Konsep Pemulihan Assgmt

  • Uploaded by: Deeya76
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Pemulihan Assgmt as PDF for free.

More details

  • Words: 6,034
  • Pages: 38
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.0

PENGENALAN Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan

murid-murid

berkomunikasi

dan

menimba

ilmu

pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. 1.1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi

dan

jasmani

berdasarkan

kepercayaan

dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab

kesejahteraan

diri

serta

dan

berkeupayaan

memberi

sumbangan

mencapai terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

1

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.2

Latar Belakang / Sejarah Pendidikan Pemulihan di Malaysia 1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Pemulihan dengan menggunakan strategi

“ Withdrawal

System.....” 1975 -Pusat

Perkembangan

“Pendidikan Imbuhan” Tahun 3)

dengan

Kurikulum bagi

menjalankan

Tahap 1

projek

( Tahun 1 hingga

menggunakan strategi di mana

pemulihan dijalankan oleh guru kelas / guru mata pelajaran. 1994 -Program

Khidmat

meningkatkan aktiviti dalam kelas 1999 - Program

Guru pengayaan

Pendamping dan

bagi

pemulihan

KBSR. jangka

pendek

(INTERVENSI 3M)

diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi menilai pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula 1999 hingga 2002. 2000 - Program

IPP3M

dilancarkan iaitu program

jangka

panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3M bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara Pelbagai Kecerdasan ( Multiple Intelligences ). 2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada Bahasa Melayu – membaca dan menulis dibina. 2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

2

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.3

Punca dan Bidang Kuasa Surat Siaran Kementerian Pelajaran . (yang masih digunapakai) 1:

Surat

Siaran

Bahagian

Sekolah-sekolah

KPM.

Bil.

KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth. 22.Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan) 2:

Surat

Siaran

Bahagian

Sekolah-sekolah

KPM.

Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth.28.Jan.1986. (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah) 3:

Surat

Siaran

Bahagian

Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.

Sekolah-sekolah V(29)

KPM.

bth.17.Mac.1986

(Pengawasan dan Penyeliaan Program pemulihan) 4:

Surat

Siaran

Bahagian

KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V

(34)

Sekolah-sekolah bth.30.Jun.1989.

(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

2.0

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan

pembelajaran

sahaja.Pendidikan

dalam

Pemulihan

mata-mata

berbeza

daripada

pelajaran

tertentu

pendidikan

atau

pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. 2.1

Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 ‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan

murid

yang

mengalami

kesusahan

dari

segi

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

4

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’ ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 ‘ Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa’ . iii) Pringle (1966) ‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. iv) Albertwhite (1977) ‘ pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi ’. v) Tansley (1967) ‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun. vi) Collins (1961) ‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira. vii) Evans (1995)

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

5

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

‘ pengajaran pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of educational system “. Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid. viii) Blair (1956) ‘ pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lamba t’. ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986. ‘ pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah

rendah,

khususnya

ditumpukan

kepada

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’. x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) ‘ dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan’. xi) Koh (1979)

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

6

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

‘ pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal ‘. xii) Chua (1977) ‘ pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk

membantu

perseorangan

murid

dalam

yang

kelas

lemah,

yang

melalui

kecil

pendekatan

bilangan

muridnya.

Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta

disampaikan

kakitangan

dengan

ikhtisas

teratur

serta

(profesional)yang

dikendalikan

terdiri

daripada

oleh Guru

Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan Definisi Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam

pembelajaran

di

sekolah

agar

mereka

tidak

terus

ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. 2.2

Tujuan Pengajaran Pemulihan Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk: a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu. b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

7

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Menurut

Koh

(1986),

menegaskan

pengajaran

pemulihan

diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanakkanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan labellabel ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya. Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut: a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahan. b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap baik

yang

belum

dipelajari,

tetapi

seharusnya

sudah

dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid untuk meningkatkan kecekapan murid. Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada murid itu. Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan guru, untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus digunakan

ialah

yang

berasaskan

terdapatnya berbagai-bagai

psikologi,

di

samping

cara bekerja, teknik dan alat

pelaksanaannya. Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah: a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan. b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

8

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak. d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan. e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa. f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanakkanak.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang menghadapi

masalah

pembelajaran

di

sekolah

rendah,

terutamanya dalam masalah bahasa.

