FOLIO SEJARAH PMR 2009 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT BANGUNAN BERSEJARAH BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD Nama : Muhamad Arif Bin Safruddin Kelas : 3 Gigih Tajuk : Bangunan Bersejarah Bangunan Sultan Abdul Samad Nama Guru : Pn. Rohana Bt. Megat
SENARAI KANDUNGAN Bil
Pekara
m/s
1 2 3 4 5 6
Tajuk Isi Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian
7 8 9
i. Nama bangunan ii. Latar belakang iii. Keistimewaan bangunan iv. Kejayaan bangunan Rumusan Lampiran Rujukan
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 yang bertajuk “Bangunan Bersejarah- Bangunan Sultan Abdul Samad” ini tepat pada masanya. Saya telah mengharungi pelbagai rintangan dalam menyiapkan projek folio ini, jadi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya, Safruddin bin Abd Karim dan
Hermawati binti Syafii yang telah memberi banyak sokongan, dorongan dan bantuan dari segi semangat dan kewangan kepada saya selama ini. Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pengetua sekolah saya, SMK Taman Keramat, Pn. Hajah Normah bt Omar, serta guru Sejarah saya, Pn. Rohana bt. Megat yang telah banyak memberi bimbingan dan panduan dalam melengkapkan folio ini. Selain itu, rakan-rakan saya banyak membantu dalam memberi informasi tambahan kepada saya iaitu Syakir Aizat bin Ghazali, Mohammad Amirul Bin Mohamad, dan Muhammad Zarif Irfan bin Muhammad Jalaluddin. Akhir sekali, berbanyak-banyak terima kasih ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan ini. Tanpa mereka, tidak dapatlah folio ini disiapkan tepat pada masanya.
OBJEKTIF KAJIAN Kerja Kursus Sejarah ini telah memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada saya tentang bangunan bersejarah di tanah air kita yang tercinta iaitu Malaysia. Antara objektif kajiannya ialah saya dapat mengetahui keunikan seni binaan negara kita dan menghayati warisan budaya tinggalan nenek moyang kita dahulu iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.
Selain itu, kerja kursus ini membolehkan saya untuk mengkaji tentang bangunan ini dengan lebih terperinci dan secara mendalam serta mengenal pasti fungsi, peranan dan penggunaan bangunan yang dikaji. Akhir sekali, saya dapat memupuk rasa bangga dengan negara kita, dan menyemai nilainilai patriotisme seperti bekerjasama, saling bantu-membantu, juga berdisiplin bersama kawankawan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.
KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio ini, antaranya ialah: Kaedah Menganalisis Dokumen Saya telah merujuk dan mengkaji buku-buku ilmiah, jurnal, akhbar, dan majalah seperti A History of Malaysian Architecture, Album 100 tahun Kuala Lumpur menjadi Penguasa Tempatan, Journey Through Kuala Lumpur, dan The Encyclopedia of Malaysia. Kaedah Lawatan
Saya telah menggunakan kaedah kajian melawat Bangunan Sultan Abdul Samad untuk mengkaji bangunan bersejarah itu sendiri.Contoh sumber lawatan ialah borang pengesahan kehadiran yang telah di cop dan di tandatangani oleh pegawai Bangunan Sultan Abdul Samad. Melayari Internet Internet merupakan sumber yang amat berguna pada saya.Saya boleh melayari internet dirumah untuk mencari lebih lagi maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad.Oleh itu, saya menggunakannya sebaik-baiknya dengan mencari maklumat tentang bangunan ini seperti laman web seperti berikut: ✔ www.djlovehistory.blogspot.com ✔ malaysiana.pnm.my
HASIL KAJIAN
i.Nama bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Namanya ini diambil bersempena dengan Sultan Selangor yang memerintah pada waktu itu, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah iaitu pada yang memerintah semenjak 1857 sehingga 1898. Asalnya ia hanya digelar ‘Bangunan’ buat sementara sebelum ia mendapat namanya. ii.Latar belakang Pengenalan Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ianya menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Seringkali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan Bandaraya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara.
