SULIT
1103/2
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2006 2½ jam
JABATAN PELAJARAN PERAK
LEARNING TO SCORE 2006
BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 3
[Lihat sebelah Halaman 1
SULIT
1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan budaya menegur dalam masyarakat dan cara menerapkan budaya tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Salah satu budaya yang harus dimiliki oleh bangsa yang maju ialah budaya menegur. Budaya menegur bererti budaya yang mengalakkan anggota budaya itu menegur antara satu sama lain dengan tujuan untuk membaiki keadaan kehidupan masyarakat. Dalam budaya Melayu, perkataan ‘tegur-menegur’ bermaksud bersapa-sapa, saling bertanya, dan saling bercakap. Tujuan budaya menegur ini adalah untuk memberikan nasihat dan menunjuk ajar seseorang. Budaya menegur dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti, kehidupan berkampung atau kehidupan berjiran yang membentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya) perhubungan sosial Melayu. Jadi, apabila orang Melayu menegur kelakuan seseorang, tujuannya bukanlah untuk menimbulkan isu perselisihan tetapi untuk menasihati orang itu dengan syarat orang yang menegur itu mempunyai kelayakan ilmu dan moral yang dapat diteladani oleh pihak yang ditegur. Tidak akan berlaku proses tegur-menegur jikalau pihak yang menegur bersikap bahawa hanya pendapatnya yang betul, manakala pendapat orang yang ditegurnya salah. Oleh sebab itu dalam bahasa Melayu ada ungkapan ‘tegurmenegur’ yang membayangkan ciri interaksi antara kedua-dua pihak. Melalui proses ini, pihak yang menegur pun dapat belajar daripada pihak yang ditegur. Budaya menegur tidak sama dengan amalan mengumpat, mengutuk dan sebagainya. Kalau dalam sesebuah masyarakat anggotanya lebih suka mengumpat atau mengutuk, menandakan bahawa amalan menegur tidak berkembang dalam masyarakat tersebut. Lazimnya, keadaan ini akan menyaksikan pandangan yang kritis tapi membina tidak digalakkan. Pandangan seperti ini juga boleh menjejaskan keputusan yang sudah dibuat oleh pihak yang berkuasa, walaupun mungkin keputusan itu mengandungi banyak kelemahan yang mendatangkan kesan buruk. Seterusnya kesan buruk yang timbul ialah perbuatan yang menyalahi norma-norma masyarakat akan terus berleluasa. Amalan menegur juga dapat menentukan kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa bidang. Amalan menegur dalam kalangan orang Melayu dilakukan secara halus, bertatatertib, beradat dan berakal budi. Mereka menggunakan kaedah kiasan, perumpamaan, sindiran, tamsil, dan ibarat. Keadaan berkenaan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran teguran. Bak kata pepatah “siapa yang memakan cili akan terasa pedasnya.” Jika ada pihak yang mendakwa bahawa kaedah itu menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berani berterus-terang, dakwaan ini adalah tidak benar. Dalam Hikayat Hang Tuah, peristiwa Hang Jebat menderhaka terhadap raja merupakan kiasan bahawa “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.” Amalan ini dapat menyedarkan pihak atasan tentang kesilapan yang telah dilakukan. Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa pentingnya budaya menegur dipraktikkan dalam masyarakat. Nasib bangsa dan negara akan terus terjamin untuk meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang. (Diubahsuaikan daripada Budaya Menegur, oleh Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, April 2005.)
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 3
[Lihat sebelah Halaman 2
SULIT
1103/2 Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Berikan maksud rangkai kata mempunyai kelayakan ilmu dan moral.
(ii)
Nyatakan kesan buruk sekiranya amalan menegur tidak digalakkan dalam masyarakat. [3 markah]
(iii)
[2 markah]
“Amalan menegur dalam kalangan orang Melayu semakin hari semakin terhakis.” Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SAFIAH :
(Memegang lengan Umar, merayu manja) Aku ingin mendapat sekali peluang ke luar negeri, duduk di sana.
