Sistem

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem as PDF for free.

More details

  • Words: 3,436
  • Pages: 14
Perisian Aplikasi

Adobe Acrobat Professional 8.0 running on Windows XP.

Adobe Acrobat is a family of computer programs developed by Adobe Systems, designed to view, create, manipulate and manage files in Adobe's Portable Document Format (PDF).[1] Some software in the family is commercial, and some is freeware. Adobe Reader (formerly Acrobat Reader) is available as a no-charge download from Adobe's web site, and allows the viewing and printing of PDF files.[2] Acrobat and Reader are widely used as a way to present information with a fixed layout similar to a paper publication.

Product names Adobe has changed the names of the products in the Acrobat family regularly, also splitting-up, joining, or discontinuing products. Between version 3 and 5, Standard and Professional versions were one product simply called Adobe Acrobat. As of July 2008, the current main members of the Adobe Acrobat family are:

Adobe Reader 9 Icon • •

Adobe Reader 9 Adobe Acrobat 9 o Adobe Acrobat 9 Standard o Adobe Acrobat 9 Pro

Adobe Acrobat 9 Pro Extended (includes Adobe Presenter) A growing collection of free web services launched via the Acrobat.com service such as Adobe Buzzword, Connect Now, Create PDF, and Share. o



Adobe has never created a product called either Adobe Writer or Acrobat Writer, although they used to include a printer driver called PDFWriter, which is unrelated. Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Adobe_reader

Media player is a term typically used to describe computer software for playing back multimedia files. Most software media players support an array of media formats, including both audio and video files. Some media players focus only on audio or video and are known as audio players and video players respectively. The producers of these players usually focus on providing a better user experience as they are specifically tailored toward the media type. Microsoft Windows comes with pre-loaded Windows Media Player. The latest is Windows Media Player 11, which is bundled with Windows Vista, and available as a download for Windows XP SP2. Mac OS X comes pre-loaded with Quicktime Player for playing Quicktime movies and iTunes for playing a variety of media formats. Winamp only runs on Windows but supports Apple iPods and other portables like Creative's Zen while also supporting audio and video playback. Linux distributions come pre-loaded with various media players including VLC, MPlayer, xine, and Totem. Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Media_player_(application_software)

Windows Media Player 11 untuk Windows Vista

Windows Media Player merupakan sebuah pemain media digital popular keluaran Microsoft yang disertakan di dalam Windows. Ia digunakan untuk memainkan audio, video dan imej pada PC. Tedapat juga versi Windows Media Player untuk Pocket PC dan peranti berasaskan Windows Mobile lain. Selain itu, Windows Media Player juga pernah dikeluarkan untuk Mac OS, Mac OS X dan Solaris. Versi pertama Windows Media Player iaitu versi 6 mula dikeluarkan pada tahun 1999 sebagai pengganti kepada program Media Player pada versi terdahulu Windows. Windows Media Player 6 juga turut disertakan di dalam Windows 98 SE. Versi terkini Windows Media Player ialah versi 11 yang disertakan di dalam Windows Vista serta boleh dimuat turun untuk pelantar Windows XP. 1. Boleh memainkan banyak format media digital - pemain media digital serbaguna yang boleh memainkan banyak format audio dan video digital seperti MP3, Windows Media dan lain-lain. Selain itu, Windows Media Player juga berupaya memainkan cakera padat audio, VCD dan juga DVD. 2. Disertakan secara percuma di dalam Windows - dan versi terbaru boleh dimuat turun secara percuma di laman web Microsoft. Oleh kerana pemain media digital ini disertakan bersama Windows serta sifatnya sebagai pemain media universal, pengguna tidak perlu bersusah-payah mendapatkan perisian pemain media lain yang ada kalanya berbayar. Sungguhpun demikian, tindakan demikian mengundang rasa tidak puas hati beberapa syarikat perisian yang mendakwa Microsoft memonopoli pasaran perisian pemain media digital serta mengundang campur tangan Kesatuan Eropah yang menyebabkan Microsoft menghasilkan versi N (versi tanpa Windows Media Player) bagi sistem pengendalian Windows yang ternyata kurang mendapat sambutan di kalangan pengguna.

