Spm > Bahasa Melayu > Skema Bm Kertas 1 Set 2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm > Bahasa Melayu > Skema Bm Kertas 1 Set 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 813
  • Pages: 4
SULIT

SKEMA SET 2

1103/1

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU Kertas 1

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 SET 2 1. Kertas jawapan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

Kertas jawapan ini mengandungi 4 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 1

SULIT

SKEMA SET 2

1103/1

Bahagian A Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) . Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan negara terus membangun dengan pesat. Kerajaan melaksanakan program-program yang memberikan manfaat kepada rakyat dan negara. Satu daripada program yang mendapat perhatian masyarakat kini ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini banyak memberikan faedah kepada masyarakat dan negara. PLKN dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan peserta. Menerusi program yang diikuti semasa menjalani latihan, para peserta dapat dipupuk menjadi warga negara yang kasih akan negara. Program menyanyikan lagu-lagu patriotik dapat memupuk rasa cinta akan negara. Program mendeklamasikan sajak yang bertemakan semangat patriotik juga dapat menyemai rasa sayang akan negara. Program ceramah yang mengemukakan sejarah tanah air, pemimpin-pemimpin tanah air kita dapat menyemai dan membina semangat cinta akan negara. Penyemaian semangat cinta akan negara ini dalam kalangan para peserta amat penting , bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Di samping itu, PLKN juga dapat memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional. Para peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum yang datangnya dari negerinegeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bergaul dan bermesra dalam tempoh yang panjang. Dalam jangka masa tiga bulan mereka menjalani pelbagai aktiviti seperti aktiviti kumpulan, ceramah dan sebagainya dapat membuka ruang kepada setiap peserta mengenali antara satu sama lain. Menerusi aktiviti kumpulan misalnya, mereka dapat belajar untuk bekerjasama, bertolak ansur, bersedia memberikan pendapat dan bersedia pula untuk menerima pandangan orang lain. Segala amalan ini dapat membina semangat persaudaraan dan sikap berbaik sangka dalam kalangan generasi muda ini. Menerusi PLKN juga sikap berdisiplin dan pembinaan jati diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadual latihan dan pimpinan jurulatih dapat mendidik para peserta supaya berdisiplin dan mematuhi arahan. Mereka juga dapat dilatih supaya menghargai masa. Aktiviti lasak ala ketenteraan dapat membantu ketahanan fizikal dan sekali gus memperkukuh jati diri. Selain itu, aktiviti berbentuk kerohanian seperti sembahyang berjemaah, kuliah subuh dan ceramah dapat membina kekuatan mental dan disiplin yang tinggi dalam kalangan peserta. Aktiviti kebajikan juga seperti menziarahi dan membersihkan kawasan rumah warga tua serta membantu mangsa tsunami dapat membina disiplin dan jati diri yang tekal dan kental. Jelaslah kepada kita bahawa PLKN memberikan manfaat kepada peserta, masyarakat dan negara. Sikap masyarakat yang positif terhadap program ini hendaklah diteruskan bagi memastikan aspirasi program ini tercapai sepenuhnya. Kita meyakini bahawa PLKN merupakan pemangkin bagi mengangkat martabat dan kewibawaan negara.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 2

SULIT

1103/1

SKEMA SET 2

Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ] [ 100 markah ] SOALAN 1 Pada tiap-tiap tahun, sekolah anda mengadakan latihan kebakaran. Semua pelajar terlibat dalam latihan itu. Huraikan kebaikan latihan kebakaran yang diadakan di sekolah anda. (a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat menghuraikan kebaikan latihan kebakaran yang diadakan di sekolah.

SOALAN 2 Kes buli yang melibatkan pelajar di sekolah berasrama di negara ini semakin menjadi-jadi. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa kurang berminat untuk menghantar anak-anak belajar di sekolah berasrama. Jelaskan langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi kes buli yang melibatkan pelajar di sekolah berasrama di negara kita. (a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi kes buli yang melibatkan pelajar di sekolah berasrama di negara kita

SOALAN 3 Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menganjurkan pertandingan syarahan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Tajuk syarahan itu ialah “Rasuah Musuh Utama Negara” Tulis teks syarahan itu selengkapnya. (a)

Format :

Syarahan Tolak markah jika tiada : Menghadap majlis Tuan-tuan

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

-

1 markah 1 markah Halaman 3

SULIT Penutup

(b)

1103/1

SKEMA SET 2

-

1 markah

Maksimum markah ditolak - 2 markah. Diharapkan : Pelajar dapat menyediakan teks syarahan tentang rasuah menjadi musuh utama negara.

SOALAN 4 Kenaikan harga minyak dunia mengancam masa hadapan sesebuah negara. Tulis pendapat anda tentang pernyataan di atas. (a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat memberikan pendapat sama ada bersetuju atau tidak bersetuju atau berkecuali tentang kenaikan harga minyak dunia dapat mengancam masa hadapan sesebuah negara.

SOALAN 5 Anda telah menyaksikan sebuah pementasan drama yang bertajuk “ Serunai Malam”, di sekolah anda. Setelah menyaksikannya, anda ingin memberi ulasan tentang kelebihan dan kekurangan pementasan drama tersebut. Tulis ulasan anda selengkapnya.

(a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat membuat ulasan tentang kelebihan dan kekurangan pementasan drama Serunai Malam.

GARIS PANDUAN GURU TAMAT

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 4

Related Documents