MEMAHAMI PSIKOLOGI REMAJA ABU BAKAR BIN MOHD HUSAIN KAUNSELOR PELAJAR SMK AGAMA PAHANG, MUADZAM SHAH
Statistik perlakuan negatif di kalangan remaja yang melepak Menghisap rokok
76.1 %
Menonton filem lucah
42.6 %
Membaca bahan lucah
38.1 %
Berjudi
29.7 %
Mencuri
28.0 %
Minuman keras
27.0 %
Mengadakan hubungan seks
26.3 %
Menagih dadah
21.7 %
• Kajian oleh Prof Madya Dr.Samsudin A.Rahim bersama 13 penyelidik – UKM - 1994. • 83 % - Remaja Melayu
RUMAHK U
SYURGAK
Yang manakah peranan anda sebagai ibubapa kepada anakanak anda?
A. Anda memberi apa sahaja yang diminta oleh anak. B. Anda memberi apa diminta oleh anak setelah dia menangis atau memberontak. C. Anda memberi apa yang diminta oleh anak apabila anda terasa mahu memberinya. D. Anda memberi apa yang diminta oleh anak apabila permintaaan itu munasabah. E. Anda tidak melayani permintaan anak.
Pilihan Bahagian A a) Ibu bapa terlalu menyayangi anaknya. b) Anak itu merupakan anak tunggal atau bungsu. c) Ibu bapa mudah kasihan kepada anak. d) Ibu bapa berkemampuan. Kesannya: Anak-anak menjadi “rosak”
Pilihan Bahagian B a) Ibu bapa lemah dengan tangisan anak. b) Ibu bapa mengalah setiap kali anak memberontak. c) Ibu bapa tidak suka keadaan riuh rendah berlaku. d) Ibu bapa bimbang hilang kesabaran. Kesannya: Anak-anak menggunakan kuasa kerana mengetahuai kelemahan
Pilihan Bahagian C a) Ibu bapa mempunyai hak. b) Ibu bapa ikut “mood” sendiri. c) Ibu bapa buat keputusan. Kesannya: Anak-anak menjadi bingung dan tidak dapat memahami orang tuanya.
Pilihan Bahagian D a) Ibu bapa bertolerensi. b) Ibu bapa mengambil kira pandangan anak. c) Ibu bapa berfikiran terbuka. d) Ibu bapa memahami perasaan anak. Kesannya: Anak-anak lebih memahami dan menyayangi orang tuanya dan hubungan ibu bapa dengan anak terbentuk.
Pilihan Bahagian E a) Ibu bapa tidak sensitif dengan perasaan anak. b) Ibu bapa guna kuasa. c) Ibu bapa tidak ada masa melayani kerenah anak. d) Ibu bapa sibuk. Kesannya: Anak-anak memberontak dan memendam perasaan.
PASAL DUIT 48.00 Kalau abah ada hati, Wani pun ada hati juga.Yang abah perli Wani macam budak kat Wisma TV tu buat apa. Macamlah Wani ni teruk sangat. Terguris hati Wani. Kalau Wani kurang ajar kenapa Wani masa mak masuk klinik nak beranakkan Syira, Wani mana boleh tidur. Kalau tak caya tanya nenek. Kalau abah kata Wani menyusahkan abah biar Wani keluar dari rumah ni , tapi abah jangan keluar kerana Syira memerlukan seorang abah tetapi dia tidak memerlukan seorang kakak yang menyusahkan orang…. Sepucuk surat ‘wasiat’ yang ditulis oleh seorang murid perempuan 12 tahun yang kecewa dengan sikap ayahnya . Dia lari meninggalkan rumah……
KENALI ANAK ANDA?
