Menjelas dan mengulas secara kritis teori pembelajaran, konsep asas elemen seni dalam pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui sumber rujukan terkini. Seterusnya anda dikehendaki mengulas dan mengemukakan teori pembelajaran iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai (Howad Gardner), Teori Konstruktivisme (Lev Vgotsky) dan Teori Hoka Hoki (Ned Hermann) berkaitan elemen seni dalam penididikan Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Seni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangat penting dalam membentuk kreativiti, imaginasi dan nilai estetika dalam kalangan murid-murid. Penggunaan kepelbagaian elemen seni seperti seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dapat meningkatkan kreativiti, imaginasi, instuisi dan konsepsi muridmurid yang akhirnya dapat membentuk insan yang lebih menyeluruh dan holistik dari segi jasmani, mosi rohani dan inelek. Hassan (2003), pula menjelaskan bahawa seni adalah suatu bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar keupayaan individu membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran dan penterjemahan idea kepada bahan atau media. Teori pembelajaran merupakan hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Terdapat lima jenis teori pembelajaran, iaitu teori pembelajaran behaviorisme, teori pembelajaran kognitivisme, teori pembelajaran konstruktivisme, teori pembelajaran sosial dan teori humanistik. Teori konstruktivisme merupakan teori menyokong bahawa seni dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu. Mc Brien dan Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Teori konstruktivisme berfahaman bahawa murid-murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini murid-murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pegetahuan baru. Pembelajaran ini mengalakkan murid-murid mencari idea, membuat kajian, dan berinteraksi dengan aktif yang akhirnya menimbulkan proses inkuiri. Sekiranya guru
Bahasa
Melayu
menerapkan
elemen-elemen
seni
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran, murid-murid akan seronok dan aktif berinteraksi antara rakan-rakan, guru dan bahan-bahan pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti menyanyi, menari, dan melukis akan meningkatkan daya usaha dan autonomi murid-murid, pembelajaran berpusat murid serta secara tindakan. Murid-murid akan mencuba dan terus mencuba untuk memperbaiki diri dalam nyanyian, tarian atau lukisan yang berkaitan dengan kemahiran berbahasa. Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005), corak pembelajaran konstruktivisme sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk identiti murid yang berdaya saing dengan merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki dengan cara yang berkesan seterusnya mampu melakukan anjakan paradigma bagi diri sendiri untuk berfikir pada tahap berfikir di luar kotak Konsep asas elemen seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk menimbulkan keseronokan murid-murid belajar dan akhirnya dapat memudahkan pemahaman murid-murid terhadap isi kandungan pelajaran yang dipelajari oleh mereka. Aktiviti seni kreatif yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai ‘alat’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu memperkembangkan
domain
intelek,
afektif,
psikomotor
dan
emosi-sosial
kanakkanak (Edwards, 2006). Selain itu, dapat membentuk keperibadian murid-murid yang celik budaya, mempunyai nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif da inventif. Penerapan elemen seni alam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, dan menghargai keindahan penciptaan Tuhan, Seterusnya, elemen seni dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkankan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang akhirnya dapat melahirkan generasi yang mempunyai jati diri, mencintai kesenian dan warisan budaya bangsa sendiri. Guru Bahasa Melayu hendaklah kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran agar dapat menimbulkan keseronokan muid-murid untuk belajar. Zamri Mahamod (2012) telah menyatakan bahawa terdapat pelbagai inovasi yang boleh digunakan oleh para guru bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terikat dengan kaedah tradisional Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983), menyatakan sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan di dalam
sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Hal Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap alam keadaan yang berbeza-beza. Pendekatan yng berintegrasi dengan pelbagai kecerdsan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif. Howard Gardner menyatakan manusia mempunyai lapan kecerdasan ,iaitu verba linguistik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Sekiranya, seseorang guru ingin mengajar kemahiran membaca guru tersebut perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti aktiviti mengeja secara berintonasi (verbal linguistik), kemudian disertai dengan menyanyi secara berama-ramai dengan diiringi muzik (muzik) melakukan pergerakan (kinestetik)
