Sistem Otot

  • Uploaded by: bitt
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Otot as PDF for free.

More details

  • Words: 1,329
  • Pages: 22
3.0

SISTEM OTOT

Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.

3.1

Komponen Sistem Rangka i. Fiber otot • Merupakan sel-sel otot •

Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.



Berjalur dan bersaiz besar.



Diameter diantara 10-100 µm



Panjang sehingga 40cm.

Rajah 1: Fiber Otot

ii. Tisu penghubung •

Endomisium Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium



Perimisium Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel



Epimisium Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

Rajah 2: Tisu-tisu Penghubung

2

iii. Tendon • • • •

Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi Tendon yang lebar di panggil aponeurosis

iv. •

Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.



Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

v. Kartilej • Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. •

Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

Rajah 3: Tendon, Ligamen dan Kartilej 3

3.2 i.

Fungsi Otot Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.

ii.

Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

iii.

Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

iv.

Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

3.3

Jenis-Jenis Otot

Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

4

Rajah 4: Jenis-jenis Otot

i.

Otot Rangka

Rajah 5: Sel otot rangka

5

Rajah 6: Sel otot Rangka

Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan Kontraksi Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi ii. Otot Kardiak

Huraian Melekat pada tulang atau kulit Tunggal, panjang dan berjalur Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf Dari perlahan ke cepat Tiada

Rajah 7: Sel otot kardiak

6

Rajah 8: Otot Kardiak

Ciri-ciri

Huraian

Lokasi

Dinding jantung

Bentuk Sel Kekerapan Kontraksi Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi

Berangkai dan berjalur Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung. Perlahan Ada

iii.

Otot Licin

Rajah 9: Sel otot Licin

7

Rajah 10

Ciri-ciri

Rajah 11

Lokasi

Huraian Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan

Bentuk Sel Kekerapan Kontraksi

saluran jantung Tunggal dan tidak berjalur Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon,

Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi

bahan kimis dan regangan. Sangat perlahan Ada pada otot-otot tertentu sahaja

3.4

Ciri-ciri Otot i.

Kebolehujaan •

kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.

ii.

Kebolehkucupan •

keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.

iii.

Kebolehpanjangan •

keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.

8

iv.

Kebolehanjalan •

keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.

3.5

Jenis-jenis otot rangka

Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu: i.

ii.

Otot aksial •

Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.



Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

Otot apendikular 9



Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella.



Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.

Otot-otot rangka yang utama

Rajah 12: Pandangan hadapan dan belakang badan



Bahagian Kepala

10

Rajah 13: Otot muka

Rajah 14: Otot leher



Bahagian Badan

11

Rajah 15: Otot tengah badan

Rajah 16: Otot belakang badan •

Bahagian Lengan

12

Rajah 17: Otot lengan



Bahagian Kaki

13

Rajah 18: Otot kaki

\

14

3.6

Lekatan otot

Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan distal. i.

Proksimal •

Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan.

ii.



Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.



Dikenali sebagai origin.

Distal •

Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.



Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.



Dikenali sebagai insertion.

Rajah 19

Nama Otot Sternocleidomastoid Latissimus dorsi Deltoid Bisep brakii Pektoralis major

Rajah 20

Proksimal Sternum, klavikel Bahagian bawah vertebra, iliak Klavikel, skapula Skapula Klavikel, sternum, tulang rusuk 15

Distal Mastoid Hujung proksimal Bahagian tengah humerus Proksimal radius Proksimal humerus

Gluteal maksimus Kuadriseps Gastroknemius 3.7

Sakrum, ilium Proksimal femur Bahagian atas pelvik Patella Distal femur dan fibula Kalkanus Jadual 1 : Contoh Perlekatan Otot

Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka Saling tindakan otot-otot •

Bermaksud

otot-otot

bekerjasama

dalam

dalam

tubuh

badan

saling

bertindak

atau

melakukan suatu pergerakan.

Otot-otot

akan

bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan: i.

Agonis 

Otot-otot penggerak utama (prime movers)



Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus



Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus



Contoh: biseps brakii dan brakialis

ii.

Antagonis 

Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama.



Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks.



Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis.

 iii.

Contoh: triseps brakii Sinergis



Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.



Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.



Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.



Contoh:

Otot-otot

brakioradialis,

biseps

brakii

dan

bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku. 16

brakialis

Rajah 21: Perlekatan otot

3.8

Penguncupan otot rangka

i.

Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu: •

Penguncupan isometrik (penguncupan statik) 

Penguncupan

ini

tidak

menghasilkan

pergerakan

tetapi

menghasilkan daya. 

Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.

17



Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak

bergerak

tetapi

otot

triseps

brakii

menguncup

dan

menghasilkan daya

Rajah 22: Menolak dinding



Penguncupan Isotonik 

Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak.



Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.



Contoh:

Penguncupan

bisep

semasa

mengangkat

Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

18

‘dumbell’.

Rajah 23: Biceps curl



Penguncupan Isokinetik 

Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan.



Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.



Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.

19

Rajah 24: Bench press

ii.

Halaju Penguncupan Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapat dua jenis fiber otot

yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber

sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan

20

lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu. •

Fiber sentak cepat



Dikenali sebagai fiber jenis II.



Saiz lebih besar dan berwarna putih.



Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.





Contoh: lari pecut.



Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

Fiber sentak lambat



Dikenali sebagai fiber jenis I.



Saiz lebih kecil dan berwarna merah.



Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.



Contoh: jogathon.



Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

3.9

Rujukan

21

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober

10,

1993

from

http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/

imagepages/ 19678.htm

Web-Shops (2007). Educational Cybermall: Human-Anatomy.com. Retrieved Jun 15, 2007 from http://www.anatomy-resources.com/

22

Related Documents


More Documents from "Mahadewan Muniandy"

Soalan Pjpk Ting.3
May 2020 55
Soalan Pjpk Ting.4
May 2020 87
Lompat Jauh
June 2020 26
Soalan Pjpk Ting.1
May 2020 31
Sistem Tenaga
June 2020 13
Permainan Hoki
June 2020 32