Skim Rondaan Sukarela

  • Uploaded by: Lord Sannin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skim Rondaan Sukarela as PDF for free.

More details

  • Words: 462
  • Pages: 3
SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) Skim Rondaan Sukarela adalah skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan – Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1998. Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian jenayah dan gejala sosial negatif disamping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.

TAFSIRAN Skim Rondaan Sukarelawan ialah satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/ Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan. Jawatankuasa Skim merupakan Jawatankuasa Kawasan/ Sektor yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/ Sektor Rukun Tetangga berkenaan. Permastautin Sukarelawan iaitu seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut. Peralatan Rondaan ialah peralatan bagi menjalankan Skim Rondaan Sukarela adalah seperti vest, wisel, cota, lampu picit, baju hujan dan lain – lain yang dibekalkan oleh Jawatankuasa Skim. Pengarah bermaksud seseorang yang telah diwartakan sebagai Pengarah Rukun Tetangga di bawah Peraturan – Peraturan (RT) 1975.

TUJUAN RONDAAN Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di kawasan rondaan. Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif Membantu pihak berkuasa menagkap penjenayah dan menyerah penjenayah tersebut kepada pihak Polis dengan kadar segera. Membantu menguatkuasa undang – undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain – lain agensi penguatkuasa seperti Polis. Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin. Membantu melaksanakan lain – lain tugas yang diarahkan oleh seorang Pengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari masa ke semasa.

TUGASAN RONDAAN Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan. Rondaan berjalan kaki tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan tidak melebihi 2 kilometer. Manakala rondaan berkenderaan tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan yang lebih luas. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanakan samaada dengan mengunakan kereta, motorsikal atau basikal. Setiap Pemastautin Sukarelawan adalah bertanggungjawap bagi mendapatkan tarikh, masa dan kawasan rondaan daripada Jawatankuasa Skim.

PUSAT RONDAAN Setiap sektor/ Kawasan Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi. Pusat rondaan boleh diadakan di pusat atau di bangunan Rukun Tetangga, balai raya, dewan orang ramai, pondok kawalan, di rumah ahli Jawatankuasa Skim atau mana – mana tempat yang difikrkan sesuai yang dibenarkan oleh Pengarah Rukun Tetangga. Alat – alat yang perlu ada di pusat rondaan adalah Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain – lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga.

Related Documents

Skim Rondaan Sukarela
December 2019 21
7-sukarela
October 2019 3
Roster Rondaan
May 2020 9
Skim Tahunan
June 2020 7

More Documents from ""

Poster
December 2019 24
Pengenalan Nyamuk Aedes
December 2019 17
Skim Rondaan Sukarela
December 2019 21
Peratus Bangsa
June 2020 10
April 2020 6