3.0

MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN 3.1

Definisi Murid Pendidikan Pemulihan Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia murid pendidikan pemulihan. Para pendidik menganggap kanakkanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun ‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas. Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

9

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan, murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. 3.1.1 Menurut

laporan

yang

bertajuk

“Asia

and

Pasific

Programme of education Innovation for development” (1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah : Those that are categorised as having learning problems generally display a disability in areas such as reading, spoken or written language, mathematics and in skills related to perceptual processes in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children find learning a difficult task.

3.1.2 Menurut Brennan (1974), murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. 3.1.3 Menurut Sharifah (1986), murid pendidikan pemulihan ialah murid-murid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam mata pelajaran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk kanak-kanak yang dikategorikan sebagai terencat akal. 3.1.4 Manakala

Pusat

berpendapat

murid

Perkembangan pemulihan

Kurikulum ialah

mereka

(1984) yang

menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan

mempunyai

tingkah

laku

yang

menjejaskan

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

10

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. 3.1.5 Koh (1984), mentakrifkan murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu. 3.1.6 Johnson (1963), mendefinisikan kumpulan murid lambat sebagai murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik

seperti

kanak-kanak

lain

yang

sedarjah

dengannya. 3.1.7 AE Tanseley

dan R.Culliford, mentakrifkan kanak-

kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek

dan

kecerdasan

yang

rendah

juga

kurang

berkebolehan menerima pendidikan biasa. 3.1.8 M.F. Clough mendefinisikan kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak

yang

berkemampuan

kurang

membuat

daya

sesuatu

taakul,

kurang

keputusan

atau

kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid

pendidikan

pembelajarannya

pemulihan yang

ialah

mempunyai

mereka

yang

kecerdasan

di

lambat bawah

sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa. ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

11

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

3.2

Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang

membezakannya

dengan

murid-murid

yang

tahap

pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. a)

Dari segi Emosi dan Tingkahlaku i.

Perasaan rendah diri

ii.

Perasaan risau

iii.

Perasaan sedih, hiba atau duka

iv.

Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran

v.

Perasaan takut akan perkara-perkara baru

vi.

Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.

b)

vii.

Pasif

viii.

Malas

Sosial i.

Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu kawan-kawan.

ii.

Lemah / kurang interaksi dengan rakan

iii.

Gemar menghisap atau menggigit kuku

iv.

Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan

c)

v.

Menangis – enggan masuk darjah

vi.

Hyper aktif

Kesihatan i.

Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.

ii.

Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

12

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

(gemuk/kurus) iii.

Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)

iv.

Lemah gerakan motor-kasar dan halus

v.

Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.

vi. d)

Kurang menjaga kebersihan diri.

Kesediaan Belajar i.

Belum bersedia untuk belajar

ii.

Perbendaharaan kata kurang

iii.

Lemah pemahaman

iv.

Kurang keyakinan diri dan rangsangan

v.

Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e)

Pengamatan i.

Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.

ii.

Lemah pendengaran bunyi dan rentak

iii.

Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.

iv.

Lambat mengkelaskan benda.

v.

Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.

vi.

Tidak dapat menyelesaikan masalah.

vii.

Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.

viii.

Tidak kreatif

ix.

Lemah pergerakan dan perbuatan

x.

Lemah daya pemikiran / ingatan

xi.

Tidak boleh mengingat kembali

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

13

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Beberapa tokoh ilmuan juga telah menggariskan ciri-ciri murid pendidikan pemulihan mengikut sudut pandangan mereka seperti di bawah : 3.2.1 Schonell (1965), mencirikan kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak yang kurang keupayaan dan lemah berbanding dengan kanak-kanak lain. 3.2.2 Tansley dan Gulliford (1960), telah membahagikan ciri kanak-kanak lambat kepada tiga kumpulan iaitu : i)

Kanak-kanak yang lemah dari segi perkembangan mental ditambah kecacatan-kecacatan lain seperti gangguan kesihatan, terhad pengalaman berbahasa dan mengalami gangguan emosi.

ii)

Kanak-kanak ini selalunya ponteng sekolah dan biasanya berasal daripada latar belakang keluarga susah.

iii)

Kanak-kanak ini biasanya mengalami kesukaran khusus dalam bacaan dan penulisan mengakibatkan mereka mengalami pencapaian yang rendah dalam hampir kesemua mata pelajaran.

