Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah sebuah kerajaan Islam yang paling pentadbirannya jika berbanding dengan kerajaan-kerajaan Islam yang lain. Sejarah kerajaan Turki Uthmaniyyah bermula pada tahun 1299 dan berakhir dengan tahun 1922. Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman I pada tahun 1299 iaitu selepas menerima kemerdekaan daripada kesultanan Seljuk. Perkataan Uthmaniyyah ini diambil daripada nama datuk mereka yang pertama iaitu Uthman bin Erthogul bin Sulaiman Shah dariapda suku Qayi, iaitu salah satu cabang keturunan Ohgus Turki. Kronologi kedatangan bangsa Turki ke Turki adalah, pada suatu masa telah berlaku pertembungan suku iaitu suku-sukudari Iran yang melawat ke Asia Tengah dan mereka telah menerima dan menganut agama Islam kira-kira pada abad yang ke-9 dan 10. Selepas itu mereka berpindah lagi merentasi Parsi dan Iraq, kemudian telah membuat penempatan di hulu Sungai Furat. Pada abad ke 13 M terdapat banyak kabilah Turki telah bersaing untuk memperoleh harta rampasan setelah keruntuhan Kota Baghdad yang diserang oleh tentera Mongol. Pada waktu inilah muncul satu kuasa baru dari sebelah Barat Daya Aisa yang berbangsa Turki. Hal ini sekaligus menyebabkan muncul satu pimpinan Islam dari abad ke 13 M sehingga 20 M. Kerajaan Turki Uthmaniyyah diperintah oleh 37 orang sultan, bermula dengan Sultan Uthman I Erthogul hinggalah kepada Abdul Majid II. Zaman keemasan Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih iaitu semasa penaklukan kota Constantinopole oleh beliau pada tahun 1453. Penaklukan kota ini telah menunjukkan keupayaan dan keberanian yang orang Islam kepada pihak Eropah dan Barat. Sehinggalah zaman Sultan Suleiman kerajaan Turki Uthamniyyah telah meraikan zaman kegemilangannya. Di mana selepas beliau, kedua-dua anak mereka tidak begitu berkaliber untuk mentadbir Empayar yang begitu besar yang ditinggalkan oleh moyang mereka.
Zaman Kemerosotan Kerajaan Turki Uthmaiyyah
Terdapat banyak faktor yang boleh dikatakan dalam hal keruntuhan kerajaan Islam yang termasyhur di dunia ini. Secara Amnya, Perang Vienna yang berlaku pada tahun 1683 telah mula menggambarkan kemerosoton Turki Uthmaniyyah.Titik permulaan zaman kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah dikatakan bermula pada zaman pemerintahan Sultan Selim II Walaubagaimanapun, seorang pemerintah merupakan sebagai tulang belakang kepada sesebuah pentadbiran. Jika akarnya tidak stabil, akan mengakibatkan ketidakstabilan sebuah pokok secara keseluruhannya. Konsep juga ini merujuk kepada sesebuah pemerintahan, di mana, pemerintah berfungsi sebagai akar dalam konteks ini. Secara pendek kata, ketidakcekapan pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas zaman pemerintahan Sulaiman adalah punca utama kepada keruntuhan kerajaan Tuki Uthmaiyyah.
