Sistem Reproduktif

  • Uploaded by: bitt
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Reproduktif as PDF for free.

More details

  • Words: 3,505
  • Pages: 30
ISI KANDUNGAN ================================================================

2.0

Sistem Reproduktif 2.1

Pengenalan

31

2.2

Struktur anatomi

31

2.3

Proses fisiologi

40

2.4

Fungsi sistem reproduktif

40

2.5

Mekanisme homeostasis

46

2.6

Penyakit

2.6.1 Gonorea

49

2.6.2 Keradangan pinggul

50

2.6.3 Trikomoniasis

50

2.6.4 Amenorea

52

2.6.5 Balanitis

52

2.7

Rumusan

53

29 2.8

2.0

Rujukan

Sistem Reproduktif

Rajah 2.1: Komponen utama sistem pembiakan lelaki SISTEM REPRODUKTIF

54

30 (Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM REPRODUKTIF

31

Rajah 2.2: Sistem pembiakan wanita (Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM REPRODUKTIF

32

2.1

Pengenalan

Pembiakan ialah satu mekanisme bagi manusia untuk mengembangkan zuriat. Ia merupakan proses bagaimana satu sel membahagikan bahan genetik kandungannya dan seterusnya membolehkan suatu individu itu membesar. Melalui pembiakan, bahan genetik diturunkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, dengan itu spesis sesuatu organisma dapat dikekalkan. Proses pembiakan manusia melibatkan kehadiran organorgan seks lelaki dan wanita iaitu testis dan ovari. Kedua-dua organ ini disebut sebagai gonads.

2.2

Struktur anatomi sistem reproduktif

2.2.1 Sistem pembiakan lelaki Organ pembiakan lelaki merangkumi testis (gonads lelaki), beberapa salur yang sama ada menyimpan atau mengangkut sperma, kelenjar aksesori dan strukturstruktur penyokong seperti penis (zakar).

SISTEM REPRODUKTIF

33

Rajah 2.3: Organ pembiakan lelaki (Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE) i.

Testis

Testis yang juga dikenali sebagai gonads lelaki atau buah zakar terdapat dalam struktur yang dikenali sebagai skrotum iaitu kerandut bauh zakar. Pada manusia, terdapat sepasang testis dengan setiap satu seberat 10-15 gram, 5 cm panjang, bergaris pusat 2.5 cm, berbentuk bujur dan berwarna putih kemerahan. Setiap testis mengandungi 1000 salur halus yang disebut tubul seminiferus, yang setiap satunya sepanjang 1.2-1.8 meter. Di tubul semeniferus ini, sebanyak 300 juta sperma disintesis setiap hari. Selain

mensistesis

sperma

melalui

satu

proses

yang

dinamakan

spermatogenesis, testis juga menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai testosteron. Hormon ini mula disintesis sewaktu bayi lelaki di dalam kandungan lagi dan akibat pengaruh hormon inilah testis yang pada ketika itu berada di abdomen turun ke dalam skrotum dua bulan sebelum dilahirkan.

SISTEM REPRODUKTIF

34

Rajah 2.4: Struktur anatomi testis (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

ii.Sperma Sperma dihasilkan oleh testis melalui proses spermatogenesis. Apabila diejakulasi, sperma boleh hidup selama 48 jam di salur pembiakan wanita.

Sperma terdiri

daripada bahagian kepala, badan dan ekor. Kepala mengandungi bahan nuklear dan granul yang dikenali sebagai akrosom. Di sini, terdapat enzim hialuronidase dan proteinase yang memudahkan sperma menembusi ovum.

Bahagian badan

mengandungi mitokondrin yang penting untuk metabolisme. Hasil metabolisme pula menghasilkan tenaga yang penting untuk pergerakan sperma. Ekor berfungsi untuk menolak sperma ke hadapan.

Kadar kelajuan pergerakan sperma dalam faraj

wanita adalah kira-kira 3mm/minit. selepas hubungan seks.

SISTEM REPRODUKTIF

Sperma sampai ke salur uterus 30-60 minit

35

Rajah 2.5 : Struktur sperma (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

iii.Testosteron Semasa lelaki mencapai usia akil baligh, kelenjar pituitari anterior menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH).

