KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA (SBGP-OKU) JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA
PENGENALAN Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU) adalah satu strategi kerajaan untuk “bantu OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan mereka. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta sebagai modal bantuan kepada OKU bagi merealisasikan hasrat ini. (SBGP-OKU) adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
SBGPOKU
SEJARAH PENGLIBATAN JTK DALAM PENGGAJIAN OKU JTKSM adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal penggajian pekerja termasuk penggajian OKU. 1990: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan. 2001: Pelancaran Kod Amalan Penggajian OKU di Sektor Swasta. 2005: Pelancaran Sistem Penempatan OKU (SPOKU).
MASALAH PELAKSANAAN Sehingga Disember 2006 seramai 8870 OKU berjaya didaftarkan dan 6741 (76%) OKU berjaya ditempatkan. Masalah menempatkan OKU: Majikan : tidak berminat, kurang percaya dan enggan menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk OKU.
OKU
: sukar menyesuaikan diri. Kemudahan awam tidak mesra OKU.
Ibubapa : sukar berpisah dan tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan/keselesaan anak mereka. Hasil kajian : Hanya OKU yang faham OKU. Alternatif : Menggalakkan usahawan OKU untuk menggajikan OKU di tempat pekerjaan mereka. SBGPOKU
OBJEKTIF SBGPOKU
Membantu OKU mengembangkan perniagaan
Membantu program penempatan penggajian OKU
Membuka peluang pekerjaan untuk OKU.
“bantu OKU membantu OKU dapat kerja” Geran ini merupakan bantuan secara one-off.
SYARAT-SYARAT PEMOHON 1 2
OKU hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Berumur 18 tahun dan ke atas
3 4 5 6 7
Warganegara Malaysia Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan Pengembangan perniagaan adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada OKU
Permohonan boleh secara individu atau berkumpulan Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar juga layak memohon (PERKOBP dan Beautiful Gate)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAN Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berdekatan. Mengemukakan kertas kerja yang jelas menerangkan tujuan permohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumen-dokumen tambahan. Sokongan daripada Persatuan/Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGOs) adalah diberi keutamaan. Mana-mana OKU/Kumpulan OKU yang telah menerima bantuan atau pinjaman daripada agensi-agensi lain juga layak untuk memohon. Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang perlu hendaklah diserah kepada JTK yang terdekat.
PASUKAN PENILAI
Pasukan Penilai di peringkat negeri terdiri daripada 3 ahli dan diketuai oleh Pengarah JTK Negeri.
Pasukan Penilai akan menyemak borang permohonan SBGPOKU dan menemuduga pemohon serta mengadakan lawatan ke premis untuk proses penilaian permohonan.
Laporan penilaian beserta dokumen permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia di Ibu Pejabat JTKSM (dalam tempoh 14 hari).
Pasukan Penilai juga akan menjalankan penyeliaan dan memberi khidmat nasihat kepada pemohon yang berjaya selepas 6 bulan dari tarikh pemberian geran bagi memastikan semua syarat sentiasa dipatuhi dan laporan pemantauan perlu dihantar kepada Urusetia.
URUSETIA Bahagian Standard Perburuhan JTKSM merupakan urusetia bagi SBGP-OKU. Urusetia akan mengumpul dan membuat ringkasan setiap
permohonan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian Permohonan Peringkat Kebangsaan (JKPP). Urusetia akan menetap dan mengaturkan mesyuarat JKPP. Urusetia akan menyediakan laporan bulanan dan tahunan SBGP-OKU.
Urusetia juga akan merancang program motivasi dan kursus yang sesuai bagi membantu pemohon yang berjaya.
JAWATANKUASA PENILAIAN PERMOHONAN (JKPP) Pengerusi Timb. Pengerusi Ahli-ahli
Urusetia
:Ketua Setiausaha KSM :Ketua Pengarah JTKSM :Setiausaha Bahagian Kewangan KSM Timb. Ketua Pengarah JTKSM Pengarah JTK Sarawak Pengarah JTK Sabah Pengarah Khidmat Pengurusan JTKSM Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Wakil Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia Wakil Persatuan Orang Cacat Penglihatan Wakil Persekutuan Orang Pekak Malaysia Wakil Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia :Pengarah Standard Perburuhan Bahagian Standard Perburuhan, JTKSM
FUNGSI JKPP Menilai dan menimbang laporan Pasukan Penilai.
permohonan
Penilaian dibuat berdasarkan laporan Pasukan Penilai Peringkat Negeri; potensi perniagaan; bilangan OKU yang akan digajikan; jenis perusahaan; modal perniagaan; jumlah geran yang dipohon berbanding keupayaan perniagaan dan rancangan jangka masa panjang.
JKPP akan meluluskan permohonan serta jumlah geran yang akan diberikan.
serta
PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN GERAN OKU menghantar permohonan dengan menggunakan borang SBGP-OKU JTK Negeri terima borang permohonan dan menyemak borang Lengkap
Tidak Lengkap
Kemaskini borang permohonan
Borang dikembalikan untuk dikemaskini
PP lawat premis perniagaan/ temuduga pemohon untuk pengesahan dan penilaian PP sedia laporan penilaian dan hantar kepada Ibu Pejabat JTKSM (Urusetia) Program motivasi dan kursus yang sesuai dijalankan dari masa ke masa
Urusetia atur mesyuarat JKPP
Mesyuarat JKPP menimbang permohonan dan meluluskan geran
Pemantauan oleh PP selepas 6 bulan geran diberikan LULUS
Give a man a fish, he eats for one day Teach a man to fish, he eats forever SBGPOKU
SEKIAN TERIMA KASIH