3. Boleh menyalin lagu daripada CD - boleh menyalin lagu daripada cakera padat dengan mudah kepada format MP3 atau format Windows Media Audio (WMA). Selain itu, boleh juga boleh digunakan untuk menulis CD audio bagi koleksi lagu pengguna. Bleh juga menulis CD data. 4. Boleh memperoleh maklumat mengenai lagu - Sekiranya Windows Media Player dijalankan semasa pengguna melayari Web, ia boleh mencari maklumat mengenai lagu-lagu di dalam koleksi pengguna seperti nama artis, nama lagu, nama album, nama komposer, nombor runut serta kulit album melalui sistem pangkalan data di dalam talian. 5. Boleh memaparkan lirik lagu - Sekiranya pengguna ada memperoleh lirik bagi lagu-lagu mereka, pengguna boleh menyalin lirik kepada lagu melalui Windows Media Player serta menyimpannya dan seterusnya memaparkan lirik di tetingkap Windows Media Player semasa lagu tersebut dimainkan. 6. Pengurusan media digital - Windows Media Player juga menguruskan fail-fail audio dan video digital yang disimpan oleh pengguna. Dengan hanya menambah nama folder yang mengandungi fail media digital ataupun memainkan lagu atau video digital, fail-fail media digital tersebut akan disenaraikan di dalam perpustakaan perisian tersebut secara automatik. Di dalam Windows Media Player 11, ciri tambahan iaitu enjin pencari yang mencari fail media digital secara automatik sambil pengguna menaip kata kunci (ciri sedemikian turun digunakan di dalam Windows Vista) membolehkan pengguna mencari fail lagu atau video dengan mudah, pantas serta dapat menjimatkan masa pengguna. 7. Memainkan media aliran dengan berkualiti - Windows Media Player turut memainkan media aliran (streaming media) berformat *.asf atau *.asx dengan berkualiti bergantung kepada kelajuan sambungan internet pengguna. Sekiranya kelajuan sambungan Internet pengguna adalah rendah, Windows Media Player merendahkan kadar sebenar kadar aliran data tetapi menginterpolasikan kadar bingkai sesaat untuk memperbaiki kualiti media aliran. 8. Boleh dikecilkankan kepada pemain mini di dalam bar tugasan - Windows XP dan Windows Vista membolehkan Windows Media Player untuk dikecilkankan kepada pemain mini di dalam bar tugasan Windows. Ini membolehkan pengguna untuk mengawal Windows Media Player walaupun telah dikecilkan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Windows_Media_Player

Laman Utama Wikipedia di dalam Windows Internet Explorer 7 bagi Windows Vista

Internet Explorer (ringkasan IE atau MSIE) ialah pelayar laman web yang dibangunkan oleh Microsoft dan ia menjadi salah satu perisian dalam pakej Microsoft Windows. Internet Explorer adalah salah satu pelayar utama yang digunakan hari ini, walaupun semenjak tahun 2004 ia mengalami penurunan peratusan penggunaan kepada pelayar lain seperti Firefox. Pada September 2005, penggunaan IE ialah sebanyak 85% dari keseluruhan penggunaan pelayar web. Internet Explorer telah dijadikan komponen dalaman atas semua versi terkini Microsoft Windows. Microsoft telah menjadikan Internet Explorer sebagai pelayar rasmi dalam kesemua versi Microsoft Windows semenjak Windows 95 OSR1. Kemaskini utama terbaru Internet Explorer, hanya pada pakej Windows XP Service Pack 2 lalu. Microsoft sebenarnya telah merancang untuk menunda pelepasan Internet Explorer 7 keatas versi terbaru Windows iaitu Windows Vista, tetapi untuk memastikan persaingan berterusan keatas pesaing lain, Internet Explorer 7 versi beta untuk Windows XP SP2 telah diumumkan semenjak 27 Julai 2005. Internet Explorer juga disediakan sebagai perisian tunggal dan percuma untuk versi Windows yang lama, dan beberapa Sistem Pengoperasian lain. Untuk seketika, Microsoft