FSH kemudian bertindak terhadap tubul seminiferus untuk

merangsangkan spermatogenesis.

Bagi LH, selain membantu mematangkan

sperma yang terdapat di tubul seminiferus, tugas utamanya adalah untuk merangsangkan testis menghasilkan hormon testosteron. Fungsi hormon ini adalah untuk perkembangan organ seks seperti penis, testis, kelenjar prostat dan vesikel seminal.

Selain itu, ciri-ciri kelelakian seperti

suara garau, janggut, misai, dada melebar, pertumbuhan bulu ketiak dan pelvis juga dipengaruhi oleh testosteron.

iv.

Salur di testis Epididimis

SISTEM REPRODUKTIF

36

Sperma diangkut keluar dari testis melalui salur yang disebut epididimis. Salur ini mempunyai kepanjangan kira-kira 6 meter dan berdiameter 1 milimeter. Salur epididimis ini berada di dalam epididimis yang panjangnya hanya 3.8 cm. Dari segi fungsi, salur ini adalah tempat sperma mengalami permatangan yang memakan masa antara 18 jam hingga 10 hari. Salur ini juga menyimpan sperma dan menolaknya ke arah uretra semasa ejakulasi. Sperma boleh tersimpan di salur ini sehingga empat minggu. Duktus Vas Deferens Duktus Vas Deferens dikenali juga sebagai salur semen (salur mani) yang mempunyai salur sepanjang 45 cm.

Fungsi duktus ini untuk menyimpan

sperma dan menolaknya ke arah uretra semasa ejakulasi. Salur ejakulasi Terdapat dua salur ejakulasi dimana masing-masing sepanjang 2 cm dan berfungsi untuk menolak sperma ke uretra prostat. Uretra Uretra merupakan salur terakhir sistem pembiakan lelaki. laluan bagi sperma atau air kencing.

Pada lelaki, uretra melalui kelenjar

prostat, diafragma urogenital dan penis.

Rajah 2.6 : Struktur salur ditestis SISTEM REPRODUKTIF

Ia merupakan

37 (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

v.

Kelenjar seks aksesori Jika salur-salur sistem pembiakan lelaki menyimpan dan mengangkut sperma, kelenjar aksesori pula menghasilkan cecair yang menjadi sebahagian kandungan mani. Vesikel seminal Vesikel seminal menghasilkan cecair yang pekat, bersifat alkali dan kaya dengan fruktosa. Rembesan vesikel seminal penting untuk vialibiliti sperma. Kelenjar prostat Kelenjar ini menghasilkan cecair yang bersifat alkali dan penting untuk mobiliti sperma.

Cecair alkali meneutralkan keadaan asid di faraj wanita dan

menggalakkan pergerakan sperma. Kelenjar bulbouretra Kelenjar ini menghasilkan bahan beralkali yang berfungsi untuk melingdungi sperma dengan cara meneutralkan asid di uretra.

SISTEM REPRODUKTIF

38

Rajah 2.7: Struktur salur di testis (Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

vi.

Semen (Mani) Semen merupakan campuran sperma dan rembesan vesikel seminal kelenjar prostat bulbouretra.

Ia bersifat alkali, rembesan daripada kelenjar prostat

menjadikan mani berwarna keputihan susu, sementara cecair vesikel seminal dan kelenjar bulbouretra menjadikannya bermukus.

Ia juga meneutralkan

keadaan asid di uretra lelaki dan faraj wanita. Semen mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai seminalplasmin yang mempunyai keupayaan untuk membunuh bakteria. tanpa gangguan.

SISTEM REPRODUKTIF

Ini adalah untuk memastikan persenyawaan berlaku

39

vii.

Penis Fungsi penis adalah untuk memasukkan sperma ke dalam faraj. Sewaktu perangsangan seks, arteri yang membekalkan penis mengembang dan banyak darah akan mengisi sinus darah. Ini menyebabkan penis menjadi tegang. Semasa ejakulasi mani, spinkter di dasar pundi kencing tertutup bagi menghalang kemasukkan mani ke dalam pundi kencing.

