Politik Amerika Essay Dah Siap

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Politik Amerika Essay Dah Siap as PDF for free.

More details

  • Words: 3,597
  • Pages: 15
1 Pendahuluan. Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloni British selepas Revolusi Amerika dan deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776. Pada asalnya, struktur politiknya ialah sebagai sebuah gabungan. Tetapi selepas debat yang lama dan terbentuknya Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan. Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui paksaan, kekuatan ketenteraan dan diplomasi, AS memperolehi banyak negerinegeri lain di dalam dan di luar negara seperti Cuba dan Filipina. Walaupun begitu, dalam masa yang sama negara ini telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk. Dalam usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum pribumi Indian telah dijadikan mangsa. Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta penempatan semula kaum pribumi Indian telah dipinggirkan. Di sebelah selatan pula, sistem hamba abdi masih dikekalkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status kelas kedua. Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Saudara antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke pertengahan abad ke-20. Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan Amerika. Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah telefon, televisyen, komputer, internet, senjata nuklear dan kapal terbang dan penerokaan angkasa lepas

2 Sistem Pentadbiran Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem pentadbiran tiga lapisan dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad. Negara ini mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme dimana kerajaan pusat dan negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat berkuasa terhadap beberapa perkara seperti pencetakan matawang Amerika serta polisi pertahanan. Namun, kerajaan negeri berkuasa menentukan hak dan undang-undang masing-masing seperti hak asasi dan hukuman maksimum dalam hal undang-undang. Ini menunjukan kuasa negeri mempunyai kelebihan berbanding kerajaan pusat. Terdapat elemen penting bagi kerajaan Amerika iaitu doktrin pembahagian kuasa. Artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang yang lain Di negara ini semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi. Pilihan raya diadakan setiap empat tahun dan merupakan penentu kepada polisi serta arah tuju negara Amerika kerana pilihanraya yang diadakan merupakan pemilihan Presiden. Ini merupakan system demokrasi yang diamalkan di Amerika merupakan demokrasi tulen seperti yang digembar-gemburkan. Demokrasi Dari segi etimologi, demokrasi berakar kata dari perkataan Yunani iaitu “Demo” dan “Kratia” yang

membawa

maksud

pemerintahan oleh rakyat. Menurut Syed

Ahmad(1994:96-98), demokrasi bukan sahaja mementingkan aspek keadilan dan kesaksamaan di dalam perlaksanaan nya, tetapi juga menitikberatkan penyertaan rakyat di dalam proses pemilihan kerajaan.

3 Pada umumnya demokrasi merupakan ideal pemerintahan terunggul yang dikejar oleh kebanyakan masyarakat dunia, baik masyarakat politik ataupun sivil. Secara praktisnya demokrasi bukan sahaja telah diperkenalkan oleh negara yang berpaksikan kepada sistem liberalisme seperti Amerika Syarikat dan Britain, tetapi juga oleh negaranegara yang dikategorikan sebagai autolitarian yang mengamalkan sistem monarki, komunisme dan sosialisme seperti Rusia dan China. Disebabkan ini, menurut Crick (1964) “ Demokrasi telah menjadi perkataan yang paling kacau dalam arena hal ehwal awam. Ia telah menjadi gundik kepada semua orang”(Crick 1964: 56). Tahap demokrasi sesebuah negara seringkali di ukur melalui pilihanraya yang bersih, kebebasan-kebebasan awam, kehakiman yang telus, bebas berorganisasi, masyarakat sivil dan pemerintahan yang berasaskan majoriti (Zaini 2006:29). Ini membawa maksud, walaupun sesebuah kerajaan itu berjaya membawa kemakmuran ekonomi kepada rakyat dan negara tetapi jika ia mengenepikan tonggak-tonggak di atas, maka secara tidak langsung ia membawa konotasi bahawa kerajaan tersebut bersifat autokratik. Demokrasi juga dirujuk sebagai sebuah sistem berkerajaan yang berlandaskan kehendak kepada masyarakat, dalam erti kata lain masyarakat dalam sistem demokrasi bertindak sebagai pemerintah atau raja, selaras dengan maksud literal demokrasi itu sendiri iaitu pemerintahan masyarakat (demokratos). Dalam usaha untuk mencapai, mengekalkan atau menambahbaik sistem demokrasi ini, maka wujud beberapa ciri atau elemen penting yang menjadi angkubah kepada darjah praktis demokrasi antaranya pilihanraya, masyarakat sivil, pembahagian kuasa, keadilan sosial, parti politik, kebebasan kehakiman, kedaulatan undang-undang dan hak serta kebebasan asasi. Ciri-ciri ini dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai penting dalam menjamin kelangsungan masyarakat dalam sistem itu sendiri. Ini kerana dengan ciri-ciri ini, sebuah masyarakat yang demokratik boleh dibentuk sekaligus berupaya untuk bersifat kritikal kepada pemerintah dan mungkin juga boleh menawarkan alternatif, pilihan atau antidote yang sesuai untuk mengatasi atau

