Stpm Pam Kertas 2 Set 1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas 2 Set 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,690
  • Pages: 5
900/2

STPM 2008

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 1 LEARNING TO SCORE (Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2008

1

KERTAS 2 SET 1 BAHAGIAN A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1.

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan beberapa peristiwa kehilangan anak sehingga ada yang tidak ditemui oleh keluarga masing-masing. Bincangkan punca dan langkah bagi menangani masalah ini.

2.

Pewujudan wilayah ekonomi memberi manfaat kepada pembangunan negara dalam usaha mempertingkatkan potensi dan sumber wilayah yang belum diterokai. Namun, implikasi yang wujud tidak harus diabaikan. Bincangkan.

BAHAGIAN B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3.

Banyak orang mengambil makanan suplemen untuk menjamin kesihatan. Namun tidak ramai yang tahu risiko yang mungkin dihadapi seseorang jika makanan itu diambil secara berlebihan. Bincangkan.

4.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental antara 5 penyakit utama di dunia yang menyebabkan hilang upaya. Menjelang tahun 2020, penyakit ini dijangka menjadi penyebab kedua tertinggi. Bincangkan punca dan langkah yang perlu diambil untuk mengawal penyakit ini.

BAHAGIAN C Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b). [ 10 ]

5(a)

“… Bahasa asing merujuk kepada bahasa yang tidak dituturkan oleh masyarakat sesuatu tempat. Terdapat pelbagai bahasa asing seperti bahasa Urdu, Kemboja, Myanmar dan Filipina dituturkan di Malaysia. Hal ini berlaku kerana dasar liberalisasi pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan serta dasar pengambilan tenaga manusia dari pelbagai negara untuk bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini…..” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Kuasai Bahasa Asing untuk Bersaing,” S.Nathesan, Dewan Bahasa, Mac, 2008) (i) (ii)

Apakah faktor kewujudan pelbagai bahasa asing di Malaysia? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat menguasai bahasa asing .

ATAU 2

5(b)

“… Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu, masyarakat dan ekonomi. Dengan memperkukuhkan modal insan, ia akan menggalakkan produktiviti negara, sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Bagi negara yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ; “Menjelang RMK-9 : Modal Insan Agenda Utama Kerajaan”, Berita Harian,30 Mac 2006) (i) Apakah kelebihan yang diperoleh negara dengan memperkasakan modal insan? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimanakah modal insan dapat memacu pembangunan negara.

6(a)

“…Penubuhan Taman Laut Malaysia adalah untuk memulihara dan melindungi batu karang, ikan, hidupan akuatik, flora dan fauna dalam kawasan perairan sejauh 2 batu nautika dari pasir pantai yang dizonkan sebagai kawasan terhad atau pelindung sumber lautan termasuk komuniti terumbu karang. Ekosistem yang paling utama di kawasan Taman Laut adalah ekosistem terumbu karang, juga hutan bakau dan ekosistem dasar lumpur. Bagi sesetengah kawasan ia termasuk juga lumpur.” (Dipetik dan diubahsuai daripada, “Taman Laut Melindungi Keindahan Laut”, Estidotmy, Oktober 2006) (i) (ii)

Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dikatakan Taman Laut ? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan kebaikan yang didapati daripada penubuhan Taman Laut di Malaysia.

ATAU 6(b)

“…Penangan senjata yang digelar “Little Boy” yang digugurkan di Hiroshima dan “Fat Man” di Nagasaki merupakan sebahagian senjata pemusnah besar-besaran atau WMD. Senjata pemusnah ini adalah program ketenteraan yang menggunakan senjata yang berasaskan atom, biologi, kimia dan nuklear. Ada banyak lagi senjata yang digunakan yang menjadi alat bagi menghalalkan segala matlamat peribadi pemerintah perang.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada, “Senjata Pemusnah Keturunan Manusia”, Dewan Kosmik, April 2007.) (i) (ii)

Apakah yang dimaksudkan dengan WMD ? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah senjata pemusnah ini boleh mengancam manusia ?

