul Samad untuk mengkaji tentang bangunan itu.

HASIL KAJIAN

1.NAMA BANGUNAN Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898. Bangunan ini dinamakan sebagai bangunan Sultan Abdul Samad bersempena nama sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Jam besar yang terdapat pada bangunan tersebut dikenali sebagai jam kemerdekaan kerana peristiwa pada

30 Ogos 1957, tepat jam12

malam.Jam ini berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan kemerdekaan negara kita. Serentak dengan itu juga,bendera UNION JACK diturunkan lalu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

2.LATAR BELAKANG

Asal-usul Atas cadangan SIR WILLIAM MAXWELL,Residen Selangor,kerajaan British di negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada tahun 1893.Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya. Perletakan batu asas telah dibuat oleh SIR CHARLES B. H. MITCHELL,Gabenor Negeri-negeri Selat pada 6 Oktober 1894 setelah reka bentuk bangunan tersebut telah dipersetujui.

Pengasas Reka bentuk bangunan ini dicipta oleh arkitek inggeris yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur yang bernama A.C NORMAN dan dibantu oleh jurutera C.E SPOONER bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini. Tarikh Pembinaan Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun1893 tetapi perletakan batu asas bangunan ini hanya di buat pada 6 Oktober 1894.Bangunan ini telah siap di bina pada tahun 1897. Lokasi Bangunan ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan berdekatan dengan Sungai Bonus.Bangunan ini terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan tapak yang strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

Tujuan penubuhan bangunan Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan memberi imej baru kepada Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri

Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu

Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office). Kos pembinaan Kerajaan British Telah menghadkan kos tidak melebihi 231 000 ringgit untuk tujuan pembinannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga 152 000 ringgit sahaja tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu. Perasmian Bangunan ini dirasmikan oleh Residen British, SIR FRANK SWETTENHAM pada tahun1897 iaitu ketika bangunan ini telah siap di bina.

3.KEISTIMEWAAN BANGUNAN

Reka bentuk pelan Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri the Raj style mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Bahan binaan Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri

Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan

penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Pengubahsuaian Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984. Hiasan dalaman Di dalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.

Kegunaan dahulu dan sekarang

Pada zaman penjajahan British bangunan ini digunakan sebagai pusat pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral,dan Pejabat Pos. Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Negeri Selangor, iaitu meliputi Jabatan Perbendaharaan,Jabatan Perakaunan,Pejabat Am, tempat Majlis Mesyuarat Negeri dan Pejabat Pos. Bangunan bersejarah ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Cara pembinaan Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 1897, cara pembinaannya lengkap dengan ciri

ciri keistimewaan dari aspek

komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong(arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid.

4.KEJAYAAN YANG DICAPAI BANGUNAN

Politik Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Selangor selepas kemerdekaan negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor dan tempat majlis mesyuarat negeri sehingga tahun1978. Ekonomi Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset penting negara kita dal;am bidang ekonomi. Sosial Bangunan ini telah menjadi tempat sambutan kemerdekaan negara kita setiap tahun. Pada ketika itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum dinegara kita. Pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian-tarian kaum dan etnik tertentu dapat memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatupadu walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik. Selain itu dapat menambah pengetahuan mengenai segala kebudayaan yang unik dan menarik yang terdapat di negara kita.

( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

(Pelan Tingkat

Bawah)

(Pelan Tingkat

Satu)

(Pelan Tingkat

Dua)

(Pelan Tingkat

Mezan)

RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan

sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Saya sedar betapa bertuahnya menjadi warganegara Malaysia yang banyak meninggal kesan peninggalan sejarah yang sang unik dan bermakna untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat masa akan datang. Keindahan nilai estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang kepada rakyatnya untuk terus berusaha untuk mengekalkan kesan peninggalan sejarah ini. Kerja kursus ini juga mengajar erti kerjasama,kesabaran dalam menghadapi cabaran yang menimpa sepanjang proses menyiapkan folio ini dan mengajar saya supaya mengambil iktibar dari sejarah lampau berdasarkan sejarah bangunan ini.

RUMUSAN Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada

Negara

yang

kita

cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji

bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan

dan

pemuliharaan

bangunan

ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa

mengamalkan

persaan

dan

semnagat

muhibbah

atau

semangat

masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta"

LAMPIRAN

(gambar Bangunan Sultan Abdul Samad)

(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

(Batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad)

Tampak

TAMPAK HADAPAN

TAMPAK BELAKANG

TAMPAK KIRI

TAMPAK KANAN (tampak bangunan Sultan Abdul Samad)

Rujukan

1. buku ilmiah •

A History of Malaysian Architecture



Album 100 tahun Kuala Lumpur menjadi Penguasa Tempatan

2. Jurnal •

Journey Through Kuala Lumpur



The Encyclopedia of Malaysia

3. Akhbar •

Berita Harian,Selasa,20 januari 2009



Kosmo,Ahad,4 Januari 2009



Kosmo,Khamis, 25 Disember2008

4. Majalah •

Dewan Budaya



Anjung Warisan

Related Documents

Mirul Pny
May 2020 24
Suyuthi Pny Kb
June 2020 5
Uchee Pny Ctu Pat 1
November 2019 7

More Documents from ""