Asal Usul Atas cadangan Sir William Maxwell, Residen Selangor, Kerajaan british di Negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada tahun 1893. Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya. Bangunan ini direkabentuk oleh seorang
arkitek Inggeris bernama Anthony C. Norman dan pertolongan A. B. Hubbock yang pada waktu itu berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Ianya dibina dengan tujuan untuk menempatkan jabatan-jabatan kerajaan yang penting semasa pemerintahan British di Negara kita. Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program “Bangunan Tersergam” (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Pengasas Menurut sejarah, Maxwell dan Spooner telah merancang untuk membina bangunan ini tetapi Anthony C. Norman lah yang telah mengasas reka bentuk bangunan ini, dengan bantuan A. B. Hubbock. Norman telah menghabiskan banyak masa di benua Afrika dan mendapat inspirasi untuk membina bangunan ini daripada sebuah masjid yang terletak di India yang membawa kepada ciri seni bina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Tarikh Pembinaan Bangunan ini mula dibina pada tahun 1893 dan akhirnya siap pada 1897. Ia mengambil masa selama 2 tahun 7 bulan. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H Mitchell yang merupakan Gabenor negeri-negeri Selat ketika itu.
Lokasi
Alamat: Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.Bangunan Sultan Abdul Samad terletak lokasi yang amat strategik, di Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang membangun ini. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Ianya terletak di sebelah Stadium Merdeka. Ia juga berhadapan dengan Padang Kelab DiRaja Selangor dan berhampiran persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Selangor dan Jalan Tunku Abdul Rahman.Di belakang bangunan ini mengalir pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana di tengah-tengahnya adalah Masjid Jamek yang juga menggunakan ciri-ciri arkitektur yang sama oleh arkitek yang sama. Stesen komuter Masjid Jamek terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek. Laluan air sungai selalu tersekat apabila sampah-sarap tersangkut pada tiang-tiang stesen komuter. Banjir kilat berlaku akibat perancangan stesen komuter yang tidak tepat ini.
Tujuan Penubuhan Bangunan Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu bangunan pentadbiran berpusat: 1.Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O) 2.Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber) 3.Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) 4.Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner) 5.Public Works Department (PWD) 6.Audit dan Perbendaharaan 7.Pejabat Tanah 8.Jabatan Galian 9.Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office). Kos pembinaan Jumlah keseluruhan kos pembinaan bangunan ini dianggarkan kira-kira RM152, 000 dan ada sumber yang mengatakan RM 152, 824. Ianya memakan masa selama 2 tahun 7 bulan. Walaubagaimanapun, bangunan ini telah mengalami pengubahsuaian yang memakan belanja RM17.2 juta selama enam tahun dan siap diubah suai semula pada tahun 1978. Pada 24 Disember 2008, Datuk Seri Muhd Shafie Apdal telah berkata “Bangunan ini telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pejabat kementerian dan kos pengubahsuaiannya dianggarkan lebih kurang RM20 juta”. Perasmian Bangunan ini siap lalu dirasmikan oleh Residen British ketika itu, Sir Frank Swettenham pada 1896. dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick. Ianya siap sepenuhnya untuk kegunaan kerajaan pada tahun 1897
iii.Keistimewaan Bangunan
Reka Bentuk Pelan Pelan bangunan ini telah direka bentuk oleh arkitek dari British bernama A.C Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga yang berasal dari British, iaitu C.E Spooner.
PELAN TINGKAT BAWAH
PELAN TINGKAT SATU
PELAN TINGKAT DUA
PELAN TINGKAT MEZANIN Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu laman segi empat yang dikelilingi oleh batas-batas pokok bunga.Bahagian utama bangunan ini ialah sebuah anjung yang berhadapan dengan Padang Kelab DiRaja Selangor. Semasa memasuki pintu
utama bangunan ini, pelawat boleh melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah agung.
