3. Filem Dan Media Digital.docx

  • Uploaded by: Atikah Syukrina
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 3. Filem Dan Media Digital.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,268
  • Pages: 10
TOPIK3

 FILEM DAN MEDIA DIGITAL

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan jenis-jenis filem 2. Memahami kegunaan dan kepentingan menentukan ASA dan ISO 3. Mengetahui teknik melakukan white balance pada kamera 4. Mengetahui fungsi dan kategori kad memori

3. FILEM DAN MEDIA DIGITAL Filem merupakan perantara yang digunakan bagi mencetak foto yang dirakam. Ia juga adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Filem yang digunakan dalam fotografi ini sangat peka pada cahaya. Semakin tinggi nombor kepekaannya semakin tinggi sensetiviti filem berkenaan pada cahaya. Apabila kekurangan cahaya dalam sesuatu lokasi penggambaran (contohnya foto perkahwinan di waktu malam), filem yang mempunyai kepekaan tinggi (ISO 2001000) perlu digunakan atau diselaraskan bagi kamera digital. Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi kepekaan filem terhadap cahaya iaitu; (a) ISO Sensitiviti/Kelajuan filem yang digunakan (b) Bukaan apertur (c) Kelajuan shutter

3.1 Klasifikasi filem Dalam Aktiviti Merakam Foto Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Permukaan ini disebut sebagai emulsion filem dan imej akan terhasil di atasnya apabila bahan kimia tersebut terkena cahaya di atasnya. Jenis-jenis filem a) Filem hitam putih

Negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih dan dikenali sebagai Filem Panchromatic, filem BW atau hitam putih. Filem ini kekal asal, mempunyai daya tahan cukup lama dan yang penting tiada perubahan warna pada foto kerana diproses dengan baik. Ia dicetak pada kertas khusus untuk mencetak gambar hitam putih ini dengan kandungan bahan kimia yang berbeza dengan bahan yang dipakai untuk mencetak foto warna. Antaranya, halida perak, yang menyebabkan kualiti foto kekal pada warna yang sama walaupun foto berusia puluhan tahun.

b) Filem warna Negatif warna untuk membuat gambar foto mengikut warna, berwarna-warni atau hitam putih. • Ramai yang gemar menggunakan filem jenis ini kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai keadaan dan boleh dicetak hitam putih. • Biasanya filem warna mempunyai toleransi terhadap pencahayaan objek yang kurang ( under-exposure ) atau terlebih cahaya ( over-exposure ). • Kurang atau lebih cahaya dalam kadar tertentu pada sesuatu gambar masih boleh dibetulkan pada proses pencetakan filem. • Emulsi warna gambar yang terakam untuk filem ini dapat bertahan sehingga dua tahun. • Namun emulsi filem warna sangat terdedah kepada naik turun suhu udara • memerlukan penjagaan yang lebih rapi untuk menyimpan filem jenis ini. c) Filem slaid Dikenali sebagai filem positif dan penggunaannya adalah untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak seperti yang lain-lain • Kurang atau lebih cahaya dalam kadar tertentu pada sesuatu gambar masih boleh dibetulkan pada proses pencetakan filem. • Emulsi warna gambar yang terakam untuk filem ini dapat bertahan sehingga dua tahun. • Namun emulsi filem warna sangat terdedah kepada naik turun suhu udara dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi untuk menyimpan filem jenis ini. • Satu lagi filem positif yang pernah dihasilkan dan ditemui di pasaran, iaitu Filem positif jenis Tungstens. • Filem ini berbeza dengan filem positif biasa iaitu jenis cerah hari (daylight). • Dibuat khusus untuk pemakaian dengan sumber cahayanya iaitu cahaya buatan. • Umumnya dipakai untuk studio foto, yang membuat imej untuk penerbitan majalah kalendar dan sebagainya, dengan menampilkan fotomodel atau produk lain. • Filem ini akan menghasilkan gambar sebagaimana yang dihasilkan. • Lebih baik berbanding filem negatif kerana pengguna yang mencetak gambar dari filem ini tidak perlu menghitung atau mengira terbalik terhadap gambar yang akan dicetaknya. • Jadi pengguna tidak akan keliru malah boleh menghasilkan gambar yang

lebih cantik dengan melakukan pembetulan terhadap warna-warna yang ada dalam filem tersebut.

d) Filem dalam polaroid Kamera polaroid merupakan kamera yang sesuai digunakan bagi orang yang baru mula belajar kerana ia mudah digunakan. Foto juga dapat disiapkan dalam masa beberapa minit tanpa melalui proses cetakan filem atau melakukan proses cetakan dengan pencetak. Kamera Polaroid memproses foto sendiri di dalam badan kamera setelah dirakam. Ia menggunakan filem khusus yang dinamakan filem polaroid dan bagi mendapatkan gambar warna, ia menggunakan filem polacolor.