2.2.2 Sistem pembiakan wanita Organ pembiakan wanita merangkumi ovari, salur uterus, faraj dan organ eksternal.

Rajah 2.8: Organ pembiakan wanita (Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM REPRODUKTIF

40

i.

Ovari

Ovari adalah kelenjar pembentuk ovum (sel telur) seberat tujuh gram, mempunyai kepanjangan kira-kira 4 cm dan terletak di kanan dan kiri uterus. Ovari banyak mengandungi ovum yang apabila matang dan tersenyawa oleh sperma akan membentuk janin. Ovum ini telah terbentuk sejak diperingkat bayi lagi dan terdapat kira-kira tujuh juta sel pada ketika itu. Kebanyakan ovum mengalami kerosakan dan sewaktu kelahiran terdapat dua juta ovum dan 50% daripadanya mengalami atresia (mengecut). Diperingkat awal setiap kitaran haid, kelenjar pituitari menghasilkan hormon perangsang folikel (FSH) yang menyebabkan ovum yang belum matang terangsang. Kemudian, kira-kira dalam tempoh dua minggu

selepas itu, satu lagi hormon

dihasilkan secara mendadak oleh kelenjar pituitari iaitu hormon peluteinan, dan hormon ini menyebabkan ovum yang belum matang dikeluarkan dari ovari. Proses keluarnya ovum dari ovari ini disebut sebagai ovulasi. memasuki

tiub fallopio. Sekiranya berlaku hubungan

Ovum ini kemudiannya seks, sperma

akan

mensenyawakan ovum di tiub fallopio tersebut. Ovum yang tersenyawa ini terus beredar ke arah uterus untuk mengalami proses implantasi. Wanita yang hamil tidak mempunyai haid sehinggalah beberapa minggu setelah melahirkan bayi. Jika ovum yang matang dan berada di tiub fallopio tadi tidak mengalami persenyawaan, ia akan rosak dan keluar bersama-sama darah haid dua minggu kemudiannya. Selain itu, fungsi ovari adalah untuk menghasilkan hormon iaitu estrogen yang berperanan dalam perkembangan organ-organ seks dan pembentukan ciri-ciri tubuh wanita.

Hormon lain yang dihasilkan adalah progesteron, penting untuk

mengekalkan proses kehamilan iaitu dengan menurunkan aktiviti otot-otot di uterus, menebalkan dinding uterus dengan kelenjar tertentu dan membentuk salur darah di uterus. Apabila wanita mencapau usia 45 – 50 tahun, penghasilan hormonnya juga menurun.

SISTEM REPRODUKTIF

ovarinya mengecil dan

41

Rajah 2.9: Peringkat perkembangan folikel ovari (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

ii.

Uterus

Merupakan satu organ berongga yang terletak di bahagian bawah abdomen. Uterus adalah tempat perkembangan janin semasa kehamilan.

Dinding uterus terdiri

daripada tisu otot yang dilapisi dengan membran mukus. Bahagian atas agak lebar dan bercabang disebelah kanan dan kiri membentuk tiub fallopio. Bahagian bawah pula mengecil membentuk pangkal uterus (serviks) dan faraj.

Fungsi

uterus

adalah membolehkan zigot menjalani implantasi. Semasa proses implantasi janin perlu dijaga dengan rapi supaya tidak keguguran. Bekalan makanan kepada janin pada sepanjang tempoh kehamilan disalurkan melalui plasenta yang berfungsi sebagai

paru-paru,

hati,

ginjal

dan

organ

pencernaan

janin

pada

awal

pembentukannya. Tali pusat pula terdiri daripada dua salur darah iaitu satu untuk SISTEM REPRODUKTIF

42

mengangkut makanan dari darah ibu ke janin dan keduanya untuk mengangkut bahan kumuh dari janin ke darah ibu. iii.

Faraj

Faraj merupakan saluran untuk aliran darah haid. Ia juga merupakan saluran dimana zakar masuk melalui hubungan seks dan saluran akhir kelahiran bayi.

Organ

berongga ini dilapisi dengan membran mukus dan otot-otot terdapat oada dindingnya. Panjang faraj kira-kira 10 cm iaitu bermula dari serviks ke vestibul. Pelinciran faraj semasa hubungan seks adalah akibat daripada rembesan mukus yang dihasilkan oleh epitelium faraj. longitudinal yang boleh teregang.

