REVOLUSI AKSI lahir sebagai kesinambungan daripada Revolusi Mental cetusan pemikiran Allahyarham YB Senu Abdul Rahman – yang terkandung dalam buku beliau – yang ditulis dengan tujuan untuk: “Mengubah cara berfikir, pandangan dan sikap anggota masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masa untuk mendorong mereka lebih giat lagi bagi merebut kemajuan dalam segala bidang hidup. “ Bagaimanapun, Revolusi Mental gagal memberikan kemajuan yang diharapkan kepada bangsa Melayu. Bimbang dengan nasib dan masa depan bangsa Melayu, maka penulis telah mendapat ilham untuk menghasilkan buku Revolusi Aksi ini. Melalui buku ini, penulis menggagaskan agar bangsa Melayu mengubah cara bertindak (actionmode) mereka daripada hanya berpaksikan revolusi mental atau minda kepada suatu mode yang berteraskan revolusi gerak langkah atau aksi. Penulis juga telah mengilhamkan Fomula Revolusi Aksi – 4E x 7777F. Ini merupakan formula 4 Elemen Utama dalam Putaran Revolusi Aksi yang mengandungi elemen Pemikiran, Tindakan, Pengukuran, dan Disiplin. Bagi setiap elemen tersebut, terkandung pula 7 faktor utama yang tersendiri di mana jika diamalkan, akan menghasilkan Revolusi Aksi yang efektif, efisien dan menyeluruh serta akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Revolusi Aksi membawa definisi “sesuatu perubahan radikal dalam sistem sosial kemanusiaan di mana kelompok atau komuniti manusia digalakkan bergerak langkah (beraksi) untuk mencapai hasrat atau matlamat yang telah ditetapkan. “ Revolusi Aksi adalah ‘budaya ingin (mesti) bertindak segera’. Kita tidak perlu hanya berfikir sahaja tetapi setelah berfikir begitu lama, kita perlu mengambil gerak langkah untuk menghasilkan kerja yang terbaik dan memuaskan. Revolusi Aksi diharapkan mampu menjadi pemangkin kepada gagasan Revolusi Mental yang terdahulu dalam memajukan bangsa Melayu. Diharapkan Revolusi Aksi juga akan memberikan inspirasi dan inovasi kepada bangsa Melayu agar bertindak untuk melakukan perubahan daripada hanya bersikap statik kepada aktif, seterusnya mendapat hasil di atas segala aksi yang telah dilakukan itu, InsyaAllah.
Untuk keterangan lanjut,sila hubungi: Ramli Abu Hassan – hp +60192537165 ; emel:
[email protected] atau
[email protected] Pengasas Gerakan Revolusi Aksi