telah mengeluarkan Internet Explorer untuk Mac dan versi untuk kegunaan Sistem X Window di Solaris dan HP-UX. Kesemua versi ini telah dimansuhkan pengeluarannya, walaupun Internet Explorer untuk Mac masih lagi boleh dimuat turun. http://ms.wikipedia.org/wiki/Internet_Explorer

Ideal for film, video, and multimedia professionals and graphic and web designers using 3D and motion, as well as professionals in engineering and science, Adobe® Photoshop® CS3 Extended software delivers everything in Photoshop CS3 and more. Render and incorporate 3D images into your 2D composites. Stop time with easy editing of motion graphics on video layers. And probe your images with measurement, analysis, and visualization tools. MORE INFO http://www.adobe.com/products/photoshop/photoshopextended/

Perisian system

GNU ialah sebuah sistem pengendalian perisian bebas. Namanya ialah akronim rekursif bagi "GNU's Not Unix" (iaitu "GNU bukannya UNIX") yang telah dipilih kerana reka bentuknya seakan-akan dengan UNIX tetapi tidak mengandungi sebarang kod UNIX. Sistem GNU yang digabungkan dengan Linux, sebuah inti pihak ketiga, merupakan sebuah sistem pengendalian yang paling banyak digunakan di dunia. Gabungan ini biasa digelarkan secara mudah sebagai "Linux" sahaja. Rancangan untuk sistem pengendalian GNU diumumkan pada bulan September 1983 oleh Richard Stallman, dan kerja untuk membangunkan perisian dimulakan pada bulan Januari 1984. Projek untuk membangunkan GNU telah digelarkan sebagai Projek GNU, dan semua atur cara yang diterbitkan di bawah Projek GNU digelarkan pakej GNU atau atur cara GNU. http://ms.wikipedia.org/wiki/GNU Rancangan asal untuk GNU adalah untuk menjadikan kebanyakan atur caranya serasi dengan UNIX, sewaktu membuat penambahan yang berguna. Inti GNU pada waktu itu bertujuan untuk menjadi inti-mikro pelayan-berbilang, dan reka bentuk intinya merupakan penyimpangan GNU yang terbesar daripada UNIX "tradisional". Hurd GNU menggunakan inti mikro (Mach pada waktu ini) dan terdiri daripada satu set atur cara, digelarkan "pelayan", yang memberikan kefungsian yang serupa dengan inti UNIX tradisional (atau Linux). GNU (menggunakan Hurd) dapat dicuba dengan penggunaan cakera padat berbut. (Sila lihat: Pautan luar). Menjelang 1990, sistem GNU mempunyai tambahan untuk penyunting teks (Emacs), pengkompil mengoptimum (GCC), dan kebanyakan pustaka dan utiliti teras untuk edaran Unix yang piawai. Komponen utama yang masih tidak ada lagi ialah intinya. Dalam Manifesto GNU, Stallman menyebut bahawa "inti awal memang sedia ada tetapi banyak lagi ciri diperlukan untuk menandingi Unix." Beliau tengah merujuk kepada TRIX, sebuah inti panggilan tatacara jauh yang serasi dengan Unix Versi 7 dan yang diperkembangkan di dalam MIT. Penulis-penulisnya telah memutuskan untuk mengedarkan inti itu secara bebas.