Otot di faraj terdiri daripada otot licin

Sifat ini penting bagi membolehkan faraj

menerima penis masuk semasa hubungan seks atau ketika melahirkan bayi. Mukosa faraj mengandungi glikogen dengan banyak, apabila terurai membentuk asid organik. Asid ini menjadikan pH di faraj rendah dan dengan ini pertumbuhan mikroorganisma terhalang.

2.3

Proses fisiologi sistem reproduktif

Gametogenesis merupakan proses pembentukan sel-sel gamet di dalam organ pembiakan lelaki dan wanita. Gametogenesis merangkumi spermatogenesis yang berlaku di dalam testis dan oogenesis yang berlaku di dalam ovari. Bilangan kromosom dalam sel soma manusia ialah 46, iaitu 2n=46. Ini bermakna bilangan kromosom di dalam setiap sel soma seorang lelaki dan seorang wanita masingmasing ialah 46. Jika sperma dan ovum yang dihasilkan masing-masing mengandungi 46 kromosom, maka zigot yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum tersebut akan mengandungi 92 kromosom. Ini bukan zigot amnusia. Zigot manusia mempuyai 46 kromosom. Bagaimanankah masalah ini diatasi? Kita bersyukur kepada Tuhan kerana telah mewujudkan gametogenesis yang melibatkan proses meiosis. Ini bermakna sperma dan ovum yang dihasilkan mengandungi 23 kromosom. Dengan demikain, zigat yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum akan mengandungi 46 kromosom. Inilah zigot manusia. 2.3.1 Pembentukan sperma SISTEM REPRODUKTIF

43

Pembentukan sperma atau spermatogenesis berlaku di dalam tubul seminiferus yang dilapisi sel-sel yang belum mengalami pengkhususan. Sel-sel ini dikenal sebagai sel germa atau spermatogonium. Semasa perkembangan fetus lelaki dalam uterus ibu dan semasa peringkat kanak-kanak, spermatogonium mengalami mitosis secara berterusan.Selepas seorang budak lelaki mencapai akil baligh, barulah sebahagian daripada spermatogonium mengalami spermatogenesis. Sel germa primordium akan menghasilkan banyak spermatogonium yang diploid melalui satu siri proses mitosis. Spermatogonium berkembang menjadi spermatosit primer. Spermatosit primer kemudian mengalami meiosis I untuk menghasilkan dua spermatosit sekunder yang haploid. Setiap spermatosit sekunder akan mengalami meiosis II untuk membentuk dua spermatid. Maka, empat spermatid terhasil daripada setiap spermatosit primer. Setiap spermatid mengalami pertumbuhan dan pengkhususan untuk menjadi sperma yang haploid. Sperma terdapat di dalam lumen tubul seminiferus. Dengan cara ini, berjuta-juta sperma dihasilkan di dalam setiap tubul seminiferus.

SISTEM REPRODUKTIF

44

Rajah 2.10: Proses pembentukan sperma (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

SISTEM REPRODUKTIF

45

2.3.2 Pembentukan ovum Proses pembentukan ovum disebut oogenesis. Di dalam ovari fetus perempuan, terdapat sejenis sel diploid yang disebut oogonium. Oogonium membesar dan menjadi oosit primer. Oosit primer diselaputi dua atau lebih lapisan sel yang dikenal sebagai sel folikel. Struktur ini dikenal sebagai folikel primer. Apabila dilahirkan, bayi perempuan telah mempunyai berjuta-juta oosit primer di dalam ovarinya. Oosit primer ini menjalani meiosis I tetapi terhenti di profasa I. Perkembangan oosit primer atau sel telur yang belum matang ini hanya berlaku apabila seorang budak perempuan mencapai akil baligh. Setiap bulan beberapa oosit primer akan meneruskan meiosis I untuk membentuk oosit sekunder yang lebih besar dan satu jasad kutub yang kecil. Kedua-dua selini bersifat haploid. Oosit sekunder akan mengalami meiosis II sehingga peringkat metafasa II sahaja. Oosit sekunder yang diselaputi lapisan sel folikel dikenalsebagai folikel sekunder. Folikel sekunder ini akan membesar dan membentuk folikel Graaf. Folikel Graaf yang mengandungi oosit sekunder akan pecah dan oosit sekunder akan dibebaskan. Pembebasan oosit sekunder dari ovuri dikenal sebagai pengovulan. Oosit sekunder akan memasuki tiub Fallopio dan melengkapkan pembahagian meiosis II sebaik sahaja atu sperma menembusi oosit sekunder. Pengovulan hanya berlaku pada salah satu ovari setiap bulan. Penghasilan beribu-ribu oogonium dalam ovari fetus sehingga ke peringkat pengovulan oosit sekunder