sambil
seterusnya mewarnakan perkataan-perkataan
tersebut dengan warna (visual). Teori Konstruktivisme yang diasaskan oleh Vygotsky mengatakan bahawa murid-murid kita biasanya membina pengetahuan secara individu serta interaksi sosial dan sosiobudaya. Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai guru, kita perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada. Dengan kata lain, mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan maklumat yang disampaikan bertujuan untuk mereka membuat intepretasi masingmasing. Memandangkan setiap murid adalah berbeza dari segi latar belakang, budaya, kebolehan, minat, dan sebagainya, maka sudah pasti pengalaman serta pengetahuan ada juga akan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, amat penting bagi kita memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid kita. Berdasarkan teori kontruktivisme ini elemen seni boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu misalnya
untuk mengajar mendeklamasi sajak, guru boleh menggunakan elemen muzik untuk menghubungkaitkan ilmu baharu dengan pengetahuan sedia ada pada bahagian set induksi. Seterusnya, murid-murid diminta secara koperatif berbincang dan berinteraksi untuk mengekspresi sajak dalam bentuk nyanyian, kemudiannya menyanyikan lagu tersebut dengan menggunakan melodi lagu-lagu semasa yang mereka ketahui. Hal in
memberi peluang kepada murid-murid menyampaikan pengetahuan baru melalui persembahan yang mereka cipta sendiri. Seterusnya, Teori Hoka Hoki oleh Herman menyatakan
otak mempunyai
fungsi yang pelbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Keduadua hemisfera otak kiri dan kanan mempengaruhi pemikiran seseorang. Gaya pemikiran otak kanan lebih menyeluruh, intuitif dan mendalam, non-verbal, menjana idea baru, imaginatif, muzik, pertimbangan nilai dan moral. Manakala hemisfera otak kiri lebih kepada rasional, analitikal, berurutan, verbal, mengkategori, menerangkan sebab, membuat ramalan dan membanding beza. Guru perlulah merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang proses pemikiran di hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri agar dapat membentuk generasi yang kritis, kreatif dan inovatif. Dalam hal ini elemen-elemen seni dapat dterapkan bagi menaktifkan kedua-dua hemisfera murid-murid. Misalnya, jika seseorang guru Bahasa Melayu ingin mengajar menulis karangan dalam bentuk cerita, antara cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah menggunakan muzik dan nyanyian untuk menghubungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru pada bahagian set induksi, kemudian murid-murid diminta menonton cerita pendek dalam bentuk muzikal, seterusnya murid-murid dalam kumpulan berbincang dan akan melakonkan semula cerita tersebut mengikut kreativiti sendiri dan akhirnya meminta menulis semula cerita tersebut di rumah. Aktiviti mendengar muzik, berbincang dan berlakon akan dapat merangsang hemisfera otak kanan, manakala aktiviti bercerita dan menulis dapat merangsang hemisfera otak kiri. Faridah, Nooreiny dan Raja Mohd Fauzi (2001), dalam kajian terhadap penulisan murid mendapati guru yang melakukan perubahan dalam penulisan ialah menilai proses kognitif yang menggunakan pendekatan konstruktivisme seperti perbincangan kumpulan murid boleh menambah minat dan mampu menulis dengan baik. Kesimpulannya, penerapan elemen seni dalam pengajaran dan pemblajaran Bahasa Melayu sekolah rendah akan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjai lebih seronok, membantu perkembangan insan secara seimban dan menyeluruh, meningkatkan kreativiti, imaginasi dan inovatif murid-murid seterusnya dapat memotivasikan guru menjadi lebih kreatif, inovatif, peka dan profesional. Malahan keberkesanan penerapan elemen seni dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid-murid disokong oleh
teori-teori pembelajaran. Menurut Lee (2002), untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga kerja kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan
mereka.
Rujukan:
Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Edwards, L. C. (2006). The creative arts: a process approach for teachers and children (4th ed.). New Jersey: Pearson Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa. (2001). Masalah penulisan naratif di kalangan murid sekolah menengah. Jurnal Pendidik, 27: 3-26 Hassan, I. (2003). Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Lee, M. N. N. (2002). Educational Change in Malaysia. Pulau Pinang: Sekolah Kajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia Mc Brien, J.L. & Brandt, R.S. (1997). The language of learning: A guide to education terms. Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Development Zamri Mahamod (2012). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.