Geo Nak Siap Dah

  • Uploaded by: kim
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geo Nak Siap Dah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,661
  • Pages: 19
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2009

TAJUK PETEMPATAN DI KAWASAN PENANTI, BUKIT MERTAJAM DAN PERBANDINGAN DENGAN BANGKOK,THAILAND

NAMA PELAJAR TINGKATAN NAMA GURU

Tandatangan Pelajar

:NUR HAKIMAH BINTI NOR SALIMI :3 KREATIF :PUAN NORMALIZA BT MAT LAZIM

Tandatangan Guru

Penghargaan Saya dapat melaksanakan kajian ini dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan Pengetua,Puan Siti Ajar binti Man yang memberi kebenaran untuk menjalankan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih kepada Puan NorMaliza Binti Mat Lazim iaitu guru georafi saya yang telah membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini dan tidak ketinggalan juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Siti Syazwani bt. Zamri Muhammad Kamil b. Abd Hadi,dan Nur Illiana bt. Zaki yang tidak jemu membantu saya semasa menyempurnakan kerja kursus ini dan pihak luar iaitu penduduk kawasan Penanti yang memberi kerjasama kepada saya untuk menjalankan kerja kursus.

PENDAHULUAN Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Goegrafi PMR. Tajuk kerja kursus saya ialah petempatan dan perkembangannya di kawasan Penanti,Bukit Mertajam dan perbandingannya di Bangkok,Thailand.Saya telah memilih kawasan Penanti sebagai kawasan kajian saya kerana saya merupakan penduduk di sini.Saya telah mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk membuat kajian ini serta mengumpulkan maklumat dan data.Maklumat dan data telah yang diperoleh telah saya gunakan untuk menulis laporan lengkap secara individu.

Objektif kajian Objektif kerja kursus ini dijalankan adalah untuk: 1.Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan Penanti, Bukit Mertajam dan negara Bangkok, Thailand 2.Mengkaji faktor yang mempengaruhi petempatan 3.Mengkaji fungsi petempatan 4.Mengenalpasti masalah petempatan. 5.Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan. 6.Menerapkan nilai dan unsur-unsur patriotisme terhadap kawasan Penanti, Bukit Mertajam dan Bangkok, Thailand

Kawasan kajian Kawasan kajian yang ingin saya kaji ialah kawasan Penanti iaitu kawasan yang saya diami sekarang. Dalam kajian ini, saya akan membuat perbandingan penempatan di antara kawasan yang saya diami iaitu Penanti dengan Bandaraya Bangkok.

Kawasan Penanti Kawasan Penanti terletak di Seberang Perai Tengah dalam kawasan Seberang Perai. Kawasan ini berada kira-kira 5 km dari Bandar Bukit Mertajam dan 15 km dari Butterworth. Rajah 1

Rajah 1:Kawasan Penanti

Kawasan Bangkok Bandaraya Bangkok terletak di Negara Thailand.bandaraya ini merupakan kawasan yang termaju di kawasan Thailand. Ia terletak di tengah-tengah negara Thailand dan berdekatan dengan Teluk Bangkok.Rajah 2 Rajah 2:Bandaraya Bangkok

Kaedah Kajian Saya telah mengunakan pelbagai kajian untuk mendapatkan maklumat dan data. Antaranya ialah:

1.Kaedah pemerhatian. Memerhatikan cirri-ciri fizikal di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, perbezaan penempatan, jenis penempatan,dan perniagaan di antara kawasan Penanti dengan Bandaraya Bangkok 2.Kaedah soal selidik. Menemuramah seramai 20 responden yang terdiri daripada Penduduk kampung di sekitar kawasan kajian saya iaitu Penanti dengan borang Soal selidik(lihat lampiran

)

3.Kaedah rujukan. Membuat rujukan mengenai kawasan kajian dan perbandingan petempatandi kawasan Penanti dengan Bangkok Thailand.Contohnya merujuk peta kawasan Penanti dan peta Bangkok

Dapatan kajian a) JENIS DAN POLA PETEMPATAN Penanti Jenis petempatan di kawasan kajian iaitu di Penanti adalah petempatan bandar. Petempatan bandar ialah petempatan yang kebanyakkan penduduknya terlibat dalam kegiatan perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan sesebuah bandar.