3.2.3 Haigh

(1977),

mencirikan

kanak-kanak

pendidikan

pemulihan seperti berikut : i)

Kanak-kanak

ini

rendah

pencapaian

dalam

kemahiran asas dan mengalami ketidakupayaan dari segi

bahasa

menyebabkan

kesukaran

dalam

pembelajaran. ii)

Mempunyai

keupayaan

berbahasa

dan

daya

kefahaman yang terhad sehingga mereka tidak bersedia memikirkan konsep-konsep yang abstrak. iii)

Mempunyai minat yang terhad terhadap pelajaran dan

bersikap

dingin

terhadap

kejayaan

dalam

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

14

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

pelajaran. Kegagalan dalam pelajaran yang selalu dialaminya

menimbulkan

sikap

benci

terhadap

sekolah. iv)

Murid ini biasanya memiliki perlakuan yang sukar dikawal. Perlakuan ini amat berbeza dari rakan-rakan yang lain. Pada kebiasaannya pakaian kanak-kanak ini juga tidak kemas dibandingkan dengan murid lain.

v)

Murid ini selalunya cuba menarik perhatian guru, kerana kepada

mereka

kurang

pelajaran,

menumpukan

tidak

berminat,

perhatian kadangkala

berkelakuan liar untuk menutup kelemahan mereka. vi)

Ada kalanya murid jenis ini tidak pandai menulis tetapi boleh bertutur dengan baik. Oleh sebab minat mereka terhad dan cepat luput, maka mereka selalu mengganggu murid yang pandai.

3.2.4 Abdul Halim (1980), mentakrifkan ciri-ciri murid pendidikan pemulihan adalah seperti berikut : i)

Kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua tahun dibawah usianya.

ii)

Kanak-kanak ini lemah daya perhatian ke atas sesuatu kerja.

iii)

Kanak-kanak ini sukar menghabiskan kerja yang diberikan kepadanya.

iv)

Kanak-kanak ini juga sukar mengenali simbol-simbol yang diajar kepadanya, serta kurang daya untuk memahami dan menceritakan apa yang dibacanya, walaupun mereka boleh membaca dengan baik.

v)

Kanak-kanak

ini

juga

kurang

kebolehan

untuk

mengingat maklumat yang diajar kepadanya serta ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

15

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

sukar memahami apa-apa yang mereka sendiri cakapkan

walaupun

mereka

tidak

mengalami

masalah pendengaran. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak boleh menyampaikan perasaan atau kehendak mereka kepada orang lain. vi)

Mereka juga tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya mereka atas beberapa sebab. Antaranya selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain, menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanak-kanak lain kepada mereka. Ini menyebabkan mereka tidak boleh menyesuaikan diri di kalangan kanak-kanak lain.

vii)

Ada

juga kanak-kanak ini yang kekok pergerakan

tangan lalu menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini kerana setiap kali guru menyuruh menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik dari

kanak-kanak

lain

tetapi

masalah

kekok

pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal dalam ujian-ujian yang memerlukan banyak menulis. Ada juga kanak-kanak ini yang merasa tersinggung dengan masalah fizikal mereka kerana mereka selalu menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain terutamanya dalam latihan jasmani, di mana kekekokan mereka lebih ketara. Ini melemahkan keyakinan diri mereka bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga dalam pembelajaran mereka. 3.2.5 Menurut Marie Jean Low (1973), kanak-kanak lambat ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut : ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

16

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

i)

Lemah daya pemikiran yang abstrak

ii)

Lemah daya kordinasi pancaindera dengan pemikiran dalam perkara : a) pengamatan b) pendengaran c) pertuturan

iv)

Lemah dalam penerimaan konsep baru.

iv)

Kurang keyakinan diri sendiri oleh kerana dikuasai

perasaan rendah diri. vii)

Tumpuan perhatian yang terhad.

viii)

