Spm > Bahasa Melayu > Skema Spm Bm Kertas 2 Set 3

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm > Bahasa Melayu > Skema Spm Bm Kertas 2 Set 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,280
  • Pages: 9
SULIT

SKEMA SET 3

1103/2

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN GURU

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 SET 3 1. Kertas jawpan ini mengandungi empat jawapan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 1

SULIT

SKEMA SET 3

1103/2

Soalan 1: Rumusan [30 markah] Pendahuluan/Pengenalan [2 markah] Petikan membincangkan faedah /manfaat/kebaikan amalan nasihat menasihati dalam kalangan masyarakat. 2m

Isi Tersurat: [4 hingga 12 markah] 1. Dapat memperbaik keadaan. 2. Memberikan nasihat dan menunjuk ajar seseorang. 3. Membentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya) perhubungan sosial Melayu. 4. Bukan menimbulkan isi perselisihan faham. 5. Wujud interaksi antara pihak yang menegur dengan pihak yang ditegur. 6. Menentukan kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa bidang. 7. Meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran teguran. 8. Menyedarkan pihak atasan tentang kesilapan yang telah dilakukan. 9. Nasib bangsa dan negara akan terus terjamin.

Isi Tersirat: (cara-cara menerapkan budaya menegur) 1. 2. 3. 4. 5.

Menerusi didikan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah. Mengadakan kempen/kursus/ceramah Menghidupkan semangat kejiranan Menubuhkan komuniti setempat/kejiranan setempat Menerapkan didikan agama

Kesimpulan/Penutup [2 markah] Kesimpulannya, semua pihak perlulah menghargai kepentingan budaya menegur agar kesejahteraan hidup bermasyarakt dapat terpelihara.

Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) Petikan Umum i). Maksud rangkai kata mempunyai kelayakan ilmu dan moral ialah memiliki pengetahuan yang tinggi dan peribadi yang baik. [Maksium 2 markah] ii). Kesan buruk sekiranya amalan menegur tidak digalakkan dalam masyarakat ialah; - menyaksikan pandangan yang kritis tapi membina tidak digalakkan - boleh menjejaskan keputusan yang sudah dibuat oleh pihak yang berkuasa - perbuatan yang menyalahi norma-norma masyarakat akan terus berleluasa [Maksimum 3 markah]

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 2

SULIT

SKEMA SET 3

1103/2

iii). Pada pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana; - masyarakat mementingkan diri sendiri/individualistik/tidak suka menjaga tepi kain orang - masyarakat terlalu sibuk bekerja/tidak ada masa mengambil tahu hal jiran - kurangnya aktiviti kemasyarakatan - tidak ada kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran - masyarakat bersikap sombong/ego dan tidak mahu menerima teguran [Maksimum 4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen ( i ) Kehidupan Umar sewaktu kecil di kampung ialah; - Umar pergi ke sekolah berkaki ayam, berjalan melalui batas-batas sawah. [ 1 markah ] - kehidupan Umar sewaktu kecil sangat susah kerana kadang kala dia dan keluarganya makan sekali sehari. [ 1 markah ] - Umar juga pergi ke sekolah dengan perut lapar. [1 markah] - Umar tidak membawa wang satu sen pun / tiada wang belanja. [ 1 markah ] Mak 2 markah ( ii ) Andainya saya Safiah, tidak wajar saya mendesak Umar kerana; - Umar memang berhasrat untuk berbakti kepada masyarakat di kampungnya . [ 1 markah ] - Umar dapat membangunkan kampungnya supaya lebih maju. [ 1 markah ] - Umar mempunyai pendirian dan cita-citanya yang tersendiri. [ 1 markah ] -

Umar dapat menjadi pendorong kepada anak-anak muda di kampung untuk mencapai kejayaan. [ 1 markah ] Umar dapat mendidik anak-anak kampungnya menjadi warga yang berilmu. [ 1 markah ] Mak 3 markah

Andainya saya Safiah, memang wajar saya mendesak Umar kerana; - Umar ialah tunang saya. - Saya dapat melihat negara orang. - Saya dapat memenuhi impian saya untuk menetap di negara orang.