Tangga berputar Ruang pejabat ini dipagari serambi yang memberikan pengudaraan secara maksimum, terutama pada zaman pemerintahan British ketika itu, yang tiada pendingin hawa.
Tampak hadapan
Tampak belakang
Tampak kanan
Tampak kiri Bahan Binaan Bangunan ini terbabit dalam melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield, dan kilang ini membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Pengubahsuaian Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggran belanja RM 17.2 juta.Pada waktu itu, kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982.Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pda bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut.Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984. Hiasan dalaman Didalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batasbatas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.persegi.Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbezabeza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini. Kegunaan dahulu dan sekarang Pada mula pembinaannya, ia dikenali sebagai “Bangunan Baru Kerajaan” (the new Government Offices), kemudian sebagai “Sekretariat Persekutuan” (Federal Secretariat) di guna
bersama dengan Kerajaan Negeri sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974.Kemudian, bangunan ini pernah menempatkan beberapa buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, bangunan ini telah menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Akhir sekali, pada 24 Disember 2008, bangunan ini telah diwartakan menjadi harta warisan kebangsaan dan dijadikan sebagai pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) Cara pembinaan Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meterSebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihanunsur unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong(arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yangkebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Pemilihan stail senibina Islam ‘Moorish’ atau ‘Mahometan Style’ pengaruh bangunan awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri “the Raj style” mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini. Bangunan dua tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi 41.5m di tengah – tengah binaan berbentuk huruf ‘F’ penampilan identiti dan mercu tanda tersendiri.Ia juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi. Sebagai Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894 – 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri – ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur – unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen – elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi
contoh ikutan dan penentu aliran kecenderun gan dalam pembinaan bangunan awam (civic building).
RUMUSAN Alhamdulillah, selepas 4 minggu saya bertungkus-lumus berusaha untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan pelbagai rintangan, saya akhirnya berjaya melengkapkannya tepat pada masanya. Melalui kerja kursus sejarah PMR 2009 ini, saya telah mendapat banyak iktibar, juga secara tidak langsung saya dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya. Antaranya ialah, saya mengetahui tentang sejarah pembangunan di Malaysia. Saya amat tidak menyangka selama ini bahawa terdapat banyak bangunan yang sungguh indah tinggalan nenek moyang kita yang dapat saya hayati. Banyak orang tidak mengetahui dan sentiasa tidak mengambil endah tentang hal-hal sejarah seperti ini. Melalui kerja kursus sejarah ini juga, saya mendapat serba sedikit ilmu tentang pembinaan bangunan ini yang sangat unik dan artistik. Ini juga telah menimbulkan rasa bangga akan negara kita yang aman harmoni dan penuh dengan kebudayaan dan warisan. Dalam melaksanakan folio ini, timbul hasrat saya untuk berusaha memperjuangkan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Saya juga telah menulis sebuah karangan tentang bagaimana pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia, yang boleh dilihat dalam Elemen 3, iaitu salah satu daripada kerja kursus sejarah. Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya lebih menjiwai dan mencintai negara saya.Bak kata pepatah,"Tak kenal maka tidak cinta"Semoga segala hasil kerja saya dapat ditatapi oleh orang ramai supaya terbitnya rasa cinta dan patriotik terhadap bangunan bersejarah yang ada di negara kita, Malaysia.
LAMPIRAN
iv.Kejayaan yang dicapai bangunan
Politik Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Selangor selepas kemerdekaan negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor dan tempat majlis mesyuarat negeri sehingga tahun1978. Ekonomi Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset penting negara kita dal;am bidang ekonomi. Sosial Bangunan ini telah menjadi tempat sambutan kemerdekaan negara kita setiap tahun. Pada ketika itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum dinegara kita. Pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian-tarian kaum dan etnik tertentu dapat memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatupadu walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik. Selain itu dapat menambah pengetahuan mengenai segala kebudayaan yang unik dan menarik yang terdapat di negara kita.