Tumpuan perhatian mudah terganggu oleh gangguan luar.

ix)

Lemah dalam penyebutan dan pertuturan, gagap, pelat dan sengau.

x)

Gengguan kesihatan seperti selsema, sakit telinga dan sakit kulit.

xi)

Ketidakbolehan

menganalisis

sesuatu

untuk

membezakan yang penting dengan yang tidak penting. xii)

Ketidakstabilan emosi.

xiii)

Kelemahan di dalam menghubungkan, mengaitkan dan menyesuaikan.

xiv)

Ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah lupa.

xv)

Kurang perbendaharaan kata.

xvi)

Kurang daya cipta atau inisiatif.

xvii)

Mempunyai tingkah laku yang nakal kadangkala pendiam dan ego.

xviii) Malas datang ke sekolah. xix)

Lemah dalam membaca, menulis dan mengira.

xx)

Tidak mempunyai dorongan.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

17

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

xxi) 3.3

Kurang pergaulan.

Punca-punca

permasalahan

pembelajaran

kanak-kanak

Pemulihan. Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah maktab perguruan bertajuk Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan sebagai “ murid-murid di kelas biasa “ yang menghadapi : a)

b)

Masalah pembelajaran dengan sebab: i)

Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru

ii)

Tidak hadir ke sekolah

iii)

Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti

v)

Leka dan lambat

Masalah-masalah

yang

menghalang

pembelajaran

termasuklah masalah : i)

peribadi

ii)

psikologi

iii)

kurang kecerdasan – lambat berfikir dan bertindak.

iv)

lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.

Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini dipanggil ‘ murid pendidikan khas ‘. Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 18

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat

kerja-kerja

atau

pergerakan

yang

memerlukan

penggunaan koordinasi otot-otot seni. Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di bawah : a)

Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial yang bermasalah.

b)

Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.

c)

Penerimaan baka yang cacat.

d)

Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.

e)

Salah diasuh atau diajar

f)

Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan.

g)

Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.

h)

Kecacatan

sejak

dilahirkan

atau

disebabkan

oleh

kecelakaan dan berbagai-bagai sebab lagi.

4.0

GURU PEMULIHAN KHAS Guru pemulihan terdiri daripada guru terlatih yang telah mengikuti Kursus Khas Pemulihan. Agihan masa bagi guru khas pemulihan yang diperuntukkan oleh Bahagian Sekolah-sekolah ialah 990 minit seminggu untuk mengajar. Untuk melaksanakan program pemulihan ini dan

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

19

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

kemudiannya dinilai, guru khas sepatutnya mempunyai kemahirankemahiran berikut : i)

Menggunakan penujuan bersistem dalam pengajaran.

ii)

Mengikut model dalam pengajaran pemulihan

iii)

Menerang,

menyusun

dan

menulis

matlamat

dan

objektif

pengajaran iv)

Menganalisis dan menggunakan tugas-tugas pembelajaran

v)

Mengelolakan pelan-pelan pengajaran.

4.1

Ciri-Ciri Guru Pemulihan Khas Untuk menjadi guru pemulihan yang baik dan berjaya, seseorang guru pemulihan itu mestilah memiliki dan memenuhi beberapa ciri guru pemulihan, antaranya: 1) Menunjukkan minat terhadap kerjaya. 2) Berpengetahuan tinggi tentang pendidikan pemulihan. 3) Bersedia

mempelbagaikan

kaedah

pengajarannya

untuk

menukar selera pelajar yang cepat bosan dengan pengajaran yang stereotaip. 4) Periang dan menunjukkan kekawanan (friendliness) kepada para pelajar. 5) Bersedia bekerjasama dengan guru besar dan guru-guru mata pelajaran yang lain. 6) Dapat membentuk soalan-soalan diagnostik yang baik dan sesuai. 7) Dapat menganalisis hasil ujian diagnostik dengan tepat dan mengkategorikan pelajar kepada kategori tertentu. 8) Dapat melaksanakan program pengajaran pemulihan dengan berkesan. 9) Mempunyai daya kreativiti yang tinggi. 10)Bersimpati dan mempunyai keazaman untuk menolong. ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

