Spm > Bahasa Melayu > Spm Bm Kertas 2 Set 2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm > Bahasa Melayu > Spm Bm Kertas 2 Set 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,930
  • Pages: 8
SULIT

1103/2

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2006 2½ jam

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 1

SULIT

1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip dalam perniagaan dan kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikan keuntungan tetapi penuh dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatu perniagaan tidak dapat dicapai dengan begitu mudah sebaliknya memerlukan kegigihan dan kesanggupan menghadapi pelbagai cabaran. Seseorang peniaga perlu menghayati dan mengamalkan etika atau prinsip-prinsip perniagaan untuk menjamin kepentingan pengguna dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Pematuhan kepada prinsip perniagaan ini juga bertujuan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna demi meningkatkan jualan. Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku dan membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang dengan harga yang berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Seorang peniaga juga harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan dalam mengawal harga ke atas barangan keperluan harian untuk kestabilan ekonomi dan kebajikan pengguna. Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada sesuatu produk semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sesetengah peniaga juga sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk meningkatkan harga. Tindakan ini sudah pasti menyulitkan dan membebankan pengguna. Selain itu peniaga yang berjaya juga tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Peniaga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman berniaga untuk memberikan peluang dan membangunkan usahawan muda. Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh para peniaga. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa pembeliannya dan ingin menukarkan produk tersebut kembali sama ada dalam bentuk produk lain atau mendapatkan wangnya kembali, peniaga harus bersetuju dan menyanggupinya. Peniaga juga harus boleh membuat keputusan dengan rasional supaya dapat memberikan manfaat dan mengutamakan kepentingan pengguna. Di negara ini, Rukun Niaga Malaysia merupakan kod etika perniagaan yang diasaskan berdasar kepada nilai-nilai agama, falsafah, budaya dan tradisi masyarakat majmuk di negara ini. Dalam apa juga keadaan peniaga yang ingin berjaya harus berpegang kepada kod etika perniagaan tersebut. Manfaatkanlah kod etika tersebut demi kepentingan pengguna dan pemantapan ekonomi negara. (Diubahsuaikan daripada Etika Perniagaan oleh Selaine Lim, Dewan Masyarakat, Februari 2005)

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 2

SULIT

1103/2 Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata tidak seharusnya lupa daratan.

[2 markah]

(ii)

Nyatakan tiga kepentingan mengamalkan prinsip perniagaan.

[3 markah]

(iii)

Berikan empat kebaikan pengiklanan dalam dunia perniagaan.

[4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Cikgu Tini mengeluarkan buku rujukan ekonomi dari dalam laci mejanya. “Ini buku yang Mariah pesankan.” “Mariah tak ada duit, Cikgu.” “Ambillah dulu, kalau ada duit Mariah bayar. Kalau tak ada, anggap sebagai derma Cikgu.” Malu rasanya menerima buku yang tidak berbayar itu. “Cikgu baru sahaja mengetahui diri Mariah. Penyakit ayah Mariah juga Cikgu sudah maklum. Kita sama – sama berdoa, dia akan pulih.” Seperti ayahnya, Mariah juga tidak percaya adiknya Hilmi tiba – tiba sahaja meninggalkan mereka. Beberapa minit sebelum itu, mereka bermain dengan riang. Mereka kejar – mengejar kerana berebut kereta mainan yang baru dibeli oleh ayah. Tiba – tiba Hilmi berpusing dan melepaskan diri daripada tangan ayah. Ada seekor kucing yang cantik di seberang jalan. Hilmi mahu mengambil kucing itu. Sebuah teksi menyambarnya di tengah – tengah garisan jalan. Mariah menjerit. Ibu jatuh dan pengsan. Setelah pulih, ibu meraung dan memarahi ayah. Mulai saat itu ayah menjadi tidak menentu. Setiap hari ayah meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya. Ayah bermenung dan kadang – kadang bercakap sendirian. Lebai Kudin berkali – kali datang dan mengajak ayah belajar mengenal diri. “Ayahmu degil Mariah,” rintih ibu. “Imannya tidak kuat. Ambil mudah tinggalkan sembahyang. Kau jangan jadi begitu Mariah.” Itulah kata – kata ibu yang diingati oleh Mariah. “Kata Edah, Mariah sudah ketiadaan ibu, kan?” “Ya, Cikgu.” ( Dipetik daripada cerpen Mariah oleh Sharif Putera, dalam Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000,)

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 3

SULIT

1103/2

(i)

Jelaskan perubahan tingkah laku ayah selepas kematian Hilmi.