Pola petempatan yang terdapat di Penanti pula ialah pola petempatan berpusat. Hal ini kerana rumah penduduk yang dibina adalah dalam keadaan rapat dan kelihatan padat. Di sini juga terdapat kemudahan asas dan infrastruktur yang dibina seperti kedai runcit, sekolah rendah dan sekolah menengah, surau, balai polis, hospital, dewan serbaguna, pejabat pos dan pasar

Bangkok

Manakala di Bangkok pula jenis petempatannya juga adalah petempatan bandar. Terdapat banyak pembangunan yang dibangunkan di sekitar kawasan Bangkok, Thailand. Petempatan bandar di Bangkok bertumpu di sekitar Bandaraya Bangkok.

Pola petempatan Bangkok adalah berpusat yang tertumpu di Bandaraya Bangkok. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti bekalan air, elektrik dan telefon. Di sini juga terdapat banyak pusat membeli-belah, pusat hiburan, serta lain-lain pusat perkhidmatan.

b) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN Penanti Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, faktor yang mempengaruhi kawasan kajian saya ialah bentuk muka bumi. Saya mendapati kawasan kajian saya terletak di kawasan tanah pamah. Ekoran itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan pembangunan kawasan adalah mudah untuk dijalankan. Permukaan tanah pamah yang rata memudahkan pemaju membina rumah teres, rumah teres setingkat dan dua tingkat.

Selain itu kegiatan ekonomi penduduk turut mempengaruhi kawasan kajian. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah aktivitu perniagaan. Terdapat banyak kedai yang dibuka sekitar kawasan kajian ini seperti kedai runcit, kedai makan, kedai perabot, kedai gunting rambut, kedai basikal, kedai peralatan elaktrik dan kedai roti dan kek. Tambahan pula, tahap ketersampaian bagi kawasan kajian Penanti adalah tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya yang disediakan untuk memudahkan ke kawasan kajian telah disediakan. Di samping itu, rangkaian jalan-jalan raya juga dibina bagi memudahkan perjalanan para penduduk.

Bangkok Petempatan di bangkok juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti yang terdapat di Penanti. Bentuk muka bumi yang terdapat di Bangkok adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata dan luas. Tanah pamah yang rata ini terdapat di Dataran Bangkok yang terletak di delta Menam Chao Praya dimana menyebabkan kawasan ini berpenduduk paling padat. Selain itu, bentuk muka bumi yang rata ini juga mempunyai tanah aluvium yang subur, membolehkan padi sawah ditanam dengan meluas di delta Menam Chao Praya. Tambahan pula, tanah pamah yang rata memudahkan penduduk untuk membina kawasan petempatan, perindustrian dan juga jaringan pengangkutan darat menjadikan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan berkembang maju.

Kegiatan ekonomi bagi kawasan Bangkok, Thailand merupakan pusat pelabuhan serta pusat pelancongan yang merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting di Thailand.Di sekitar bandaraya Bangkok terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti kegiatan perindustrian,perniagaan dan perdagangan, perkhidmatan kewangan dan insuran. Faktor ekonomi ini telah menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk menyebabkan mereka bertumpu ke Bandaraya Bangkok, Thailand

Tahap kesesakkan lalulintas bagi kota Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan seperti pengangkutan awam, bas, kereta, teksi dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke kota tersebut

Penduduk yang menetap di Penanti amat bersyukur kepada Tuhan kerana kawasan Taman Rambai adalah kawasan tanah pamah yang rata serta mudah untuk menjalankan kegiatan ekonomi serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Begitu juga dengan penduduk bangkok yang bersyukur dan berterima kasih kerana Bandaraya Bangkok mempunyai tanah pamah yang rata serta tanah aluvium yang subur untuk kegiatan menanam padi.

c) FUNGSI PETEMPATAN Penanti Hasil daripada kajian yang dilakukan, saya mendapati fungsi kawasan kajian kepada penduduk adalah berpontensi untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Hal ini kerana bentuk muka bumi yang tanah pamah dan rata di kawasan kajian memudahkan para penduduk untuk menjalankan aktviti perniagaan seperti kedai runcit,kedai roti dan kek, warung-warung makan dan sebagainya. Selain itu, penduduk juga mudah untuk bergerak kerana terdapat sistem pengangkutan dan perhubungan yang disediakan. Di samping itu, terdapat juga kemudahan asas yang berdekatan dengan kawasan kajian seperti sekolah, pejabat pos dan pasar yang menyebabkan penduduk bertumpu di sini

Bangkok Manakala di Bandaraya Bangkok pula mempunyai fungsi yang pelbagai kerana petempatan ini merupakan petempatan bandar yang terdapat pusat perniagaan, pengangkutan dan perhubungan, pendidikan dan pusat pentadbiran yang menarik penduduk untuk menetap di sini.

