Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah2 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,482
  • Pages: 11
SOALAN 3 Huraikan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada dunia Islam.

Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah Kepada Dunia Islam Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak menyumbang kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Ia termasuk aspek perundangan, ekonomi, sosial, pendidikan, dan seni bina. Dalam aspek perundangan, Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleiman untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, srta kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama.Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam ( ketua ulama’ ) telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah menjadi aspek penting dalam perundangan Islam masa kini. Dari segi aspek ekonomi, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk Jalinan Perdangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian kerna, kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sbuah bandar perdagangan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Jalinan perdagangan Kerajaan Turki Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi , dan Laut Mediterranean. Tambahan juga, dalam aspek sosial, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum kedatangan Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat telah diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil usaha individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah. Di samping itu, dalam bidang pendidikan, Turki Uthmaniyah banyak memberi sumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah pengenalan sistem madrasah. Sistem pendidikan lain ialah seperti sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina masjid. Antara tokoh seni bina terkenal adalah Mimar Sinan. Beliau sememangnya terkenal dengan hasil beliau yang paling terkenal iaitu Masjid Biru ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang terletak di Istanbul.

Nyataka

Nyatakan factor-faktor pengaruh Islam ke Eropah

Faktor-faktor Pengaruh Islam ke Eropah Agama Islam tersebar secara meluas ke benua Eropah apabila kerajaan Bani Umaiyah yang disaskan oleh Abdul Rahman I yang berpusat di Cordova telah Berjaya menyebarkan pengaruh Islam ke kawasan Selatan Sepanyol dan Sicily. Agama Islam tersebar juga apabila Mehmed Fatih menakluki Constantinople pada tahun 1453.Banyak faktor yang mempengaruhi penyebaran Islam lebih luas ke Eropah. Antaranya ialah pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi dikalangan orang Islam. Sebagai contoh, tentera Islam semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai semangat ghazi ( semangat kepahlawanan ) yang tinggi yang Berjaya meniup semangat mereka untuk berjuang berjuang dan berkorban untuk memperluas empayar Islam. Kekuatan bahagian ketenteraan kerajaan Islam juga menyebabkan Agama Islam tersebar di Eropah. Kekuatan ini amat menonjol pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah yang mempunyai ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata yang lebih maju dan moden. Sebagai contoh, keupayaan tentera berkuda dan tentera infantry kerajaan ini agak kuat. Selain itu, terbentuknya juga kumpulan Janissari yang merupakan kumpulan tentera infantri elit dalam aspek peperangan khususnya taktik dan teknik peperangan yagn digeruni. Tentera elit ini dipilih khas melalui sistem devshirme. iaitu kanak-kanak yang berkebolehan dipilih untuk menjadi bakal pentadbir atau diserapkan ke dalam sistem ketenteraan Uthmaniyah. Pada Zaman Murad III, kumpulan ini mempunyai kekuatan seramai 54 000 ahli. Selain itu, situasi politik yang tidak stabil di Eropah turut menyebabkan Islam tersebar dengan mudah. Kerajaan-kerajaan kecil di Eropah ketika itu sering bertelingkah dan berperang sesama sendiri. Hal ini telah menyebabkan ada di antara mereka meminta bantuan kerajaan Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah telah mngambil peluang ini bagi menyebarkan agama Islam. Contohnya, Maharaja John VI Cantacuzens dalam usaha menuntut takhta kerajaan Byzantine telah memperolehi bantuan daripada kerajaan Uthmaniyah melalui perjanjian dengan Orhan. Keadaan ini memudahkan kemasukan tentera Uthmaniyah ke Eropah.

Faktor lain yang turut memepangaruhi kemaraan Islam ialah runtuhnya kerajaan Byzantine. Akibatnya, Institusi Greek Ortodoks tidak lagi memperoleh perlindungan daripada kerajaan Byzantine. Dengan itu, institusi tidak lagi mampu menjadi pelindung kepada masyarakat di kawasan Balkan. Gereja Greek Ortodoks ketika itu juga dilanda oleh pelbagai masalah seperti wujudnya penyalahgunaan kuasa, pergaduhan di kalangan para pemimpin, dan kekurangan sumber kewangan. Dalam situasi ini, keistimewaan yang