20

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

11) Berkeyakinan terhadap kemampuan pelajar, iaitu sentiasa yakin bahawa pelajar akan berjaya dalam bidang pelajarannya. 12)Tidak berputus asa. 13)Memberikan nasihat yang positif kepada pelajarnya, iaitu dengan menyatakan pencapaian yang rendah itu sentiasa dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Seseorang guru pemulihan yang tidak mempunyai ciri-ciri positif dan dedikasi belum tentu dapat menjadi guru pemulihan yang baik walaupun sekolah tempat dia mengajar itu mempunyai segala kelengkapan yang diperlukan. 4.2

Tugas-tugas Guru Pemulihan Khas Guru Pemulihan Khas mempunyai tugas-tugas yang memerlukan penelitian yang lebih bagi menjamin kelancaran program pemulihan ini. Antara tugas-tugas guru pemulihan ini termasuklah: 1)

Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk muridMurid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah

diberi kepada murid-murid Tahun 2

dan Tahun 3. 2)

Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.

3) Membantu guru-guru asas dalam hal : i. Mengenalpasti

murid-murid lemah yang

pengajaran pemulihan sama ada

memerlukan

di kelas biasa atau

kelas khas. ii. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahanbahan pemulihan. iii. Membantu guru asas sekiranya keadaan memerlukan. 4) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, guru bimbingan, ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

21

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut

tentang

kesihatan dan lain-lain keterangan

kelakuan,

tabiat,

mengenai latar belakang

murid. 5) Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan dan merekodnya. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi: i. Kemajuan murid. ii. Latar belakang murid. iii. Laporan kesihatan murid. iv. Hasil temubual dan rujukan. 6) Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi: i.

Borang Pencalonan.

ii. Profil Murid Pemulihan. iii. Ujian Saringan dan Diagnostik iv. Lembaran Kerja v. Hasil Penilaian yang telah dijalankan. vii. Catatan lain yang berkaitan dengan murid. 7) Membentuk

Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta

menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 8) Mengadakan

latihan

perkembangan

staf

di

peringkat

sekolah atau daerah. 9) Tugas-tugas yang berkaitan dengan

kebajikan murid-murid

pemulihan khas di sekolah.

4.3

Peranan Guru Pemulihan Khas

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

22

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Peranan utama guru pemulihan adalah diklasifikasikan seperti berikut : 1)

Penilai (An Assessment Role) i) Menyediakan dan menjalankan saringan untuk mengenal pasti

murid

yang

menghadapi

masalah

pembelajaran. ii) Menjalankan

ujian diagnostik untuk

masalah-masalah pembelajaran

mengenal

pasti

khusus yang dihadapi

murid. iii) Menjalankan

penilaian berterusan dan

merekodkan

dengan rapi dan tersusun. 2)

Preskriptif ( Prescriptive Role) i) Merancang, menyediakan dan melaksanakan programprogram individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. ii) Mengadakan bengkel atau demonstrasi pemulihan di peringkat sekolah atau

pengajaran

daerah khas untuk

guru-guru dan Guru-guru besar, Pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah

dan negeri,

sekiranya

keadaan mengizinkan.

3)

Pengajar ( A Teaching Therapentik ) i) Mengajar

murid-murid

yang menghadapi

masalah-

masalah pembelajaran(3M) yang mana tidak dapat diatasi oleh guru biasa dalam situasi kelas biasa. ii) Mengajar bersama-sama dengan guru asas dengan cara “Team Teaching” sekiranya keadaan memerlukan. ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

23

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

4)

Khidmat bantu ( A Supportive Role ) i) Membantu guru biasa merancang dan mengubahsuaikan aktiviti-aktiviti

dan

bahan-bahan pengajaran

pembelajaran untuk Panduan

pemulihan

Pemulihan

dan

berpandukan Buku

Kurikulum

Baru Sekolah

Rendah. ii) Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru biasa mengenai teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. iii) Bagi memastikan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran mendapat perhatian, layanan dan bantuan yang maksimum di sekolah, kerjasama dan penyelarasan di antara Guru Khas Pemulihan dan merancang, menyelia pemulihan

dan

dan

guru biasa

dalam

melaksanakan program

guru asas perlu memainkan peranan

mereka bersama dalam berbagai-bagai perkara seperti berikut: -

Mengenal pemulihan

pasti

murid

dan

yang

menghadapi

memerlukan masalah

pembelajaran tertentu. -

Mengatur jadual waktu serta menyediakan aktiviti dan bahan untuk pengajaran pemulihan.