UMAR
(Menoleh memandang kekasihnya, nada lembut sedikit) Mungkin satu hari nanti, Piah.
:
SAFIAH :
UMAR
1103/2
:
©
(Kesal kerana gagal) Tidak! Sekarang inilah peluangnya! Kau harus menentukan masa depanmu. (Wajah Umar beku semula. Dia berpaling, merokok, membisu. Safiah memandangnya dengan kesal) Kalau aku jadi kau, kalau aku jadi lelaki masuk universiti, aku akan membahagiakan tunangku. Dan kalau aku jadi kau, aku mengajak kekasihku berbakti. (Wajahnya sedih, bermenung memandang ke masa silam, rokok terbiar di celah jarinya, pengucapannya tenang dan lambat, mengenang) Kau tak tahu, Piah. Sayang, kau tak melihat bagaimana aku kecil–kecil dulu, pergi ke sekolah dengan kaki ayam, berjalan di atas batas-batas sawah. Ibu sakit-sakit dan ayah pergi ke hutan bekerja balak. Kadang-kadang kami makan sekali sehari. Aku ke sekolah dengan perut lapar, tak membawa wang satu sen pun…. (Safiah mendengar terpesona, wajahnya turut sedih, matanya terpaku ke wajah Umar) Dan kau menemui aku ketika aku sudah menjadi mahasiswa, dengan buku-buku, dalam kuliah…. Kalau kau menyayangi aku dulu lagi, kita akan lebih bahagia…. (Tiba tiba berpaling menghadapi Safiah) Tanyalah dirimu, Piah, apa yang membawa hatimu padaku? Aku anak kampung, aku dilahirkan di atas tikar di lantai nibung. Kalau kau mengasihi aku kerana mahasiswa, maka kasih itu tak akan kekal. Kalau kau mencintai aku kerana kau menggantungkan cita-citamu untuk ke luar negeri, maka kasih itu akan malap nanti. Kasihlah padaku kerana aku. Aku, bukan kerjaku, bukan pelajaranku. Aku pun sayang padamu bukan kerana kau cantik sahaja, bukan kerana kau anak pegawai tinggi dalam Kementerian Pelajaran, tapi kerana dirimu, sifatmu. (Mata Safiah terpaku ke mata kekasihnya. Bibir Safiah menggeletar, bergerak-gerak seolah-olah hendak mengatakan sesuatu, tapi suaranya tak keluar). [Lihat sebelah 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 3
SULIT
1103/2 ( Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang, dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka )
(i)
Gambarkan kehidupan Umar sewaktu kecil di kampung.
[2 markah]
(ii)
Andaikan anda Safiah, wajarkah anda mendesak Umar untuk berkhidmat di luar negara? [3 markah]
(iii)
Huraikan dua perwatakan Umar daripada petikan dan dua perwatakan Umar daripada keseluruhan drama. [4 markah]
Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri . Maka titah Sultan Mahmud,”Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja lain demikian juga; yang kita kehendaki, barang yang tiada pada raja yang lain, itulah hendak kita peristeri. Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang; Laksamana dan Sang Setia kita titahkan.” Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, “Baiklah, tuanku.” Maka Tun Mamat dititahkan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan, kerana Tun Mamat penghulu orang Inderagiri. Maka Laksamana dan Sang Setia pun pergilah sama-sama dengan Tun Mamat. Hatta, beberapa lamanya di jalan, maka sampailah ke kaki Gunung Ledang. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat dengan segala orang sertanya naiklah ke Gunung Ledang merentang atap membawa jalan. Akan jalan itu pun terlalu sukar, angin pun bertiup terlalu keras. Baharu kira-kira bertengah gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka. Maka kata Tun Mamat pada Laksamana dan Sang Setia, “Berhentilah orang kaya semuanya di sini, biarlah beta naik.” Maka kata Laksamana dan Sang Setia, “Baiklah.” Maka Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik Gunung Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti akan terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang pun berhenti mendengar bunyinya, segala mergastua pun hairan mendengar dia. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, terlalu indah-indah perbuatan taman itu. Maka Tun Mamat pun masuk ke dalam taman itu. ( Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang, dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Apakah maksud rangkai kata seperti akan terbang rasanya berdasarkan petikan di atas? [2 markah]