4 mengubati masalah atau penyakit yang dihadapi dalam pemerintahan baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial (Shively 1997 : 114). Tanpa ciri-ciri masyarakat demokratik ini, maka segala perjalanan pemerintahan Negara akan disandarkan kepada individu-individu tertentu yang terhad dari sudut bilngan dan pemikiran sekalugus memungkinkan mereka melaksanakan dasar/polisi dan membuat keputusan melalui pertimbangan yang sempit, kurang kritikal dan tidak mengambilkira kedudukan masyarakat terbanyak. Lebih teruk lagi keadaan ini cenderung untuk memebuat segelintir penguasa bukan sahaja boleh terus berkuasa, malah menguatkan lagi cengkaman mereka dalam pemerintahan sekaligus menuju atau membentuk pemerintahan yang autokratik. Walaubagaimanapun, kesemua sarjana tersebut sependapat bahawa proses pendemokrasian itu perlu sebagai syarat kepada pemerintahan negara yang lebih adil dan saksama. Melihat kepada negara Amerika Syarikat, mereka sering berusaha ke arah memantapkan sistem demokrasi yang sedia ada dengan memperbaikinya dari masa ke semasa dengan memenuhi segala ciri-ciri dan sifat demokrasi yang telah ditetapkan oleh masyarakat dunia. Ciri-ciri Demokrasi Terdapat banyak elemen yang menunjukan ciri-ciri demokrasi ini kerana demokrasi itu sendiri terlalu luas untuk diperbincangkan. Hakikatnya satu ciri terpenting demokratik adalah terdapat “semangat undang-undang” (spirit of the low) iaitu pengubalan undangundang itu sendiri yang mengikat kehidupan individu dalam masyarakat dan bukan dari institusi yang diwujudkan. Ini bermakna semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi aturan undang-undang. Dalam pada itu, penekanan demokrasi yang meningkatkan kedaulatan rakyat ialah mesti wujud pergerakan atau partisipasi dalam aktiviti sosial dan politik. Ini dilihat dengan rakyat melibatkan diri dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang

5 memainkan peranan dalam menjaga kepentingan masyarakat. Perspektif partisipasi ini perlu dipraktikkan semaksima mungkin oleh masyarakat kerana ianya dapat mengimbangi kelemahan kerajaan, kerana ia akan menjadi mata ketiga dalam melihat perjalanan pentadbiran oleh kerajaan yang dipilih. Selain itu, masyarakat homogen juga ciri yang terdapat dalam demokrasi yang subur. Dalam erti kata lain masyarakat homogen adalah masyarakat yang lebih mudah dan bersedia untuk persetujuan politik (political consensus) dan ini dapat menentukan persoalan keabsahan politik (political legitimacy). Institusi kerajaan yang disokong oleh rakyat seharus mempunyai institusi demokratik dan perlembagaan di mana perkaraperkara yang berkaitan dengan hal mengundi untuk semua, penubuhan dewan-dewan perundangan melalui proses pilihanraya, pelantikan ketua eksekutif oleh rakyat dan mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan. Perlembagaan perlu juga memperuntukan kewujudan satu badan kehakiman yang benar-benar bebas bagi mempertahankan hak-hak asasi warganegara agar tidak dicabuli. Demokrasi juga berpegang kepada prinsip-prinsip persaingan, pilihan dan campurtangan kerajaan yang minima walaupun ia mendorong kepada demokrasi liberal. Sistem demokrasi juga lebih berjaya apabila pengagihan kekayaan negara yang adil dalam masyarakat. Dengan memiliki status ekonomi lebih baik juga merupakan ciri demokrasi dimana orang ramai lebih bersedia untuk mempertingkatkan ilmu pengatahuan. Tahap literasi yang tinggi menyebabkan warganegara lebih bersedia untuk mendokong demokrasi.

