Stpm Pam Kertas 2 Set 3

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas 2 Set 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,552
  • Pages: 6
900/2

STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 3 LEARNING TO SCORE (Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007

KERTAS 2 SET 3 BAHAGIAN A 1.

Kes-kes jenayah seksual yang melibatkan remaja pada masa kini semakin kronik. Fenomena ini membuktikan bahawa tahap jenayah yang membabitkan remaja semakin serius. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kemelut ini dan usahausaha untuk mengatasinya. 2.

Pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia semakin menjadi kritikal. Tindakan berkesan perlu diambil untuk menangani masalah ini. Bincangkan.

BAHAGIAN B 3.

Aplikasi sains dan teknologi amat penting dalam meningkatkan mutu sukan negara. Bincangkan.

4.

Penghasilan gas-gas secara berlebihan telah menyebabkan kesan rumah hijau. Justeru, beberapa langkah harus diambil bagi mengurangkan gas-gas tersebut. Huraikan.

BAHAGIAN C 5(a)

“Dengan perkembangan teknologi dan revolusi bahan, pengguna boleh menikmati kehebatan muzik dengan penggunaan peranti pemain muzik M-PEG 1 Level-3 (MP3). Penggunaan MP3 lebih popular kerana sistem piawaian yang dimilikinya cukup berkesan bagi proses pemindahan fail dalam format digital. Oleh sebab saiz fail yang kecil, ia memudahkan proses pemindahan dan perkongsian fail dilakukan dengan cara muat-turun, muat naik dan simpan fail MP3 dalam jumlah yang besar.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Norfardilawati Musa, “Revolusi Teknologi MP3,” Dewan Masyarakat, Jun 2006) (i) Kenapakah peranti pemain muzik MP3 menjadi pilihan pengguna?. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan MP3 kepada bidang muzik.

Atau 5(b) “Kemasukan teknologi dan maklumat melalui bahan perantaraan komputer mengubah peranan perpustakaan sebagai penyimpan bahan-bahan ilmu. Perpustakaan elektronik menggambarkan sistem maklumat yang terdiri dari gabungan perisian dan perkakasan yakni pengelolaan, pelayanan, dan penyedia maklumatnya menggunakan komputer sebagai perantaraan.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Netty Ah Hiyer, ‘Perpustakaan Masa Depan’. Dewan Siswa, Mac 2003) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan perpustakaan elektronik?. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan perpustakaan elektronik kepada pengguna perpustakaan.

6(a) “…..Secara umumnya, virus influenza boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C. Mengikut urutan, virus influenza A boleh menjangkiti haiwan dan manusia dan mencetuskan wabak pandemik iaitu yang membabitkan beberapa negara serta epidemik (satu negara sahaja). Virus jenis ini boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan jenis baru yang lebih berdaya tahan dan berbahaya. Menurut WHO, setiap tahun sekurang-kurangnya satu jenis virus baru akan muncul dan Malaysia tidak terkecuali dari situasi ini…..”. (Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin Pengguna, Bil 2, 2006) (i) Mengapakah virus influenza A paling berbahaya? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana seseorang boleh dijangkiti virus penyakit. Atau 6b) “…..Serangga merupakan kumpulan haiwan yang terbesar dan paling banyak jenisnya. Serangga telah menjalani pelbagai proses evolusi perhubungan trofik yang kompleks dengan tumbuhan, haiwan lain dan organisma mikrob. Asal-usul dan kepelbagaian tumbuhan berbunga, haiwan veterbrat daratan, dan agen-agen penyakit tumbuhan serta haiwan adalah hasil daripada interaksi organisma-organisma ini dengan serangga. Walaupun bersaiz kecil, serangga sebenarnya mempunyai nilai ekonomi kepada manusia…..”. (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, ) (i) Mengapakah serangga dikatakan mempunyai hubungan secara langsung dengan semua hidupan di hutan? (ii) Dengan menggunkan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan peranan serangga kepada kehidupan manusia.