3.2 Kepekaan filem Filem sangat peka pada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti : ASA (American Standard Association). JIS (Japan Industrial Standards) DIN (Deutche Industrie Norme). ISO (International Organization of Standardization) •

Semakin tinggi nombor kepekaannya semakin tinggi dan sekiranya nombornya kecil, kepekaannya semakin rendah.

ISO

1000 500 250 125 64 32 16 8 4 ASA

31 28 35 22 19 16 13 10 7 DIN Kelajuan tinggi



Kelajuan rendah

Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dengan cahaya terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana seperti filem ASA 125 atau kurang adalah sesuai digunakan. Hasil memproses filem negatif 135



Semakin cepat sebuah filem menangkap cahaya semakin tinggi ISO filem berkenaan. Namun terdapat kelemahan filem yang mampunyai ISO tinggi iaitu pixel akan lebih kasar dari filem ISO rendah. Kesan akan terpapar apabila imej dibesarkan saiz dengan menjadi kabur.

3.3 ASA & ISO Keperluan menggunakan filem ISO tinggi sangat diperlukan oleh juru gambar atau wartawan sukan misalnya kerana bukan semua aktiviti sukan dilakukan di kawasan yang lapang, terbuka dan siang hari. Misalnya pertandingan tenis, badminton dan sebagainya diadakan di dalam bangunan dan pada malam hari, yang mana belum tentu semuanya dengan cahaya yang mencukupi. Kebiasaanya, jurugambar dilarang menggunakan flash bagi mengelakkan mengganggu konsentrasi pemain.

3.4 Jenis-jenis Kad Memori Kad memori SD digunakan pada pelbagai peranti seperti kamera digital, telefon pintar, pemain muzik, tablet dan juga sesetengah komputer riba. Namun begitu, tidak semua kad memori SD dijadikan serupa dan pelbagai faktor yang membezakannya iaitu kelas kelajuan, saiz fizikal dan kapasti perlu diambil kira. Lain peranti, lain keperluan kad memori SD yang diperlukannya. Berikut adalah perbezaan yang perlu diketahui anda ketika ingin melakukan pembelian kad memori SD untuk peranti anda.

Hari ini kamera digital dan orang menggunakannya untuk merakam detik-detik mereka istimewa dan indah. Kebanyakan pemilik kamera sandaran ini gambar seterusnya risiko kehilangan gambar berharga mereka. Pengguna sering panik, ketika gambar-gambar yang hilang dari kad memori. Nasib baik, gambar anda masih dapat dipulihkan jika prosedur yang betul digunakan.



Anda akan tentang kenaikan atau cuti dan anda memerlukan kad memori terbaik untuk kamera anda untuk menyimpan semua anda ditangkap menakjubkan detikdetik. Berikut adalah senarai top 10 terbaik kamera memori kad asas pada mereka yang Baca dan kelajuan tulis. 1. melangkaui muktamad

Sony 94 MB/s

Panasonic R90/W45

mengenai Premium

Sandisk Extreme pro

Samsung PRO SDHC

penting ultima PRO SDHC

Lexar profesional

PNY elit prestasi

Kingston

Panduan memilih kad SD yang sesuai Memory card saat ini sudah menjadi suatu kebutuhan yang penting untuk para fotografer yang menggunakan kamera digital. Selain kamera digital, beberapa camcoder/handycam juga sudah dilengkapi dengan slot memory card untuk menyimpan hasil rekaman. Hal ini tentunya membuat kita harus mengerti dan jeli bagaimana cara yang tepat memilih sebuah memory card yang sesuai dengan kebutuhan kita. Jika kita lihat kondisi dipasaran saat ini, ada berbagai macam jenis memory card yang bisa dipilih berdasarkan pada jenis, feature dan harga. Mungkin sebagian dari teman-teman fotografer yang sudah mengerti akan dengan mudah menentukan pilihan memory card sesuai dengan yang diperlukan, tetapi bagi sebagian teman lainnya, memilih memory card adalah hal yang membingungkan. Oleh karena itu kami akan mencoba memberikan penjelasan dan panduan singkat dan jelas sebelum membeli memory card.