Rakyat yang berpendidikan dan berpengatahuan akan

mengetahui hak-hak mereka dan tanggungjawab sivik. Demokrasi dan Pilihanraya di Amerika Syarikat Amerika Syarikat merupakan negara yang pertama menjadikan demokrasi sebagai asas perlembagaaan dan pemerintahannya. Antara aktor asas demokrasi di Amerika yang berpaksikan demokrasi liberal ialah individu-individu, parti-parti politik, dewan-dewan undangan dan kerajaan yang memerintah. Hak-hak wargenegara sama ada yang mewakili

6 pandangan majoriti ataupun minoriti adalah terjamin di bawah sistem demokrasi liberal melalui pengamalan proses rule of law di Amerika Syarikat. Proses rule of law ini mempastikan wujudnya mekanisme yang berfungsi sebagai penghalang kepada tindakan individu yang negatif yang boleh merosakan kesenangan orang lain. Di samping itu, mempertahankan hak golongan minoriti untuk tidak menyokong sama pentingnya dengan mempertahankan hak dan melaksanakan keputusan majoriti. Hak-hak ini terkandung seperti dalam sepuluh pindaan pertama dalam Perlembagaan Amerika. Hak-hak individu dijamin melalui hak-hak politik, hak-hak awam (civil rights) dan kebebasan awam(civil liberties). Hak-hak politik melibatkan perkara-perkara seperti hak untuk mengundi dalam sistem pilihanraya yang bebas dan adil, hak untuk membuat rayuan kepada kerajaan dan hak untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran. Melihat dengan situasi pada peringkat awal hak mengundi hanya dibenarkan kepada kaum lelaki yang memegang harta (membayar cukai). Namun tahun 1778, hak mengundi telah dilonggarkan dan menjelang tahun 1856 hak mengundi telah diberikan kepada semua orang dewasa. Terdapat juga sekatan pada ketika itu dimana golongan buta huruf tidak boleh mengundi, ini tertumpu pada golongan kulit hitam kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Namun begitu, The civil Right Act of 1957, 1960, 1964 dan 1965 merupakan bukti perjuangan berterusan yang menghapuskan dikriminasi mengundi. The Voting Right Act 1965 telah dipinda 1982 untuk menghapuskan section permanent ujian celik huruf dan kemahiran berbahasa kaum minoriti dalam halangan mengundi. Kebebasan awam adalah perlu bagi menjamin proses pengundian dan perjalanan pilihanraya yang adil. Perkara ini merujuk kepada beberapa prinsip-prinsip asas yang perlu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warganegara menjadi pemerintah. Antara kebebasan yang mencerminkan demokrasi di Amerika seperti kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan pergerakan dan kebebasan menubuhkan persatuan. Bukti kebebasan di Amerika dalam menubuhkan persatuan adalah seperti banyaknya persatuan bukan kerajaan. Sebagai contoh, US Chamber of Commerce, National association of