-

Menyediakan kerja susulan.

-

Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod murid dengan rapi dan tersusun.

5.

Perhubungan ( A Liasion Role ) i)

Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid tertentu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

24

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid itu. ii)

Mengemukakan

cadangan-cadangan

kepada

ibu

bapa atau penjaga murid tentang bagaimana hendak membantu

anak-anak

mereka

di

rumah,

demi

kepentingan pembelajaran murid-murid itu. iii)

Menghubungi

dan

mendapatkan

nasihat

serta

bantuan kepakaran dari doktor, pakar psikologi, pegawai

kebajikan

masyarakat

dan

sebagainya

terhadap murid-murid tertentu. 6.

Pendorong ( A Motivator ) i)

Peranan yang paling penting sebagai seorang guru pemulihan Seorang

ialah Guru

sebagai Pemulihan

seorang haruslah

pendorong. berupaya

mendorong pelajarnya supaya terus belajar dan menghapuskan rasa kurang yakin pada diri pelajar tersebut. ii)

Guru juga harus mewujudkan suasana bilik darjah yang menarik untuk mengelakkan kebosanan murid terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

4.4

Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh Guru Pemulihan Sebagai guru yang mendorong pelajarnya untuk lebih maju supaya tidak hilang minat di dalam kelas, seorang guru pemulihan haruslah mengelakkan beberapa perkara berikut :  Mendiskriminasikan para pelajarnya, di antara yang bijak dan yang lembam.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

25

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

 Menghina pelajar yang lembam di hadapan pelajar lain, ataupun secara bersendirian atau di dalam bilik guru pun, guru tidak harus menghinanya.  Membunuh rasa yakin diri pelajarnya. Rasa yakin diri pelajar boleh terjejas jika guru mengecap mereka sebagai bodoh, tolol, dungu dan sebagainya.  Menunjukkan bahawa dia membenci pelajar sama ada melalui kata-kata atau tindak tanduknya.  Mengatakan bahawa jika pelajar tersebut meninggalkan sekolah tidak akan memberi kesan apa-apa kepada sekolah dan sekolah tidak kerugian.  Berasa bahawa masa dan tenaga yang dicurahkan untuk mengajar pelajar itu adalah sia-sia. Kesimpulannya, peranan guru pemulihan yang paling penting dalam konteks ini ialah memberi sokongan moral kepada pelajarpelajarnya. Sebarang sikap negatif yang dilakukan atau ditunjukkan tidak akan memulihkan keadaan, sebaliknya memburukkan lagi keadaan pelajar bermasalah itu.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

26

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.0

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN 5.1

Perjawatan Guru Pemulihan 5.1.1 Semua sekolah rendah diperuntukan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas ( n x 1.5 ) seperti dalam kelayakan peruntukan guru. 5.1.2 Guru yang dilantik sebagai GPKhas mestilah terdiri daripada guru yang terlatih dan keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai opsyen Pemulihan Khas 5.1.3 Perlantikan secara rasmi GPKhas hendaklah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri setelah mendapat pencalonan daripada guru besar sekolah berkenaan. 5.1.4 Sebarang urusan pertukaran GPKhas mestilah mendapat persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu. 5.1.5 Sekiranya tiada guru seperti perkara 4.1.2, maka guru besar perlu melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai GPKhas. 5.1.6 GSTT, guru bermasalah kesihatan, guru kontrak, guru ’pool’ dilarang sama sekali dilantik sebagai GPKhas.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

27

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.1.7 GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam suratsurat Siaran KPM. Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan sama sekali. 5.1.8 Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar GPKhas tidak dibebankan dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas. 5.1.9 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan GPKhas, (seperti melanjutkan pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji) Guru besar perlu melantik seorang guru terlatih dan mengikut prosedur para 2.1.3. 5.1.10 Penutupan Kelas Pemulihan Khas atau pemberhentian Program Pemulihan Khas perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri. 5.2