Tangkapan skrin menunjukkan BeOS sedang melaksanakan beberapa aplikasi multimedia serentak dan meter CPU sedang memapar beban yang dikongsi antara dua pemproses

BeOS adalah sebuah sistem pengoperasian yang dibangunkan oleh Be Incorporated antara tahun 1990 sehingga 2001 sebagai sebuah sistem pengoperasian dengan penekanan kepada kemampuan multimedia. Sistem ini adalah sebuah sistem pengoperasian yang amat modular, berasaskan kod baru sepenuhnya (walaupun sistem direktori failnya mirip dengan sistem yang berasaskan UNIX dan Bash disertakan bersama sistem ini, sistem ini bukan berasaskan UNIX, bahkan ia tidak memenuhi piawaian POSIX sepenuhnya), dikhususkan untuk kerja media digital - audio digital, video digital, dan grafik 3D dan animasi. Tidak seperti UNIX, sistem ini direka untuk pengguna tunggal. Ciri-ciri utama adalah sokongan untuk multiprosessor dan penekanan pada kecekapan tinggi, lebar jalur input/output modular dan multibebenang yang meluas untuk pelaksanaan awal multitugas, fleksibiliti grafik, dan tindakbalas masa sebenar. Ia memiliki sistem fail jurnal 64-bit beserta indeks yang dipanggil Be File System atau BFS, tetapi ia tidak menggunakan model pangkalan data (database), sebaliknya ia bergantung kepada tindakbalas sistemnya yang pantas untuk membina jurnal dan membuat kueri pada masa pelaksanaan. Pengantaramuka pengguna grafikal (GUI) baru yang multibebenang dibangunkan diatas dasar terang dan bersih serta senireka tidak berserabut. Pengantaramuka aturcara applikasi (API) sistem pengoperasi ini ditulis dalam C++ untuk memudahkan pengaturcaraan applikasi. Ia memenuhi sebahagian daripada piawaian POSIX dan pengantaramuka baris perintah (CLI) Bash. Pada awalnya sistem pengoperasi ini digunakan pada perkakasannya yang tersendiri, BeBox; seterusnya ia disuaireka untuk diguna pada komputer berasaskan pemproses PowerPC dan akhirnya dipindahsuai ke komputer berasaskan pemproses Intel. Walaupun Apple telah mengemukakan hasrat untuk mengganti Mac OS dengan BeOS secara umum, sistem ini masih tidak dapat mencapai pasaran yang memuaskan. Pada tahun 2001, semua hakmilik intelektual Be dijual kepad Palm, Inc.. BeOS 5 adalah versi rasmi terakhir BeOS yang dikeluarkan oleh Be, walaupun terdapat pembaharuan yang cukup mapan masih dibangunkan sebelum Be diisytiharkan muflis.

Pada Februari 2001, Be Inc. telah mengfailkan saman terhadap Microsoft. Microsoft mengamalkan urusan pelesenan eksklusif dengan pembuat komputer persendirian, menghalang pengeluaran komputer dipasangkan kedua-dua sistem pengoperasi Windows dan sistem pengoperasi lain (seperti BeOS) sekaligus. Pihak Be menyatakan bahawa tindakan anti-saingan ini menghalang mereka daripada mendapat tempat dalam pasaran dan seterusnya memaksa mereka undur dari pasaran. Malahan, ketua pegawai Eksekutif (CEO) Be Inc. (Jean-Louis Gassée) pernah menawarkan BeOS secara percuma kepada pembuat komputer persendirian yang sanggup dwi-but Windows dan BeOS, tetapi tiada yang menerima tawaran tersebut. Pada 5 September 2003, Microsoft dan Be Inc. selesaikan kes tersebut dengan Be Inc. menerima $23.2 juta dolar dan Microsoft dilepaskan dari tuduhan anti-saingan terbabit. Be, Inc. masih mengekalkan laman web untuk pemegang saham di http://www.beincorporated.com. Salah seorang pekerja Be, Inc. telah menjual domain be.com untuk sejumlah bayaran yang besar kepada sebuah syarikat Hong Kong, tetapi beincorporated.com masih kekal sebagai hubungan teknikal domain terbabit.

