SULIT
1103/2
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2006 2½ jam
JABATAN PELAJARAN PERAK
LEARNING TO SCORE 2006
BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
[Lihat sebelah Halaman 1
SULIT
1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah mengurangkan tabiat merokok dan kesan merokok kepada perokok. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. “Kempen Anti Merokok Tak Nak ” yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini merupakan satu siri kempen antimerokok yang telah dilaksanakan. Dengan ini diharapkan kempen tersebut akan mencapai kejayaan walaupun bilangan perokok terus meningkat. Terdapat begitu banyak isu negatif yang telah timbul berkaitan tabiat merokok. Misalnya, menurut kajian salah sebuah persatuan pengguna di negara kita kira-kira separuh daripada lelaki Malaysia merokok. Kumpulan ini telah memberi contoh buruk terutama pada golongan muda. Selain itu, kanak-kanak yang melihat bapa mereka dan lelaki dewasa lain merokok akan turut tertarik untuk meniru tindakan mereka. Persatuan berkenaan juga telah menjalankan tinjauan dalam kalangan murid sekolah bagi mengenal pasti bilangan murid yang telah disuruh membeli rokok untuk ibu bapa mereka. Hasil tinjauan tersebut mendapati hampir kesemua kanak-kanak telah diberikan tugas “kotor” ini. Hasil tinjauan tersebut juga menunjukkan bahawa kanak-kanak telah didedahkan kepada rokok sejak usia yang masih muda. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang yang menghalang penjualan rokok kepada golongan bawah umur kurang dikuatkuasakan. Undang-undang yang melarang penjualan rokok kepada golongan bawah umur perlu dikuatkuasakan dengan tegas. Hukuman penjara dan denda mesti dikenakan dengan segera. Perjuangan menentang tabiat merokok boleh dilakukan dengan pelbagai pendekatan. Sebagai permulaan, semua pengiklanan dalam sebarang bentuk mesti diharamkan seperti pengiklanan bagi penajaan acara sukan dan konsert. Promosi jenama rokok tidak seharusnya dibenarkan sama ada pada pakaian, aksesori, bekas abu rokok, pemegang kad atau promosi pakej percutian. Promosi tersebut boleh menjejaskan kempen ini. Pada masa ini, harga rokok masih mampu dibayar oleh kebanyakan orang. Pembelian rokok juga telah dipermudahkan dengan penyediaan “kotak mini”. Oleh itu harga rokok semasa perlu dinaikkan setinggi yang mungkin untuk mengurangkan kuasa beli pengguna. Merokok di tempat-tempat awam perlu dilarang dan penguatkuasaan pengharaman ini perlu ditingkatkan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah perlu memasukkan mesej tentang bahaya merokok. Program persatuan pengguna di sekolah-sekolah mestilah mengetengahkan fakta bahawa terdapat lebih daripada 4000 bahan kimia terkandung dalamj asap tembakau. Persatuan ini juga menggalakkan ahlinya menyertai pertandingan melukis poster antimerokok dengan slogan mereka sendiri. Setakat ini, usaha-usaha menentang tabiat merokok belum begitu menampakkan kejayaan. Hal ini demikian kerana bilangan perokok remaja dan wanita semakin meningkat dari sehari ke sehari. Walau bagaimanapun, usaha-usaha tersebut masih mempunyai harapan positif untuk berjaya jika semua pihak memberikan kerjasama dan melakukan sesuatu dalam merealisasikan “Kempen Anti Merokok Tak Nak” ini. (Diubahsuaikan daripada Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, 3 Mei 2004)
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
[Lihat sebelah Halaman 2
SULIT
1103/2 Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Berikan maksud rangkai kata mengurangkan kuasa beli pengguna.
[2 markah]
(ii)
Mengapakah kanak-kanak mudah terpengaruh dengan tabiat merokok?
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah anda boleh berperanan dalam menjayakan “Kempen Anti merokok Tak Nak”? [4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak, Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin untuk membantu kaummu. Setakat ini, cuma ada lebih 50 atau 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti.” Daneng merenung jauh ke tengah danau biru. “Cikgu kasihan melihat cara hidup masyarakatmu.” “Cikgu menganggap kami miskin, bukan? Bukan sahaja cikgu, ramai orang luar yang simpati akan kami. Tetapi konsep miskin itu tidak ada dalam kamus kami. Seluruh hutan dan belantara ini, danau dan tanah ini, milik kami bersama, milik kami sejak berzaman. Hutan ini tidak membenarkan sebarang kekurangan kepada kami.”Daneng bersuara dengan agak serius. Kekaguman mengisi benak Jo sekali lagi melihat kepetahan anak muridnya itu berpidato. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Daneng memang bijak dan mempunyai masa depan yang cerah jika diberi peluang. Keinginan untuk meneruskan niatnya terus membara. “Tentu sekali!Belantara ini sememangnya satu anugerah. Tetapi dunia sentiasa berubah. Kemajuan menerpa manusia. Suka ataupun tidak, manusia perlu bergelut dan menyesuaikan diri dengan perubahan itu ketika disapa kemajuan. Jika tidak, manusia itu menempah kepupusan.” ( Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah Cikgu Jo mahu Daneng meneruskan pelajarannya ?