terdapat dalam agama Islam telah berjaya menarik tumpuan ramai penganut agama Kristian di kawasan Balkan untuk menganut Islam. Di samping itu, dasar politik dan dasar hubungan keagamaan yang diamalkan kerajaan Uthmaniyah yang berteraskan diplomasi dan toleransi telah berjaya menyebarkan agama Islam dengan meluas di Eropah. Misalnya, masyarakat Balkan tidak menerima sebarang paksaan untuk menerima agama Islam. Kedudukan, perundangan, dan harta Gereja Ortodoks serta peranannya sebagai pelindung kepentingan masyarakat Kristian di kawasan Balkan turut diakui, diiktiraf, dan dibenarkan oleh kerajaan Uthmaniyah. Akhirnya, dasar sosial orang Islam turut berjaya menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam. Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan dan bukannya latar belakang keturunan seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat Eropah sebelum kedatangan Islam telah menjadi pendorong orang Kristian untuk memeluk Islam. Perkara ini telah membolehkan individu memperoleh imbuhan melalui daya usahanya.

Bincangkan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

Cara Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia Sebagai akibat daripada perluasan kuasa kerajaan Islam, tamadun Islam telah bertembung dengan banyak tamadun lain di dunia. Terdapat banyak cara yang menyebabkan berlakunya pertembungan tersebut. Antara caranya ialah aktiviti perdagangan dan perniagaan. Saudagar Islam sudah lama menceburi bidang perdagangan, terutamanya dalam bidang perdagangan jarak jauh. Apabila kerajaan Islam mula membina empayar yang luas, mereka berjaya menguasai kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan timur Mediterranean. Ini membolehkannya menguasai perdagangan jarak jauh melalui jalan laut dan memperluas pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain.Sebagai contoh, sejak abad ke-7 Masihi lagi orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China. Perdagangan ini telah menyebabkan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun China. Cara yang lain ialah melalui perjalinan hubungan diplomatik. Melalui hubungan diplomatik dengan tamadun lain, orang Islam dapat mengetahui tentang cara hidup, cara berfikir, pandangan politik, keagamaan, ekonomi, dan cara pentabiran kerajaan dan tamadun-tamadun lain. Melalui saluran ini juga orang Islam dan orang bukan Islam dapat menjalin hubungan baik dan aman serta wujud pemahaman antara mereka. Sebagai contoh, kerajaan Bani Umaiyah pernah menghantar beberapa peneroka Islam ke utara Selat Gibraltar ( selatan Sepanyol ) untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan penduduk bukan Islam di Cordova, Valencia, dan Rhonda. Cara yang ketiga ialah melalui proses penaklukan dan ketenteraan. Ini telahpun dilakukan oleh kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah. Contohnya pada zaman kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin, Khalifah Umar telah mengarahkan Amr ibn al-As untuk menakluki Mesir. Akibatnya, pertembungan tamadun Mesir serta tamadun Yunani-Rom yang sudah bertapak di situ telah berlaku. Contoh yang lain ialah perluasan kuasa Bani Uthmaniyah ke kawasan Balkan yang telah membawa kepada pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun Rom. Di sisi itu, aktiviti penyebaran agama Islam juga menyebabkan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain. Kemasukan Islam ke Sepanyol pada zaman Uthmaniyah telah membawa kepada kelahiran kebudayaan baru di situ. Contohnya, ketika Sepanyol dikuasai kerajaan Umaiyah yang berpusat di Cordova, bahasa Arab telah menjadi bahasa utama di bandar itu. Ketika itu juga, golongan Morazab telah muncul, iaitu orang tempatan Sepanyol yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab. Cara yang terakhir ialah dengan pertembungan intelektual yang berlaku antara ahli fikir Islam dengan ahli fikir bukan Islam. Melalui hubungan antara ahli fikir itu, tamadun Eropah berjaya didalami ilmuwan Islam dan digunakan untuk memperkayakan lagi ilmu dan pandangan intelektual Islam.

SOALAN 4 Berikan ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah.

Ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah Pada Zaman Gelap, Eropah telah mengalami kemerosotan dari aspek politik, ekonomi, dan sosial. Bidang ilmu pengetahuan, perdagangan, dan kehidupan di bandar turut merosot. Pada zaman ini, banyak ciri-ciri yang boleh kita lihat dan dapat dijadikan sebagai pengajaran. Keruntuhan empayar Rom Barat telah membawa kepada keruntuhan politik di Eropah. Apabila berlakunya keruntuhan itu,, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayahwilayah telah musnah. Keadaan politik yang huru-hara ini telah membawa kepada kemunculan tuan tanah yang dikenali sebagai baron. Kehidupan masyarakat pada masa kini tidak selamat. Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada golongan tuan tanah. Untuk memperoleh perlindungan tersebut,golongan petani terpaksa membayar cukai tanah yang tinggi kepada baron. Disebabkan cukai yang amat tinggi, sebahagian besar petani tidak mampu membayar cukai tersebut dan terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada baron dan menjadi hamba. Golongan tuan tanah pula memperoleh perlindungan daripada raja dan sebagai balasannya, mereka haruslah memberi perkhidmatan atau membayar cukai kepada raja. Jalinan ikatan antara rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya tuan tanah dengan raja telah menjadi asas pembentukan sistem feudal di Eropah pada zaman itu. Selain itu, Gereja Katolik pada zaman ini adalah merupakan institusi yang amat berkuasa dan berpengaruh di Eropah pada Zaman Pertengahan. Pihak Gereja Katolik memiliki hartanah yang banyak. Kemunduran ekonomi dan ketidakstabilan politik membolehkan agama Kristian meluaskan pengaruhnya dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Pada masa itu, agama Kristian lebih mengutamakan aspek kerohanian dan persediaan untuk akhirat. Manakala, aspek duniawi kurang diberi tumpuan. Fenomena mengakibatkan masyarakat terkongkong. Pada Zaman Gelap, ekonomi Eropah mengalami kemunduran dan kegiatan perdagangan dilakukan secara tidak meluas. Hal ini demikian kerana perdagangan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti orang Viking dan Magyar di lautan. Selain itu, perdagangan ke timur dan Laut Mediterranean tidak dapat dijalankan kerana dikuasai oleh orang Islam. Dalam keadaan yang sedemikian, masyarakat Eropah menjalankan aktiviti pertanian dan seterusnya mengamalkan ekonomi sara diri. Sistem jual beli pada zaman tersebut pula adalah menerusi sistem tukaran barang atau sistem barter. Ini adalah disebabkan mata wang adalah amat terhad dalam pasaran ketika itu.

Nyatakan kesan-kesan Zaman Renaissance.

Kesan-kesan Zaman Renaissance Semangat inkuiri yang banyak mendorong masyarakat Eropah pada Zaman Renaissance telah membawa kepada kemajuan masyarakat dalam bidang seperti bidang seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi, dan sosial. Kemunculan monarki baru merupakan perkembangan politik yang paling ketara pada Zaman Renaissance. Dalam keadaan yang kacau bilau, segolongan pemerintah iaitu monarki baru muncul dan berjaya memperkenalkan peraturan baru. Mereka mempunyai sumber yang cukup untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik di situ. Seterusnya, mereka telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa. Kekuatan dan kekuasaan monarki baru dibahagi kepada dua, iaitu kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Yang kedua ialah amalan penyebaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Dari segi aspek ekonomi, kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus dan perdagangan tempatan dan antarabangsa berkembang maju di Eropah. Perkembangan dalam ilmu pengetahuan seperti perkembangan serta kemajuan yang mendadak dalam bidang matematik, geografi, kartografi ataupun teknik melukis peta, dan astronomi membantu kemajuan dalam kegiatan penjelajahan, penerokaan, dan mendorong munculnya kuasa-kuasa Eropah yang besar. Selain itu, semangat Renaissance yang memberi perhatian kepada ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan empirikal telah membantu kepada perkembangan pelbagai ilmu sains seperti kimia, fizik, biologi, dan perubatan. Di samping itu, dari sudut sosial, Zaman Renaissance lebih mementingkan aktiviti sekular iaitu aktiviti yang tidak bersifat keagamaan. Pemujaan keindahan alam serta pencapaian manusia lebih dipentingkan dalam aktiviti sekular. Sebagai akibat, pemikiran dan gaya hidup manusia mula berubah ke arah kemajuan. Manusia Zaman Renaissance lebih bersedia menzahirkan emosi mereka dan ini telah dicerminkan dalam muzik, lukisan, dan ukiran. Manusia Zaman Renaissance juga menggunakan keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia melalui pemikiran logik, saintifik, falsafah, dan metafizik. Antara tokoh pada zaman Renaissance ialah Francesco Petrach. Beliau adalah seorang ahli fikir humanisme yang juga dikenali sebagai Bapa Humanisme dan menulis karya seperti Swan Book. Akhir sekali, dari segi psikologi, kesan Zaman Renaissance yang penting ialah kejayaannya dalam melahirkan budaya percaya dan yakin kepada kemampuan diri dalam kalangan masyarakat Eropah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa Zaman Renaissance telah membawa banyak kesan yang positif kepada penduduk di Eropah secara keseluruhan.

Berikan kesan dan akibat daripada revolusi pertanian dan perindustrian di Eropah.