Pemacu kilat USB jenama PenDrive Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Setakat November 2006, keupayaan ingatan pemacu kilat USB adalah dari serendah 32 MB sehingga setinggi 64 GB. Keupayaan ingatan pemacu kilat bergantung kepada ketumpatan ingatan kilat yang digunakan. Sehingga Feb 2008, pemacu kilat setinggi 520 G telah dilaporkan[perlu petikan]). Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih lain, terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak serta reka bentuk yang lebih tahan lama) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa USB yang disokong oleh sistem pengendalian moden seperti Windows, Mac OS X dan Linux.

Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk melindunginya daripada kemungkinan kerosakan akibat elektrik statik. Hampir kesemua pemacu kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus ke komputer. Untuk mancapai pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih dahulu disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB sendiri.

Kegunaan • •

• •





• •

Menyimpan dan mengangkut data - kegunaan paling utama. Kerja membaiki komputer - pemacu kilat USB boleh digunakan sebagai peranti sandaran (backup) bagi pengangkutan pemulihan ataupun boleh mengangkut sesetengah antivirus bagi memulihkan PC yang dijangkiti virus. Pentadbiran sistem - pemacu kilat USB boleh menyimpan konfigurasi sistem serta perisian utiliti bagi tujuan penyelenggaran sistem komputer. Pembawa aplikasi - pemacu kilat USB boleh membawa perisian aplikasi yang tidak memerlukan pemasangan agar dapat digunakan pada mana-mana komputer tanpa pemasangan. Pemain audio - banyak syarikat yang mengeluarkan pemain audio digital peribadi dalam bentuk pemacu kilat USB, misalnya Creative Labs MuVo dan beberapa model Walkman oleh Sony. Memulakan sistem pengoperasian - pemacu kilat juga boleh digunakan bagi tujuan memulakan sistem pengoperasian, jika BIOS pada sesetengah papan induk membenarkan pemacu kilat digunakan sebagai peranti pemula sistem pengoperasian. Dalam permainan komputer - sesetengah permainan membolehkan pemain menyimpan markah, imej skrin dan sebagainya di dalam pemacu kilat. Windows Vista ReadyBoost - teknologi ReadyBoost pada Windows Vista membolehkan pengguna menggunakan pemacu kilat bagi menambah baik prestasi ingatan komputer.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemacu_kilat_USB Peranti output

Rantaian dongle penghalang penyalinan port bersiri. Dongle atau anak kunci ialah ketulan kecil perkakasan komputer yang bersambung kepada komputer. [1] Fungsi biasa dongle ialah sebagai pengesahan atur cara komputer. Tanpa dongle, atur cara hanya dapat dilaksanakan dalam mod terhad, atau tidak sama sekali. Dongle digunakan oleh sesetengah pengedar proprietari sebagai cara perlindungan salinan atau pengurusan hak digital, kerana ia lebih sukar menyalin dongle berbanding menyalin atur cara yang disahkan olehnya. Sungguhpun sebagai perkakasan, dongle bukanlah penyelesaian sempurna kepada pengesahan pelanggan. Dongle telah digunakan sebagai placeholder name semenjak 1970-an. Asalnya tidak diketahui. Kamus American Heritage, edisi ke-4, menyatakan ia "kemungkinannya dicipta secara rawak." Dongle sebagai nama peranti telah digunakan lama sebelum 1980 dalam industri telekom bagi merujuk kepada penyambung kable BNC bagi kedua jantina. WORDCRAFT merupakan atur cara komputer pertama yang menggunakan dongle pelindung atur cara, pada 1980. Donglenya hanyalah peranti pasif mudah yang membekalkan data kepada pin port kaset luaran Commodore PET dalam bentuk ditentukan lebih awal. Ini boleh dilakukan kerana port Datassette/ kaset |PET membekalkan kedua-dua kuasa dan sambungan data melalui penyambung hujung proprietari. Ia bagaimanapun, menjadikan port kaset tidak dapat digunakan bagi tujuan sebenarnya. Peranti generasi pertama dalam damar dua inci persegi (33 cm³) dikenali sebagai "dongle" oleh penciptanya kerana tiada istilah lebih baik ada pada masa itu. Pengedarnya, Dataview Ltd., ketika itu bertempat di Colchester, UK, kemudian menghasilkan dongle hasilan (derivative), yang menjadi teras perniagaan mereka. Dongle dengan pantas berubah menjadi peranti aktif yang mengandungi serial transceiver (Universal asynchronous receiver/transmitter - UART)) malah memiliki mikropemproses bagi mengendali transaksi dengan hos. Versi berikutnya menggunakan antara muka USB berbanding antara muka port bersiri atau selari. Pada masa kini, antara muka USB semakin menguasai pasaran.