[1 markah] [1 markah] [1 markah]

( iii ) Dua perwatakan Umar daripada petikan ialah; - Umar tidak melupai asal usulnya. Contohnya, Umar sentiasa mengenang zaman kecilnya yang hidup susah. [1 markah] - Umar seorang yang merendah diri. Contohnya, Umar mengakui dia anak kampung walaupun telah berjaya menjadi mahasiswa. [1 markah] - Umar seorang yang penyayang. Contohnya, Umar menyayangi dan mencintai tunangnya, Safiah kerana diri dan sifat Safiah. [1 markah] Dua perwatakan Umar daripada keseluruhan drama ialah:

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 3

SULIT

1103/2

SKEMA SET 3

 Umar seorang yang tegas / tetap pendirian. Contohnya, Umar tetap dengan pendiriannya untuk menjadi guru walaupun Safiah memujuknya supaya bekerja di Kementerian Luar Negeri. [1 markah]  Umar seorang yang bijak memujuk. Contohnya, Umar berjaya memujuk Safiah yang sedang merajuk. [1 markah]  Umar seorang yang romantis. Contohnya, Umar mengajak Safiah mengenang kembali peristiwa manis ketika mereka bersiar-siar di Pantai Selat Teberau. [1 markah] Mak 4 markah

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik ( i ) Maksud rangkai kata seperti akan terbang rasanya berdasarkan petikan di atas ialah badan seolah-olah terawang-awang di udara.

[2 markah]

( ii ) Keistimewaan yang ada pada buluh perindu ialah; - buluh perindu boleh mengeluarkan bunyi-bunyian yang terlalu merdu. [1 markah] - Selain itu, burung-burung yang berterbangan berhenti apabila mendengar bunyi buluh perindu. [1 markah] - Di samping itu, segala binatang / mergastua turut terpesona / hairan mendengar bunyi buluh perindu itu. [1 markah] (iii) Pada pendapat saya, Sultan Mahmud memilih Laksamana dan Sang Setia melaksanakan tugas meminang Puteri Gunung Ledang kerana; - Laksamana dan Sang Setia merupakan orang kepercayaan sultan. [1 markah] - sultan yakin bahawa Laksamana dan Sang Setia boleh memikul tanggungjawab tersebut. [1 markah] - sultan amat menyayangi Laksamana dan Sang Setia. [1 markah] - Laksamana dan Sang Setia merupakan pembesar yang taat dan setia. [1 markah] - Laksamana dan Sang Setia merupakan pembesar yang bijak/petah bercakap [1 markah] - Kedua-dua pembesar banyak pengalaman [1 markah] Mak 3 markah

Soalan 2(d) Petikan Puisi ( i ) Berikan maksud ‘detik itu mengambang bagai mimpi’. - peristiwa-peristiwa silam tergambar dengan jelas dalam ingatan.

[2 markah]

( ii ) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita dapat membalas jasa dan bakti sekolah tempat kita belajar. [3 markah] - memberi sumbangan kewangan - melibatkan diri dalam program meningkatkan prestasi sekolah - menyertai persatuan bekas pelajar - menganjurkan/memberikan ceramah motivasi - memberi biasiswa kepada pelajar miskin/cemerlang 1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 4

SULIT

SKEMA SET 3

1103/2

( iii ) Nyatakan 4 persoalan dalam sajak di atas? ( 4 markah ) - pengorbanan ayah dan ibu untuk memberikan pelajaran sentiasa dikenang oleh anak-anak yang tahu mengenang jasa. - Keakraban rakan sebaya ketika menuntut ilmu akan sentiasa dikenang hingga dewasa. - pengorbanan guru yang memberikan didikan sehingga anak-anak muridnya berjaya. - rasa sayang pada kampung halaman walaupun telah berhijrah ke tempat lain.

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] a) Membina ayat. i) - Latihan sukan akan saya jalani pada petang ini. - Pasukan bola jaring negeri Perak akan menjalani latihan pusat di Kuala Lumpur pada minggu depan. ii) - Masalah itu akan kita atasi dengan cara yang bijaksana. - Kerajaan mengatasi masalah bekalan air bersih di luar bandar dengan menyediakan peruntukan yang besar. iii) - Nasihat guru saya turuti dengan hati yang ikhlas demi mencapai kejayaan yang saya harapkan. - Mohamad Shiddiq menuruti jejak langkah bapanya menjadi seorang pendakwah. (6 markah) b) Menggabung ayat 1. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita, pemangkin perpaduan dan bahasa ini digunakan dalam pertuturan seharian malahan digunakan dalam urusan pentadbiran. 2. Setiap warganegara hendaklah menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan dengan betul agar terpelihara martabatnya. 3. Sekolah mengangkat wibawa bahasa Melayu kerana bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa perantaraan tambahan pula bahasa Melayu digunakan sebagai wahana bagi pelajar berinteraksi antara satu sama lain. (6 markah) c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan i) koporat = korporat, merasmikan = perasmian ii) menunggukan = menunggu, stesyen = stesen iii) leganda = lagenda, menjadikan = menjadi (6 markah) d) Membetulkan kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa 1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 5