2.1 Ketidakcekapan Pemerintah Selepas zaman Sultan Suleiman, Kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak dapat dapat bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah akibat sistem pemerintahan oleh sultan-sultan selepas itu. Selain itu, pada masa itu berlaku banyak peperangan yang tidak dapat ditampung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ini telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga tidak dapat bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah dari segi perkembangan teknologi. Kekalahan dalam peperangan telah menyebabkan Turki Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria, kawasan Mesir juga telah mencapai kemerdekaan. Ketidakbolehan pemerintah untuk mengendalikan wilayah jajahan yang besar secara saksama telah menonjolkan ketidakcekapan pemerintah zaman selepas Sultan Suleiman terutama pada zaman Sultan Selim II. Selain itu, selepas keturunan Sultan Selim II pemerintah dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah bukanla berketurunan berdarah turki asli. Di mana, mereka yang berketurunan selepas Sultan Selim terdapat kaitan dengan wanita-wanita tawanan perang yang dijadikan isteri oleh Sultan-sultan. Oleh yang demikian, zaman sehingga Sultan Selim II semangat keislaman adalah sangat berkobar-kobar dalam kalangan pemerintah dan rakyat. Manakala, selepas keturunan Sultan Selim II semangat keislaman itu tidak lagi wujud. Sehubungan dengan itu, ini menyebabkan pemerintahan dan tradisi Islam yang diamalkan oleh pemerintah dahulu tidak lagi wujud dan telah diubah suai dengan memasukkan unsur-unsur moden dalam sistem pemerintahan kerajaan. Isu ini juga telah membangkitkan beberapa penentangan daripada
golongan konservatif Islam semasa pemerintahan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud II, di mana semasa beliau berusaha semula memperkenalkan reformasi yang telah diperkenalkan oleh Sultan Selim III sebelum ini. Ketidakcekapan pemerintah secara khususnya boleh kita lihat dalam beberapa Sultan. Misalnya, Sultan Selim II (1566-1574). Sultan Selim II adalah anak kepada Sultan Suleiman. Secara fizikan diri Sultan Selim, banyak sejarawan mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai penampilan diri yang menarik. Di mana, beliau merupakan seorang yang pendek dan juga gemuk. Selain daripada penampilan beliau juga tidak mempunyai sikap yang baik, di mana dalam sejarah Islam beliau sering digambarkan sebagai “Selim the Drunkard”1. Ini kerana, Sultan Selim merupakan seorang yang mempunyai tabiat meminum arak, selain itu beliau juga tagih kepada hubungan seks. Hal ini menyebabkan beliau digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan malas. Dari segi sistem pemerintahan pula, Sultan Selim II memberikan perhatian yang sangat sikit. Manakala keseronokan yang menjadi perkara utama beliau berbanding dengan hal-ehwal pentadbiran Negara. Selain daripada Sultan Selim II, Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) juga merupakan seorang Sultan yang menyebabkan keruntuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sultan Abdul Hamid telah memerintah Kerajaan Turki Uthmaniyyah selama 33 tahun. Sultan Abdul Hamid merupakan seorang yang zalim, kejam dan seorang yang tidak boleh dipercayai2. Sultan Abdul Hamid II bukan seorang yang berketurunan Turki kerana ibu beliau merupakan seorang yang berbangsa Armenian. Dalam sejarah Islam, Sultan Abdul Hamid digambarkan sebagai seorang yang sangat berani dalam menjalankan pentadbiran beliau. Dari segi pentadbiran, beliau tidak mempunyai sifat kepercayaan kepada pegawai-pegawai kerajaannya, hal ini menyebabkan segala tugas yang berkaitan dengan pentadbiran dipukul dan dilaksanakan oleh beliau sendiri. Akibatnya ini menyebabkan sistem pemerintahan kerajaan beliau tidak sistematik dan efektif. Hal ini terbukti apabila, beliau mengupah beberapa orang untuk mengintip pegawai-pegawai beliau.3 Seumur hidup beliau, beliau dijalankan dengan melakukan kerja-kerja kerajaan dengan sendiri secara bertungkus lumus. Sikap-sikap Sultan Abdul Hamid II inilah yang telah 1Lord Kinross, The Ottoman Centuries: The rise and fall of the Turkish Empire. Jonathan Cape, Thirty Bedford Square, London. 2 Lord Eversley, The Turkish Empire: Its Growth and Decay, Premier Book House, Katchery Road, Lahore W.Pakistan, 1967, hlmn 327.
melemahkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dari segi pemerintahan dan kedaulatannya. Selepas zaman Sultan Abdul Hamid kedudukan ekonomi kerajaan Uthmaiyyah telah merosot. Hal ini menyebabkan Turki Uthmaniyyah berada dalam kemiskinan.4 Pada tahun 1875, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah berlanda dengan banyak hutang kerana peperangan antara Russia yang telah membawa kekalahan kepada kerajaan Turki Uthamiyyah.
