Stpm Pam Kertas 2 Set 2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas 2 Set 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,759
  • Pages: 7
900/2

STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 2 LEARNING TO SCORE (Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007

2 Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 1. “Remaja Punk di Malaysia mendakwa mereka mempunyai ‘mukjizat’ yang boleh menguasai pelbagai elemen bagi melindungi ancaman orang luar.” Fenomena ini adalah antara fahaman songsang yang melanda remaja masa kini. Bincangkan punca keruntuhan akhlak remaja dan kesan terhadap pembangunan modal insan negara.

2. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya. Kes ini terus meningkat walaupun pelbagai inisiatif telah diambil untuk menanganinya. Bincangkan. Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Air amat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup manusia. Namun, kualitinya semakin menurun akibat sumber pencemaran semulajadi dan aktiviti manusia. Bincangkan.

4. Teknologi nuklear telah mula diterokai penggunaannya dalam bidang industri dan semakin berkembang sejak penemuan sinaran mengion serta bahan radioaktif. Bincangkan kepentingan penggunaan tenaga nuklear dalam kehidupan manusia. Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b). 5 (a) “Apabila berlaku peperangan, masing-masing pihak menunding jari menyalahkan masing-masing pihak yang memulakan peperangan. Akhirnya, pihak yang mempunyai kuasa politik dan kuasa media massa yang kuat menjadi ‘juara’. Media massa juga merupakan satu alat peperangan yang penting kerana dapat mempengaruhi pandangan audien seantero dunia. Dari satu segi, peperangan juga merupakan suatu industri yang cukup besar, mahal lagi menguntungkan dan mampu membina pelbagai bentuk industri baharu.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budaya, Ilmu Dan Industri Peperangan” ,Dewan Budaya,Januari 2006) (i)

Mengapakah dikatakan pihak yang mempunyai kuasa media massa yang kuat akan menjadi “juara” apabila berlaku peperangan?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana peperangan mampu membina pelbagai bentuk industri baharu. ATAU

3 5 (b) “Keselamatan produk adalah penting kepada pengguna kerana pengguna akan berasa yakin terhadap produk yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Pengeluar, pengguna dan kerajaan mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan produk-produk pengguna.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Keselamatan Produk Pengguna DiRumah”, Buletin Pengguna, Ogos 2006) (i)

Mengapakah keselamatan produk perlu diutamakan?

(ii)

Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan tanggungjawab pengeluar dalam memastikan keselamatan produk.

6 (a) “Kepupusan hidupan liar sering dikaitkan dengan kepercayaan turun temurun manusia selain diakibatkan juga oleh kepesatan pembangunan negara bagi tujuan industri dan pertanian. Sering kali berlaku pertindihan kepentingan di antara manusia dengan hidupan liar dalam meneruskan kehidupan. Tindakan perlu diambil bagi mengawal kepupusan hidupan liar agar generasi akan datang dapat menikmati apa yang telah kita kecapi dahulu.” (Dipetik dan diubahsuai daripada “Hidupan Liar dan Manusia: Wajarkah Konflik?” Majalah Era Hijau, Keluaran 3 – 2006) (i)

Apakah agen pemusnah hidupan liar?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan apakah yang menyebabkan konflik antara manusia dan hidupan liar? ATAU

6 (b) “Malaysia sentiasa mengambil pendekatan proaktif dalam pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti. Kerajaan sedang menggalakkan penggunaan lestari sumber biologi melalui bioteknologi untuk menjana kekayaan baru. Sumber-sumber biologi perlu dipulihara supaya ia dapat dibangunkan untuk dijadikan produk berguna bagi menjana pertumbuhan ekonomi.” (Dipetik dan diubahsuai daripada “Kesan Kegiatan Manusia Ke Atas Kepelbagaian Biologi”, Majalah Era Hijau, Keluaran no 2 - 2006) (i)

Mengapakah sumber-sumber biologi perlu diuruskan secara bijak?

(ii)

Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana kepelbagaian biologi dapat dipulihara?

