Sistem Otot Rangka

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Otot Rangka as PDF for free.

More details

  • Words: 692
  • Pages: 5
Sistem Otot Rangka Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan.

Fungsi Otot Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untuk mengekalkan postur,menstabilkan sendi dan menghasilkan haba. 1. Menghasilkan pergerakan Semua

pergerakan

badan

kita

dihasilkan

oleh

penguncupan

otot.

Penguncupan otot membolehkan kita berjala, berenang dan mengangkat barang. Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling. Otot rangka juga membolehkan

kita

melakukan

berbagai-bagai

ekspresi muka seperti

tersenyum dan bermuka masam. 2. Mengekalkan postur Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita mengekalkan postur badan seperti berdiri,duduk dan menundukkan kepala apabila menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya mengekalkan kedudukan badan tersebut. 3. Menstabilkan sendi Semasa melakukan pergerakan,otot-otot rangka juga menstabilkan sendisendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai contoh, lakuan dalam sukan memanah.

4. Menghasilkan haba Tenaga

digunakan

untuk

penguncupan

otot.

Walau

bagaimanapun,

sebahagian besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut sebaliknya terbebas sebagai haba.

Jenis-jenis Otot Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka,tisu otot licin dan tisu otot kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel,lokasi,fungsi dan bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya. 1. Otot rangka Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal. Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf jenis otot ini sahaja boleh dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua pergerakan badan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat digunkan untuk pergerakan yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut 100 meter mempunyai peratusan fiber sentak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari marathon. 2. Otot licin Otot licin terdapat pada dinding organ viseral seperti perut,pundi kencing dan saluran pernafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahanbahan di dalam saluran-saluran yang terdapat di dalam badan. Otot kecil

tidak berjalur dan dikawal oleh sistem saraf,hormon,bahan kimia dan regangan. Halaju penguncupan fiber otot licin adalah sangat perlahan dan kekal. Keadaan ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot viseral terikat kuat dan membentuk satu jeringan yang berterusan. Apabila satu fiber otot licin dirangsang,impuls akan Bergerak ke fiber lain dan kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan. 3. Otot Kardiak Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontaraksi otot kardiak pada jantung membolehkan jantungmengepam darah ke seluruh badan melalui salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka teteapi otot ini di luar kawal. Penguncupan otot kardiak hádala perlan dan dikawal oleh perentak jantung. Kelajuannya boleh bertambah apabila dirangsang oleh sistem saraf dan sistem endokrina.

Ciri-ciri Otot Rangka Tisu otot rangka mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk menjalankan fungsifungsinya. Ciri-ciri tersebut ialah : 1. Kebolehujaan ( irritability / excitability ) 2. Kebolehkuncupan ( contractibility ) 3. Kebolehpanjangan ( extensibility ) 4. Kebolehanjalan ( elasticity )

Kebolehujaan ( irritability / excitability )

Kebolehujaan ialah kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini akan membolehkan otot untuk menguncup.

Kebolehkuncupan ( contractibility ) Kebolehkuncupan ialah keupayaan otot untuk menguncup atau memendek apabila

menerima

ransangan.

Daya

yang

dihasilkan

apabila

otot

menguncup. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain. Kebolehpanjangan ( extensibility ) Kebolehpanjangan ialah keupayaan otot untuk meregang atau memanjang. Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang melebihi panjang asal apabila otot relaks. Kebolehanjalan Kebolehanjalan ialah keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau menguncup.

Lekatan otot Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. Sekurang-kurangnya terdapat dua tempat lekatan otot yang dinamakan lekatan proksimal dan lekatan distal. 1.Lekatan proksimal

Lekatan proksimal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih hampir dengan batang tubuh. Lekatan proksimal juga dikenali sebagai origin. 2.Lekatan distal Lekatan distal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih jauh dari batang tubuh. Lekatan distal juga dikenali sebagai insertion.

Related Documents

Sistem Otot Rangka
May 2020 8
Otot Rangka
May 2020 8
Sistem Otot
May 2020 7
Sistem Otot
June 2020 7
Sistem Rangka
May 2020 17