1. Jenis kad memori kamera anda – Majoriti kamera DSLR lama biasanya akan menggunakan kad Compact Flash atau CF Card yang besar dan yang terkini DSLR menggunakan SD Card yang dianggap sebagai memori kad yang standard untuk kebanyakkan kamera. Namun kad memori bagi GoPro, smartphone atau peranti yang lebih kecil menggunakan mikro SD Card.

Compact Flash CF Card

SD Card

Micro SD Card

Masing-masing gadget atau kamera digital yang kita gunakan memiliki spesifikasi jenis memory card, silahkan dilihat pada buku panduan kamera kita untuk mengetahuai jenis memory card yang bisa support. Beberapa jenis yang sering digunakan adalah: CompactFlash I & II, Secure Digital card (SDCard), microSD card, Memory Stick dan beberapa yang lainnya.

2. Jenis format memory yang disediakan oleh kamera – Spesifikasi yang ditawarkan dalam kamera menentukan jenis bentuk fizikal kad memori dan formatnya sama ada SD Card atau micro SD Card. Namun ia perlu dipastikan samada ia boleh berfungsi atau tidak kerana SD atau micro SD Card itu mempunyai format yang berbeza antara SD, SDHC atau SDXC. Teliti format SD card kamera serta fungsinya;

a) SD – mempunyai kapasiti 2GB b) SDHC – mempunyai kapasiti lebih dari 2GB hingga 32GB c) SDXC – mempunyai kapasiti lebih dari 32GB hingga 2TB terutama bagi kamera model terkini. Teknologi memori kad terus berkembang, sehingga kepada saiz ruang simpan dan kecepatan membaca data dari memori kad tersebut. Kapasiti memori kad yang terdapat di pasaran masakini adalah terdiri daripada 4GB, 8GB, 16GB, 32GB dan akan terus bertambah mengikut keperluan teknologi. Namun jurufoto harus ingat bahawa spesifikasi kamera masing-masing ada had minima yang ditetapkan dan kamera berkenaan harus membeli memori kad mengikut had kemampuan membaca memori kad berkenaan.

3. Pilihan dan penyediaan kad memori mengikut tujuan penggambaran Berdasarkan perkembangan terkini, terdapat banyak pilihan kapasiti kad memori yang ditawarkan iaitu dari 8GB hinggalah 128 GB. Namun pilihan bergantung kepada tujuan penggambaran juga bergantung kepada budjet yang disediakan. Jika sekadar melancong dalam kumpulan kecil dan secara individu 2GB hingga 8GB sudah memadai. Tetapi jika bercuti melibatkan ahli keluarga, 8GB hingga 16GB kad memori sudah memadai. Nmaun jika tujuan penggambaran adalah untuk merakan satu program yang besar seperti majlis perkahwinan, ia perlukan 64 GB atau lebih kerana ia melibatkan rakaman video yang banyak

4. Kelajuan Kad Memori Kelajuan membaca data juga merupakan aspek yang diambil kira dalam menentukan harga SD Card. Kelajuan yang tinggi pasti mahal berbanding yang lambat dibaca. Ia juga bergantung kepada kapasiti yang boleh ditampung oleh memori kad berkenaan. Dicadangkan bagi menadapatkan data dan rakaman video HD yang laju, gunakan memori kad dengan kelajuan Class 6 MBps hingga 10 MBps)

5. Kad Memori yang mempunyai wifi Kamera digital masakini sudah boleh ditransfer dari kamera kepada telefon pintar menggunakan wifi. Misalnya kamera Canon 6D, Sony A6000 dan bagi kamera yang tidak mempunyai kemudahan ini, masalah boleh diatasi dengan menggunakan SD Card dengan fungsi wifi. SD card akan mengeluarkan signal wifi dalam kamera dan sejurus itu, buka wifi telefon pintar anda dan pilih wifi SD Card. Pindahkan foto!

White balance White balance adalah aspek penting yang mempengaruhi hasil warna foto. Keseimbangan warna mampu mengatur suhu warna yang dihasilkan oleh

cahaya terhadap imej. Ketidakseimbangan white balance dalam kamera boleh menyebabkan foto yang dihasilkan menjadi biru atau merah.

Sumber : https://www.facebook.com/notes/gudang-kamera-surabaya/ pengertian-white-balance-fungsi-dan-cara-pengaturannya-pada-kamera-dslr/

Oleh itu, keselarasan white balance pada kamera lebih kepada tujuan untuk mengembalikan warna asli dengan mode foto yang diinginkan. WB akan mengukur suhu cahaya berdasarkan cahaya yang ada dipersekitaran serta mengatur menyusun komposisi warna yang mengikut keasliannya situasinya. Misalnya warna aurora yang mempunyai elemen warna pelangi yang unik. Secara langsung mengurangi kelemahan kamera digital yang ada kalanya gagal mengukur komposisi warna mengekalkan warna asal! Namun begitu masalah kesilapan menghasilkan warna dalam kamera masih boleh diatasi dengan memilih format RAW ketika mengambil foto. Ia akan membantu anda membuat suntingan menggunakan file RAW.

