SULIT
SKEMA SET 2
1103/2
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2006
JABATAN PELAJARAN PERAK
LEARNING TO SCORE 2006
BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN
UNTUK KEGUNAAN GURU
SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 SET 2
1. Kertas jawapan ini mengandungi empat jawapan.
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 1
SULIT
SKEMA SET 2
1103/2
Kertas jawapan ini mengandungi 10 halaman bercetak
Soalan 1: Rumusan [30 markah] Pendahuluan
[2 markah]
Petikan membincangkan amalan asas dalam bidang urus niaga. Isi Tersurat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku. Harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan. Sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. Tidak harus lupa daratan/harus memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga dengan pihak lain. Harus menghayati sikap berperikemanusiaan. Boleh membuat keputusan dengan rasional. Berpegang kepada kod etika perniagaan.
Isi Tersirat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
[4 hingga 12 markah]
2 2 2 2 2 2 2 2
[4 hingga 12 markah]
Mengadakan jualan murah/jualan menghabisan stok/jualan potongan harga. 2 Membuat promosi/menjalankan pengiklanan secara intensif. 2 Mengadakan cabutan bertuah. 2 Mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan. 2 Memberikan perhatian dan keutamaan kepada kehendak pelanggan. 2 Menggunakan kaedah penyusunan barangan yang dapat menarik pelanggan. Menggunakan kaedah pembungkusan yang menarik dan tahan lama. 2 Kemudahan pembelian dengan menggunakan kad kredit. 2 Pemesanan barangan secara ‘online’. 2 (Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Kesimpulan/Penutup
[2 markah]
Dunia perniagaan hendaklah dilaksanakan dengan prinsip tertentu supaya kebajikan pengguna terjamin dan ekonomi negara dapat berkembang dengan lancar. Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) Petikan Umum (i)
(ii)
Maksudnya tidak menjalankan usaha perniagaan yang melampaui batas-batas yang dibenarkan/tidak menjalankan usaha perniagaan yang mementingkan keuntungan semata-mata.
[2 markah]
Kepentingannya -Untuk menjamin kepentingan pengguna. -Untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. -Untuk mengekalkan kepercayaan pengguna.
[1 markah] [1 markah] [1 markah]
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 2
SULIT (iii)
SKEMA SET 2
1103/2
Kebaikan pengiklanan
-Memberi panduan cara menggunakan sesuatu produk. [1 markah] -Mengelakkan pengguna daripada tertipu. [1 markah] -Memberi panduan akan halal atau haram kandungannya. [1 markah] -Memberi panduan tentang kesesuaian dengan keperluan diri pengguna. [1 markah] -Panduan di mana produk itu boleh diperoleh. [1 markah] -Memberi panduan harga. [1 markah] [4 markah] Soalan 2(b) Petikan Cerpen ( i ) Selepas kematian Hilmi, perubahan tingkah laku ayah ialah; - ayah menjadi tidak menentu. - ayah meletakkan kesalahan ke atas dirinya. - iman ayah tidak kuat. - ayah bersifat degil.
