Spm > Bahasa Melayu > Skema Bm Kertas 1 Set 1

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm > Bahasa Melayu > Skema Bm Kertas 1 Set 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,307
  • Pages: 7
SULIT

SKEMA SET 1

1103/1

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU Kertas 1

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 SET 1 1. Kertas jawapan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 1

SULIT

1103/1

SKEMA SET 1

PANDUAN PEMERIKSAAN PANDUAN GURU

BAHAGIAN A

PERINGKAT

CIRI-CIRI KARANGAN

A 26 – 30 markah

a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian jelas dan matang. c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan ayat serta penggunaan tanda baca yang betul. d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan ungkapan yang menarik.

B 20 - 25 markah

a. b. c. d.

C 15 – 19 markah

a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian masih jelas. c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. d.. Unsur bahasa masih bervariasi

D 10 – 14 markah

a. b. c. d..

E 01 – 09 markah

a. Penguasaan kemahiran menulis lemah. b. Tidak memahami tema bahan rangsangan.

1103/1

Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian jelas. Bahasa gramatis dari segi kosa kata dan ayat. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Isi kurang berkaitan dengan tema bahan rangsangan. Kurang kepelbagaian jenis ayat Penggunaan kosa kata yang terhad / tidak tepat. Unsur bahasa kurang bervariasi.

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 2

SULIT

1103/1

SKEMA SET 1

BAHAGIAN B KATEGORI

KRITERIA

CEMERLANG

Isi - menepati kehendak soalan. Huraian sangat jelas. Contoh sesuai.

80 - 100 Bahasa - lancar, terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa, wacana lengkap, kosa sangat kata luas dan tepat. Pengolahan - sangat menarik/ istimewa dan berkesan Penggunaan tanda baca dan ejaan betul. BAIK ATAS 66 – 79

Isi - menepati kehendak soalan. Huraian jelas. Contoh sesuai. Bahasa - lancar , terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa , wacana lengkap, kosa kata luas dan tepat. Pengolahan - sangat menarik dan berkesan Penggunaan tanda baca dan ejaan betul.

BAIK BAWAH 51 – 65

Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian masih jelas.Contoh masih sesuai. Bahasa - masih lancar , masih terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa , wacana masih lengkap, kosa kata masih luas dan tepat. Pengolahan - masih menarik . Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

MEMUASKAN 36 – 50

Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian kurang jelas. Contoh kurang sesuai. Bahasa - kurang lancar , kurang terdapat kepelbagaian jenis ayat, kurang terdapat keindahan bahasa , wacana kurang lengkap, kosa kata umum dan terhad. Pengolahan - kurang menarik. Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 3

SULIT

1103/1

SKEMA SET 1

KURANG MEMUASKAN

Isi - masih menepati kehendak soalan / bercampur aduk. Huraian tidak jelas/ tidak berkembang. Contoh tidak sesuai.

21 – 35

Bahasa - tidak lancar , tidak terdapat kepelbagaian jenis ayat, wacana tidak lengkap, kosa kata lemah dan terhad. Ayat masih boleh difahami. Pengolahan - tidak menarik. Kesalahan tanda baca dan ejaan ketara. . Isi -

TIDAK MEMUASKAN

bercampur aduk dan huraian tidak jelas/kabur

Bahasa - sukar difahami

01 - 20

Pengolahan - lemah Penggunaan tanda baca lemah.

CATATAN :

1.

Pemberian markah berdasarkan kesan keseluruhan karangan pelajar.

2.

Beri markah berdasarkan kriteria dan kemudian barulah tolak markah ejaan dan format. Contoh :

