SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASSIYAH. 1) Kerajaan Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-9 Masihi, iaitu semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun al- Rashid dan anaknya, al- Makmun. 2) Pada zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui penulisan dan penterjemahan buku. 3) Kota Baghdad berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual. 4) Perkembangan keilmuan yang berlaku dapat dilihat dalam jadual yang berikut.
Perkara Baitulhikmah
Penulisan
Keterangan Merupakan sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh khalifah Harun al- Rashid. Institusi ini berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al- Makmun. Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan mencapai kemuncaknya. Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik. Penterjemahan bekerja secara berkumpulan di bawah kawalan seorang penyelaras. Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa Yunani menjadi kegiatan utama. Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para ilmuwan dalam pelbagai bidang. Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap. • Mencatat segala percakapan atau idea. • Mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku. • Mengarang Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya. Antara mereka termasuklah:
• •
Penterjemahan
Perkembangan keilmuan Islam
Imam Malik – menyusun buku al- Muwatta’ Ibn Ishaq – menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. • Abu Hanifah – menyusun fikah dan pendapat ijtihad. Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kepada Bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan: • Di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulasan • Orang Islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap. Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatkan kegiatan penyelidikan. Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah. Perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cordova memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan di Eropah. Perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau Renaissance. Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian. Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri. Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.