Pemilihan Murid Pemulihan Khas 5.2.1 Pencalonan Murid i)

Program Pemulihan Khas bermula pada Tahun 2.

ii)

Di akhir Tahun 1, murid-murid yang gagal Ujian Pelepasan KIA2M layak masuk ke Program Pemulihan Khas pada Tahun 2.

iii)

Pencalonan baru murid Tahun 3 akan disaring dengan IPP2M dan IMA. ( Lampiran 1)

iv)

Pencalonan murid juga boleh dibuat oleh: •

guru mata pelajaran BM/Mat



guru kelas



guru besar

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

28

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08



5.3

ibu bapa

Pengurusan Kelas 5.3.1 Cara Melaksanakan Kelas Pemulihan Disyorkan 2 alternatif seperti berikut : i.

Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu

darjah,

murid-murid

untuk

kelas

pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang. ii.

Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

iii.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Pemulihan Khas dengan guru besar dan guru-guru asas.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

29

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iv.

Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) pelaksanaan dilakukan berdasarkan kesesuaian sekolah.

5.3.2 Jadual Kedatangan Murid Buku Jadual Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari. 5.3.3 Fizikal Kelas i.

Sekolah-sekolah

yang

dibekalkan

dengan

kemudahan sebuah bilik darjah dengan keluasan 3 bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas. ii.

Sebuah

bilik yang kondusif berukuran 3 bay

hendaklah disediakan oleh pihak sekolah. Susunatur kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK 9 seperti di lampiran. iii.

Sekolah-sekolah

yang

tiada

kemudahan

seperti

dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2 bay. 5.3.4 Peralatan dan perabot asas Peralatan dan perabot asas perlu disediakan secukupnya bersesuaian dengan keperluan guru dan murid.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

30

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.4

Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan 5.4.1 Dasar Sedia Ada: Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling“ (Siaran

Kewangan

Feb.1991).

Bil:2/91

Bertujuan

untuk



KP1573/17/jld.8(78)bth.11

bimbingan

pendidikan

bagi

membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.

5.5

Pengurusan Pentadbiran Ujian 5.5.1 Ujian Saringan Fungsi: Ujian Saringan bertujuan untuk mengukur secara menyeluruh kekuatan dan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh seseorang murid. 5.5.1.2

Bahan: •

Bahasa Melayu Ujian Pelepasan II (KIA2M) yang dilaksanakan di akhir Tahun 1 dianggap sebagai Ujian Saringan memasuki Program Pemulihan Khas di Tahun 2.

Instrumen

Penentu

Penguasaan

2M

(IPP2M)

pula

akan

dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 3 hingga 6 sebagai Ujian Saringan. •

Matematik Dalam Program Pemulihan Khas, Ujian Saringan untuk pengambilan

murid-murid

ke

program

tersebut

menggunakan Indicator for Mastery in Arithmatic (IMA). ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

31

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.5.1.3

Skor:

PENCALONAN MURID BERASASKAN SKOR IPP2M: Cadangan Untuk Penempatan

Cadangan Ke Pendidikan Khas

Program Pemulihan Khas

Pemulihan KBSR (dalam bilik darjah)

SKOR

0–9

10– 45

46 – 65

5.5.2 Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program Pemulihan Khas. Ia dapat membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid. Guru akan dapat mengetahui sama ada masalah yang dihadapi oleh murid-murid itu ringan atau kompleks. Berdasarkan analisis Ujian Diagnostik guru akan dapat menghalusi dan merancangkan aktivitiaktiviti pemulihan bagi setiap murid yang memerlukan pemulihan. Fungsi: Ujian Diagnostik hendaklah dijalankan dengan tujuan untuk membantu Guru Pemulihan Khas mengesan kawasankawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus di samping memudahkan pembentukan kumpulan pembelajaran. 5.5.2.1Jenis Ujian Diagnostik Ujian

Diagnostik

ini

terbahagi

kepada

3

bentuk

pelaksanaannya, iaitu lisan, praktik dan bertulis. a) Ujian Diagnostik Lisan : Ujian ini mengandungi 31 item kemahiran dalam domain kognitif peringkat penggunaan dengan sejumlah 661 soalan, ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