Amat menarik, kad pintar moden memiliki ciri-ciri yang sama seperti dongle moden. Disebabkan ini, pasaran dongle mungkin akan diatasi oleh kad pintar, kerana kad pintar direka lebih selamat dan berkuasa berbanding dongle tradisi berasaskan MCU. Sesetengah pengedar dongle menghasilkan dongle satu cip, yang menggabungkan kad pintar dan pembaca kad pintar dalam cip yang sama. Sturktur ini menjadikan dongle kad pintar mudah dan stabil. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dongle Pulih data atau (Data recovery) adalah proses memulihkan atau mendapatkan kembali data daripada media storan utama apabila ia tidak dapat dicapai melalui cara biasa. In mungkin disebabkan oleh kerosakan fizikal atau kerosakan logikal kepada sistem fail yang menghalang ia dikesan oleh sistem operasi.

Kerosakan fizikal Pelbagai jenis kerosakan mampu mengakibatkan kerosakan fizikal kepada media storan. CD-ROM boleh tercalar pada lapisan (substrate ) logam atau pencelup (dye); cakera keras boleh mengalami pelbagai kegagalan mekanikal, seperti head crashes dan kerosakan motor; dan pemacu tape boleh rosak. Kerosakan fizikal selalunya mengakibatkan kehilangan data, dan dalam kebanyakan kes struktur logik fail sistem turut rosak. Ini mengakibatkan merosakan logik yang perlu diperbaiki sebelum sebarang fail boleh dipulihkan. Kebanyakan kerosakan fizikal tidak boleh diperbaiki oleh pengguna. Sebagai contoh, membuka cakera keras dalam keadaan biasa akan mengakibatkan habuk pada permukaan cakera dan mengakibatkan kerosakan lebih teruk kepada cakera (platters). Tambahan lagi, pengguna biasanya tidak mempunyai perkakasan atau kemahiran teknikal yang diperlukan bagi membaiki kerosakan sebegitu; dengan itu, syarikat pulih data dipanggil. Firma ini menggunakan kemudahan bilik bersih bagi melindungi media sementara cakera diperbaiki, dan perkakasan seperti magnetometer untuk membaca secara manual bit dari media magnetik yang rosak. Bit yang terhasil boleh digunakan bagi membina semula imej cakera, yang boleh dibaca bagi memperbaiki kerosakan logikal. Apabila ia selesai, fail boleh dikeluarkan dari imej yang diperbaiki.

[sunting] Kerosakan logical Lebih biasa berbanding kerosakan fizikal adalah kerosakan kepada sistem fail. Kerosakan logikal kebiasaannya disebabkan oleh gangguan kuasa yang mengakibatkan struktur sistem fail ditulis dengan lengkap kepada media storan, tetapi masaalah dengan perkakasan (terutamanya pengatur (controllers)cakera murah sejajar berganda (redundant array of inexpensive disks) (RAID) dan pemandu, juga kegagalan sistem, mampu menyebabkan masalaah yang sama. Hasilnya sistem fail berada dalam keadaan tidak menentu. Ini boleh menyebabkan pelbagai masaalah, seperti tingkah-laku pelik (contohnya., direktori infinitely recursing directories, pemandu melapurkan jumlah ruang