[1 [1 [1 [1
markah ] markah ] markah ] markah ]
[Mak 2 markah] ( ii ) Pada pendapat saya, ibu Mariah tidak wajar memarahi ayah selepas peristiwa kematian Hilmi kerana; - kematian Hilmi sudah ditakdirkan dan bukan disebabkan oleh ayah. [1 markah ] - perbuatan ibu telah menyebabkan ayah meletakkan kesalahan ke atas diri sendiri sehingga hilang pedoman. [1 markah ] - Hilmi meninggal kerana dilanggar oleh teksi ketika hendak menyeberangi jalan untuk mengambil seekor kucing yang cantik. [1 markah ] Wajar :
-
Ibu wajar memarahi ayah kerana :Menegur kesalahan suaminya Melepaskan emosi dan perasaan marah Terlalu sayang akn anaknya
[1 markah] [1 markah] [1 markah] [3 markah]
( iii ) Dua pengajaran daripada petikan cerpen di atas ialah; - kita hendaklah percaya pada ketentuan qadak dan qadar Tuhan. [1 markah ] - kita hendaklah tabah dan sabar menghadapi setiap ujian dan dugaan Tuhan. [1 markah ] Dua pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen ialah; - kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. [1 markah ] - kita hendaklah memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. [1 markah ] - sebagai anak kita hendaklah menghormati ayah / ibu walaupun buruk tingkah lakunya. - sebagai guru kita hendaklah prihatin terhadap kebajikan anak murid. [ 1 markah ] - kita hendaklah mempunyai sifat setia kawan. [1 markah ] Jumlah 4 markah 1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 3
SULIT
SKEMA SET 2
1103/2
Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik (i)
Maksud tiada lepas mengerling seperti yang digunakan dalam petikan di atas ialah sentiasa merenung / memandang tepat. [ 2 markah]
-
Hang Tuah meneliti gerak - geri Hang Jebat. Ada ketikanya Hang Jebat lalai sewaktu berkata-kata. [1 markah]
-
Hang Tuah terus memandang ke arah hulu keris Hang Jebat
-
Pada suatu ketika Hang Jebat leka memandang ke arah pintu istana. Ketika itulah Hang Tuah melompat dan menyentak keris Hang Jebat. [1 markah]
[1 markah]
[3 markah]
(ii)
Andaikan saya Hang Tuah, tindakan saya untuk menyelesaikan perselisihan saya dengan Hang Jebat ialah; - saya akan memujuk Hang Jebat supaya menyerah diri kepada Sultan dan mengakui kesilapannya. [1 markah] -
Selain itu, saya akan menasihati Hang Jebat supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran agama. [1 markah]
-
Di samping itu, saya akan meminta pertolongan Bendahara untuk menjadi orang tengah supaya dapat menyelesaikan perselisihan saya dengan Hang Jebat. [1 markah] Seterusnya, saya akan memujuk Sultan supaya mengampunkan / meringankan hukuman terhadap Hang Jebat. [1 markah]
-
[Maksimum 3 markah]
Soalan 2(d) Petikan Puisi
(i)
Terangkan maksud rangkap pertama pantun di atas.
(ii)
[2 markah]
‘Aku’ bersyukur kepada Tuhan tetapi ‘aku’ juga reda menerima nasib malang yang ditakdirkan. Walau bagaimanapun, ‘aku’ masih berharap belas kasihan daripada masyarakat. [2 markah]
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu pandai-pandailah membawa diri? [3 markah] Disukai orang ramai. (1m) Dihormati oleh masyarakat setempat. (1m) Memudahkan kita menjalankan kerja (1m) Mudah menyesuaikan diri di tempat yang baru. (1m) (Pilih mana-mana 3 isi)
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 4
SULIT (iii)
1103/2
SKEMA SET 2
Berikan empat pengajaran yang terkandung dalam pantun di atas.
hendaklah bersyukur menerima nikmat Tuhan hendaklah tabah menerima dugaan Tuhan. Sama-sama menikmati rezeki kurniaan Tuhan hendaklah pandai menyesuaikan diri di perantauan bersopan ketika menjamu selera jangan bersikap sombong/ego.
[4 markah]
(1 m) (1m) (1m) (1m) (1m) (1m) (Pilih mana-mana 4 isi)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] a) Membina ayat. (i)
Laki 1. Suami/pasangan hidup isteri. - Laki Aminah bekerja sebagai guru.