7 Manufacturers dan American Federation of Labor. Di samping itu, pergerakan interest group (kumpulan berkepentingan) yang menjadi pemerhati pegerakan kerajaan dan wujudnya public opinion (pandangan umum) menunjukkan partisipasi yang tinggi oleh rakyat Amerika. Media di Amerika juga sangat bebas dimana tiadanya kawalan yang ketat oleh kerajaan ke atas badan tersebut sekaligus menjadikan ciri-ciri demokrasi yang ada dalam demokrasi negara tersebut. Terdapat banyak intipati yang ada dalam demokrasi menjadi elemen penting dalam demokrasi Amerika. Amerika Syarikat ialah di dalam bentuk kerajaan persekutuan. Perlembagaan Amerika Syarikat menghadkan kuasa kerajaan persekutuan kepada pertahanan, polisi luar negara, pencetakan mata wang, mengawal perdagangan, perhubungan antara negeri-negeri serta melindungi hak asasi manusia. Kerajaan persekutuan terdiri dari Kongres (legislatif), Presiden (eksekutif), dan Mahkamah Agung (kehakiman). Ketiga-tiga cabang ini saling memeriksa dan mengimbang antara satu sama lain. Oleh sebab itu, Amerika dijolok sebagai negara demokrasi tulen. Selain yang telah diperbincangkan, kerajaan Amerika mengamalkan juga doktrin pembahagian kuasa, artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan terperinci mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama yang menjadi ikutan kebanyakan negara demokrasi yang lain. Perkara seperti amat penting untuk menjaga bidang kuasa di samping mengawal setiap badan kuasa tersebut. Melihat pula pada pilihanraya di Amerika, terdapat tiga cara utama untuk Amerika menguruskan pilihan raya mereka iaitu A single – member district, A simple majoriti dan A single ballot system. A single- member district adalah pilihanraya yang dijalankan bagi merebut jawatan di kongres, Dewan Perwakilan Rakyat dan Senat. Setiap daerah memilih seorang wakil bagi mewakili daerah. A simple majority ialah calon yang mendapat undi terbanyak menang akan mewakili daerah dan mendapat kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat. Absolute majority memerlukan calon menang undi paling banyak tetapi juga

8 menang dengan 50% undi dari jumlah undi yang sebenat. Manakala A single ballot system ialah satu undi untuk satu orang. Pilihanraya utama ialah pemilihan calon dalam parti sendiri dimana pengundi adalah terdiri daripada penyokong parti dan kerajaan negeri akan memantau. Disebabkan Amerika adalah sistem dua parti maka persaingan dimula dalam parti masing-masing untuk memilih calon yang paling berkaliber untuk bertanding Presiden di peringkat persekutuan. Tempoh masa berkempen bagi calon presiden ialah 27 hingga 30 bulan sebelum tarikh pilahanraya diadakan. Sistem Parti Pada pandangan sarjana seperti Carl J. Friedrich, parti politik adalah sekelompok manusia berorganisasi secara stabil dengan tujuan merenut atau mempertahankan penguasaan terhadap pemerintahan bagi pimpinannya partinya dan berdasarkan penguasaan ini memberi manfaat kepada anggota partinya yang bersifat adil atau material. Dalam sistem demokrasi, parti adalah elemen utama untuk menjalankan proses pilihanraya. Sistem parti boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu sistem satu parti, sistem parti dominan, sistem dua parti dan sistem banyak parti. Sistem satu parti kebanyakan terdapat di negara yang mengamalkan pemerintahan totalitarian. Dalam negara totalitarian kiri iaitu komunis cuma satu parti sahaja wujud dan dibenarkan di negara tersebut. Sebagai contoh, di Republik China, Korea Utara dan Cuba. Selain itu, sistem parti dominan merupakan situasi terdapat sistem banyak parti tetapi Cuma satu parti sahaja yang menang atau sentiasa memenangi pilihanraya dan memerintah negara. Di antara negara-negara yang terdapat satu parti dominan ialah Malaysia, India (parti dominannya ialah Parti Kongres), Mexico (Institutional Revolutionary Party) dan lain-lain lagi.