[2 markah ]

(ii)

Pada pendapat anda, wajarkah ibu Mariah memarahi ayah selepas peristiwa kematian Hilmi. [3 markah ]

(iii)

Berikan dua pengajaran daripada petikan cerpen di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat daripada keseluruhan cerpen. [4 markah ]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri . Maka orang banyak itu pun sebagai naik ke atas birai istana itu dari kisi – kisi istana itu. Maka Laksamana pun menyarungkan kerisnya lalu duduk di atas talam itu. Maka Hang Jebat pun menyarungkan kerisnya juga lalu duduk pada sebuah talam itu berhadapan dengan Laksamana. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, apatah dayaku, kerana aku dititahkan raja membuangkan engkau? Dalam pada itu pun, jika engkau berdosa ini lain daripada dosa yang demikian, tahu juga kupohonkan. Yang engkau dan Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu ini bukanlah sahabat lagi padaku, penaka saudarakulah. Sukar aku berkata.” Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana itu, maka ia pun menangis, katanya, “Kerana kita ini pun lima bersaudara berkecil – kecilan; bukan lagi bersahabat. Penaka saudaralah.” Maka dilihat oleh Laksamana Hang Jebat berkata – kata itu adalah alpanya. Maka Laksamana pun matanya tiada lepas mengerling hulu keris Hang Jebat juga; sungguhpun Laksamana berkata – kata itu, kaki tangannya sudah hadir menantikan Si Jebat cedera sedikit juga. Maka dengan takdir Allah Taala, maka Hang Jebat pun meleng matanya memandang kepada pintu istana itu melihat orang banyak mengintai dari kisi – kisi itu. Maka Laksamana pun segera melompat maka disentakkannya keris pada pinggang Hang Jebat itu, dapat ke tangan Laksamana. Maka Hang Jebat pun terkejut, dilihatnya Laksamana menyentak kerisnya itu. Maka Hang Jebat pun berbangkit, serta diusirnya akan Laksamana, katanya, ”Hai Si Tuah, demi Allah, bunuhlah aku, kerana tiada berkeris!” ( Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat, dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka ) .

(i)

Terangkan maksud tiada lepas mengerling seperti yang digunakan dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii)

Gambarkan bagaimana Hang Tuah menyentak keris di pinggang Hang Jebat. [3 markah]

(iii)

Andaikan anda Hang Tuah, apakah yang patut anda lakukan untuk menyelesaikan perselisihan anda dengan Hang Jebat? [3 markah]

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 4

SULIT

1103/2

Soalan 2(d) Petikan Puisi Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa Tampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri; Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. .

Permatang Budi, 1991. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i)

Terangkan maksud rangkap pertama pantun di atas.

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu pandai-pandailah membawa diri? [3 markah]

(iii)

Berikan empat pengajaran yang terkandung dalam pantun di atas.

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[2 markah]

[4 markah]

[Lihat sebelah Halaman 5

SULIT

1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa dan nama khas. (i)

laki – lelaki

(ii)

langit – lelangit

(iii)

rambut – rerambut [6 markah]

(b)

Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada asalnya.

cakap pindah tanpa mengubah maksud

“Apa hal cikgu jemput saya?” tanya Aishah sambil menatap wajah Cikgu Tipah. “Cikgu jemput Aishah ke bilik ni bertujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai seorang kakak dengan adik,” jelas Cikgu Tipah sambil tersenyum manis. “Maksud cikgu?” Aishah ingin kepastian. “Saya sebenarnya ingin mendapat penjelasan daripada Aishah kenapa keputusan ujian bulanan merosot,” kata Cikgu Tipah sambil merenung ke wajah Aishah. [6 markah]

(c)

Dalam ayat – ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan – kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)

Semangat silaturrahim dapat dipupuk menerusi amalan gotong–royong serta menarik pelancong berkunjung negara ini.

(ii)

Encik Borhan menerima perlantikan sebagai pengarah syarikat dan lantikan beliau itu berkuatkuasa pada 1 Mac 2006.

(iii)

Ibu mencadang kakak membawa rakannya bersiar–bersiar ke komplek beli–belah. [6 markah]

(d)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan – kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)

Anak – anak dilarang daripada menyahut perbualan orang tua – tua kerana perbuatan itu menyalahi akan adat ketimuran.

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 6

SULIT

1103/2

(ii)

Kita tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.

(iii)

Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya. [6 markah]

(e)

Baca ayat - ayat di bawah dengan teliti dan kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat ini .

(i)

Setiap pelajar perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kejayaan itu tidak datang begitu mudah melainkan dengan usaha yang gigih.

(ii)

Walaupun Tengku Hassan berasal daripada keluarga bangsawan yang begitu dihormati tetapi beliau masih mahu bergaul dengan orang kebanyakan atau rakyat bawahan. Beliau tidak pernah menganggap imejnya akan terjejas akibat pergaulannya itu.

(iii)

Encik Ahmad merupakan tokoh korporat yang banyak menerima pengalaman di luar negara dan telah tinggal di luar negara lebih sepuluh tahun. Walaupun mempunyai syarikat yang besar di sana, beliau akhirnya meninggalkan perniagaan itu dan kembali ke tanah air untuk berbakti. [6 markah] Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

1103/2

(i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii)

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)

Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 7

SULIT

1103/2

(a)

Pengarang mengemukakan banyak kritikan terhadap masyarakat melalui karyanya. Jelaskan dua kritikan dalam novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

(b)

Teknik plot ialah teknik penulisan yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya. Bandingkan tiga teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam dua buah novel yang anda pelajari. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 8

Related Documents