Kamera perlu diselaraskan white balance mengikut suasana cahaya. Misalnya white balance Flourescent boleh menghasilkan warna biru, manakala penggunaan white balance Tungsten, menghasilkan foto lebih kepada warna kuning atau oren.

Antara pilihan mood adalah seperti berikut;

a) Auto – pilih mode ini untuk mendapatkan keseimbangan warna yang sesuai, mudah, ringkas dan menjimatkan masa tanpa perlu mengatur white balance kamera pada setiap masa. Kadang kala pilihan mode auto ini juga akan beri

masalah apabila hasil tidak seperti apa yang diinginkan serta sukar memaparkan suasana kedinginan, kepanasan atau ketenangan atau berbeza dengan yang asli. Pilihan auto akan menyesuaikan kamera dengan suhu warna mengikut cuaca semasa

b) Tungsten –pilih mode ini apabila anda ingin merakam foto dalaman yang berhadapan dengan cahaya yang terhasil daripada lampu yang kekuningan dan bukan dari cahaya matahari. Hasilnya lebih kepada efek kebiru-biruan.

c) Fluorescent – Mode ini juga digunakan untuk menghadapi situasi pencahayaan yang terhasil daripada cahaya lampu yang berwarna putih dan bukan dari cahaya matahari. Pilihan ini sesuai untuk waktu malam ketika dalam bangunan atau rumah. Ikon menu ini, kebiasaannya berbentuk lampu.

d) Daylight/Sunny – Jika sumber cahaya matahari berlebihan ketika membuat penggambaran luar, pilihlah mode ini. Pilihan mode ini akan membantu kamera anda menyelaraskan suhu warna yang terhasil daripada cahaya yang berlebihan. Untuk mengenalpasti ikon menu Daylight, pilih simbol matahari (kebanyakan jenama menggunakan ikon yang lebih kurang sama)

e) Cloudy – Mode ini menggunakan untuk menghadapi cahaya mendung dengan menggunakan sumber cahaya matahari yang ada bagi mendapatkan foto yang lebih beremosi. Ia akan menambahkan warna kekuningan dan coklat. Ikon menu ini, kebiasaannya berbentuk awan.

f) Flash – pilihan mode ini jika hendak menggunakan flash kamera kerana flash akan mengimbangi kekurangan cahaya ketika itu. Foto akan kebirubiruan kerana cahaya flash bersifat lembut. Ikon menu ini, kebiasaannya berbentuk kilat.

g) Shade –Mode ini boleh dipilih jika lokasi terlindung dengan bangunan, pokok atau imej yang lebih besar dan menyebabkan suasana agak gelap. Mode ini membantu jurufoto menggunakan cahaya matahari yang masih ada untuk merakam termasuklah ketika dalam rumah. Ikon menu ini, kebiasaannya berbentuk rumah atau pokok.

Cara mengubah White Balance (WB) Kamera Setiap kamera mempunyai kedudukan menu yang berbeza-beza, namun sebagai pemilik kamera, menu white balance pasti sudah dikenalpasti! Pilih menu WB dan pilih jenis WB yang diperlukan mengikut keperluan merakam.

WB penting dipilih dan diselaraskan kerana ia mempengaruhi warna dalam fotografi digital. Selain itu, jurufoto juga boleh memilih Custom WB untuk menyelaraskan warna secara manual. Kaedah ini adalah dengan memfokus kepada objek putih seperti kertas sebagai master preset WB yang akan menyelaraskan kesesuaian warna dengan objek. Apabila memfokus, lakukan pemusatan warna dengan melakukan zoom in kepada warna putih dan elakkan unsur warna yang lain menganggu proses ini, misalnya jika ada warna lain dari cahaya lampu.

BIBLIOGRAFI Apakah WhiteBalance itu pentig? http://tipskamerafotografi.blogspot.co.id/....

Mengenal White Balance (Wb) Dan Cara Penggunaannya http://www.kelasfotografi.com/2015/02/mengenal-white-balance-wb-dancara.html

Belajar Fotografi HTTP://BELFOT.COM/MEMAHAMI-PENGERTIAN-WHITE-BALANCE/

Related Documents


More Documents from "shamimi"