Sumber Proposal.docx

  • Uploaded by: Muhd Iqram
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sumber Proposal.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 620
  • Pages: 3
RIS

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

HSR3023 PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAH

TAJUK TUGASAN : PERKEMBANGAN STESEN KERETA API DI KUALA KRAI PADA TAHUN 1960 HINGGA 1990

DISEDIAKAN OLEH : NAMA

NO. MATRIK

NURASHIKIN BINTI CHE MOHD PETRI

D20151071182

KUMPULAN: B

NAMA PENSYARAH: DR. RAMLI BIN SAADON

1.0 SUMBER SEKUNDER Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu bermula pada bulan Jun 1885, apabila landasan pertama sepanjang 12.8 km dibuka di negeri Perak menghubungkan bandar Taiping dengan Port Weld. KTM kini memiliki sejauh 1,021 jarak perjalanan dan 1,292 kilometer landasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.1 Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi secara keseluruhannya adalah berjumlah $7000 dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak. Tujuan utama jalan keretpi dibina ialah untuk menghubungkan kawasan perlombongan di Larut (Perak), dengan pelabuhan yang terdekat iaitu Port Weld atau sekarang lebih dikenali sebagai Pelabuhan Klang.2 Tujuan yang ketua ialah, bagi menyenangkan perjalanan keluar dan masuk buruh dan pelombong ke tempat pekerjaan. Adalah jelas bahawa objektif penubuhan KTMB bukan sahaja untuk memaksimakan keuntungan tetapi juga untuk memenuhi keperluan-keperluan sosioekonomi negara sejajar dengan matlamat dan objektifnya. Kajian ini berfokuskan kepada pembukaan stesen keretapi di negeri Kelantan iaitu di jajahan Kuala Krai. Bagi negeri Kelantan, jahahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua yang terbesar selepas daripada jajahan Gua Musang. Landasan keretapi di Kuala Krai mula dibuka pada 17 Oktober 1927.

3

Landasan keretapi ini bermula dari stesen Keretapi Kuala Krai dan seterusnya

menghubungkan stesen keretapi daerah Manek Urai sepanjang 10 40 batu dan rantai. 4 Keluasan jajahan Kuala Krai adalah meliputi sepanjang 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan jajahan Machang di Utara dan jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di bahagian baratnya ialah Jajahan Jeli.

1

Alias Mohamad, Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, AMW Communications Management, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 23. 2 Ibid, hlm. 23. 3 FMS Railways Annual Report, 1939, pp, hlm. 101-102. 4 Ibid, hlm. 101-102.

Jadual 1: Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding negeri Kelantan Jajahan

Keluasan

Kelantan

1,492,200Hek/14,922km2

Kuala Krai

222,500Hek/2,329km2 Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan.5

Selain itu, jajahan Kuala Krai ini menurut catatan bahawa ia telah diiktiraf sebagai jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909. Seterusnya, pembinaan stesen keretapi Kuala Krai adalah bermula pada tanggal 1920. Stesen keretapi ini merupakan antara stesen keretapi yang paling besar di negeri Kelantan, berbanding dengan stesen keretapi yang dibina di Gua Musang, Tanah Merah, Tumpat, Wakaf Bharu dan lain-lain. Stesen Keretapi ini merupakan sebuah stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Kuala Krai,Kelantan. Tren tempatan daripada stesen keretapi Tumpat,Kelantan dan stesen Keretapi Gua Musang akan singgah di stesen keretapi ini. Seterusnya, stesen keretapi Gua Musang merupakan penamat bagi laluan tren tempatan ini. Terdapat beberapa keindahan panorama yang dapat dinikmati oleh penumpang keretapi di Kuala Krai kerana, keretapi ini akan melalui 6 buah terowong antara stesen keretapi Dabong dengan Kuala Krai. Selain itu, berdasarkan jadual 2, berlaku perkembangan sistem keretapi di Semenanjung Tanah Melayu. Ia dapat dilihat di sini apabila pada permulaan pembukaan stesen keretapi di Tanah Melayu, hanya wujud beberapa buah stesen keretapi sahaja iaitu, yang menghubungkan Taiping, Port Weld,Kuala Lumpur dan Kelang. Namun begitu ia semakin meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah wujudnya banyak jaringan keretapi di tanah Melayu hampir di setiap negeri kecuali di negeri Terengganu. 6 Hal ini demikian kerana, negeri Terengganu pada ketika itu tidak sesuai untuk dibina stesen keretapi kerana kawasannya adalah tidak stategik, berbukit bakau, kawasan lautan dan lain-lain lagi. Perkembangan stesen keretapi ini menunjukkan berlakunya permintaan terhadap perkhidmatan keretapi ini pada ketika itu.

5

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Kelantan Terus Bergerak Maju “Perpaduan Asas Kejayaan” (Kota Bharu) Darul Naim Sdn Bhd. 1985), hlm 3. 6 FMS Railways Annual Report, 1939, pp, hlm. 42.

Related Documents


More Documents from ""

Sumber Proposal.docx
December 2019 20
Rph 2.docx
December 2019 21
Folio Pi
November 2019 38
Kgt
November 2019 41
Folio Sejarah
November 2019 38