9 Sistem banyak parti merupakan situasi dimana terdapat banyak parti yang berjaya menghantar wakilnya sehingga memenangi pilihanraya dan tidak terdapat parti yang memenangi majoriti serta berjaya membentuk kerajaan. Atas faktor ini, sering diwujudkan kerajaan campuran bagi negara seperti ini. Sebagai contoh, negara yang mengamalkan sistem ini seperti Denmark, Holland, Itali, Brazil dan Belgium. Sistem dua parti merupakan kerelevanan kewujudan parti tersebut disamping adanya parti-parti lain. Ini bermakna hanya dua parti sahaja yang memenangi pilihanraya dan berjaya membentuk kerajaan. Di antara negara yang terdapat sistem dua parti ialah Amerika Syarikat, Britain dan New Zealand. Di britain, dua parti yang sering bertukar ganti memerintah negara tersebut ialah Parti Buruh dan Parti Konservatif. Di Amerika Syarikat pula, dua parti utama ialah Parti Republikan dan Parti Demokrat yang menjadi parti yang mendominasi setiap kali pilihanraya diadakan yang akan menjadi fokus esei ini. Sistem Parti Amerika Syarikat Sistem kepartian yang bersifat decentralized, dimana calon-calon mengumpul dana sendiri. Serta calon berkempen juga untuk diri sendiri. Calon perlu berusaha untuk mendekati pengundi secara sendiri atau melalui media massa dan elektronik dari bandar ke bandar. Parti bersifat tidak aktif dan adakalanya tidak berperanan kerana calon harus berusaha sendiri mendekati pengundi untuk memenangi pilihanraya. Oleh sebab kurangnya pengaruh parti

Sistem Dua Parti Sistem ini diamalkan di Amerika Syarikat, namun bukanlah bermakna tiada wujudnya parti lain namun ia lebih menjurus kepada pengaruh dan kerelevenan parti tersebut di dalam corak demokrasi Amerika. Dua parti tersebut ialah Parti Republikan(1854) dan Parti demokrat(192). Namun parti-parti lain yang ada di Amerika ialah seperti Parti

10 Libertarian (1971), Cinstitution Party(1992) dan Green Party (1996). Akan tetapi partiparti ini tidak pernah memenangi kerusi dalam pilihanraya. Terdapat perbezaan yang ketara antara antara Parti Demokrat dengan Parti Republikan. Antara ciri-ciri parti Republikan ialah terdiri dari kelas pertengahan yang kebanyakannya mempunyai harta yang banyak dan kaya. Parti ini juga mendapat sokongan dari golongan orang kulit putih, orang yang tinggal di luar bandar, orang kaya, kebanyakannya yang berusia, orang berpendidikan dan golongan professional serta hali perniagaaan. Parti Republikan lebih bercirikan konservatif. Manakala bagi Parti Demokrat kebanyakan mereka terdiri dari kelas pekerja. Mendapat sokongan dari golongan pekerja, orang Yahudi dan spanish, orang muda, pekerja yang berpendapatan rendah dan orang yang tinggal di bandar. Parti ini lebih bersifat liberal. Kelebihan Pilihanraya Amerika Syarikat yang Bercirikan Demokrasi Terlalu banyak elemen demokrasi yang saling berkaitan merangkumi antara satu sama lain dalam memperjelaskan kelebihan pilhanraya di Amerika Syarikat yang di lihat demokrasinya begitu subur. Sebagai sebuah negara yang kaya, sememangnya tidak menjadi masalah yang besar untuk Amerika menjalankan sistem demokrasi. Ini kerana mengikut kebanyakan pandangan sarjana demokrasi dapat berjalan dengan baik apabila ekonomi negara tersebut baik Amerika juga merupakan negara maju, perkembangan ilmu pengetahuan sangat berkembang di buktikan dengan tertubuh banyaknya institusi pendidikan yang masyur seantero dunia. Apabila pendidikan dapat disampaikan masyarakat akan mempunyai ilmu pengetahuan dan ini akan menjadikan masyarakat atau rakyat Amerika itu mempunyai kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam menjaga hak dan keperluan mereka. Berpaksikan kepada kesedaran sivik inilah yang menyebabkan mereka cenderung melibatkan diri dalam hal-hal negara, ekonomi, budaya, politik dan lain-lain

