Stpm Pam Kertas 2 Set 3

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas 2 Set 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,434
  • Pages: 6
900/2

STPM 2008

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 3 LEARNING TO SCORE (Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2008

1

BAHAGIAN A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1.

Sejarah dikaitkan dengan mengenang kejadian atau peristiwa lalu sebagai renungan dan ingatan untuk masa depan. Bincangkan kepentingan sejarah kepada keutuhan sesebuah negara.

2.

Pendidikan Kepenggunaan penting untuk mendidik pengguna menjadi pembeli yang bijak. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menerapkan konsep ini kepada pengguna di Malaysia.

BAHAGIAN B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3.

Biodiversiti marin penting bagi menjaga kestabilan ekosistem lautan terutama kawasan pesisir pantai. Bincangkan kepentingan biodiversiti marin kepada kehidupan manusia.

4.

Belakangan ini, kes keracunan makanan semakin hangat diperbincangkan di setiap ruangan media massa. Masalah ini bukan sahaja menggugat kesihatan, malah boleh meragut nyawa manusia. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kes keracunan makanan kepada manusia.

BAHAGIAN C Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b). [ 10 ]

5(a)

“…Pelan Induk Perindustrian telah merancang beberapa strategi pembangunan untuk meningkatkan prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari segi guna tenaga, nilai ditambah, teknologi dan modal. Syarikat besar seperti TNB, Telekom dan industri kereta Malaysia digalakkan membeli peralatan sokongan daripada IKS. Konsep vendor telah diperkenalkan secara besar-besaran pada tahun 1995.” (Dipetik dan diubahsuai daripada, Jamal Ali (2003). Ekonomi Malaysia : Satu Analisis Dasar. Kuala Lumpur : DBP.) (i) Apa yang dimaksudkan dengan sistem vendor ? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, kenapakah IKS di negara ini tidak dapat meningkatkan prestasinya ?

ATAU 5(b)

“…Jika dahulu kita berebut-rebut membangunkan laman web (homepage) atau tapak web (website), kini blog (web log) menjadi semakin popular. Pengguna menggunakan blog sebagai tempat untuk mencurahkan idea dan perasaan, menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap pengguna yang berbentuk diari dalam talian yang diletakkan di internet dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

2

Terdapat pihak yang cuba menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik namun kebaikannya akan mengatasi keburukan yang ada.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Mengenali antara Laman Web dan Blog’, Estidotmy, Ogos 2006.) (i) Apa yang dikatakan blog dalam kontek teknologi maklumat dan telekomunikasi ? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, huraikan kelebihan blog kepada pengguna ?

6a.

“… Jejak ekologi adalah jumlah tanah yang produktif dan air yang diperlukan untuk membekalkan sumber makanan, minuman, tempat tinggal dan lain-lain bagi kegunaan setiap manusia dan keupayaan bumi menyerap kembali bahan buangan yang dijanakan. Jika penggunaan sumber asli dan penjanaan bahan buangan semakin meningkat, maka makin besarlah ukuran jejak ekologi…” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tengku Hanidza Ismail, ‘Jejak Ekologi’, Era Hijau 3 – 2007) (i) (ii)

Apakah kaitan aktiviti manusia dengan jejak ekologi? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimanakah manusia dapat mengurangkan jejak ekologi?

ATAU 6b.

“… Hydroxypatite merupakan bahan istimewa dalam menghasilkan tulang sintetik atau tulang 3 gantian kerana komposisi kimianya hampir menyamai mineral tulang semula jadi manusia. Gantian tulang sintetik dihasilkan bagi tujuan aplikasi pembedahan. Potensinya cukup memberangsangkan kerana tiada kesan sampingan, infeksi atau kesakitan..” (Sumber: Majalah INFO, Jabatan Penerangan Bil. 10/2008) i) ii)

Apakah yang dimaksudkan dengan gantian tulang sintetik? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan penghasilan gantian tulang sintetik.

BAHAGIAN D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [ 15 ]

7.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perolehan hasil bukan cukai terpilih Kerajaan Persekutuan bagi tahuntahun yang dilaporkan. Peningkatan perolehan hasil bukan cukai Kerajaan Persekutuan dari tahun ke tahun menyebabkan kerajaan menjangkakan berlakunya pertumbuhan positif dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Perolehan hasil bukan cukai datangnya daripada pelbagai sumber. Antaranya ialah bayaran pindahan, hasil bayaran lesen dan permit, dan sebagainya. Jumlah perolehan hasil bukan cukai Kerajaan Persekutuan pada tahun 2004 mencatatkan RM412380 juta. Jumlah ini meningkat dengan ketara sebanyak RM 94420 juta pada tahun 2006. Perolehan menerusi bayaran lesen dan permit menyumbang sebanyak RM 233200 juta pada tahun 2006, berbanding RM135000 juta pada tahun sebelumnya. Keadaan yang sama juga berlaku dalam bayaran perkhidmatan, iaitu kenaikan kepada RM 116100 juta pada tahun 2006, berbanding RM 114500 pada tahun 2004.

