Permainan Hoki

  • Uploaded by: bitt
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Permainan Hoki as PDF for free.

More details

  • Words: 2,144
  • Pages: 18
ISI KANDUNGAN ============================================ ==========

10

10

PENGENALAN

2

20

PERALATAN SUKAN

3

30

CARA BERMAIN

8

40

PENGADILAN

9

50

KEMAHIRAN ASAS

10

PENGENALAN Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan

2

demontrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan. Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui. Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet. Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath (1861). Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter. Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain. Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia,

HOKI

3

permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

20

PERALATAN SUKAN i. Padang hoki Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.

HOKI

1

Rajah 1.1: Padang hoki ii. Pintu gol

Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar (crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.

Rajah 1.2: Pintu gol

HOKI

2

iii. Jaring Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai “mesh” berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi. iv. Tiang bendera Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

Rajah 1.3: Posisi tiang bendera v. Bola Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g.

Rajah 1.4: Bola hoki

HOKI

2

vi. Kayu hoki Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

Rajah 1.5: Ukuran kayu hoki

Rajah 1.6: Gelung bagi diameter kayu hoki HOKI

2

vii. Alatan penjaga gol Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

HOKI

2

Rajah 1.7: Kelengkapan alatan penjaga gol viii.Kasut Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di atas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.

Rajah 1.8: Kasut tetungku getah

10

CARA BERMAIN Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting buka sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan. Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan semua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB).

HOKI

2

20

PENGADILAN Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki:

HOKI

3

Rajah 1.9: Isyarat-isyarat pengadil

30

KEMAHIRAN ASAS Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas. Kemahiran

dalam

hoki

memberi

peluang

kepada

pemain

untuk

mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hoki, iaitu: i. Menggelecek

HOKI

1

Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu: •

Menggelecek longgar Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

Rajah 1.10: Menggelecek longgar •

Menggelecek rapat Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.

HOKI

1

Rajah 1.11: Menggelecek rapat



Menggelecek “lndian” Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.

Rajah 1.12: Menggelecek Indian

HOKI

3

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek: •

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan.

Tangan

kanan

memegang

tengah

kayu

dan

longgarkan sedikit pergelangan tangan. •

Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan.



Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan.



Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 dari tanah.

i. Memukul Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran memukul: •

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk “V” dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk keduadua tangan adalah selari dengan kayu hoki.



Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki bersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah.



Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki.

i. Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya untuk “clearance” dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar

HOKI

2

menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak: •

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.



Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola.



Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

i. Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menguis: •

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.



Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit.



Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

Rajah 1.12: Menguis HOKI

2

i. Menahan/menyerkap Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan: •

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan.

Tangan

kanan

memegang

tengah

kayu

dan

longgarkan sedikit pergelangan tangan. •

Mata- memandang pada arah bola



Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

Rajah 1.13: Menyerkap i. Merebut (tackle) Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu: •

Tackle jab Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

HOKI

3



Tackle forehand Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.

Rajah 1.14: Tackle forehand •

Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

HOKI

3

Rajah 1.15: Tackle reverse stick

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut: •

Mata sentiasa memerhati ke arah bola



Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabila mendapat peluang.



Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan.



Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat bergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat.

i. Sudut penalti Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti adalah: •

Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan bola mesti biberhentikan di luar kawasan D.

HOKI

1



Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti



Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.



Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan bermain.



Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola di tolak masuk.

HOKI

Related Documents

Permainan Hoki
June 2020 32
Hoki
November 2019 28
Hoki
May 2020 28
Hoki-skdp04
July 2020 24
Hoki Gabungan.docx
November 2019 40
Kemahiran Hoki
December 2019 36

More Documents from "Hairani Hj Hamden"

Soalan Pjpk Ting.3
May 2020 55
Soalan Pjpk Ting.4
May 2020 87
Lompat Jauh
June 2020 26
Soalan Pjpk Ting.1
May 2020 31
Sistem Tenaga
June 2020 13
Permainan Hoki
June 2020 32