32

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

satu

item

kemahiran

dengan

3

soalan

peringkat

pemahaman. b) Ujian Diagnostik Praktik : Ujian ini mengandungi 10 kemahiran. Kesemua 92 item soalan yang disediakan adalah domain kognitif peringkat kefahaman. Ujian ini boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk mendiagnos lebih terperinci daerah kesukaran membaca yang dihadapi oleh murid. c) Ujian Diagnostik Bertulis : Ujian ini mengandungi 26 item kemahiran dengan 196 soalan. Keseluruhan soalan adalah dalam domain kognitif d 5.5.3 Pelaksanaan Ujian Diagnostik i) Ujian Diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program Pemulihan Bahasa Melayu. ii) Ujian Diagnostik Lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. iii) Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang lebih tinggi – Pengetahuan – Pemahaman - Penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

33

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iv) Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang murid yang diuji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut. v) Setiap jawapan murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Diagnostik. 5.5.4 Bahan: Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas

boleh merujuk Buku

Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan

3M)

terbitan

Jabatan

Pendidikan

Khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia. 5.5.5 Ujian Pencapaian i) Ujian Pencapaian Kemahiran (formatif): Dijalankan dengan tujuan untuk memastikan penguasaan murid selepas sesuatu kemahiran diajar. ii)Ujian

Pencapaian

Penguasaan

Bahasa

Melayu

(sumatif): Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti program lagi. Ujian yang digunakan ialah IPP2M. Skor 45 dan ke atas diiktiraf sudah menguasai kemahiran 2M. iii(Ujian Pencapaian Penguasaan Matematik (sumatif):

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

34

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti program lagi. Dalam Program Pemulihan Khas, IPP2M dan IMA digunakan juga sebagai ujian pre test dan post test.

6.0

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6.1

Jadual Waktu 6.1.1 Agihan Waktu Mengajar Tahun

Bahasa Melayu

Matematik

Jumlah

1 2 3

8 kali X 30 minit = 240 7 kali X 30 minit = 210 8 kali X 30 minit = 240 7 kali X 30 minit = 210 480 minit 420 minit Panduan Dan Persediaan JUMLAH SEMINGGU

450 minit 450 minit 900 minit 120 minit 1020 MINIT

6.1.2 Agihan minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik boleh dianjalkan (flexible) mengikut keperluan sekolah.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

35

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

6.1.2

Waktu Panduan

dan Persediaan

(120 minit) hendaklah

dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya di Buku Rekod Mengajar.

7.0

KESIMPULAN Jelaslah di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah satu bentuk

pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang berkurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Memang diakui bahawa pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab yang berat bagi seseorang guru. Bagaimanapun harus disedari bahawa pengajaran pemulihan yang berkesan tidak mudah dilaksanakan. Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan ini. Pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaranpemulihan perlu dititik beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri. Untuk menjayakan program pemulihan ini, kesemua pihak haruslah berganding bahu,bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri, tetapi ia memerlukan ____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

36

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru bahasa Melayu dan matematik, di samping peranan ibu bapa di rumah, murid lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah, ia boleh berjaya seperti murid biasa yang lain. Mereka cuma memerlukan suntikan dan menuntut kesungguhan,kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan khas, bak kata pepatah; belakang parang kalau diasah lagikan tajam, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

ARAHAN TUGASAN 2. Menghasilkan bahan / item ujian saringan / diagnostik yang bersesuaian untuk kegunaan guru-guru di sekolah masing-masing.

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

37

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

____________________________________________________________________ _ PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

38

Related Documents

Konsep Pemulihan Assgmt
October 2019 38
Pemulihan
June 2020 17
Isu Pemulihan
May 2020 29
Pemulihan Khas
April 2020 46
Pemulihan Khas
June 2020 31
Assgmt (2).docx
June 2020 7

More Documents from "mia94"

Ipp2m- Bahan Guru
October 2019 55
Permainan Kim
November 2019 61
Latihan Kv+kvk
October 2019 48
Berdoalah
May 2020 28
Konsep Pemulihan Assgmt
October 2019 38
Ipp2m - Bahan Murid
October 2019 33