4 Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut peringkat umur, jantina, dan etnik bagi tahun 2000. Bilangan penduduk di negara kita menunjukkan peningkatan dari tahun ke setahun. Pada tahun 2000, populasi rakyat Malaysia mengikut kaum-kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mencecah ke angka 19568.79 ribu orang. Pada peringkat umur antara 0 hingga 14 tahun, jumlah penduduk lelaki adalah sebanyak 3285.01 ribu orang berbanding penduduk perempuan sebanyak 3094.89 ribu orang. Bilangan penduduk lelaki bagi kaum Melayu dan Cina masing-masing sebanyak 2252.13 ribu orang dan 771.99 ribu orang. Manakala selebihnya ialah kaum India. Bilangan penduduk perempuan Melayu pula berkurang sebanyak 122.5 ribu orang berbanding lelaki. Kaum Cina perempuan adalah sebanyak 717.23 ribu orang manakala selebihnya terdiri daripada kaum India. Jumlah penduduk Melayu pada peringkat umur antara 15 hingga 29 tahun telah mencecah angka 3103.92 ribu orang. Perempuan Melayu pada peringkat umur ini melebihi bilangan lelaki Melayu sehingga mencecah 1557.81 ribu orang. Kaum Cina pula agak ketara perbezaaannya antara lelaki dan perempuan. Bilangan lelaki adalah sebanyak 1257.89 ribu orang iaitu melebihi perempuan sebanyak 549.01 ribu orang. Populasi kaum India masih lagi kecil iaitu sebanyak 234.45 ribu orang bagi lelaki dan 235.03 ribu orang bagi perempuan. Golongan penduduk aktif di Malaysia adalah pada peringkat umur antara 30 hingga 44 tahun. Jumlah penduduk pada peringkat umur ini mencatat sebanyak 4027.31 ribu orang. Penduduk lelaki dalam peringkat ini berjumlah 2019.77 ribu orang dan lelaki Melayu mencatat bilangan paling tinggi iaitu 1134.90 ribu orang. Sementara itu kaum Cina dan India masing-masing berjumlah 686.99 ribu orang dan 197.88 ribu orang. Sebanyak 1146.64 ribu orang terdiri daripada kaum Melayu perempuan. Kaum Cina perempuan adalah sebanyak 662.27 ribu orang dan selebihnya kaum India perempuan. Kaum Melayu lelaki pada peringkat umur antara 45 hingga 59 tahun adalah sebanyak 631.42 ribu orang atau 52.11% daripada jumlah keseluruhan lelaki . Kaum Cina pula sebanyak 473.86 ribu orang dan selebihnya kaum India lelaki. Jumlah penduduk perempuan pada peringkat umur ini hanyalah 1140.98 ribu orang iaitu berkurang sebanyak 70.6 ribu orang berbanding jumlah lelaki. Daripada jumlah tersebut sebanyak 607.80 ribu orang terdiri daripada kaum Melayu perempuan, kaum Cina perempuan pula sebanyak 428.11 ribu orang iaitu melebihi kaum India perempuan sebanyak 323.04 ribu orang. Jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat dan hal ini dibuktikan dengan jumlah penduduk yang berumur 60 tahun ke atas ialah sebanyak 1268.85 ribu orang. Jumlah perempuan adalah sebanyak 668.00 ribu orang. Jumlah kaum Melayu masih tinggi iaitu sebanyak 673.98 ribu orang dan lelaki mencatat sebanyak 317.92 ribu orang. Kaum Cina perempuan juga melebihi lelaki sebanyak 22.37 ribu orang pada peringkat umur ini. Seterusnya kaum India lelaki pula sebanyak 43.61 ribu orang iaitu berkurang sebanyak 6.64 ribu orang berbanding perempuan. ( Dipetik dan diubahsuaika daripada Buku Tahunan Perangkaan, Malaysia, m.s 28-29,2005.)