kosong sebagai negetif), sistem gagal, atau kehilangan data. Pelbagai program tersedia bagi memperbaiki masaalah ini, dan kebanyakan sistem operasi mempunyai perkakasan memperbaiki asas bagi sistem fail tempatan mereka. Linux, sebagai contoh, mempunyai kemudahan fsck, dan Microsoft Windows membekalkan chkdsk. Utiliti pihak ketiga juga ada, dan sesetengah mampu memberikan hasil lebih baikdengan memulih data walaupun cakera tidak dapat dibaca oleh utiliti pemulih sistem operasi. Dua teknik utama digunakan bagi aturcara pembaiki ini. Yang pertama, memeriksa ketetapan consistency checking, membabitkan meninjau struktur logik cakera dan memeriksa bagi memastikan ia tepat dengan spesifikasinya. Sebagai contoh, dalam kebanyakan sistem fail, direktori harus mempunyai dua daftar: daftar titik (.) yang menunjukkan kepada diri sendiri, dan daftar titik-titik (..) yang menunjukkan direktori ibu. Aturcara pemulih sistem fail akan membaca setiap direktori dan memastikan bahawa setiap daftar wujud dan menunjukkan kepada direktori yang betul. Sekiranya tidak, perutusan ralat boleh dicetak dan masaalah diperbaiki. Kedua-dua chkdsk dan fsck melakukan ini. Bagaimanapun, strategi ini mempunyai masaalah utama; sekiranya sistem fail rosak teruk, pemeriksaan ketetapan akan gagal sepenuhnya. Dalam kes ini, aturcara pemulih akan gagal ketika cuba mengendalikan output yang rosak, atau ia langsung gagal mengenali pemacu yang memiliki sistem fail yang sah. Teknik kedua untuk memulih sistem fail adalah untuk mengabaikan keadaan sistem fail yang diperiksa dan menggunakan sebarang petunjuk yang struktur fail yang tidak rosak, membina semula sistem fail dari awal. Strategi ini membabitkan meninjau keseluruhan cakera dan mengambil kira semua struktur fail dan kemungkinan sempadan fail, dan kemudiannya cuba memadankan apa yang ada pada spesifikasi sistem fail yang elok. Sesetengan pihak ketiga menggunakan teknik ini, yang lebih perlahan berbanding pemeriksaan ketetapan (consistency checking). Ia bagaimanapun mampu memulihkan data walaupun struktur logikal hampir rosak sepenuhnya. Teknik ini biasanya tidak memperbaiki sistem fail asas, tetapi sekadar membenarkan data dikeluarkan dan disalin kepada peranti storan lain. Sementara kebanyakan kerosakan logikal boleh diperbaiki atau dielak dengan menggunakan dua teknik ini, aturcara pulih data tidak dapat menjamin tiada kehilangan data akan berlaku. Sebagai contoh, sekiranya jadual pembahagian fail rosak, apabila dua fail mendakwa berkongsi unit ditetapkan yang sama ("cross-linked"), kehilangan data bagi salah satu fail hampir pasti. Penggunaan journaling file systems lebih meluas, seperti NTFS 5.0, ext3, dan xfs, berkemungkinan mengurangkan kejadian kerosakan logikal. Sistem fail ini hampir sentiasa boleh "golek belakang - rolled back" kepada keadaan tetap, yang bererti data yang hilang hanyalah yang ada dalam imbalan pemacu pada masa kegagalan sistem. Bagaimanapun, penyelenggaraan sistem secara tetap regular system maintenance masih memerlukan penggunaan pemeriksa ketetapan untuk kes jurnal sistem fail itu sendiri rosak. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemulihan_data

Related Documents

Sistem
April 2020 52
Sistem
November 2019 71
Sistem Imun/ Sistem Pertahanan
December 2019 102
Sistem Urinari
June 2020 6
Sistem Koloid
June 2020 17