Penduduk di Penanti dan Bandaraya Bangkok sangat bersyukur kerana terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan kehidupan mereka

d) Masalah Penempatan Kesesakkan lalu lintas Penanti Antara masalah petempatan yang dihadapi di Penanti ialah kesesakan lalu lintas. Keadaan paling sesak adalah pada pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, dan 5.00 hingga 7.00 petang. Keadaan ini disebabkan oleh penduduk yang pergi dan balik dari pejabat, waktu persekolahan dan urusan perniagaan. Selain kesesakan lalu lintas,Penanti juga mempunyai masalah yang lain seperti pencemaran udara yang berlaku akibat daripada aktiviti perlombongan batu kapur dan juga batu granit.

Bangkok Begitu juga dengan negara Bangkok , sebagai sebuah bandar metropolitan, bandar ini sentiasa sibuk pada setiap waktu. Selain itu, fungsinya sebagai pusat perniagaan dan perdagangan menyebabkan lalu lintas di negara ini sentiasa digunakan dan akibatnya

masalah kesesakan lalu lintas dihadapi. Penyebab kesesakan lalu lintas ini juga berlaku adalah kerana saiz jalan yang kecil dan juga peningkatan bilangan kereta.

Di samping itu, bangkok juga mengalami masalah kekurangan rumah. Pada tahun 1990, jumlah penduduk Bangkok kira-kira 5 882 000 orang. Penduduknya telah meningkat kepada 6 328 174 orang pada tahun 2000. Selain itu, kekurangan perumahan ini juga telah menyebabkan wujudnya kawasan-kawasan setinggan seperti di Klong Toey.

e) Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan Bagi mengurangkan masalah petempatan seperti kesesakan lalu lintas di kawasan Penanti ialah dengan melebarkan jalan raya yang sempit manakala bagi masalah kekurangan tempat tinggal ialah dengan menambah ruang untuk pembinaan rumah yang diperlukan di sesetengah kawasan di sekitar Penanti. Perlombongan batu kapur dan juga batu granit telah menyebabkan masalah pencemaran udara di kawasan Penanti. Justeru, untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang.

Di negara bandingan saya iaitu Bangkok , masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan membina jalan raya bertingkat. Bagi masalah pencemaran udara pula ialah dengan meminta semua penduduk agar menggunakan pengangkutan awam dengan itu, kita boleh mengurangkan kadar pencemaran. Bagi masalah kekurangan rumah pula, ianya dapat diatasi dengan membina rumah kos rendah/ teres/ pangsa.

Rumusan Kawasan kajian saya Penanti merupakan kawasan luar bandar manakal Bangkok di negara Thailand merupakan bandaraya metropolitan. Pola petempatan di Penanti ialah pola berkelompok manakala pola petempatan di Bangkok ialah berpusat. Perkembangan di Penanti dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan aktiviti perniagaan. Penanti memainkan peranan sebagai aktiviti pertanian manakala Bangkok memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran. Walaubagaimanapun, perkembangan Penanti membawa kepada masalah kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran udara. Begitu juga dengan perkembangan Bangkok yang mengalami masalah yang sama. Di Penanti masalah kesesakan lalu lintas boleh diatasi dengan melebarkan jalan raya manakala masalah pencemaran udara diatasi dengan langkah menguatkuasakan undang-undang. Di Bangkok pula masalah kesesakan lalu lintasnya dapat diatasi membina jalan raya bertingkat. Bagi masalah kekurangan rumah pula, ia dapat diatasi dengan membina rumah kos rendah/ teres/ pangsa.

Lampiran

Kesesakan lalu lintas:Jalan raya bertingkat

Masalah kekurangan rumah:Membina rumah pangsa

Rujukan Internet http://maps.google.com.my/maps http://www.pdfcoke.com

Buku Khaw Ah Seng, Habibah binti Haji Lateh, Tan Koh Lim (2004), Geografi Tingkatan .Pahang : PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Orang Sumber Cik Salina bt. Abu Bakar,43 tahun,970 Mukim 5,Sg.Semambu 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Related Documents


More Documents from "wani"

Bec Outline
October 2019 21
Soal Selidik
May 2020 22
Salmon.docx
April 2020 16
Ce40 - Co1 (3q1718).pdf
December 2019 14