( ii ) Nyatakan keistimewaan buluh perindu. [3 markah] ( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Mahmud memilih Laksamana dan Sang Setia melaksanakan tugas meminang Puteri Gunung Ledang? [3 markah]
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 3
[Lihat sebelah Halaman 4
SULIT
1103/2
Soalan 2(d) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI KOTA KECILKU Di sini aku pulang tempat bersekolah dan dibesarkan lewat padang Speedy terus ke Durian Sebatang semuanya kini terasa kecil mengimbau rindu dan kenangan. Di sini anak belasan tahun mulai mengenal cinta dan ilmu pengorbanan ayah dan emak keakraban teman dan pergelutan detik itu mengambang bagai mimpi sewaktu kulewati kota kecilku ini. Sesaat tiba di muka sekolah telah lama kutinggalkan kini sudah berubah terasa sepi suara guru yang memberikan markah pada pangkat pertama buat si anak desa dan ayahku tak berkata bangga. Di sinilah anak desa mengenal dunia di kota kecilnya padang Speedy dan Durian Sebatang meski berubah pandangan mengimbau rindu dan kenangan sayang. Baha Zain Permatang budi, 1991 Fajar Bakti Sdn. Bhd. (i)
Berikan maksud ‘detik itu mengambang bagai mimpi’.
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita dapat membalas jasa dan bakti sekolah tempat kita belajar. [3 markah]
(iii)
Nyatakan 4 persoalan dalam sajak di atas?
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[4 markah]
Set 3
[Lihat sebelah Halaman 5
SULIT
1103/2 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.
( a ) Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. (i) ( ii ) ( iii )
jalani atasi turuti
- menjalani - mengatasi - menuruti [6 markah]
( b ) Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu pemangkin perpaduan. Bahasa Melayu digunakan dalam pertuturan seharian. Bahasa Melayu juga digunakan dalam urusan pentadbiran. Setiap warganegara hendaklah menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan. Bahasa Melayu hendaklah digunakan dengan betul. Bahasa Melayu terpelihara martabatnya. Sekolah mengangkat wibawa bahasa Melayu. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi pelajar berinteraksi antara satu sama lain. [6 markah] ( c ) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i)
Beberapa orang tokoh koporat telah hadir di majlis merasmikan taman rekreasi itu.
( ii )
Rogayah menunggukan rakan karibnya di stesyen kereta api Kuala Lumpur.
( iii )
Hang Tuah merupakan tokoh lagenda Melayu yang menjadikan kebanggaan masyarakat Melayu. [6 markah]
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 3
[Lihat sebelah Halaman 6
SULIT
1103/2
( d ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i)
Selain daripada menerima pelbagai kemudahan, guru juga mempunyai ruang untuk kenaikan pangkat.
( ii )
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar dalam sektor kokurikulum..
( iii )
Kejayaan projek yang mereka laksanakan itu bergantung kepada kos yang disediakan oleh pihak pemaju.. [6 markah]
( e ) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi mengikut urutan yang terdapat dalam petikan ini. Rosli menyedari perbuatan memburuk-burukkan abangnya merugikan diri dan [6 markah] keluarganya sendiri. Rosli telah berbak-baik semula dengan abangnya kerana dia meyakini bahawa hubungan adik-beradik tidak akan putus buat selama-lamanya. Kini, Rosli telah insaf atas perbuatannya dan ingin menjadi manusia yang bersikap baik dan terpuji.
Soalan 4 : Novel (15 markah) Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari: (i)
Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii)
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii)
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv)
Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii)
Julia karya Abu Hassan Morad
(viii)
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
(a)
Kebijaksanaan merupakan satu daripada nilai yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Jelaskan dua contoh kebijaksanaan yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
(b)
Watak utama merupakan watak yang penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tiga perwatakan watak utama dalam novel-novel tersebut. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 3
[Lihat sebelah Halaman 7