berlaku

secara

teratur

dan

sistematik.

Keseluruhan

peringkat

perkembangan dan pembentukan gamet betina ini dikawal atur dengan begitu sistematik oleh hormon-hormon tertentu. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan sistem pembiakan yang begitu istimewa.

SISTEM REPRODUKTIF

46

Rajah 2.11: Proses pembentukan ovum (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

2.3.3 Kelenjar mamari Kelenjar

mamari

yang

juga

dikenali

sebagai

kelenjar

susu

merupakan

pengubahsuain daripada kelenjar peluh. Bahagian dalam kelenjar ini terdiri daripada 15-20 lobus yang dipisahkan oleh tisu adipos (tisu lemak). Kuantiti tisu adipos adalah menentukan saiz bagi kelenjar mamari. Saiz kelenjar mamari tidak menentukan jumlah susu yang dihasilkan. Dalam setiap lobus, terdapat bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai lobul. Di lobul, terdapat banyak alveolus iaitu merupakan sek yang menghasilkan susu. Perkembangan kelenjar mamari dan penghasilan susu dikawal oleh hormon estrogen dan progesteron. Estrogen merangsang pertumbuhan sistem alur susu manakala progesteron merangsang perkembangan alvelolus. Selepas melahirkan bayi, hormon prolaktin yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari wanaita menggalakkan SISTEM REPRODUKTIF

47

sintesis susu. Pada peringkat permulaan, kelenjar susu menghasilkan cecair kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum dan susu wanita mengandungi laktosa dan lemak dan ia mencukupi untuk menampung keperluan bayi sehingga susu sebenar terhasil pada hari keempat. Kolostrum dan susu wanita ini mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Proses pengeluaran susu melibatkan mekanisme saraf-hormon yang kompleks, iaitu: i.

Bayi menghisap puting susu

ii. Reseptor mekanikal di puting susu terangsang iii. Rangsangan dihantar ke hipothalamus iv. Hipothalamus menghantar maklumat ke pituitari posterior v. Pituitari posterior menghasilkan oksitosin dan kemudian di bawa melalui darah ke kelenjar penghasilan susu vi. Oksitosis menyebabkan sel-sel miopitelium berkontraksi, dengan ini susu diperah dan keluar melalui salur-salur di puting susu.

Rajah 2.12: Struktur kelenjar mamari (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

SISTEM REPRODUKTIF

48

2.4

Fungsi sistem reproduktif Sistem reproduktif yang terdiri daripada sistem pembiakan lelaki dan wanita

berfungsi untuk menghasilkan zuriat bagi manusia. Selain itu, organ pembiakan lelaki iaitu testis berfungsi menghasilkan sperma dan hormon seks bagi lelaki. Duktus dan kelenjar pula membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita. Bagi organ pembiakan wanita iaitu ovari, berfungsi menghasilkan telur dan hormon seks wanita.

Uterus pula

merupakan lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin semasa proses kehamilan berlaku.

