Stpm Pam Kertas 2 Set 2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas 2 Set 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,583
  • Pages: 6
900/2

STPM 2008

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 2 LEARNING TO SCORE (Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2008

1

BAHAGIAN A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1.

Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat penting untuk generasi hari ini. Namun begitu, permainan ini semakin dilupakan. Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.

2.

Antara objektif utama Dasar Pertanian Negara 3 (1998-2010) ialah meningkatkan pengeluaran makanan utama dengan kos yang kompetitif. Bincangkan strategi yang perlu diambil bagi merealisasikan objektif dasar ini.

BAHAGIAN B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3.

Kegiatan manusia dan bencana alam boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang kritikal. Bincangkan implikasi pencemaran udara kepada hidupan dan sarankan langkahlangkah yang sesuai untuk mengatasinya.

4.

Pengambilan diet yang tidak seimbang boleh membahayakan kesihatan. Bincangkan implikasi pengambilan makanan yang tidak sihat.

BAHAGIAN C Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b). [ 10 ]

5(a)

“…Diramalkan pada masa akan datang, masalah pekerjaan akan menjadi punca kemiskinan di bandar kerana globalisasi ekonomi. Hanya pekerja berkelayakan dan berkemahiran yang akan diserap dalam sektor gunatenaga. Kemiskinan di bandar lebih banyak membawa kesan negatif kepada penghuninya berbanding dengan kemiskinan yang dialami oleh penghuni di luar bandar. Kemiskinan bandar membawa kesan secara langsung kepada kanak-kanak dan remaja…..”. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada : ‘Kemiskinan dan Kesan Psikologi’ Dewan Ekonomi, Mac 2008) (i) Bagaimanakah globalisasi ekonomi menjadi punca kemiskinan di bandar? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan kemiskinan di bandar kepada kanak-kanak dan remaja.

ATAU 5(b)

“…Dalam konteks pembangunan wanita, perubahan mentaliti masyarakat terhadap peranan dan sumbangan wanita merupakan salah satu syarat untuk mewujudkan masyarakat yang memiliki mentaliti kelas pertama. Cabaran utama negara kita adalah untuk mengubah tanggapan, persepsi serta mentaliti masyarakat agar sesuai dengan situasi baharu. Inisiatif dan program yang sewajarnya harus dilaksanakan supaya golongan wanita dapat menambah nilai diri mereka untuk menjadi golongan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif…..”. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada : ‘Usahawan Wanita, Penjana Ekonomi Domestik, Dewan Ekonomi, November 2007) 2

(i) Apakah langkah utama yang perlu diambil untuk memartabatkan peranan wanita di negara kita? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan usaha-usaha yang boleh diambil untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang ekonomi.

6(a)

“…Bunyi merupakan sesuatu yang amat penting kerana melalui bunyilah manusia dapat berhubung antara satu sama lain secara efektif. Bunyi boleh mendatangkan ketenangan kepada manusia tetapi kadangkala mendatangkan kesan sebaliknya. Menurut beberapa kajian yang dijalankan, kesan bunyi bising biasanya mempengaruhi manusia berdasarkan umur, tahap pendidikan dan status ekonomi seseorang pendengar…..’. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Mohd Tahir Hj.Latif, ‘Bunyi dan Masalah Mental’ Dewan Kosmik, Februari 2001) (i)

Nyatakan kepentingan bunyi. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan bunyi bising kepada kesihatan seseorang.

ATAU 6(b)

“…Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak menyebabkan keseluruhan otak tidak lagi berfungsi dan keadaan ini tidak dapat dipulihkan. Bantuan pernafasan dan alat sokongan perubatan boleh melengahkan pemberhentian denyutan jantung buat seketika tetapi denyutan jantung tetap akan berhenti walau sebanyak mana sokongan yang diberi. Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak namun organ-organ hanya akan dipindahkan setelah beberapa syarat dipenuhi…..” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada: ‘Ubah Mentaliti Takut Derma Organ’, Berita Harian, 8hb Oktober 2007) (i) Mengapakah kematian otak diterima sebagai definisi kematian? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan syarat-syarat yang diambilkira sebelum organ penderma diambil.