SULIT

1103/2

SKEMA SET 3

i) Selain daripada menerima... = Selain menerima…, ruang = peluang ii) meningkatkan lagi prestasi = meningkatkan prestasi pelajar-pelajar lagi, sektor = bidang iii) mereka laksanakan = dilaksanakan oleh mereka, kepada = pada (6 markah) e) Peribahasa 1) - Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri - Meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri 2) - Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga - Air dicincang tak akan putus - Biduk lalu kiambang bertaut 3) - Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

(2 markah)

(2 markah) (6 markah)

Soalan 4 : Novel [15 markah] (a)

Kebijaksanaan merupakan satu daripada nilai yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Jelaskan dua contoh kebijaksanaan yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] Perhatian bagi soalan 4a I. II. III.

Berikan 1 markah untuk isi dan 1 markah untuk huraian Markah maksimum untuk isi 4 markah dan markah maksimum untuk bahasa 3 markah Pemberian markah bahasa berdasarkan impression iaitu : -

Baik Sederhana Lemah

-

3 markah 2 markah 1 markah

Berdasarkan novel Perlumbaan Kedua: i.

Kebijaksanaan Tuk Kura menggunakan strategi untuk memastikan kejayaan. Tuk Kura bijaksana menyusun strategi bagi memenangi perlumbaan. Kemahiran daripada latihan yang pelbagai sesuai dengan teknik yang digunakan semasa perlumbaan dan akhirnya menghasilkan kejayaan. Tuk Kura bijak menggunakan strategi semasa ’peristiwa cucu-cucunya bergaduh’ di hadapan khalayak untuk mengelirukan Sang Arnab tentang keupayaan kurakura.

ii.

Kebijaksanaan Tuk Kura menentukan tempat perlumbaan dan meneliti syaratsyaratnya. Tuk Kura memilih tempat perlumbaan di lereng bukit. Tuk kura bersetuju dengan syarat pertandingan. Antara syaratnya ialah:  Pertandingan mesti diumumkan sendiri oleh Sang Arnab Putih di hadapan semua penghuni rimba.  Pertandingan tersebut adalah pertandingan terakhir dan muktamad 1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 6

SULIT

1103/2

SKEMA SET 3

 

Tuk kura bebas memilih tempat perlumbaan (di lereng bukit) Cara pertandingan bebas ( Tuk Kura memilih cara melantunkan diri)

Pemilihan tempat dan syarat-syarat pertandingan terbukti menghasilkan kejayaan kepada Tuk Kura. iii.

Kebijaksanaan Tuk Kura mendepani mempertahankan martabat/maruah kaum.

kerenah

kaumnya

dalam

usaha

Tuk Kura bijak menangani tindakan kaumnya. Dia tabah dan bersabar menghadapi cacian dan ejekan. Dia tidak pernah berkecil hati atau mengambil tindakan balas terhadap cacian dan siksaan daripada kaumnya. Tindakan bijak Tuk Kura itu semata-mata ingin menjaga maruah kaumnya. Akhirnya, Tuk Kura disanjung dan dihormati oleh kaumnya. iv

Kebijaksanaan Tuk Kura mendepani kerenah Sang Kancil untuk mengelakkan penipuan. Tuk kura tidak terus menerima percakapan Sang Kancil tetapi dia memilih untuk mendengar sendiri syarat-syarat pertandingan daripada Sang Arnab Putih di hadapan haiwan lain. Tindakan ini membolehkan Tuk Kura menyusun strategi yang betul dan berkesan. ( Maksimum: 7 markah)

Novel Julia: i.

Kebijaksanaan Julia menangani masalah penyelewengan dalam syarikatnya. Julia bijak mengesan masalah penyelewengan dalam syarikat BMPRO Transport dengan menyiasat sendiri akaun syarikat dan menaiki bas untuk mengkaji jumlah penumpang bas. Akhirnya Julia dapat menyelesaikan masalah penyelewengan berkenaan,

ii.