2.5

Mekanisma homeostasis

2.5.1 Peranan hormon dalam kitaran haid

Pada hari pertama kitar haid bermula, kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH ke dalam darah, Kedua-dua hormon ini diangkut oleh darah ke organ sasaran, iaitu ovari. Di dalam ovari, FSH dan LH merangsang perkembangan beberapa folikel. Walau bagaimanapun, hanya satu folikel yang akan berkembang dan merembeskan hormon estrogen. Hormon estrogen diangkut oleh darah dari ovarike uterus. Di dalam uterus, hormon estrogen merangsang penebelan endometrium yang sudah terurai semasa haid antara hari pertama hingga hari kelima. Semasa endometrium pada uterus sedang diperbaiki, perkembangan folikel di dalam ovari giat berlaku. Apabila kepekatan hormon estrogen mula meningkat penghasilan FSH menurun, maka perkembangan folikel yang baru dihentikan. Ini adalah salah satu contoh mekanisme suap balik negatif. Kemudian, kepekatan hormon estrogen yang tinggi sebaliknya merangsang kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH dalam kuantiti yang banyak. Maka, pada hari yang ke-13 kepekatan FSH dan LH mencapai aras yang paling tinggi dalam kitar haid. Kepekatan LH yang tinggi menyebabkan pematangan folikel Graaf dan merangsang pengovulan. Semasa pengovulan, oosit sekunder dari folikel Graaf dibebaskan ke tiub Fallopio. LH merangsang tisu folikel yang tertinggal selepas pengovulan menjadi korpus luteum. Korpus luteum merembeskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon proesteron menghalang penghasilan FSH dan LH oleh kelenjar pituitari. Selain itu, hormon proesteron mengekalkan penebalan endometium pada uterus. Endometrium SISTEM REPRODUKTIF

49

menjadi kaya dengan salur darah. Tujuannya adalah untuk membekalkan nutrien kepada embrio jika penempelan berlaku setelah ovum disenyawakan. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan terurai dan penghasilan hormon proesteron berkurangan. Endometrium akan terurai dan disingkirkan dari badan bersama darah melalui faraj. Ini merupakan hari pertama haid. Kitar ini akan berulang. Sebaliknya, jika persenyawaan berlaku antara ovum dengan sperma, kehamilan bermula. Korpus luteum akan terus menghasilkan hormon estrogen dan proesteron selama tiga hingga empat bulan selepas persenyawaan berlaku. Kemudian, korpus luteum akan terurai dan plasenta akan menghasilkan hormon estrogen dan progesteron sehingga bayi dilahirkan. Kepekatan hormon estrogen dan progesteron akan meningkat semasa tempoh kehamilan. Hormon estrogen dan progesteron merukan dua hormon yang sangat penting untuk mengekalkan ketebalan endometrium dan memelihara fetus yang sedang bertumbuh atau berkembang dalam uterus ibu.

SISTEM REPRODUKTIF

50

Rajah 2.12: Perubahan aras hormon (Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

SISTEM REPRODUKTIF

51

2.6

Penyakit

2.6.1 Gonorea Merupakan suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang dinamakan Neissria ganorrhoeae.

Bakteria ini menyebabkan keradangan pada

lapisan membran mukus organ seks dan saluran kencing. Ia juga boleh menjangkiti dan menyebabkan keradangan pada rektum, lapisan mukus dan tekak dan konjuktiva mata (pada bayi yang baru lahir). Biasanya wanita berfungsi sebagai pembawa penyakit dan tidak menunjukkan gejala ringan seperti keluar lelehan dari faraj, sakit abdomen dan sering membuang air kecil. Bagi lelaki penghidap pula menunjukkan gejala lelehan bernanah dari penis, rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

Rajah 2.13: Penis yang dijangkiti bakteria (Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

SISTEM REPRODUKTIF

52

2.6.2 Keradangan pinggul Penyakit ini dihadapi oleh wanita dan dikenali sebagai salpingitis.

Penyakit ini

disebabkan oleh bakteria pada tiub fallopio dan organ-organ disekitarnya seperti uterus dan ligamen. Bakteria yang kerap memainkan peranannya adalah Neissria ganorrhoeae dan beberapa mikroorganisma lain seperti Chlamydia trachomatis. Penggunaan alat perancang keluarga, IUD juga boleh menjadi penyebab kepada jangkitan penyakit.

Gejala yang dialami adalah tidak menentu seperti rasa

sakit atai senak di abdomen, demam, uretrisis, keluar lelehan berbau busuk dari kemaluan dan muntah-muntah.