Ketidakcekapan golongan pegawai kerajaan Pegawai-pegawai kerajaan selepas zaman pemerintahan Sultan Suleiman tidaklah begitu jujur dan cekap dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan Turki Uthmaniyyah pada masa itu terlalu mementingkan diri mereka sendiri. Hal ini menyebabkan gejala rasuah dan pengamalan sifat nepotisme berleluasa. Pegawai-pegawai kerajaan, untuk keuntungan yang lebih telah membeli pejabat-pejabat yang baru. Untuk menampung kos pembelian ini mereka telah mereka telah mengenakan cukai yang tinggi ke atas rakyat jelata. Selain itu, pegawai kerajaan pada zaman Sultan Abdul Hamid II, banyak melakukan kerja-kerja licik tanpa pengetahuan sultan. Misalnya, mereka melakukan pemalsuan laporan-laporan kerajaan serta memberikan laporan yang tidak betul kepada sultan. Pada tahun 1874, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kerugian yang sangat dalam
bidang
ekonomi
mereka
yang
akibat
daripada
hasil pertanian
yang
tidak
memberangsangkan pada masa itu. Merujuk kepada perkara itu, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengenakan cukai yang tinggi ke atas petani-petani5 oleh pegawai-pegawai kerajaan ini. Selain itu, amalan nepotisme jelas di lihat apabila pegawai-pegawai kerajaan hanya mementingkan kebajikan keluarga mereka daripada rakyat jelata. Selain itu, amalan rasuah yang sangat berleluasa pada zaman ini dengan menjadikan bidang perundangan kerajaan juga telah menjadi medan mencari keuntungan oleh pegawai-pegawai kerajaan ini. Pemberontakan dalam negeri 3 Lord Eversley, The Turkish Empire: Its Growth and Decay, Premier Book House, Katchery Road, Lahore W.Pakistan, 1967, hlmn 327 4 Erik J. Zurchere, Turkey: A Modern History, I.B. Tauris, London, New York. 1994, hlmn 84. 5 Lord Eversley, The Turkish Empire: Its Growth and Decay, Premier Book House, Katchery Road, Lahore W.Pakistan, 1967, hlmn 329
Akibat daripada reformasi-reformasi yang dilakukan oleh pemerintah-pemerintah telah membangkitkan pemberontakan-pemberontakan dalam negeri. Pada zaman Sultan Selim III (1789-1807) satu reformasi yang dikenali sebagai reformasi Tanzimat telah diperkenalkan tetapi pada masa itu reformasi ini tidak dijalankan. Manakala, pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud II, beliau ingin berusaha semula reformasi ini. Reformasi ini bertujuan untuk mengembalikan semula autonomi wilayah dan pembaharuan dalam politik berala barat. Selain itu, Tanzimat juga memperkenalkan satu perundangan yang baharu. Dimana, bawah konsep ini semua rakyat Uthmaniyyah adalah sama. Baik mereka yang beragama Islam ataupun bukan Islam. Konsep ini telah ditentang oleh golongan konservatif Islam di Uthmaniyyah kerana bimbang akan kedudukan Islam dalam Kerajaan tuki Uthmaniyyah akan terancam. Selain itu, terdapat golongan Inkisyariah yang sering melakukan pemberontakan untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kerajaan Uthmaniyyah. Atas sebab ini, mereka melakukan kekacauan dan menentang perubahan-perubahan yang diusahakan pada masa itu.
