Skrip Persembahan Boneka.docx

  • Uploaded by: Atikah Syukrina
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skrip Persembahan Boneka.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 763
  • Pages: 4
SKRIP PERSEMBAHAN BONEKA “TIKUS DENGAN SINGA” Pada satu malam yang sunyi dan gelap-gelita, di dalam sebuah hutan, si tikus keluar seorang diri untuk mencari makanan. (sound effect) TIBA-TIBA..!! (sound effect bunyi tikus terpijak kaki singa dan

seolah-olah bunyi singa

mengaum marah) Tikus : Alamak!!! Singa : Siapakah itu yang berani mengganggu tidurku? Tikus : Maafkan aku, singa! Aku tidak nampak kamu sedang tidur kerana keadaan yang gelap! Singa : Berani kamu mengganggu aku, tikus! Kamu mahu aku makan kamu ke ha? (sound effect) Tikus : Bukan begitu! Maafkan aku, Singa! Singa : Malam ini akan aku makan kamu! (SOUND EFFECT. Singa telah menangkap tikus) Tikus : Maafkan aku, Singa! Tolonglah jangan makan aku. Badan aku ini kecil sahaja dan dagingku juga tidak banyak. Kalau kau makan aku pun, kau tidak akan kenyang! Kau hanya aku merasa seolah-olah kau meneguk setitik air sahaja! Tolonglah lepaskan aku, aku berjanji akan menolong kau lain kali! Singa : HAHAHAHAHA (sound effect) Kau mahu menolong aku? Kau tidak sedar diri kah? Kau ini hanya seekor tikus yang kecil dan lemah! Aku ini pula singa si raja rimba. Bagaimana kau boleh menolong aku?! HAHAHAHA (SOUND EFFECT) Tikus : Jangan kata begitu, singa! Tolonglah lepaskan aku! Singa : Baiklah, tikus! Hari ini nasib kau baik! Aku sudah kenyang kerana makan besar siang tadi. Kau pergi lah balik ke sarang kau. Jangan merayau lagi! Jika aku tangkap kau sekali lagi, aku tidak akan beri peluang pada kau lagi! Tikus : Terima kasih, Singa! Aku berjanji akan membalas budi kau suatu hari nanti! Singa : Ya lah, cepat kau pergi dari sini! (tikus pun berlari dengan pantas untuk balik ke sarangnya (sound effect))

Suatu hari, singa merayau-rayau di dalam hutan. Tanpa disedari, dia terpijak perangkap yang telah dipasang oleh pemburu. (sound effect) Singa : Alamak! Tolong! Tolong! (singa menjerit-jerit dan mengaum untuk meminta tolong tetapi tidak didengari sesiapa). Singa : habislah aku kali ini! Aku akan menjadi habuan manusia! (sambil menangis) Tiba-tiba, arnab yang sedang lalu di kawasan itu ternampak singa. Dia terkejut (sound effect) Arnab : Oh mak oi! Singa : eh, arnab!! Nasib baik kau ke sini. Tolong;ah aku! Aku telah terpijak perangkap yang dipasang pemburu. Sekarang aku tidak boleh melepaskan diri. Arnab : tidak mahu! Nanti pasti kau akan makan aku! Lahipun, aku tidak tahu bagaimana mahu menolong kau! Singa : aku berjanji tidak akan makan engkau! Tolonglah aku! Arnab : maafkan aku, singa! Aku tidak tahu bagaimana mahu menolong kau. Tidak mengapa kalau kau ditangkap oleh pemburu. Mereka pasti akan memberi kau makanan yanglebih sedap. Singa : kau jangan mengarut, arnab! Mereka ingin makan daging aku! Arnab : kalau begitu, kau pasrah saja lah. Aku pergi dulu! Singa : arnab, jangan pergi!! (arnab pergi meninggalkan singa. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan tikus) Arnab : hai, tikus! Kau nak ke mana? Tikus : aku nak balik ke sarang. Arnab : oh, begitu. Aku nasihtakan kau berhati-hati kerana dalam perjalanan ke sarang kau, ada singa! Tikus : singa? Bagaimana kau tahu dia ada di situ? Arnab : aku telah ternampak dia tadi! Tapi, kau jangan risau kerana dia telah terpijak perangkap yang dipasang oleh pemburu! Tikus : Ya kah?! Kasihannya dia! Ayuh kita tolong da!

Arnab : kau sudah gilakah, tikus? Nanti pasti dia akan makan kita! Tikus : tidak, arnab. Aku kenal pada Singa. Percaya pada aku, dia tidak akan makan kita! (ARNAB BERFIKIR SEJENAK. SOUND EFFECT) Arnab : baiklah, kalau kau kata begitu. Tikus : ayuh, cepat! Nanti pemburu itu sampai. (mereka berlari pantas) Singa : tikus, arnab!! Tolong aku! Tikus : kasihan kau! Singa : ya, maka tolonglah aku! Tikus : baiklah, kerana kau telah melepaskan aku dulu, aku akan membalas jasa kau dengan melepaskan kau dari perangkap ini. Singa ; terima kasih, tikus! (tikus menggigit perangkap itu sehingga putus. Maka singa pun bebas) Singa : terima kasih, tikus! Nasib baik kau datang, jika tidak aku pasti sudah menjadi habuan pemburu! Kau sangat baik, tidak seperti arnab yang tidak mahu membantu aku walaupun aku telah merayunya! Arnab : kau sangat menakutkan, singa! Tikus : sama-sama, singa! Aku hanya berusaha membalas jasa. Singa : aku memint maaf kerana memandang rendah kepada kau dulu. Aku ingatkan kau kecil dan tidak berguna, tetapi apabila aku ditimpa kesusahan, kau juga yang sudi menolong. Arnab : aku minta maaf. Bukan aku tidak mahu membantu,tetapi aku takut! Singa : tidak mengapa, aku faham! Tikus : ayuh kita lupakan segala perkara yang buruk dan mulai hari ini, marilah kita saling berkawan!

Narrator : pengajaran daripada cerita ini, janganlah kita memandang rendah terhadap kebolehan orang lain kerana semua orang dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Related Documents

Skrip
June 2020 16
Persembahan Hati.docx
July 2020 8
Persembahan Terakhir
April 2020 33
Skrip Drama
August 2019 46

More Documents from ""