Rajah 2.14: Tiub fallopio yang dijangkiti bakteria (Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

2.6.3 Trikomoniasis Sejenis penyakit tularan seks yang disebabkan oleh sejenis parasit bersel tunggal (protozoa) yang dinamakan Trichomonas vaginalis. Parasit ini menjangkiti faraj SISTEM REPRODUKTIF

53

serta uretra dan kelenjar sekitarnya pada wanita dan prostat pada lelaki. Gejala yang dialami oleh wanitaa penghidap ialah lelehan berwarna kuning atau kehijauan. Keradangan menyebabkan faraj kemerahan dan ini disebut sebagai “strawberi”.

Pesakit juga mengalami kegatalan di faraj.

Bagi lelaki sebagai

pembawa, jarang mengalami gejala yang nyata. Kaedah yang digunakan adalah melalui kaedah swab faraj serta pengamatan lelehan yang mengandungi parasit tersebut menggunakan mikroskop. Lelaki yang kerap bertukar pasangan atau yang melanggani pelacur boleh memindahkan penyakit ini kepada pasangannya yang lain.

Rajah 2.15: Faraj yang telah dijangkiti parasit (Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

SISTEM REPRODUKTIF

54

2.6.4 Amenorea Merupakan penyakit ketiadaan haid pada wanita. Amenorea kerap berlaku dengan masalah penghasilan hormon.

Selain itu, kelainan uterus

dan menarke yang

tertangguh. Menarke berlaku antara usia 10 hingga 17 tahun. Penyakit ini bersifat sementara dan sebab yang paling utama ialah kehamilan. Ia juga boleh berpunca daripada penyusuan bayi yang baru lahir atau juga bagi wanita yang mencapai usia putus haid, terlalu gemuk dan terlalu kurus atau wanita yang menghidap barah ovari.

Rajah 2.16: Tiub fallopio dan ovari yang dijangkiti amenorea (Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

2.6.5 Balanitis Balanitis adalah keradangan pada penis dan membran mukus di sekelilingnya. Kanak-kanak lelaki mungkin lebih kerap mengalaminya kerana akibat pemakaian seluar yang lembap dan mencuci kemaluan dengan sabun secara berlebihan. Bagi orang dewasa pula, ia mungkin disebabkan oleh penyakit tularan seks seperti SISTEM REPRODUKTIF

55

gonorea dan sifilis. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh dermatitis, erupsi dadah, diabetes dan sebora. Individu yang tidak berkhatan lebih berkemungkinan mengalami balanitis kerana pengumpulan palat (smegma) yang menjadi sumber pembiakan bakteria yang menyebabkan keradangan.

Rajah 2.17: Struktur penis yang mengalami keradangan (Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

2.7

Rumusan

Sistem pembiakan sangat penting kerana sistem ini berperanan dalam mengembangkan serta melahirkan zuriat manusia. Sistem pembiakan yang sihat dan baik dapat melahirkan zuriat dengan sempurna. Oleh itu, setiap individu harus bijak menjaga kesihatan diri serta menjaga organ pembiakan daripada terjerumus dengan masalah kesihatan yang boleh membawa maut.

SISTEM REPRODUKTIF

56

2.8

Rujukan

Baharudin Omar & Mohd. Hamim Rajikin (1995). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Raman, Rubi Husain & M. Afandi Muhamad (1995). Fisiologi Manusia. Selangor :

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”. 9th edition. New York: McGraw Hill Companies, Inc. Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/ MEDLINEPLUS/ency/ imagepages/ 19678.htm Mike Walden (2009). TeachPE from http://www.teachpe.com/gcse.anatomy/ respiratory.php

SISTEM REPRODUKTIF

57

SISTEM REPRODUKTIF

Related Documents

Sistem Reproduktif
June 2020 4
Sistem
April 2020 52
Sistem
November 2019 71
Sistem Imun/ Sistem Pertahanan
December 2019 102

More Documents from "Wandes Hansen Pratama Tanjung"

Soalan Pjpk Ting.3
May 2020 55
Soalan Pjpk Ting.4
May 2020 87
Lompat Jauh
June 2020 26
Soalan Pjpk Ting.1
May 2020 31
Sistem Tenaga
June 2020 13
Permainan Hoki
June 2020 32