Kabinet Arah Rangka Strategi Bantu Nelayan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kabinet Arah Rangka Strategi Bantu Nelayan as PDF for free.

More details

  • Words: 315
  • Pages: 1
kabinet arah rangka strategi bantu nelayan

publication: utusan date: 14.7.2005 headline: kabinet arah rangka strategi bantu nelayan byline: ekonomi- fauziah arof putrajaya 13 julai - kabinet hari ini mengarahkan kementerian pertanian dan industri asas tani merangka strategi khas bagi membantu nelayan yang kini terpaksa mengehadkan kegiatan penangkapan ikan ekoran kenaikan harga diesel. menterinya, tan sri muhyiddin yassin berkata, walaupun nelayan masih mendapat subsidi bahan api itu tetapi kebanyakan mereka hanya mampu membayar rm1 bagi seliter diesel berbanding harga subsidi sekarang iaitu rm1.38 hingga rm1.40 seliter. menurutnya, kementerian menerima banyak memorandum daripada persatuan nelayan yang mengadu mengenai pendapatan mereka terjejas ekoran kenaikan harga diesel. ``mereka terpaksa turun ke laut mengikut jadual dan tidak lagi setiap hari kerana faktor itu. perkara ini juga menjejaskan jumlah tangkapan ikan negara,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di sini hari ini. mengenai harga subsidi diesel, muhyiddin berkata, kerajaan tidak boleh memberi harga istimewa kepada nelayan kerana ia akan menambah lagi tanggungan subsidi kerajaan terhadap bahan api itu di samping tidak wujud keseragaman harga yang telah ditetapkan. sehubungan itu, katanya, kabinet mahu kementerian dan lembaga kemajuan ikan malaysia (lkim) mengatur strategi tertentu bagi membantu nelayan. katanya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan nelayan dalam tempoh terdekat ini bagi mengetahui masalah mereka. dalam pada itu, muhyiddin memberitahu, jawatankuasa pembangunan ternakan negara yang dipengerusikan beliau sendiri telah bersidang pada 7 julai lalu bagi memperhalusi dasar dan pelan tindakan industri ruminan negara melibatkan pengeluaran daging lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. ``kita mengambil ketetapan mengenai sasaran pengeluaran di mana pada tahun 2010, diunjurkan permintaan daging lembu meningkat kepada 137,300 tan metrik. ``dengan sasaran kadar sara diri 40 peratus, maka daging lembu yang perlu dikeluarkan dalam negara adalah sebanyak 54,700 tan metrik melibatkan populasi dua juta lembu,'' katanya. muhyiddin berkata, sasaran pengeluaran daging kambing negara pula adalah sebanyak 4,300 metrik tan menjelang 2010 dengan kadar sara diri 20 peratus berbanding 10 peratus unjuran semasa.

Related Documents

Strategi Bantu Anak 1
December 2019 15
Kabinet
October 2019 43
Nelayan
October 2019 16
Kabinet 2009
May 2020 22