Spm > Bahasa Melayu > Skema Bm Kertas 1 Set 3

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm > Bahasa Melayu > Skema Bm Kertas 1 Set 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 982
  • Pages: 5
SULIT

SKEMA SET 3

1103/1

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU Kertas 1

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 SET 3

1. Kertas jawapan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 1

SULIT

SKEMA SET 3

1103/1

Bahagian A

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah menyertai pasukan unit beruniform di sekolah. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. Sejak kebelakangan ini, minat para pelajar untuk menyertai unit beruniform di sekolah kurang menggalakkan. Hal ini disebabkan para pelajar lebih memberi perhatian kepada bidang akademik. Malah ada sesetengah pelajar beranggapan bahawa penglibatan aktif dalam aktiviti unit beruniform yang merupakan satu daripada cabang aktiviti kokurikulum dapat menjejaskan prestasi akademik mereka. Anggapan sedemikian tidak benar kerana melibatkan diri dalam aktiviti unit beruniform banyak faedahnya. Jika tidak, masakan Kementerian Pendidikan Tinggi memperuntukkan 10 % markah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum bagi permohonan masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam Pemudi harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai pelapis kepimpinan negara, generasi pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pemimpin. Bergiat secara aktif dengan memegang jawatan penting dalam unit beruniform adalah satu daripada caranya untuk mengasah bakat kepimpinan dan melatih seseorang pelajar untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai seorang Ketua Platun pasukan kadet remaja atau ketua patrol bagi pengakap, pelajar akan memperoleh pengalaman memimpin platun atau patrolnya. Bagitu juga dengan pengalaman mengurus unit masing-masing dengan memegang jawatan pengerusi atau setiausaha. Jadi, tidak hairanlah jika kebanyakan pemimpin negara mempunyai latar belakang sebagai seorang pemimpin unit beruniform semasa di alam persekolahan . Penyertaan dalam unit beruniform dapat membentuk disiplin diri dalam kalangan ahlinya. Seperti yang kita sedia maklum,, setiap unit beruniform amat mementingkan disiplin dan kepatuhan pada pelbagai peraturan yang ditetapkan. Bagi seorang ahli kadet polis misalnya, mereka perlu mematuhi peraturan berpakaian iaitu mesti memakai pakaian seragam yang ditetapkan berambut pendek, berdisiplin ketika sesi latihan kawat, menepati waktu perjumpaan diadakan dan sebagainya. Hal ini sudah pasti akan melahirkan generasi remaja yang berdisiplin. Penyertaan dalam unit beruniform juga akan membuka ruang untuk mempereratkan perpaduan kaum. Setiap unit beruniform akan disertai oleh para pelajar yang berbilang kaum dan agama. Menerusi aktiviti yang dilaksanakan membolehkan ahli-ahli yang pelbagai kaum dan agama ini saling mengenali, bertukar-tukar fikiran dan seterusnya menjalankan aktiviti untuk kepentingan bersama, sekali gus akan menjalin perpaduan dan integrasi nasional seperti yang harapkan oleh kerajaan melalui Sistem Pendidikan Negara.. Selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah, penyertaan dalam unit beruniform juga memberi peluang kepada kita untuk memberi sumbangan kapada masyarakat setempat, negara dan masyarakat antarabangsa. Pasukan pengakap dan pasukan Bulan Sabit Merah misalnya, boleh menyertai aktiviti gotong- royong membersihkan kawasan perumahan, membantu mangsa banjir , bertugas pada hari sukan dan menyertai acara perbarisan Hari Kebangsaan. Kita juga berpeluang memberi

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 2

SULIT

1103/1

SKEMA SET 3

sumbangan di peringkat antarabangsa seperti yang telah dilakukan oleh pasukan bulan sabit merah yang membantu mangsa-mangsa tsunami di Acheh. Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Hal ini bukan sahaja memberi pengalaman yang amat bermakna malah akan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Kesimpulannya, memang banyak manfaat yang diperoleh dengan melibatkan diri dalam aktiviti unit beruniform. Oleh itu, kesempatan berada di alam persekolahan hendaklah diambil oleh para pelajar dengan menyertai unit beruniform agar negara memiliki generasi yang berketrampilan dan sarat dengan nilai-nilai murni. Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ] [ 100 markah ] SOALAN 1

Golongan belia di negara kita kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian walaupun bidang pertanian dapat mendatangkan pendapatan yang lumayan. Bincangkan usaha yang dapat dilakukan untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian. .

(a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat membincangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian

SOALAN 2 Masyarakat hari ini sibuk mengejar kebendaan hingga mengabaikan semangat kejiranan. Sebenarnya, semangat kejiranan amat penting diamalkan dalam hidup bermasyarakat. Jelaskan kepentingan semangat kejiranan dalam hidup bermasyarakat.

(a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan kepentingan semangat kejiranan dalam hidup bermasyarakat.

SOALAN 3 1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 3

SULIT

1103/1

SKEMA SET 3

Sekolah anda mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Hal ini kerana pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program untuk mencapai kejayaan tersebut. Anda ingin menceritakan program tersebut kepada seorang sahabat yang tinggal di negara jiran.

Tulis surat anda selengkapnya.

(a)

Format :

Surat kiriman tidak rasmi. Tolak markah jika tiada : Alamat penulis Tarikh Menghadap surat Penutup Tandatangan

-

½ ½ ½ ½ ½

markah markah markah markah markah

Maksimum markah ditolak - 2 markah. (b)

Diharapkan : Pelajar dapat menulis surat untuk menceritakan pelbagai program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksan SPM peringkat kebangsaan

SOALAN 4 Hubungan baik antara dua negara berjiran perlu dikekalkan kerana banyak memberi kebaikan kepada kedua-dua buah negara. Beri pendapat anda tentang kebaikan yang diperoleh hasil daripada hubungan erat yang terjalin antara dua negara yang berjiran. (a) (b)

Format :

Tiada

Diharapkan : Pelajar dapat memberikan pendapat tentang kebaikan yang diperoleh hasil daripada hubungan erat yang terjalin antara dua Negara yang berjiran.

SOALAN 5 Pantun memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Pisang emas dibawa berlayar , Masak sebiji di atas peti ; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati .

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 4

SULIT

SKEMA SET 3

1103/1

Maksud pantun di atas ialah budi mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan masyarakat. Anda ingin menulis sebuah cerpen yang bertemakan budi. Tulis cerpen itu selengkapnya (a)

Format : Cerpen Tolak markah jika tiada : Tajuk cerpen Nama penulis :

(b)

Diharapkan

: 1 markah 1 markah :

Pelajar dapat menulis cerpen yang bertemakan budi.

GARIS PANDUAN GURU TAMAT

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 5

Related Documents