[ 1 markah]
Lelaki 1. Jantan/lawan perempuan. - Lelaki itu telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. [1 markah] ( ii ) langit lengkung yang nampaknya biru dan melingkungi bumi - Langit yang membiru kelihatan begitu cantik dan saujana mata memandang. [1 markah] lelangit 1. kain yang dipasang di atas bilik ( di bawah atap ), papan dan lain – lain yang dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu - Emak menjahit lelangit kelambu di bilik kakak kerana telah terkoyak. 2. bahagian sebelah atas rongga mulut ( ada bahagian lembut dan keras ) - Lelangit saya luka kerana tertikam tulang ikan ketika sedang makan. [1 markah] ( iii ) rambut sejenis bulu yang tumbuh di kepala - Rambut kakak banyak yang gugur kerana kakak kerap menggunakan syampu rambut yang berlainan. [1 markah] rerambut salur darah yang halus – halus ( yang membentuk jaringan dalam tisu ), kapilari - Beberapa rerambut darah kakak di tangan terputus terkena pisau semasa sedang menghiris daging. [ 1 markah ] (6 markah) 1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 5
SULIT
SKEMA SET 2
1103/2
( b ) Menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah Aishah menanyakan tujuan Cikgu Tipah menjemputnya. Cikgu Tipah memberitahu Aishah bahawa dia bertujuan murni menjemput Aishah ke biliknya. Cikgu Tipah menyatakan bahawa Aishah hendaklah menganggap pertemuan itu sebagai pertemuan seorang kakak dengan adik. Aishah menanyakan maksud kata – kata Cikgu Tipah itu. Sambil merenung wajah Aishah, Cikgu Tipah menyatakan bahawa dia sebenarnya ingin mendapatkan penjelasan daripada Aishah tentang kemerosotan keputusan ujian bulanannya. (6 markah) ( c ) ( i ) Semangat silaturahim dapat dipupuk menerusi amalan gotong – royong serta menarik pelancong mengunjungi negara ini. [ 2 markah ] ( ii ) Encik Borhan menerima pelantikan sebagai pengarah syarikat dan lantikan beliau itu berkuat kuasa pada 1 Mac 2006. [ 2 markah ] ( iii ) Ibu mencadangkan kakak membawa rakannya bersiar – bersiar ke kompleks beli – belah. [ 2 markah ] (6 markah) ( d ) ( i ) Anak – anak dilarang daripada mencelah / menyampuk perbualan orang tua – tua kerana perbuatan itu menyalahi adat ketimuran. [ 2 markah ] ( ii ) Kita tidak wajar mencampuri segala urusan yang tiada kena – mengena dengan kita. [ 2 markah ] ( iii ) Puan Normah telah diminta untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya. [ 2 markah ] (6 markah)
( e ) ( i ) Yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang menggolek / Genggam bara api biar sampai jadi arang/ Usaha tangga kejayaan. [ 2 markah ] ( ii ) Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. [ 2 markah ] ( iii ) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri , baik juga di negeri sendiri / lebih baik di negeri sendiri. [ 2 markah ] (6 markah)
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 6
SULIT
1103/2
SKEMA SET 2
Soalan 4 : Novel [15 markah] a)
Pengarang mengemukakan banyak kritikan terhadap masyarakat melalui karyanya. Jelaskan dua kritikan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Perhatian bagi soalan 4a
I. II. III.
Berikan 1 markah untuk isi dan 1 markah untuk huraian Markah maksimum untuk isi 4 markah dan markah maksimum untuk bahasa 3 markah Pemberian markah bahasa berdasarkan impression iaitu : -
Baik Sederhana Lemah
-
3 markah 2 markah 1 markah
Perlumbaan Kedua i.
Pengarang mengkritik masyarakat yang mengamalkan rasuah. Pengarang mengemukakan kritikan ini melalui watak bapa arnab yang sering memberikan rasuah kepada sang tedung. Keluarga arnab terpaksa mencuri telur ayam dari kampung untuk merasuah Sang Tedung bagi mengintip aktiviti atau pergerakan Tuk Kura dan kaumnya. Sejak dari saat itu, Sang Tedung sering meminta rasuah setelah selesai mengintip pergerakan/latihan Tuk Kura dan anak buahnya.
ii
Pengarang mengkritik masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Pengarang mengutarakan kritikan ini melalui sikap kaum kura-kura tasik, bukit dan lembah yang mementingkan diri sendiri. Kaum kura-kura tersebut memulaukan latihan untuk menghadapi perlumbaan dengan Sang Arnab Putih. Kaum kura-kura itu juga mengemukakan pelbagai alasan, malah telah mendera dan membiarkan tuk kura menjalani latihan sendirian. Kaum kura-kura tersebut juga datang ke tempat pertandingan untuk menghukum tuk kura.
iii.
