Sukan Ragam

  • Uploaded by: Deeya76
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sukan Ragam as PDF for free.

More details

  • Words: 855
  • Pages: 6
DEFINASI SUKAN RAGAM Perkataan “Ragam” bermaksud “cara atau kegiatan yang pelbagai bentuk “. Pertandingannnya adalah mengikut sistem berpasukan. Peserta-peserta akan menjalani acara-acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap peserta dalam acara yang tertentu. Keputusan Pertandingan Sukan ragam ditentukan dengan mengira jumlah mata yang diperolehi oleh setiap pasukan itu. Salah satu kelebihan Sukan Ragam adalah sistem pemberian matanya. Skor bagi setiap acara itu biasanya mengambilkira taraf kebolehan murid-murid dalam suatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa kebolehan muridmurid dalam sesuatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa setiap orang akan berpeluang merasai kejayaan dan dapat memberi sumbangan kepada pasukannya. Dari segi psikologi, pengalaman yang serupa ini akan membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid.

FALSAFAH SUKAN 

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu "Melayu Islam Beraja".



Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.



Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai,

masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. 

Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.



Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut: -

1. Di Peringkat Individu, i.

Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.

ii.

Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif;

iii.

Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat;

iv.

Kekurangan tekanan (stress) hidup moden;

v.

Semangat bergaul dan bersahabat antara individu;

vi.

Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan; dan

vii.

Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu.

2. Di Peringkat Masyarakat, i.

Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin;

ii.

Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara;

iii.

Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat;

iv.

Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya; dan

v.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan. 3. Di peringkat Antarabangsa,

i.

Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia; dan

ii.

Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan

antarabangsa

yang

menghasilkan

kebanggaan

diri,

keluarga, bangsa dan negara.

TUJUAN SUKAN RAGAM Tujuan sukan ragam diadakan di sekolah ialah: i. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal murid-murid. ii. Untuk membentukkan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif; iii. Untuk mengurangkan tekanan (stress) hidup moden di kalangan murid.. iv. Untuk meningkatkan semangat bergaul dan bersahabat antara individu; v. Untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan dan persaingan. vi. Untuk memberi peluang kepada individu untuk memenuhi keperluan asas manusia dan mencapai kepuasan mutlak individu. vii. Untuk

mempupuk

sifat-sifat

kemasyarakatan

seperti

semangat

berpasukan, mematuhi peraturan, semangat kesukanan dan kepimpinan di kelangan murid. viii.Menghilangkan rasa bosan di kangan murid pada waktu Pendidikan Jasmani. ix. Membantu guru untuk menilai tahap pencapaian murid-muridnya dalam kemahiran yang tertentu. MATLAMAT SUKAN RAGAM Sukan ragam bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sukan melalui amalan teori

dan

praktis

dalam

bidang

sukan

serta

memupuk

dan

meningkatkan pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya, memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai kejayaan dan dapat memberi sumbangan kepada pasukannya. Ia juga bermatlamat membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid. OBJEKTIF SUKAN RAGAM Membolehkan murid : i.

memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik semasa melakukan pergerakan;

ii.

menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan dan kesihatan diri;

iii.

mengaplikasi prinsip latihan bagi meningkatkan komponen kecergasan;

iv.

memahami proses fisiologi yang memberi kesan terhadap pencapaian sukan;

v.

memahami prinsip asas kecederaan sukan dan aplikasinya dalam aktiviti fizikal; dan

vi.

merancang pemakanan yang sesuai berdasarkan keperluan latihan dan pertandingan.

AKTIVITI SUKAN RAGAM 1) Permainan : Susup Gelung Rotan Berganti-ganti Tujuan Permainan : • Kanak-kanak dapat menjulur dan menyusur Senarai keperluan : • Tempat : kawasan lapang • Bahan : Gelung rotan sebanyak 10 unit Peraturan Permainan : 1) Setiap kanak-kanak perlu menyusur dalam gelung rotan sehingga ke hujung barisan 2) Orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang sebelumnya sudah tamat menyusur Cara bermain : 1) Buat 4 barisan, 2 barisan kanak-kanak tidak memegang gelung rotan dan 2 barisan kanak-kanak memegang gelung rotan. Setiap barisan ada 5 hingga 7 orang. 2) Barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan. 3) Apabila dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung sehingga tamat 4) Diikuti dengan rakan seterusnya. Formasi Permainan: GP

P3 P2 P1

GT

Related Documents

Sukan Ragam
April 2020 39
Sukan
May 2020 34
Sukan
May 2020 45

More Documents from ""

Ipp2m- Bahan Guru
October 2019 55
Permainan Kim
November 2019 61
Latihan Kv+kvk
October 2019 48
Berdoalah
May 2020 28
Konsep Pemulihan Assgmt
October 2019 38
Ipp2m - Bahan Murid
October 2019 33