11 dengan kata lain berpartisipasi. Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang sangat aktif dalam memperjuangkan hak-hak mereka seperti kumpulan berkepentingan (interest group), kumpulan pendesak, dan pandangan umum (public opinion) Dalam sebuah negara demokrasi masyarakat sivilnya mestilah berperanan dalam menyuburkan amalan demokratik. Dalam First Amendment telah memberi jaminan akan kebebasan hak beragama, bersuara, berkumpul dan menjalankan petition. Ini merupakan kelebihan yang ada dalam pilihanraya di Amerika dimana interest group bukan sahaja menjaga kepentingan mereka tetapi dalam masa yang sama menyertai secara tidak langsung dalam pilihanraya dengan membantu calon yang mereka sukai untuk memenangi pilhanraya. Bantuan tersebut termasuklah dengan menyalurkan kewangan, tenaga sokongan dan berkempen atau melobi untuk calon tertentu. Antara contoh interest group ialah economic policy, National Peanut Council (1941) dan equality Policy (national Organization for Women(1966). Melihat pula kepada public opinion, mereka juga bukanlah terlibat secara langsung dalam pilihanraya namun mereka ini dapat mempengaruhi pengundi dalam pilihanraya. Public opinion terhasil dengan luahan pandangan dari individu secara terbuka yang melibatkan isu politik, parti mahupun calon dalam pilihanraya yang mempengaruhi masyarakat umum. Dalam pada itu, political poll dapat menjelaskan lagi peranan public opinion , iaitu dengan kaedah soal selidik untuk mengukur sentimen pengundi. Sebagai contoh ketika Reagan melawan Walter Mondale dalam pilihanraya presiden, dalam kajian tersebut dinyatakan pengundi berminat Reagan dengan 59% dan Walter Mondale 44% dan ternyata Reagan memenangi pilihanraya tersebut. ia dijalankan dengan mengeluarkan sample dari populasi 15000 responden yang belainan dan meluas. Berpaksikan pada kelebihan yang nyata dalam pilihanraya Amerika, pada kebiasaannya hasil polls akan disiarkan oleh pihak media yang sentiasa memberi kerjasama kerana media adalah public property atau berkhidmat untuk kepentingan dan keperluan orang awam. Oleh itu maklumat sentiasa akan sampai dengan masyarakat umum dengan jelas. Media juga memberi peluang untuk calon pilihanraya berkempen

12 secara adil dan samarata. Dimana calon memperjelaskan agenda, sumbang bakti dan kelebihan bagi kewajaran rakyat mengundi beliau, calon juga dibenarkan berdiskusi antara pihak lawan seperti diskusi yang diadakan antara calon demokrat Barrack Obama dengan calon republikan John Mc Cain. Media di Amerika sangat adil dan ini merupakan kelebihan yang jarang ada dalam negara pengamal demokrasi yang lain. Disamping itu, Political Action Committies(PAC) juga berperanan dalam pilihanraya di Amerika yang ditubuhkan 1974. Walaupun bukan sebuah organisasi kerajaan, PAC adalah penyumbang terbesar dana kempen pilihanraya. Galuran dana dan sumbangan serta perbelanjaan diberi PAC secara berskala pada parti dan calon. Soft money adalah dana yang diberi pada interest group yang berkempen untuk calon. Dana kebiasaannya digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan. Dalam keadaan tersebut tidak perlu isytiharkan parti atau calon yang disokong pada iklan. Kelebihan Sistem Dua Parti. Berpaksikan partisipasi, masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam pilihanraya. Ini kerana supaya wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokong

memenangi

pilihanraya

dan

menunaikan

agenda

pilihanraya

yang

menguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yang terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan. Pilihan atau alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi. Kelebihan juga dilihat dengan pertandingan pilhanraya presiden adalah mereka yang benar berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme dalam memajukan Amerika. Ini kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia bermula dengan pertandiangan calon dalam parti iaitu sesama sendiri dalam mencari persetujuan ahli parti memilih siapa calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya presiden. Persaingan yang wujud adalah pra-syarat demokrasi yang telah dipenuhi oleh sistem ini.

