Umar Qayyum Bin Zaini Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
(NAMA PENSYARAH) Pensyarah Subjek …………….. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Tarikh : 18 Mac 2019
Tuan, PELEPASAN KULIAH UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA YAYASAN PELAJARAN JOHOR Merujuk perkara di atas, saya Umar Qayyum Bin Zaini pelajar semester dua jurusan pendidikan (sukan dan rekreasi) Universiti Kebangsaan Malysia ingin memohon perlepasan kuliah dari pihak tuan untuk menghadiri temuduga Yayasan Pelajaran Johor. 2. Di sini saya lampirkan butir-butir mengenai temuduga Yayasan Pelajaran Johor: TARIKH : 19 MAC 2019 MASA : 9. 00 PAGI TEMPAT: DEWAN UTAMA, KOLEJ KEMAHIRAN JOHOR, JOHOR BAHRU. 3. Temuduga tersebut diterima melalui sistem pesanan ringkas, bersama-sama surat ini saya sertakan lampiran sms tersebut kepada pihak tuan sebagai bukti atau rujukan pihak tuan. Dengan lampiran yang disertakan, saya berharap pihak tuan mendapat segala maklumat mengenai temuduga tersebut. 4. Saya memohon maaf ke atas ketidakhadiran saya mengikuti kuliah tuan. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. Yang benar, --------------------------(UMAR QAYYUM BIN ZAINI) A 167464