Gerakan Nasionalisme Selepas kegagalan Sultan Hamid II dalam mentadbir Kerajaan Turki Uthmaiyyah satu golongan yang sangat bertaksub dengan bangsa Turki telah wujud untuk menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah di Turki. Golongan inilah dikenali sebagai golongan Turki Muda. Golongan Turki Muda ini bermatlamatkan untuk membebaskan Turki daripada pengaruh Uthmaiyyah dan mewujudkan satu bangsa iaitu bangsa Turki. Dari segi agamanya, bahasanya, budayanya, harus mengandungi pengaruh Turki sahaja dan bukan pengaruh Islam. Gerakan ini bermula pada tahun 1909 yang di bawah pimpinan Fauzi Pasya, Kazim Pasya, dan Kamal Pasya yang kemudian yang dikenali sebagai Mustafa Kemal Atatruk. Antara pembaharuan yang diperkenalkan oleh golongan Turki Muda ini adalah dari segi bahasa. Di mana, bahasa-bahasa lain seperti bahasa Albania dan bahasa Arab telah diharamkan dan bahasa Turki diperkenalkan oleh mereka.6 Selain daripada perubahan dari segi agama, mereka juga melakukan perubahan dalam agama. Di mana, agama Islam tidak boleh diamalkan oleh rakyat Turki. Segala aspek yang berkaitan dengan Islam telah diharamkan oleh mereka. Oleh yang 6 Lord Eversley, The Turkish Empire: Its Growth and Decay, Premier Book House, Katchery Road, Lahore W.Pakistan, 1967, hlmn 362.
demikian, Gerakan Turki Muda ini dikatakan tidak mematuhi kepada perundangan Islam dan sebagainya. Seterusnya, usaha membaratkan Turki telah dilakukan oleh gerakan ini. Anggapan bahawa kerajaan Turki tidak akan maju di bawah Uthmaiyyah yang berkonsepkan Barat.
Kelemahan ketenteraan Akibat daripada banyak siri peperangan yang telah berlaku, dan kekalahan Uthmaiyyah dalam kebanyakkan siri peperangan ini telah melemahkan sistem ketenteraan Uthmaiyyah. Kelemahan ketenteraan Uthmaniyyah bermula pada abad ke-16. Tidak dapat dinafikan bahawa, ketenteraan yang terdapat semasa zaman Sultan Suleiman, zaman Sultan Muhammad al-Fatih yang menggambarkan keberanian keturunan Uthmaniyyah telah mula mengalami kemerosotan selepas zaman Sultan Selim II. Misalnya, pada tahun 1571 M dalam peperangan Lepanto yang telah membawa kekalahan kepada kerajaan Uthmaiyyah telah mula menggambarkan kelemahan ketenteraan Uthmaniyyah. Seterusnya, pada tahun 1699 M, Uthmaiyyah di bawah pemerintahan Ahmed Kiuprilli telah melancarkan peperangan untuk menawan Vienna. Tetapi usaha ini telah membawa kepada kekalahan.7dan Kerajaan Turki Uthmaniyyah terpaksa menandatangani perjanjian Carlowitz. Hasil perjanjian ini telah menyebabkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayahnya kepada kerajaan Barat.
Sumber rujukan 1. Erik J. Zurchere. Turkey: A Modern History. I.B. Tauris, London, New York. 1994 2. Halil Inalcik. The Ottoman Empire: The Classical Age 1300-1600. Praeger Publishers. New York. Washington. 1973. 3. John Haslip. The Sultan: The Life of Abdul Hamid II. United States. 1973. 7 Lord Eversley, The Turkish Empire: Its Growth and Decay, Premier Book House, Katchery Road, Lahore W.Pakistan, 1967, hlmn 185.
4. Lord Eversley. The Turkish Empire: Its Growth and Decay. Premier Book House, Katchery Road, Lahore W.Pakistan. 1967 5. Lord Kinross. The Ottoman Centuries: The rise and fall of the Turkish Empire. Jonathan Cape, Thirty Bedford Square, London
Journal Stanford J. Shaw. The Central Legislative Councils In The Nineteeth Century Ottoman Reform Movement Before 1876. International Journal Of Middle East Studies. Vol 1. 1970.
LAMPIRAN Peta kerajaan Turki Uthmaniyyah 1481-1683
Peta Turki