BAHAGIAN D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [ 15 ]

7.

Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah jualan bahan petroleum di stesen minyak seluruh Malaysia dari tahun 2003 hingga 2006. Penggunaan kenderaan di Malaysia semakin bertambah dari masa ke semasa. Dasar Automatif Negara telah menggalakkan pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya. Walaupun kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan dan menjimatkan petrol, namun permintaan terhadap kereta tetap bertambah. Justeru, jumlah penjualan bahan petroleum telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun 2003 hingga tahun 2006. Pada tahun 2003, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 14466.0 juta liter di stesen minyak dan meningkat sebanyak 1810.4 juta liter pada tahun berikutnya. Manakala pada 3

tahun 2006, jumlah jualan bahan petroleum adalah sebanyak 17163.6 juta liter melebihi jualan tahun sebelumnya sebanyak 458.2 juta liter. Petrol RON 97 menunjukkan jualan yang tertinggi pada tahun 2003 iaitu sebanyak 8736 juta liter. Jualan ini melebihi sebanyak 4623 juta liter berbanding diesel pada tahun berkenaan. Minyak diesel pula telah mencatat jualan kedua tertinggi pada setiap tahun yang dinyatakan. Pada tahun yang sama petrol RON 92 hanya mencatat sebanyak 666.9 juta liter. Jualan bahan petroleum yang selebihnya adalah untuk LPG iaitu menyumbang kira-kira 6.57% daripada jumlah jualan pada tahun 2003. Kenaikan harga bahan petroleum tidak menghalang peningkatan penggunaan bahan tersebut. Kemajuan bidang sains dan teknologi telah menghasilkan mesin dan jentera yang menggunakan bahan petroleum sebagai bahan pelengkap. Keadaan ini dibuktikan lagi dengan peningkatan jualan Petrol RON 97 sebanyak 346 juta liter pada tahun 2004 berbanding tahun sebelumnya. Bagi Petrol RON 92 pula hanya mencatat sebanyak 652.4 juta liter sahaja. Walaupun kerajaan telah memberi bekalan subsidi diesel untuk nelayan tetapi bahan petroleum ini terus mencatat jualan kedua tertinggi bagi tahun 2004 iaitu mencatatkan 5562 juta liter. Manakala jualan LPG hanya meningkat sebanyak 29.9 juta liter berbanding tahun sebelumnya. Menjelang tahun 2005, jualan Petrol RON 97 telah meningkat kepada 9613 juta liter, jumlah ini melebihi jualan diesel sebanyak 3951 juta liter. Petrol RON 92 pula menyumbang sebanyak 643.4 juta liter atau sebanyak 3.85% daripada jumlah jualan keseluruhan. Bahan LPG pula telah menyumbang sebanyak 787.0 juta liter dan meningkat sebanyak 383 juta liter pada tahun berikutnya. Jualan bahan petrol RON 92 bagi tahun 2006 telah berkurang sebanyak 1.68% berbanding tahun 2005. Sumbangan jualan bagi bahan Petrol RON 97 dan diesel masing-masing sebanyak 9895 juta liter dan 5466 juta liter bagi tahun yang sama. Permintaan terhadap bahan bakar fosil ini semakin meningkat dan sukar untuk dikawal. Meskipun Malaysia turut mengeluarkan minyak, tetapi bekalan bahan ini hanya mampu bertahan untuk jangka 30 tahun sahaja. Justeru, penggunaan bahan bakar alternatif perlu mendapat sambutan dari semua pihak. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia,2007.)

8.

Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan kematian mengikut kategori bagi tahun-tahun yang dinyatakan. Perangkaan kematian jalan raya menunjukkan peningkatan setiap tahun walaupun pihak kerajaan telah mengambil pelbagai insiatif untuk mengurangkan tragedi yang tidak diingini ini. Oleh itu, pihak PDRM telah melaksanakan operasi Ops Sikap pada setiap musim-musim perayaan utama. Dalam tempoh Jan-Sept 2006, bilangan kematian bagi pemandu dan penumpang kereta telah mencecah sebanyak 920 orang dan meningkat sebanyak 193 orang pada tempoh yang sama bagi tahun 2007. Aktiviti tidak bermoral seperti merempit telah mengorbankan sebanyak 2736 orang penunggang dan pembonceng motosikal bagi tempoh Jan-Sept 2006. Kempen kerajaan secara besar-besaran melalui media massa untuk meningkatkan kesedaran kepada penunggang dan pembonceng motosikal telah berjaya mengurangkan kematian sebanyak 260 orang pada tahun berikutnya. Keselamatan penumpang bas kini kurang terjamin kerana kebanyakan pemandu bersikap sambil lewa dan kurang berhemah. Sikap pemandu bas telah mendorong kepada peningkatan kematian pemandu dan penumpang bas sehingga mencecah 64 orang pada Jan-Sept 2007. Manakala pada tahun 2006 bagi tempoh yang sama hanya mencatat sebanyak 26 orang. Bagi kategori pemandu dan kelindan lori telah menyumbangkan kira-kira 3.73% daripada jumlah keseluruhan atau sebanyak 174 orang bagi tempoh Jan-Sept 2006. Pada tempoh yang sama bagi tahun 2007, bilangan kematian kategori ini telah menurun sebanyak 29 orang. Dalam tempoh Jan-Sept 2006, kematian bagi pemandu dan kelindan van adalah sebanyak 73 orang. Bagi tahun berikutnya, kematian bagi kemalangan ini telah meningkat kepada 101 orang berikutan kecuaian pemandu terutamanya pada waktu malam. Kemalangan maut bagi pemandu dan kelindan pacuan 4 roda telah mencatat jumlah yang sama dengan kes pemandu / kelindan van bagi tempoh Jan-Sept 2006. Bilangan kematian bagi kategori ini telah menunjukkan penurunan bagi tempoh yang sama tahun 2007 iaitu mencatat 65 orang sahaja. Kemalangan yang membawa 4

kematian bagi kategori lain-lain pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing sebanyak 48 orang dan 59 orang. Kerajaan telah menanggung kerugian yang besar apabila kematian jalan raya meningkat setiap tahun. Justeru, media massa perlu memperhebatkan lagi kempen kesedaran untuk menyedarkan rakyat. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PDRM, Disember 2007.)

BAHAGIAN E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

9.

[ 15 ]

Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan import makanan bagi tahun 2000 hingga 2010(anggaran). Bincangkan sebab-sebab berlakunya penurunan dalam beberapa komoditi.

Malaysia : Jumlah Import Makanan bagi Tahun 2000 hingga 2010* Komoditi Haiwan hidup Daging dan Penyediaan Daging Keluaran Tenusu Sayur-sayuran dan Buah-buahan Penyediaan Gula dan Madu Penyediaan Bijirin Ikan, Kerang, Kepah Lain-lain JUMLAH

2000 154.6 771.4 1 176.5 1 585.2 1 085.2 1 839.1 1 085.8 917.3 8 615.1

RM juta 2005 177.4 1 054.4 745.1 1 515.1 1 406.0 2 267.1 851.9 2 779.8 10 796.8

2010* 127.0 1 262.0 1 533.0 1 482.1 1 216.0 1 464.8 841.0 2 047.1 9 973.0

Nota : * tahun anggaran (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)

10.

Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola eksport mengikut jenis yang dinyatakan di Malaysia. Jelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku. Malaysia: Komponen Eksport Barangan Malaysia bagi Tahun 2004 dan 2005 Komponen Eksport Barangan Elektrik Tekstil & Kain Kenderaan Hasil Pertanian Komponen Kenderaan Jumlah ( RM bilion)

2004 66.82 29.79 26.84 14.9 9.14 147.5

(%) 45.30 20.20 18.20 10.10 6.20 100

2005 44.14 25.75 56.27 13.0 19.34 158.5

(%) 27.85 16.25 35.50 8.20 12.20 100

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, 2006)

Soalan Tamat 5

Related Documents