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAKANAK Beri galakan dan dorongan dengan menumpukan kepada kekuatan diri anak-anak supaya keyakinan diri mereka dapat dipertingkatkan dengan lebih mudah. Beri tumpuan yang lebih kepada aspekaspek positif tentang diri anak anda atau persekitarannya walaupun terdapat beberapa kekurangan atau kelemahan yang kadangkala menggugat kesabaran anda.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAKANAK… Terimalah beberapa kekurangan dan kelemahan yang kadangkala menggugat kesabaran diri anda. Terimalah anak seadanya. Jangan berikan kasih sayang dan penerimaan kepada anak-anak hanya setelah kelakuan yang mereka tunjukkan itu memenuhi kehendak anda sematamata. Ksih-sayang dan penerimaan mestilah tanpa syarat .
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAKANAK…. Beri peluang kepada anak-anak untuk mengenal pasti kebolehan diri. Hargai segala usaha dan kemajuan yang boleh ditujukkan namun bukanlah sekadar memberi tumpuan kepada kejayaannya sahaja. Hormatilah anak-anak anda. Hal ini menjadi landasan kepada mereka untuk belajar menghormati diri sendiri.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAKANAK….. Pujian selalunya diberikan apabila anakanak melakukan sesuatu dengan baik. Ia memberi semangat kepada mereka untuk bersaing. Galakan pula selalunya diberikan kepada setiap usaha yang sedang dilakukan. Ia memberi semangat kepada mereka untuk bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Menidakkan serta merendah-rendahkan kebolehan anak boleh mendorong mereka ke arah kegagalan.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAKANAK…… Kuasa yang paling besar mempengaruhi hubungan ibu bapa dengan anak ialah harapan. Ibu bapa boleh mempengaruhi sikap anak-anak dengan terlebih dahulu mengubah harapan yang diletakkan terhadapa nak-anak mereka. Elakkan bentuk dorongan yang membuat perbandingan antara satu anak dengan yang lain.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAKANAK……. Ibu bapa yang meletakkan harapan terlalu tinggi boleh menyebabkan kegagalan dan patah semangat di kalangan anak-anak disebabkan tidak dapat menerima tekanan. Elakkan penggunaan perkataan dan tingkah laku yang boleh mematikan semangat anak-anak seperti memperkecilkan kebolehan mereka.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAKANAK…….. Elakkan daripada membuat sebarang ugutan supaya anak-anak memenuhi kehendak anda atau membuat janji tetapi tidak menepatinya. Beri dorongan yang boleh meletakkan diri anak-anak dalam keadaan yang selesa seperti: “ Mak suka cara Ina buat kerja itu.” “ Mak Tahu Ina boleh buat kerja itu.” “ Ina nampaknya bertambah maju. Ada peningkatan. Bagus!”
Langkah bantu anak hadapi peperiksaan. • • • • • • • • • • • •
Sebulan sebelum peperiksaan – fokus kepada anak. Bantu anak menyediakan keperluan belajar. Sediakan tempat belajar, ulangkaji yang kondusif. Sediakan makanan yang berkhasiat – vitamin tambahan. Simpan salinan jadual peperiksaan anak. Bantu anak bina jadual belajar/ulangkaji. Bersama anak semasa ulang kaji. – pantau. Hindarkan daripada meluahkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak. Hindarkan daripada berlakunya gangguan emosi. Banyakkan rangsangan positif / motivasi. Ambil cuti hari peperiksaan. Solat bersama , solat hajat, doa.
JIKA ANAK…… Jika anak sentiasa dikecam , dia belajar jadi pengacau. Jika anak sentiasa dimusuhi, dia belajar jadi pendendam. Jika anak sentiasa diaibkan, dia belajar jadi rendah harga diri. Jika anak sentiasa diberi peluang , dia belajar jadi yakin diri. Jika anak sentiasa dihargai , dia belajar jadi orang budiman. Jika anak sentiasa dilindungi , dia belajar punyai kepercayaan diri. Jika anak sentiasa didengari, dia belajar jadi empati . Jika anak sentiasa didampingi dan
Bilik Yang Paling Besar Ialah Bilik Untuk
Perubahan