Kebijaksanaan Julia menghadapi kerenah pegawai-pegawainya. Julia dengan bijaksana dan berhemah menghadapi kerenah Encik Baharom yang ingin menjual syarikat BMPRO Transport kepada Datuk Khor untuk mendapatkan keuntungan dirinya sendiri. Dengan kebijaksanaan Julia, En. Baharom akhirnya meminta maaf atas kesalahannya. Julia juga berjaya mendepani muslihat Syed Mustaffa yang menuntut hak memiliki butik untuk adiknya, Ummi Sarah.

iii.

Kebijaksanaan Julia merancang dan menentukan matlamat hidup masa hadapan. Julia bersetuju memenuhi permintaan ibu bapanya untuk melanjutkan pelajaran di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. Julia juga tidak mudah terpengaruh oleh rayuan dan pujukan Rashid, seorang pemuda yang suka berfoya-foya. Julia bertindak bijak menjauhkan diri daripada Rashid. Dia dengan bijak membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan arwah ayahnya.

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 7

SULIT iv.

SKEMA SET 3

1103/2

Kebijaksanaan Julia mengembangkan dan memajukan syarikat. Julia mengambil peluang bekerjasama dengan syarikat keluarga Jun untuk mewujudkan perkongsian pintar perniagaan, antara syarikat bumiputera dengan syarikat bukan bumiputera. Kedua-dua syarikat bersetuju membangunkan perniagaan ‘Homestay’ di Guar Napai, Kedah. (Maksimum: 7 markah)

b)

Watak dan perwatakan merupakan satu aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama dalam novel-novel tersebut. Perhatian bagi soalan 4b I.Berikan 2 markah untuk perbandingan bagi sesuatu aspek. II.Pilih mana-mana 3 aspek perbandingan. III.Markah maksimum untuk isi 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa 2 markah. IV.Bahasa : -

Baik Lemah

-

2 markah 1 markah

Perbezaan. i.

Perbezaan dari segi pengalaman: Watak utama novel Perlumbaan Kedua ialah Tuk Kura, seekor haiwan yang luas pengalaman hidupdan menjadi rujukan anak-anak buahnya, manakala watak utama novel Julia ialah Julia, seorang remaja perempuan yang masih muda dan kurang berpengalaman menguruskan perniagaan serta selalu merujuk kepada pegawaipegawai bawahannya.

i.

Persamaan Kedua-dua watak utama bijaksana/cerdik/pintar/pandai Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya berjaya mengalahkan/menewaskan arnab putih manakala Julia bijak mengatur strategi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BMPRO Transport. Julia berjaya mengatasi penyelewengan dalam BMPRO Transport tersebut.

ii.

Kedua-dua watak utama gigih, tekun dan rajin berusaha. Tuk Kura gigih dan tekun menjalani latihan meniti batang dan batu licin bagi menghadapi perlumbaan manakala Julia gigih, tekun dan rajin berusaha memulihkan perniagaan arwah bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd / BMPRO Transport.

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 8

SULIT

1103/2

SKEMA SET 3

iii

Kedua-dua watak utama tabah, cekal dan bersabar mengharungi rintangan hidup. Tuk Kura tabah, cekal dan sabar menghadapi cacian, cercaan dan seksaan daripada kaumnya ketika membuat persiapan perlumbaan manakala Julia pula tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa/keluarga.

iv

Kedua-dua watak utama berani menghadapi cabaran Tok Kura berani menyahut cabaran Sang Arnab Putih untuk berlumba kali kedua bagi mempertahankan maruah kaumnya manakala Julia yang masih muda berani menghadapi cabaran untuk meneruskan perniagaan bapanya walaupun dia tidak berpengalaman.

vi.

Kedua-dua watak utama berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran Tuk Kura sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam tindakannya. Dia tidak mempercayai kata-kata Sang Kancil yang terkenal dengan tipu muslihatnya manakala Julia pula sentiasa berwaspada dan berhati-hati menghadapi kerenah pekerjanya seperti Syed Mustaffa dan En. Baharom.

vii.

Kedua-dua watak utama tegas / tetap pendirian. Tuk Kura tegas dan tetap pendirian terhadap sebarang keputusan yang dibuatnya. Dia tetap meneruskan latihan meniti batang balak atau batu licin walaupun mendapat tentangan kaumnya manakala Julia tidak mudah terpengaruh dengan rayuan Rashid. Dia menetapkan matlamatnya untuk meneruskan perniagaan keluarganya. (Maksimum: 8 markah) JAWAPAN TAMAT

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah Halaman 9

Related Documents