Pengarang mengkritik masyarakat yang suka mengadu menyebabkan masyarakat gelisah dan saling mencurigai.
domba
yang
Pengarang mengemukakan kritikan ini melalui watak sang kancil yang yang suka mengadu domba. Sang Kancil mengungkit kekalahan datuk nenek arnab dalam perlumbaan dengan kura-kura. Perkara ini mencetuskan perasaan marah sang arnab putih terhadap puak kura-kura. Akhirnya sang arnab mencabar tuk kura berlumba dengannya untuk kali kedua. iv.
Pengarang mengkritik masyarakat yang ego dan tidak mahu menerima kekalahan. Pengarang mengemukakan kritikan ini melalui watak arnab putih dan keluarganya yang ego dan tidak mahu menerima kekalahan. Arnab Putih tidak dapat menerima
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 7
SULIT
1103/2
SKEMA SET 2
hakikat kekalahannya dalam perlumbaan kali kedua itu. Sang Arnab Putih mengemukakan bantahan dan tidak berpuas hati atas kemenangan tuk kura. [7 markah] Novel Julia. i.
Pengarang pengkritik masyarakat yang mengamalkan sikap tidak jujur. Pengarang mengemukakan kritikan ini melalui watak Encik Baharom, pengarah BMPRO Transport yang bersikap tidak jujur. En. Baharom hendak menjualkan syarikat ini kepada Datuk Khor pemilik Syarikat BKL Transport kerana dijanjikan keuntungan.
ii.
Pengarang mengkritik masyarakat yang tamak. Pengarang mengemukakan kritikan ini melalui watak Syed Mustaffa/Pak Su yang ingin mengambil alih butik, harta peninggalan arwah ayah Julia. Dia mempersoalkan hak pemilikan butik itu yang didakwanya telah diberikan kepada adiknya oleh Datuk Bakar.
ii.
Pengarang mengkritik masyarakat yang suka membuang masa dan berpoya-poya. Pengarang mengutarakan kritikan ini melalui watak Rashid, seorang pemuda, kenalan Julia yang suka berpoya-poya dan membuang masa. Dia selalu membawa Julia ke disko, pup dan berkaraoke. Rashid juga pernah mencuba untuk menjerumuskan Julia ke lembah maksiat.
iv
Pengarang mengkritik masyarakat yang berprasangka buruk. Pengarang mengutarakan kritikan ini melalui watak Julia yang menyimpan perasaan buruk sangka terhadap ibu tirinya, Ummi Sarah. Julia beranggapan ibu tirinya itu datang ke rumahnya untuk menuntut hak pemilikan ke atas butik yang diusahakannya. Akhirnya terbukti, telahan Julia salah, Ummi Sarah sebenarnya hendak menyerahkan butik itu kepada Julia. [Maksimum: 7 markah]
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 8
SULIT b)
SKEMA SET 2
1103/2
Teknik plot ialah teknik penulisan yang digunakan oleh pengarang dalam sesebuah karya. Bandingkan tiga teknik plot yang digunakan oleh penulis dalam novel-novel yang telah anda pelajari .
Perhatian bagi soalan 4b I.Berikan 2 markah untuk perbandingan bagi sesuatu aspek. II.Pilih mana-mana 3 aspek perbandingan. III.Markah maksimum untuk isi 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa 2 markah. IV.Bahasa : -
Baik Lemah
-
2 markah 1 markah
PERSAMAAN i.
