Contoh Penghargaan Untuk Tugasan.docx

  • Uploaded by: Atikah Syukrina
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Penghargaan Untuk Tugasan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 217
  • Pages: 1
PENGHARGAAN Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya. Saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan yang diberi. Saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang tugasan yang perlu saya siapkan selayaknya sebagai bakal guru. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah iaitu Encik Rosly bin Mohd Sani yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan kewangan dan moral bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah menghulurkan bantuan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan sehingga selesai.

1

Related Documents


More Documents from ""