BAHAGIAN D 7. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis carta yang menunjukkan perbandingan bagi enrolmen di Institusi Pendidikan Awam bagi tahun 2005 dan tahun anggaran 2010. Program pendidikan merupakan aset terpenting dalam merealisasikan modal insan yang berkualiti. Pada tahun 2005 enrolmen pelajar di Institusi Pendidikan Awam negara telah mencecah 6076.0 ribu pelajar. Menjelang tahun 2010, enrolmen ini dianggarkan meningkat sebanyak 534.4 ribu pelajar atau 8.8% daripada tahun sebelumnya. Pendidikan Prasekolah terdiri daripada kanak-kanak yang berusia antara empat hingga enam tahun. Peringkat ini telah mencatat sebanyak 702.9 ribu pelajar pada tahun 2005. Bagi menjamin kualiti murid, kerajaan telah mewajibkan Penggunaan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Prasekolah mulai tahun 2003. Usaha murni kerajaan ini dijangka akan meningkatkan enrolmen kepada 784.2 ribu pelajar pada tahun 2010 kelak. Pendidikan Rendah dijangka akan menyumbang hampir 48.35% atau 3196.0 ribu pelajar pada tahun 2010. Peningkatan ini ekoran daripada pelbagai program sokongan pendidikan seperti Skim Buku Teks, kemudahan asrama, Skim Baucer Tuisyen dan Tabung Kumpulan Amanah

Pelajar Miskin terutama kepada pelajar miskin. Langkah kerajaan ini dijangka meningkatkan enrolmen sebanyak 151 ribu pelajar berbanding tahun 2005. Pendidikan Menengah Rendah telah mencatat enrolmen tertinggi sebanyak 21.89% bagi tahun 2005.Pendidikan peringkat ini terdiri daripada Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan serta Maktab Sains MARA yang masing-masing menyumbang sebanyak 1322.2 ribu pelajar dan 8.0 ribu pelajar pada tahun yang sama. Menjelang tahun 2010, enrolmen pendidikan peringkat ini dijangka meningkat sebanyak 95 ribu pelajar. Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan mencatat sebanyak 1403.7 ribu pelajar. Maktab Sains MARA juga dijangka menunjukkan peningkatan yang tinggi sehingga mencecah 21.5 ribu pelajar berbanding 5 tahun sebelumnya. Pada peringkat ini, kebanyakan pelajar sedang mengalami krisis jati diri. Sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bagi melahirkan masyarakat patriotik. Pendidikan Menengah Atas bukan sahaja memberi penekanan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tetapi juga dalam jurusan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 2005 sekolah Teknik dan Vokasional telah menyumbang sebanyak 72.8 ribu pelajar daripada enrolmen keseluruhan pendidikan peringkat ini yang berjumlah 763.6 ribu pelajar. Pada tahun 2010 pula, enrolmen pendidikan Menengah Atas dijangka sebanyak 881.2 ribu pelajar atau sebanyak 13.33%. Manakala sekolah Teknik dan Vokasional dijangka meningkat kepada 85.2 ribu pelajar. Pendidikan Menengah Tinggi hanya menyumbang sebanyak 199.6 ribu pelajar atau 3.29% bagi tahun 2005. Walau bagaimanapun enrolmen ini dijangka meningkat sebanyak 78.3 ribu pelajar pada 5 tahun berikutnya. Sementara itu, Pendidikan Guru pula telah mengambil pelajar sebanyak 34.7 ribu pada tahun 2005. Penambahan enrolmen bakal guru dijangka sebanyak 11.2 ribu pelajar pada tahun 2010, membuktikan kesungguhan kerajaan untuk melahirkan tenaga pelajar yang berkualiti dan inovatif (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)

8.

Berdasarkan petikan, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah eksport pelbagai kegiatan ekonomi Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2002 hingga 2004.

Pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan telah menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi untuk eksport. Pada tahun 2002, jumlah eksport bagi kegiatan terpilih telah mencecah RM271 378.4 juta. Jumlah ini telah meningkat sebanyak RM25 396.9 juta pada tahun tahun 2003. Pulangan pada tahun 2004 terus meningkat kepada RM356 583.7 juta atau bertambah sebanyak 20.15% daripada tahun sebelumnya. Pada tahun 2003, eksport makanan adalah sebanyak RM8 424.0 juta dan jumlah ini melebihi jumlah tahun 2002 sebanyak RM947 juta. Galakan kerajaan untuk kegiatan pengeluaran makanan telah meningkatkan jumlah eksport negara. Eksport makanan terus meningkat sehingga mencecah RM10 015.3 juta pada tahun 2004. Eksport minuman dan tembakau pula mencatat jumlah sebanyak RM1 294.6 juta pada tahun 2002. Komoditi ini memberi sumbangan terkecil dalam eksport Kerajaan Persekutan untuk ketiga-tiga tahun. Meskipun sumbangannya kecil, eksport ini meningkat berterusan bagi kedua-dua tahun berikutnya, masing-masing meningkat sebanyak RM197.6 juta dan RM344.3 juta berbanding tahun 2002. Bahan api, galian dan pelincir seperti petroleum merupakan salah satu sumber pendapatan utama negara. Pada tahun 2003, jumlah eksport bahan ini mencecah RM40231.6 juta juta iaitu meningkat sebanyak RM9 586.3 juta berbanding tahun 2002. Jumlah ini terus meningkat sebanyak RM15 356.7 juta pada tahun berikutnya.

Negara terus mencatat peningkatan dalam eksport bahan kimia yang menjadi keperluan utama dalam pengeluaran barang siap yang lain. Eksport bahan kimia pada tahun 2004, adalah sebanyak RM26 964.5 juta iaitu melebihi sebanyak RM6 414.6 juta berbanding tahun sebelumnya. Manakala eksport bahan kimia pada tahun 2002 hanya mencatat sebanyak RM16 669.5 juta . Peningkatan tahap teknologi negara bertindak sebagai pemangkin kepada peningkatan eksport jentera dan kelengkapan pengangkutan. Justeru, pada tahun 2002 jumlah eksport adalah sebanyak RM215 292.0 juta dan meningkat kepada RM262 376.7 juta pada tahun 2004 iaitu melebihi sebanyak RM36 299.1 juta pada tahun sebelumnya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Laporan Ekonomi, Jabatan Statistik Malaysia, 2005)

BAHAGIAN E 9.

Berdasarkan jadual di bawah, tafsirkan perubahan penerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2005 hingga tahun 2007. Pada pandangan anda, mengapakah kebanyakan skim menunjukkan peningkatan? Bilangan Penerima Faedah Dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Bagi Tempoh 2005 hingga 2007 (anggaran) Tahun

Jenis Skim Faedah hilang upaya sementara Faedah hilang upaya kekal Faedah orang tanggungan Faedah pengkebumian Pencen ilat / bantuan ilat Pencen Penakat Jumlah * Anggaran

2005 (RM juta) 62 881 11 084 27 485 5 050 23 499 96 531 226 530

2006 (RM juta) 56 766 8 949 31 123 6 116 26 948 108 842 238 744

2007* (RM juta) 56 676 9 649 32 987 7 190 25 042 114 333 245 877

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial, 2006)

10.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, huraikan pola kemiskinan di Negara-negara Sedang Membangun dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Unjuran 10 tahun Kemiskinan di Negara-negara Sedang Membangun (Penduduk di bawah garis kemiskinan) Jumlah Kemiskinan (juta orang) Negara-negara 2000

Peratus

2005

Peratus

2010*

Peratus

Asia Selatan

5665.84

35.0

4321.11

27.09

3888.37

29.1

Afrika (kawasan Padang Pasir Sahara) Timur Tengah dan Afrika Utara Amerika Latin dan Karibia Asia Timur Eropah Timur Jumlah Kemiskinan *Jangkaan

5633.47

34.8

5706.42

35.77

5906.05

44.2

2444.41

15.1

3242.78

20.33

1884.06

14.1

1699.75 404.70 339.95 16188.12

10.5 2.5 2.1 100.0

1871.80 333.40 478.21 15953.72

11.73 2.09 3.0 100

1189.23 253.88 240.52 13362.11

8.9 1.9 1.8 100.0

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada World Development Report, Tahun 2002)

Soalan Tamat

Related Documents