Pengarang menggunakan teknik pemerian
Contoh: a) Perlumbaan Kedua: Pengarang menghuraikan keindahan hutan / padang rumput tempat Sang Arnab Putih tinggal. Keindahan pagi itu disambut dengan gembira oleh binatang- binatang yang tinggal dalam hutan. Udara yang nyaman membuat burung-burung bersiul dan berkicau riang. Mergastua bersahutsahutan, bagaikan bergurindam dan berseloka b) Julia: Pengarang menghuraikan latar tempat Perth, Australia Barat, sebuah bandar menghadap Lautan Hindi, destinasi yang tidak pernah ada dalam perancangan sebelum ini. Perth dibuka pada tahun 1829 dan membangun dengan perlahan-perlahan di dataran Sungai Swan. Mulai tahun 1890, apabila emas dijumpai di Australia Barat, penduduk Perth meningkat dan pembangunan juga menjadi semakin rancak. Kini Perth ialah bandar keempat terbesar di Australia dengan jumlah penduduk seramai 1.4 juta orang. ii)
Pengarang menggunakan teknik dialog a) Perlumbaan Kedua “Sang gajah dah tahu?” Tanya sang belang “Belum.” “Sang arnab?” tanya sang belang lagi. “Belum,” b) Julia: “Kenal dengan Encik Taib?. Tanyaku kepada Encik Said 1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 9
SULIT
1103/2
SKEMA SET 2
“Emm, Encik Taib…” “Pengarah TDC Perth sekarang..” “Encik Taib…. kenal sangat. Kami sama-sama di ibu pejabat dulu.” iii)
Pengarang menggunakan teknik Monolog. a) Perlumbaan Kedua: “Ganjil betul perbuatan anak-anak kura-kura ini,” bisik sang tedung. “Apa muslihatnya batu yang memutih itu diteliti. Apa gunakan lumutlumut dicelah-celah batu itu diperiksa. Apa rahsianya air di jeram itu diuji dengan ranting-ranting kayu. Baik aku segera mendapatkan sang arnab.” b)
iv)
Julia: “Jun? Apa agaknya mimpi dia semalam sehingga pagi-pagi lagi sudah menelefon? Mungkin juga fasal berita yang keluar dalam akhbar hari ini.” Diriku berdialog senang.
Pengarang menggunakan teknik Monolog Dalaman a) Perlumbaan Kedua: Sanggupkah aku melakukan perkara itu? Soalan itu terus datang memalu otaknya. Sang gajah menebarkan pandangannya di sekelilingnya sekarang penuh sesak oleh binatang yang berhimpun. b) Julia: “Aku terkedu di situ, Jun engkau benar-benar melampau. Engku benar-benar menjeratku. Bagaimana kalau benar-benar ia berlaku begitu? Dan jejaka yang bertuah itu ialah engkau, Jun…!” Tentu ada apa-apa rancangan Ummi bawa adiknya ke sini. Mungkin hendak minta wang atau bantuan daripada keluarga abah. Astagfirullah. Apa ni? Tak baik sangka buruk begitu. Hati kecilku terus berperang.
v)
Pengarang menggunakan teknik Imbas Kembali a) Perlumbaan Kedua: Tuk Kura mengimbas kembali perlumbaan pertama yang pernah disaksikan oleh Tuk Kura . Dalam perlumbaan itu datuknya menang.
b) Julia: Julia mengimbas kembali perkenalannya dengan Rashid/Jun Julia mengimbas kembali perbualannya/ugutan Rashid setelah ibu bapanya meninggal dunia
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 10
SULIT
vi.
SKEMA SET 2
1103/2
Pengarang menggunakan teknik suspens a) Perlumbaan Kedua: Peristiwa Tuk Kura menyuruh kaumnya membuat latihan meniti batang tumbang dan meniti batu berlumut merupakan tindaktanduk Tuk Kura yang penuh rahsia dan menimbulkan suspens. b) Julia: Peristiwa Julia menerima kedatangan Ummi Sarah. Peristiwa Jun melamar Julia di Tanah Perkuburan Bukit Kiara [8 markah] JAWAPAN TAMAT
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
[Lihat sebelah Halaman 11