K -E -F -

1103/1

63 2 1 60

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 4

SULIT

SKEMA SET 1

1103/1

JAWAPAN CONTOH BAHAGIAN A

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memupuk perpaduan nasional di negara kita. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Keharmonian negara banyak bergantung pada hubungan mesra dan intim dalam kalangan rakyat. Justeru, pelbagai langkah perlu dilaksanakan bagi memastikan wujudnya perpaduan nasional. Satu daripada langkah yang telah pun dilaksanakan ialah usaha yang dilakukan oleh kerajaan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menerima pendidikan tanpa mengira bangsa dan kaum. Pelajar-pelajar berbilang kaum dapat mengikuti pelajaran di tempat dan kawasan yang sama. Mereka bergaul, bermesra dan menjalani aktiviti bersama-sama. Hubungan ini dapat melahirkan rasa saling memahami dan hormat-menghormati antara pelajar berbilang kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan memperkukuh hubungan antara pelajar kerana bahasa dapat menjadi wadah yang ampuh dan mapan untuk mewujudkan perpaduan nasional. Perpaduan nasional juga dapat diwujudkan melalui amalan kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Amalan ziarah-menziarahi semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dapat melahirkan kemesraan. Rakyat dapat memahami dan menghayati adat resam sesuatu bangsa. Pemahaman dan penghayatan ini penting dalam melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Jamuan rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan semasa perayaanperayaan tertentu juga dapat memberikan impak yang berkesan dalam usaha mewujudkan perpaduan nasional. Melalui aktiviti sukan juga kita dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Hal ini terbukti apabila kita melihat suasana di gelanggang sukan yang melibatkan pasukan negara. Semua penonton yang terdiri daripada pelbagai kaum bersorak dengan penuh semangat menyokong pasukan negara. Mereka gembira dan saling berpelukan apabila pasukan negara meraih kejayaan. Menerusi aktiviti sukan berbentuk riadah juga dapat merapatkan hubungan antara rakyat di negara kita. Mereka menjalani aktiviti bersamasama, bertegur sapa sambil mengamalkan gaya hidup sihat. Selain aktiviti sukan , perpaduan nasional juga dapat dipupuk melalui program-program khas seperti acara menyambut Hari Kemerdekaan negara, gotong-royong, dan program-program yang melibatkan warga tua. Sesungguhnya, perpaduan nasional merupakan teras atau tonggak utama kemajuan negara. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah menyokong segala usaha yang dilaksanakan bagi memastikan perpaduan nasional dapat direalisasikan di negara kita, bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 5

SULIT

SKEMA SET 1

1103/1

GARIS PANDUAN GURU SOALAN 1 Remaja hari ini kurang berminat untuk menyertai bidang sukan yang dianjurkan di sekolah. Hal ini menyebabkan prestasi sukan di negara kita kian merosot. Jelaskan usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang sukan yang dianjurkan di sekolah.

(a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang sukan yang dianjurkan di sekolah.

SOALAN 2 Keadaan jerebu yang sering melanda negara mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat di negara ini. Huraikan langkah yang patut diambil agar masalah jerebu yang melanda negara dapat diatasi. (a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat menghuraikan langkah yang patut diambil agar masalah jerebu yang melanda negara dapat diatasi.

SOALAN 3 Anda telah mengambil bahagian dalam pertandingan bahas peringkat negeri.Tajuk perbahasan itu ialah “ Pengambilan Pelajar Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam Berdasarkan Kecemerlangan Akademik Sahaja”. Tulis hujah anda sama ada sebagai pencadang atau pembangkang. (a)

Format :

Perbahasan Tolak markah jika tiada : Menghadap majlis 1 markah Tuan-tuan 1 markah Penutup 1 markah Maksimum penolakan markah format - 2 markah

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 6

SULIT

1103/1

SKEMA SET 1

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat mengemukakan hujah tentang pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam berdasarkan kecemerlangan akademik sahaja sama ada sebagai pencadang atau pembangkang .

SOALAN 4 Sesebuah akhbar mempunyai kebebasan yang mutlak dalam menyiarkan sesuatu berita. Beri komen anda tentang pernyataan di atas.

(a) (b)

Format :

Tiada

Diharapkan : Pelajar dapat memberi komen sama ada bersetuju atau tidak bersetuju atau berkecuali tentang sesebuah akhbar mempunyai kebebasan yang mutlak dalam menyiarkan sesuatu berita.

SOALAN 5 Peribahasa, “ Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis “ bermaksud, dalam sebarang hal, hendaklah berfikir dahulu supaya tidak mengalami kerugian. Hal ini amat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Jelaskan kebaikan sikap berhati-hati dalam kehidupan supaya tidak mengalami kerugian. (a)

Format :

Tiada

(b)

Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan kebaikan sikap berhati-hati dalam kehidupan supaya tidak mengalami kerugian.

GARIS PANDUAN GURU TAMAT

1103/1

© 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Halaman 7

Related Documents