5

8. Berdasarkan maklumat di bawah lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan pola pinjaman sektor-sektor terpilih di Malaysia bagi tahun 2000 hingga 2004. Dalam usaha untuk memaju dan memakmurkan ekonomi negara, pihak swasta juga diseru untuk memberi sumbangan. Justeru, syarikat-syarikat kewangan di negara ini telah memainkan peranan dengan menyalurkan pinjaman kepada sektor-sektor ekonomi negara. Sektor pertanian, ternakan, perhutanan dan perikanan telah menerima pinjaman sebanyak RM732.5 juta pada tahun 2000. Jumlah pinjaman telah berkurangan pada tahun berikutnya sebanyak RM 91.5 juta berbanding tahun 2000. Pinjaman yang diterima oleh sektor ini berkurang kepada RM562.9 juta pada tahun 2002. Galakan kerajaan terhadap kegiatan akuakultur telah meningkatkan pinjaman kepada RM569.4 juta pada tahun 2003. Seterusnya sektor ini telah mengurangkan pinjaman sebanyak RM86.2 juta berbanding tahun sebelumnya. Pengeluaran sektor perlombongan dan kuari di negara kita semakin menurun akibat penutupan lombong-lombong timah. Namun, perlombongan petroleum dan gas asli cecair telah menghasilkan pulangan yang tinggi kepada negara. Pada tahun 2000, sektor ini meminjam sebanyak RM187.0 juta dan jumlah pinjaman menurun kepada RM175.9 juta pada tahun 2001. Tahun 2002 dan 2003, masing-masing mencatat sebanyak RM113.0 juta dan RM106.3 juta. Seterusnya pinjaman terus berkurang sebanyak RM47 juta. pada tahun 2004. Peranan sektor perkilangan dalam memacukan perkembangan ekonomi negara memang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Justeru, bagi memantapkan lagi perkembangan sektor ini, syarikat kewangan telah menyediakan pinjaman sebanyak RM2891.0 juta pada tahun 2000. Jumlah pinjaman sektor ini meningkat kepada RM3004.3 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002 jumlah pinjaman menurun kepada RM2513.9 juta. Seterusnya pada tahun 2003, jumlah pinjaman telah meningkat sebanyak RM249.3 juta berbanding tahun 2002. Sektor ini telah mengurangkan pinjaman sebanyak RM859 juta pada tahun 2004 berbanding tahun sebelumnya. Sektor pembinaan telah mencatat jumlah pinjaman paling tinggi berbanding sektorsektor terpilih yang lain. Pada tahun 2000 dan 2001, sektor ini telah meminjam masingmasing sebanyak RM6137.6 juta dan RM 6015.7 juta. Jumlah pinjaman merosot sebanyak RM511.6 juta pada tahun berikutnya. Sektor ini juga terus mengurangkan pinjaman pada tahun 2003 kerana hanya mencatat sebanyak RM5332.2 juta. Penurunan pinjaman yang paling ketara ialah pada tahun 2004 kerana telah menyusut sebanyak RM2624.1 juta berbanding tahun 2003. Pinjaman sektor hartanah pada tahun 2000 adalah sebanyak RM1526.8 juta. Tempoh kegawatan ekonomi negara telah menjejaskan potensi sektor hartanah di negara ini. Pada tahun 2001 sektor ini telah menunjukkan jumlah peningkatan yang kecil iaitu mencecah RM1543.0 juta. Setahun kemudian jumlah pinjaman telah menurun kepada RM1438.7 juta. Seterusnya jumlah pinjaman telah menurun dua tahun berturut-turut sebanyak RM304.9 juta dan RM755.4 juta berbanding tahun 2002. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Malaysia,2005. )

6

Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15]

9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan kadar eksport barangan terpilih dan negaranegara yang mengimport bagi tahun 2004. Berikan alasan mengapa wujudnya keadaan sedemikian. Eksport Barangan Bahan Api Galian, Pelincir dan lain-lain Bahan-bahan Mentah tidak boleh dimakan

Nilai (RM Juta) 55 765.84 12 499.24

11.6 2.6

Makanan

10 095.54

2.1

Minyak dan Lemak Binatang dan Sayur-sayuran

26 440.70

5.5

Bahan kimia

26 921.44

5.6

Barang-barang Keluaran Kilang

37 016.98

7.7

Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan

262 484.04

54.6

480 740

100

%

Amerika Syarikat Singapura

Nilai (RM Juta) 99 993.92 72 111.00

20.8 15.0

Negara-negara Kesatuan Eropah

60 573.24

12.6

Jepun

48 554.74

10.1

Negara ASEAN lain

48 554.74

10.1

China

32 209.58

6.7

Lain-lain Negara

90 379.12

18.8

480 740

100

Jumlah

Negara Pengimport

Jumlah

%

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia,2005.)

7

10. Berdasarkan Jadual 2 di bawah, nyatakan keadaan eksport petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Jadual 2: Kadar Eksport Petroleum Mentah Mengikut Negara Utama dari Tahun 2001 hingga 2004 di Malaysia. Negara Australia Republik Rakyat China India Republik Indonesia Jepun Republik Korea Filipina Republik Singapura Republik Sri Lanka Thailand Negara-negara lain

2002 10.4 10.6 15.2 5.9 13.2 11.4 3.2 1.3 3.0 14.6 11.2

2003 12.5 11.2 19.0 7.2 8.0 7.1 3.4 2.6 2.4 17.3 9.2

2004 23.3 6.9 16.5 8.3 5.8 7.0 3.6 4.8 2.2 16.3 5.8

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Malaysia, 2005.)

Related Documents