Kesan dan Akibat daripada Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah Banyak kesan yang dapat kita lihat daripada Revolusi Pertanian dan perindustrian di Eropah. Kesan yang pertama yang dapat dilihat ialah revolusi pertanian dan perindustrian yang menjadikan dua sektor itu menjadi punca ekonomi utama. Akibat daripada Revolusi Pertanian, kegiatan pertanian telah dikomersialkan dan menjadi punca ekonomi yang penting. Lebihan hasil daripada aktiviti penanaman bijirin membolehkannya dieksport untuk pasaran luar. Peladang-peladang besar telah berkembang menjadi pedagang antarabangsa. Sektor pertanian ketika itu juga dapat menyediakan makanan yang mencukupi kepada pekerja kilang. Sebagai akibat daripada Revolusi Perindustrian pula, kegiatan pembuatan dan pengilangan mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang ekonomi yang utama. Bilangan pekerja dalam sektor industri melebihi jumlah buruh dalam sektor pertanian. Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat kini telah diambil alih oleh para pengusaha dan pemilik kilang industri. Kesan yang lain pula ialah peningkatan perdagangan antarabangsa. Revolusi Pertanian dan Perindustrian telah berjaya meningkatkan hasil sektor pertanian dan perindustrian negara. Lebihan hasil ini tidak dapat dipasarkan kesemuanya di dalam negara. Produk tersebut telah dipasarkan secara meluas untuk memperoleh keuntungan yang maksimum. Pada masa yang sama, industri Britain yang berkembang maju memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan. Akibatnya perdagangan antarabangsa yang melibatkan eksport dan import bahan mentah diambil perhatian. Britain mula mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi. Untuk meningkatkan aktiviti perdagangan import-eksport, sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa juga perlu dimajukan. Kesan yang ketiga ialah kemajuan bidang pengangkutan. Pada peringkat awal, pengangkutan dalam negara atau domestik di Britain banyak bargantung kepada kereta kuda dan pengangkutan sungai yang kurang maju. Kemajuan dan perubahan besar dalam sistem pengangkutan domestik berlaku apabila kereta api direka dan digunakan dengan lebih meluas. Dengan terciptanya enjin berkuasa wap, gerabak kereta api dapat dipacu dengan lebih laju dan lebih banyak gerabak dapat ditarik untuk memunggah barangan dan pekerja kilang. Sistem pengangkutan laut kemudiannya direvolusikan dengan penghasilan kapal laut yang berenjin kuasa wap. Penggunaannya telah mempergiatkan lagi perdagangan antarabangsa Eropah.

Kesan yang terakhir ialah munculnya golongan buruh dan majikan. Golongan rakyat yang bekerja sendiri semakin berkurangan dengan munculnya sistem ekonomi berskala besar atau komersil. Sebahagian besar rakyat bekerja sebagai buruh ladang atau buruh kilang. Pada zaman Revolusi Perindustrian, penggunaan mesin menyebabkan lebih banyak kilang perlu dibina. Akibatnya, sistem perkilangan telah diperkenalkan dan pada peringkat awal Revolusi Perindustrian, kebanyakannya adalah kilang tekstil. Pada zaman ini, golongan buruh tidak mendapat hak yang sewajarnya. Sebagai contoh, apabila mesin membuat stoking, renda, dan pakaian dicipta, kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak lagi diperlukan. Sebahagian daripada mereka telah membantah penggunaan mesin sebegitu dan memusnahkan mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam pembuatan stoking dan renda. Kegiatan memprotes ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite pada awal abad ke- 19. Selepas itu, Akta Anti penggabungan telah diluluskan oleh Parlimen British untuk mengawal dan memantau golongan buruh. Larangan yang dikenakan oleh Akta Antipenggabungan sememangnya menyulitkan para pekerja kerana tidak semua majikan bertimbang rasa terhadap pekerja mereka. Akhirnya, keadaan buruh kian bertambah baik apabila kesedaran mengenai keadaan pekerja di kalangan pelbagai lapisan masyarakat meningkat. Akta-akta mula diperkenalkan untuk melindungi golongan pekerja dan seterusnya mula diluluskan di Parlimen.

NAMA : RAJA MUHAMMAD HASIF BIN RAJA HASSAN KELAS : 4 SAINS HAYAT 1 GURU MATA PELAJARAN: EN. MOHD. ARIFFIN

TAJUK

MUKA SURAT

Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah Kepada Dunia Islam

1

Faktor-faktor Pengaruh Islam ke Eropah

2-3

Cara Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

4

Ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah

5

Kesan-kesan Zaman Renaissance

6

Kesan dan Akibat Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah

7 -8

Related Documents