3

Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku bagi pendapatan hasil bukan cukai daripada dendaan dan hukuman. Tahun 2004 mencatatkan jumlah perolehan sebanyak RM 37480 juta, meningkat sebanyak RM 420 juta pada tahun berikutnya. Hasil bukan cukai daripada kadar faedah dan jumlah pelaburan mengalami penurunan, daripada RM 61400 juta, bersamaan 14.89% pada tahun 2004 kepada RM 60000 juta pada tahun 2006. Sementara itu, bayaran pindahan yang diterima daripada pelbagai institusi luar negeri turut menyumbang sebanyak RM 36000 juta pada tahun 2004. Jenis cukai ini menunjukkan kemerosotan perolehan sebanyak RM 12450 juta pada 2006 berbanding tahun 2004. Selebihnya adalah bagi perolehan hasil bukan cukai lain. Peningkatan ekoran tindakan pihak bertanggungjawab yang semakin cekap dan telus dalam menguatkuasakan undang-undang. (Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)

8.

Berdasarkan petikan berikut,lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah eksport barangan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Hubungan dagangan Malaysia dengan negara-negara pengimport telah menunjukkan pertumbuhan yang positif. Pelbagai langkah efektif telah diambil oleh kerajaan untuk menyediakan peluang-peluang pengeluaran bagi tujuan eksport. Negara kita terus berusaha untuk mencari rakan dagang yang baharu bagi meluaskan lagi pasaran. Jumlah eksport pada tahun 2001 telah mencecah ke angka RM47742.1 juta dan bertambah sebanyak RM92.9 juta pada tahun berikutnya. Kesan daripada galakan kerajaan, jumlah eksport negara telah meningkat kepada RM60330.7 juta pada tahun 2003. Eksport barangan ini terus meningkat sebanyak RM19375.2 juta pada tahun berikutnya. Eksport barangan makanan Malaysia telah mencecah RM7477.0 juta pada tahun 2002 melebihi sebanyak RM895.7 juta berbanding tahun 2001. Malaysia bercadang untuk muncul sebagai hub makanan halal dunia. Pada tahun 2003 dan 2004 masing-masing mencecah RM8424.0 dan RM10015.3 juta. Manakala eksport minuman dan tembakau menurun sebanyak RM13.1 juta pada tahun 2002 berbanding tahun 2001 yang mencatat sebanyak RM1307.7 juta. Minuman berkarbonat mendapat sambutan baik di luar negara dan eksport barangan ini telah meningkat kira-kira 15.26% pada tahun 2003 berbanding tahun sebeumnya. Nilai eksport terus meningkat kepada RM1638.9 juta pada tahun berikutnya. Eksport bahan mentah tidak boleh dimakan telah mencecah ke angka RM7564.8 juta atau menyumbang sebanyak 15.8% pada tahun 2001. Nilai ini meningkat kepada RM8418.1 juta ekoran daripada perkembangan aktiviti pengeluaran bekas-bekas plastik. Peningkatan terus berlaku pada tahun berikutnya iaitu RM10152.9 juta pada tahun 2003. Manakala pada tahun 2004 pula, eksport ini terus menyumbang sebanyak RM12463.4 juta. Permintaan terhadap minyak dan gas asli dari negara seperti China, Korea dan India menyebabkan eksport bahan api galian, pelincir dan lain-lain mencecah kepada RM32288.3 juta pada tahun 2001. Akibat kekurangan bekalan minyak, jumlah menurun kepada RM30645.3 juta pada tahun 2002. Malaysia telah menggiatkan aktiviti carigali minyak di laut. Kesannya, nilai eksport meningkat secara mendadak sebanyak RM9586.3 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004, nilai eksport bahan api galian, pelincir dan lain-lain terus bertambah kepada RM55588.3 juta. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan Malaysia 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia)

BAHAGIAN E 4

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

9.

[ 15 ]

Berdasarkan jadual berikut, huraikan perubahan keganasan rumah tangga mengikut negeri-negeri terpilih di Malaysia bagi tahun 2001 hingga 2003. Mengapakah berlaku peningkatan kes keganasan rumah tangga di negara ini. Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri 2001 hingga 2003 Negara Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Perak Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jumlah

2001 (kes) 42 28 22 101 30 31 108 114 59 535

2002 (kes) 74 22 23 107 35 24 83 150 40 558

2003 (kes) 66 42 32 77 53 36 105 61 36 508

(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Kebajikan Melaka) 10.

Bandingkan aspek-aspek yang membezakan pembangunan negeri-negeri Pantai Barat dan Pantai Timur di Malaysia.

N E G E R I N E G E R I

• FAKTOR SEJARAH • MIGRASI • PEMBANGUNAN INDUSTRI

P A N T A I

• DASAR KERAJAAN

B A R A T

• FAKTOR FIZIKAL

• PENGGUNAAN SUMBER

5

N E G E R I N E G E R I P A N T A I T I M U R

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kemahiran Geografi Teks & Rujukan Lengkap STPM dan Pra-U, Arah Pendidikan, 2006)

Soalan Tamat

6

Related Documents