BAHAGIAN D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

7.

[ 15 ]

Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan keluaran tenaga kerja mahir dan separuh mahir mengikut kursus di sektor awam bagi tahun 2000 dan 2005. Selari dengan kemantapan pembangunan ekonomi negara, keperluan tenaga kerja semakin meningkat. Bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja semasa, pengambilan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kian meningkat sama ada di sektor awam mahupun di sektor swasta. Pada tahun 2000, jumlah keluaran tenaga kerja mahir dan separuh mahir mencatatkan 29300 orang. Jumlah ini menokok sebanyak 6500 orang pada tahun 2005. Tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor awam dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kursus yang diikuti. Antaranya ialah ketukangan mekanikal, yang merupakan kursus yang mempunyai bilangan tenaga kerja yang paling ramai, iaitu 11860 orang berbanding jumlah keseluruhan tahun 2000. Jumlah guna tenaga kumpulan ini meningkat sebanyak 260 orang pada tahun 2005. Manakala kursus ketukangan elektrik mencatatkan 13070 orang pada tahun 2005, meningkat sebanyak 2200 orang berbanding tahun 2000. 3

Selain kursus-kursus di atas, kursus lain yang tidak kurang pentingnya ialah ketukangan bangunan. Kemajuan yang dikecapi dalam sektor pembinaan meningkatkan lagi bilangan keluaran tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor ini. Bilangan guna tenaga dalam kursus ini mencatatkan sebanyak 3950 orang, sebelum meningkat kepada 7530 orang pada tahun 2005. Kursus pertukangan percetakan semakin diminati oleh generasi muda. Hal ini dapat dilihat daripada peningkatan jumlah penyertaan mereka dalam kursus ini. Pada tahun 2000, bilangan guna tenaga dalam kursus ini ialah seramai 2390 orang. Daripada jumlah ini, tenaga kerja mahir mencatatkan seramai 1500 orang. Bilangan guna tenaga dalam kursus ini bertambah menjadi 2780 orang, bersamaan 7.77% pada tahun 2005. Selebihnya adalah untuk kursus ketukangan awam. (Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Jabatan Sumber Manusia, 2005)

8.

Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran pinjaman bank-bank perdagangan kepada beberapa sektor terpilih Malaysia bagi tahun-tahun yang diliputi. Selain suntikan modal oleh pihak kerajaan, bank-bank perdagangan di Malaysia memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini dapat dilihat daripada jumlah keseluruhan pinjaman yang diberikan oleh institusi berkenaan semakin meningkat bagi tempoh 2000 hingga 2006. Sektor yang mengalami pola pinjaman yang meningkat berterusan ialah sektor pertanian. Pada tahun 2000, sektor ini mencatatkan pinjaman sebanyak RM 10039 juta, sebelum meningkat sebanyak RM 446 juta pada dua tahun berikutnya. Pinjaman yang diberikan oleh bank-bank perdagangan ini terus meningkat pada tahun 2004 hingga mencecah RM 10844 juta sebelum mencatatkan RM 11283 juta pada tahun 2006. Hal ini jelas menunjukkan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, sektor pertanian tidak dipinggirkan. Keadaan berbeza bagi sektor elektrik, gas dan air. Pinjaman yang diperuntukkan dalam sektor ini menunjukkan keadaan yang tidak konsisten. Tahun 2002 mencatatkan penurunan sebanyak RM 1778 juta berbanding dua tahun sebelumnya menjadi RM 5227 juta. Namun, pinjaman kepada sektor ini bertambah pada tahun 2004 dan 2006 menjadi RM 5887 juta dan RM 6675 juta masing-masing. Penaiktarafan negara sebagai salah sebuah negara yang bergerak seiring dengan globalisasi turut memperlihatkan peningkatan pinjaman dalam sektor kredit penggunaan. Jaminan oleh pihak bank perdagangan ini dilihat terus meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai buktinya, tahun 2002 mencatatkan nilai pinjaman sebanyak RM 22995 juta. Jumlah ini menokok sebanyak RM 2134 juta berbanding tahun 2000. Pinjaman kepada sektor ini terus meningkat hingga mencecah RM 24009 juta pada tahun 2004. Namun, kelembapan ekonomi dunia pada tahun 2006 memberi kesan terhadap pinjaman kepada sektor ini. Nilai pinjaman pada tahun tersebut sebanyak RM 23348 juta. Bagi sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi turut memperlihatkan trend pinjaman yang tidak konsisten. Tahun 2000 mencatatkan pinjaman sebanyak RM 10750 juta, sebelum merosot menjadi RM 10362 juta pada tahun 2002. Jumlah ini menurun lagi sebanyak RM 372 juta pada dua tahun berikutnya. Tahun 2006 pula mencatatkan pinjaman sebanyak RM 9856 juta. Bank-bank perdagangan turut memberi pinjaman kepada lain-lain sektor. Pinjaman yang berbentuk ekuiti ini dilihat meningkat pada tahun 2004 dan 2006 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2000 mencatatkan pinjaman sebanyak RM 7841 juta. Namun, jumlah ini berkurangan pada dua tahun berikutnya kepada RM 6885 juta, sebelum meningkat kepada RM 12018 juta. Pinjaman bagi sektor ini terus meningkat pada tahun 2006 sebanyak RM 695 juta berbanding 2004. (Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)

4

BAHAGIAN E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

9.

[ 15 ]

Berdasarkan Jadual 1 dan 2 di bawah, tafsirkan hubung kait keluasan kawasan tanaman dan pengeluaran hasil tanaman yang dinyatakan dari tahun 2000 hingga 2010 (anggaran). Penggunaan Tanah Pertanian di Malaysia bagi tahun 2000-2010 (anggaran) Tanaman Kelapa sawit Getah Padi Buah-buahan Koko Sayur-sayuran Tembakau Jumlah

2000 (‘000 hektar) 3,377 1,431 478 304 76 40 15 5721

2005 (‘000 hektar)

2010 (‘000 hektar)

4.049 1,250 452 330 33 64 11

4,555 1,179 450 375 45 86 7

6189

6697

Pengeluaran Komoditi Pertanian di Malaysia bagi tahun 2000-2010 (anggaran) Tanaman Kelapa sawit Getah Padi Buah-buahan Koko Sayur-sayuran Tembakau Jumlah

2000 (‘000 tan metrik) 12,226.0 928.0 2,141.0 993.0 70.0 404.0 7.4

2005 (‘000 tan metrik) 16,829.0 1,124.0 2,400.0 1,586.9 28.0 771.3 14.0

2010 (‘000 tan metrik) 22,131.0 1,293.0 3,202.0 2,555.7 57.0 1,233.3 12.0

16,769.4

22,753.2

30,484.0

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ke Sembilan, 2007)

5

10.

Berdasarkan carta di bawah, a. Huraikan sumber dana bagi sesebuah syarikat. b. Nyatakan juga arah aliran perbelanjaan dana tersebut.

Sumber Dana Bagi Sesebuah Syarikat Dana

PE MB I AY AA N

Ekuiti

Hutang Hutang Jangka Pendek

Pendapatan Tertahan

Saham Biasa

- Keuntungan yang diagihkan

Hutang Jangka Panjang

- Terbitan Saham - Premium Saham

PE MB I AY AA N

- Kredit Dagangan - Overdraf - Pinjaman Baru - Surat Kredit - Pemfaktoran

- Terbitan Sekuriti bintang - Premium Saham

(Sumber : Fungsi Perniagaan, Pengajian Perniagaan, 2004)

Soalan Tamat

6

Related Documents