(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah pelajar di luar bandar sering menghadapi masalah keciciran ? [3 markah ]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini . [3 markah]
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
[3 markah ]
[Lihat sebelah Halaman 3
SULIT
1103/2
Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan–soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri . Hatta, maka Jibor pun mengeluarkan suatu kopiah buatan Rom, terlalu baik rupanya lagi ajaib: halusnya seperti roma cucuk telinga rasanya tatkala dipegang, demikianlah halusnya. Adalah harganya seribu dinar. Lalu dibawanya kepada Sabor. Maka kopiah itu pun diberikannya disuruh pakai kepada Sabor akan hendak menyukakan hati Sabor. Maka kopiah itu pun dipakai oleh Sabor. Maka Sabor pun hendak mengatakan hal Saidah itu kepada saudaranya Jibor, (maka ia pun sangat malu rasanya ). Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil empat orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, “Apabila waktu Maghrib sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa memakai kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi sembahyang, orang bertandakan kopiah itu.” Maka kata sipahi, “Baiklah, tuan hamba,” serta dengan takzimnya. Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur. Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar pergi ke masjid mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid. ( Dipetik daripada Sabor , dalam Antologi Kerusi , Dewan Bahasa dan Pustaka )
(i)
Apakah maksud setelah sudah ia bersetia itu ?
[2 markah ]
(ii)
Apakah yang dilakukan oleh Jibor setelah selesai membuat perjanjian dengan empat orang sipahi? [3 markah ]
(iii)
Pada pendapat anda , wajarkah Sabor mendedahkan hal Saidah kepada Jibor? [3 markah ]
Soalan 2(d) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan Jalan-jalan raya kotaku Iewat senja begini Tika gerimis menabur benih Menerima kehadiran warga kota Lemas dalam kesabaran Lelah meresahkan Dengan luka parah di hati. Ketidaksabaran membengkak Kesombongan merajai setiap ruang Semakin padat dengan emosi Kebosanan menggigit pangkal rasa.
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
[Lihat sebelah Halaman 4
SULIT
1103/2 Demikian etika di perjalanan Budi luhur warga kotaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggiran perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku Adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit Kemanusiaan semakin mandul Pada penghujung musim.
Zam Ismail
( Dipetik daripada Jalan-Jalan Raya Kotaku, dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 )
(i)
Nyatakan sikap pengguna jalan raya yang mengecewakan penyajak.
[2 markah ]
(ii)
Jalan raya di negara kita sering dianggap sebagai sungai maut. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk menangani tanggapan tersebut? [3 markah ]
(iii)
Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)
Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. (i)
pemindahan
-
perpindahan
(ii)
pelanggaran -
perlanggaran
(iii)
penahanan
pertahanan
1103/2
-
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
[6 markah] [Lihat sebelah Halaman 5
SULIT
1103/2
(b)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Kerana kesuntukan masa, mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam mesyuarat semalam.
(ii)
Pelajar lelaki itu mengirimkan e-mel kepada gurunya untuk menanyakan masalah pelajarannya.
(iii)
Cikgu Ramlah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di luar bandar. [6 markah]
(c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)
Rakyat yang pengetahuan luas dalam bidang teknoloji maklumat peluang pekerjaan yang luas dalam sektor kerajaan atau swasta.
(ii)
Semua rakyat Malaysia sepatutnya mengembleng tenaga dan wang ringgit ke arah membentuk nilai-nilai murni yang memberi kesan baik kepada masyarakat.
(iii)
Sejak pengswastaan Syarikat Telekom Malaysia Sendirian Berhad, pengurusannya menjadi lebih efisyen. [6 markah]
(d)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)
Para pelajar disarankan agar memberitahu wadar asrama sekiranya mereka menghadapi lain-lain masalah.
(ii)
Tulisan yang memenangani tempat pertama dalam pertandingan itu ditulis oleh saya.
(iii)
Amnah dikenakan oleh guru untuk menceritakan kembali peristiwa itu kepada rakanrakannya di kelas 3 Cempaka. [6 markah]
(e)
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
(i)
Fikirlah masak-masak sebelum menolak tawaran belajar di universiti tempatan kerana kamu belum tentu diterima belajar di universiti luar negara. Ibu khuatir ___________________ _______________________.
(ii)
Syarikat swasta digesa supaya tidak bersikap pilih kasih seperti kata pepatah ____________________ dalam memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan berbanding dengan pekerja asing.
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
mempunyai
[Lihat sebelah Halaman 6
SULIT
(iii)
1103/2
Perbalahan antara pemimpin kedua-dua buah negara itu menyebabkan rakyat negara masing- masing hidup dalam ketakutan seperti ______________________________. [6 markah] Soalan 4 : Novel [15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari:
(i)
Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii)
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii)
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv)
Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii)
Julia karya Abu Hassan Morad
(viii)
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
(a)
Setiap novel mempunyai keistimewaan tersendiri yang menyebabkan pembaca meminatinya. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua keistimewaan novel tersebut. [7 markah]
(b)
Nilai murni merupakan salah satu aspek penting dalam penghasilan sesebuah karya. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tiga nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2
© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
[Lihat sebelah Halaman 7