SEKOLAH MENENGAH TAMAN KERAMAT KUALA LUMPUR KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2009 BANGUNAN BERSEJARAH, BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
NAMA:MUHAMMAD ZAKI BIN AB KADIR KELAS:3 GIGIH NAMA GURU:PUAN ROHANA BINTI MEGAT
BIL
PERKARA
1 2 3 4 5 6
TAJUK KAJIAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1. nama bangunan 2. latar belakang 3. keistimewaan bangunan
7 8 9
4. kejayaan bangunan RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN
HALAMAN
Pertama sekali,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan kajian ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya iaitu Ab Kadir Bin Alias dan Rahana Binti Kadum kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru Sejarah saya, Puan Rohana Binti Megat kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya kepada Muhammad Arif Bin Safruddin kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.
Saya telah menjalankan satu kajian tentang salah satu bangunan bersejarah di negara kita.Bangunan yang saya pilih ialah Bangunan Sultan Abdul Samad.Kajian saya merangkumi objektik-objektif yang dilakukan secara amnya ialah untuk
mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membatu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut.Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:Kaedah Rujukan – Saya telah merujuk
dan menganalisi maklumat dari
buku-buku ilmiah seperti A History of Malaysian Architeture,Album Kuala Lumpur 100 Tears as Local Authority dan Journey Through Kuala Lumpur.Saya juga telah merujuk beberapa ensiklopedia seperti The Encyclopedia of Malaysian Architecture, Ensilkopedia Dunia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih
Kaedah Media – Saya telah menganalisi media massa dan media cetak seperti internet, majalah-majalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya.
Kaedah Penyelidikan Perpustakaan –Saya telah
pergi ke Perpustakaan
Awam Jalan Tambun di Ipoh bagi mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya telah menemui buku yang berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.
1.NAMA BANGUNAN
Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam
pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898. Bangunan ini dinamakan sebagai bangunan Sultan Abdul Samad bersempena nama sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Jam besar yang terdapat pada bangunan tersebut dikenali sebagai jam kemerdekaan kerana peristiwa pada
30 Ogos 1957, tepat jam12
malam.Jam ini berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan kemerdekaan negara kita. Serentak dengan itu juga,bendera UNION JACK diturunkan lalu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.
2.LATAR BELAKANG
Asal-usul Atas cadangan SIR WILLIAM MAXWELL,Residen Selangor,kerajaan British di negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada tahun 1893.Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya. Perletakan batu asas telah dibuat oleh SIR CHARLES B. H. MITCHELL,Gabenor Negeri-negeri Selat pada 6 Oktober 1894 setelah reka bentuk bangunan tersebut telah dipersetujui.
Pengasas Reka bentuk bangunan ini dicipta oleh arkitek inggeris yng berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur yang bernama A.C NORMAN dan dibantu oleh jurutera C.E SPOONER bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini.
Tarikh Pembinaan
Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun1893 tetapi perletakan batu asas bangunan ini hanya di buat pada 6 Oktober 1894.Bangunan ini telah siap di bina pada tahun 1897.
Lokasi Bangunan ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan berdekatan dengan Sungai Bonus.Bangunan ini terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan tapak yang strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.
Lokasi bangunan Sultan Abdul Samad
Tujuan penubuhan bangunan
Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan member imej baru kepada Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri
Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu
Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).
Kos pembinaan Kerajaan British Telah menghadkan kos tidak melebihi 231 000 ringgit untuk tujuan pembinannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga 152 000 ringgit sahaja tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu.
Perasmian Bangunan ini dirasmikan oleh Residen British, SIR FRANK SWETTENHAM pada tahun1897 iaitu ketika bangunan ini telah siap di bina.
3.KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Reka bentuk pelan Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk
bangunan ini.
Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri the Raj style mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.
Tangga Berputar
Bahan binaan
Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri
Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan
penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.
Pengubahsuaian Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.
Hiasan dalaman Didalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.
Kegunaan dahulu dan sekarang Pada
zaman penjajahan British bangunan ini digunakan sebagai pusat
pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral,dan Pejabat Pos.
Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Negeri Selangor, iaitu meliputi Jabatan Perbendaharaan,Jabatan Perakaunan,Pejabat Am, tempat Majlis Mesyuarat Negeri dan Pejabat Pos.Bangunan bersejarah ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Cara pembinaan Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid.
4.KEJAYAAN YANG DICAPAI BANGUNAN
Politik Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Selangor selepas kemerdekaan negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor dan tempat majlis mesyuarat negeri sehingga tahun1978. Ekonomi Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini
telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset penting negara kita dal;am bidang ekonomi. Sosial Bangunan ini telah menjadi tempat sambutan kemerdekaan negara kita setiap tahun. Pada ketika itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum dinegara kita. Pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian-tarian kaum dan etnik tertentu dapat memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatupadu walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik. Selain itu dapat menambah pengetahuan mengenai segala kebudayaan yang unik dan menarik yang terdapat di negara kita.
( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)
Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad
(Pelan Tingkat
Bawah)
(Pelan Tingkat
Satu)
(Pelan Tingkat
Dua)
(Pelan Tingkat
Mezanin)
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Saya sedar betapa bertuahnya menjadi warganegara Malaysia yang banyak meninggal kesan peninggalan sejarah yang sang unik dan bermakna untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat masa akan datang.
Keindahan nilai estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang kepada rakyatnya untuk terus berusaha untuk mengekalkan kesan peninggalan sejarah ini. Kerja kursus ini juga mengajar erti kerjasama,kesabaran dalam menghadapi cabaran yang menimpa sepanjang proses menyiapkan folio ini dan mengajar saya supaya mengambil iktibar dari sejarah lampau berdasarkan sejarah bangunan ini.
(gambar Bangunan Sultan Abdul Samad)
(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)
(Batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad)
Tampak
TAMPAK HADAPAN
TAMPAK BELAKANG
TAMPAK KIRI
TAMPAK KANAN (tampak bangunan Sultan Abdul Samad)
internet – •
http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section= srn05&spesifik_id=41&ttl_id
•
http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina% Web% 20v 2/b_ bersejarah/bsuitanabdulsamad
buku ilmiah – •
S Vlastseas,1990,A History Of Malaysian Architecture,Longman Singapore Publishers Pte Ltd
•
H. Berbar,1960,Journey Thorough Kuala Lumpur,Times Edition ensiklopedia-
•
Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia Dunia,Malaysia, Dawrna Sdn.Bhd. majalah-
•
Budaya,2002,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur,Malaysia. surat khabar
•
Kosmo,Ahad,4 Januari 2009,Halaman 10 dan 11
•
Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 29
•
Utusan Melayu,Isnin,5 Januari 2009,Halaman 20
•
Kosmo,Khamis,25 Disember 2008,Halaman 12
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara di tanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Kuala Lupur iaitu bangunan Sultan Abdul Samad dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolongmenolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan Tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan demi memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang.
Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.