13 Sistem dua parti juga telah menyaksikan tatacara demokrasi dengan bukti fakta dengan kemenangan yang diperolehi oleh Parti Republikan di kerusi presiden berbanding Parti Demokrat. Dalam pada itu, sistem ini membolehkan pengundi memilih mana-mana parti walaupun bukan daripada ahli parti tersebut. Ini kerana apabila mereka berkerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan, tiada berlakunya perbezaan kerana ia bersifat terbuka. Sebagai dua parti yang relevan, mereka saling lengkap melengkapi dan bertindak apabila berlakunya sesuatu yang dilakukan oleh pihak lawan yang akan merbahayakan negara. Dalam erti kata lain, sistem dua parti telah memenuhi syarat yang wujudnya “check and balance” kawal seimbang yang dilakukan oleh pembangkang di negara pengamal demokrasi yang lain. Selain itu sistem ini juga dapat menggalakkan pembentukan majoriti dan mengurangkan fahaman yang berkepentingan sendiri serta menggalakkan lagi perpaduan sosial di kalangan rakyat. Kekurangan Pilihanraya Amerika Syarikat yang Bercirikan Demokrasi Amerika merupakan negara yang maju, perkembangan ilmu pengetahuan sangat berkembang di buktikan dengan tertubuhnya banyaknya institusi pendidikan yang terkenal seantero dunia. Apabila pendidikan dapat disampaikan masyarakat akan mempunyai ilmu pengetahuan dan ini akan menjadikan masyarakat atau rakyat Amerika itu mempunyai kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam menjaga hak dan keperluan mereka. Walaupun begitu, pilihanraya Amerika Syarikat yang bercirikan demokrasi terdapat beberapa kekurangan atau kekangan yang wujud antaranya masyarakat Amerika terdiri daripada pelbagai kumpulan masyarakat. Di sebabkan objektif utama kedua-dua parti adalah untuk berdiri sebagai satu kumpulan, pengaruh kumpulan ketiga ini juga boleh mempengaruhi politik di peringkat negeri dan kadang kala kumpulan ini menghantar wakil dan senator ke Washington.

14 Kumpulahn kumpulan yang dimaksudkan adalah kumpulan seperti Non-Partisan League di Dakota serta kumpulan Liberal dan Konservatif di New York. Pada amnya, suara kumpulan ini akan lebih menyuarakan isu-isu yang lebih membina berbanding isuisu yang diperjuangkan sesebuah parti yang di wakilinya. Kesimpulan Sistem dua parti bagus bagi Amerika Syarikat kerana ia dapat memberikan alternatif kepada rakyat untuk memilih parti atau calon yang disukai. Di samping itu, mewujudkan kawalan dalam kerajaan dimana perwakilan yang ada bukanlah untuk mengubah polisi kerajaan tetapi untuk mengawal pergerakan kerajaan. Perbazaan keduadua parti adalah sedikait sahaja dan secara umumnya adalah sama Selain itu, partisipasi masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam pilihanraya. Ini keran wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokong memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yang menguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yang terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan. Pilihan atau alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi dan ia dapat menunjukkan sistem pilihanraya Amerika Syarikat memenuhi syarat demokrasi.

15

Rujukan Mayo, Henry B. 1960. An Introduction to Democratic Theory, New York : Oxford University Press. Ball, A.R. 1993. Politik dan kerajaan moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka K.Ramanathan.1988. Konsep asas politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lively Jack. 1975. Democracy.New York.St Martin Press. Yates. W. Ross.1967.Democracy in United State.Chicago. Randy Mcnally. Susser, B. 1995.Political Ideology in The Modern World. Massachusetts:Allyn & Bacon.

Related Documents