Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bestari

  • Uploaded by: azizul
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bestari as PDF for free.

More details

  • Words: 388
  • Pages: 3
Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari 1. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, ataupun antara guru dengan pentadbir. Konsep pembelajaran kolaboratif pula berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial iaitu melalui perbincangan atau komunikasi fizikal. Bagaimana pun tidak wujud pergantungan atau kontrak dalam kolaborasi bersama dan hasil pembelajaran adalah dapatan secara individu. Kaedah ini juga tidak memerlukan pemantauan guru ataupun struktur tertentu. Berbeza dengan konsep kooperatif yang berteraskan pasukan kecil yang memainkan peranan membantu ahli kumpulan agar hasilan dapat dikongsi bersama. Kaedah kooperatif memerlukan pergantungan positif setiap ahli dan peranan guru sebagai fasilitator dalam menstruktur dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif. 2. Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. 3. Generatif Pembelajaran generatif mengutamakan proses pembelajaran melalui penjanaan idea baru berlandaskan pengetahuan sedia ada iaitu menjurus kepada pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Strategi ini membantu pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.

4. Metakognitif Metakognitif ialah kesedaran tentang elemen yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif menitik beratkan cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya melalui proses merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut: •

Merancang apa yang hendak dipelajari.



Memantau kemajuan pembelajaran diri.



Menilai apa yang dipelajari

5. Mediatif Dalam strategi mediatif, pelajar akan belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru yang menjurus kepada konsep menolong pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Lazimnya guru menggalakkan murid-murid memberikan pendapat masingmasing melalui pendekatan berikut; •

Perbincangan terbuka



Pencapaian konsep



Pembinaan konsep



Inkuiri

6. Direktif Konsep pembelajaran ini adalah secara terus iaitu murid menerima maklumat tentang konsep dan kemahiran melalui penerangan guru. Pengetahuan dan kemahiran yang akan diperolehi oleh murid adalah replika kepada maklumat yang disampaikan oleh guru. Proses ini biasanya merangkumi kaedah tunjuk cara, bimbingan dan latihan seterusnya diikuti ujian untuk menguji kefahaman murid.

Related Documents


More Documents from "Ni'"